Monday, November 28, 2005

Takut Nyer

Jumaat lepas minik gua ada turun darah ckit. Cuak giler dia tepon dari hospital. Iskh..tetiba lak hari tu aku gi keje tumpang orang...kacau tul. Nurse pun takut nak jumpa doktor. Padahal keje kat hospital. Sebab dia tau apa doktor nak buat, sbb tu member malas gi jumpa doktor. Tapi akhirnya dia pergi jugak setelah semua org di sekeliling menyuruhnya pergi. Alamak doktor lelaki cina la plak yg bertugas. Alhamdulillah kandungan ok cuma terancam. Tak aci sbb minik aku dah dpt tgk baby. Nak buat camner aku lmbt smpi hospital. Doktor pesan suruh nurse byk berehat...

Parent minik dari Kluang terus turun ke Kajang. Camner minik gua nak berehat kalu tetamu datang. Hari Sabtu siap pusing Alamanda and Putrajaya. Risau gak aku...tapi nampak dia ok jer. Tak per...keje umah semua abang yang buat. Mana yg termampu je la. Cuma bila buat mee hailam semalam, nurse la yg buat. Aku hanya mampu potong memotong and siang udang.

Semoga semua nyer selamat

Tuesday, November 22, 2005

Update Omar

Korang tukar la link blog Omar.

patut la x de apa2 update kat blog lama dia. rupanya sebelum dia bersatu ngan tunang dia...blog pun dah sama...eee...geli la mamat ni..jiwang kalah aku

Monday, November 21, 2005

Lama Nyer

Lama dah tak blogging. Baru masuk keje minggu lepas. Hari khamis start keje. Masuk keje sibuk kemas tempat lak. Tukar tempat ke depan sikit. Al maklum dah tak geng ngan team support kat opis. Tadi pun sibuk 2 jam tukar extension sendiri. Kalu panggil cina contraktor dia caj RM60. Padahal tukar pair kat DB tu je. Cuma nak trace pair mana je jenuh tadi sbb cina buat keje tak buat label. Pandai dia...so bila setiap kali org nak tukar line/extension, org akan panggil dia balik.

Kenyang
Kul 12 tadi bank islam (depan pintu opis) ajak mkn kat opis diaorg. Open house. Staff diaorg buat pot luck la. Masing2 bwk dari umah. Jiran...kena la jenguk muka. Kul 1 lebih tadi team Group Support Services MRCB lak ajak makan. (padahal secretary CEO je yg ajak aku). lantak la. janji makan free walaupun ada yg memandang serong kat aku (mgkn dgn pandangan...sapa yg jemput mamat ni). Petang ni Semasa Sentral lak buat open house kat stesen sentral. Mungkin nak g ngan minik kot. Kena gi ambik dia la dulu macam ni.

Pindah Umah
Dah berjaya pindah umah setelah merempat di umah abang ipar selama 2 bulan. Alamat umah : K1-26, Kenaria Condominium, Taman Sri Kenari, 43000 Kajang. So sesapa yg tersesat ke Kajang, jemput la dtg umah yek. Raya ada lagi cuma aku je x de kuih raya. Hahaha...
Penat pindah umah ni. Kena la minik tgh pregnant ni. Kesian gak masa dia tlg basuh umah. Tapi bila part mengemas barang2...byk melihat je la dia. X pe...org cakap sayang bini. Letih badan masih terasa. Ada byk benda tak kemas lagi ni. Sabar...

Tuesday, November 08, 2005

Demam Raya

Selamat bekerja kembali. Semalam dah masuk opis balik. Sunyi sepi. Jalan pun tak jem sgt. Best jer rasanya. Nak pergi bank pun senang.

Perjalanan aku dari Kluang - Shah Alam hari ahad malam hari tu pun kira ok. Berjalan lancar. Ketakutan jem teruk kat seremban...terlepas. Mungkin aku lalu kul 11.30 malam punya pasal kot. Kalu lalu awal lagi...mesti sangkut. Abang ipar aku baru sampai dari Kelantan malam tadi. 12 jam...huhu. Bertolak 10 pagi katanya. Kul 10 malam baru smpi Shah Alam.

Macam mana raya tahun ni. Alhamdulillah...pengalaman pertama beraya di rumah mertua. Tak meriah sgt sebab 2 org abg minik takder. Turn minik diaorg. Sorang ke Kelantan, sorang lagi ke Terengganu. Nasib la...tahun depan kalu...aku lak yg tak raya kat Johor. Susah la camni..nak kena fine tune balik bagi semua berkumpul. Paling tak best..raya kedua...aku demam. Nasib ada isteri penyayang. Kul 4 pagi aku kejut dia sebab badan panas sgt tapi rasa sejuk sgt. Adalah org tolong lap kan badan ngan tuala basah. Siap kena paksa mandi time2 tu jugak. Lepas tu minik buat kan bubur..tq sayang...eh...tersalah channel lak. Tengahari nyer pergi klinik...kena cucuk kat bontot. Auww...sakit. Klinik K je yg bukak. Mahal lak tu...RM50. Dah tentu ambik resit untuk claim balik.

Kat opis ni..yg dtg berapa kerat jer. Yg ada kerja...mmg sibuk sbb ada submission hari Khamis. Yg melepak...mmg gaji buta..aku pun gaji buta je. Syarat je dtg keje ni. Smlm pun sbb nak sambut budak trainee sorang2. Kasi tugas sikit kat dia...dah. Siap kasi pinjam PC aku kat team satu lagi. Tak pe lah...berkorban demi company. Lagipun aku nak cuti lak seminggu mulai esok.

Esok teman minik register kat Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan. Kat mana tah...kat area bukit aman. esok redah je la cari jln cenderasari. Selamat menjadi org putrajaya...

* setelah sebulan berpuasa...cuba2 lah pulak kita sambung lagi berpuasa dengan puasa 6