Friday, September 29, 2006

Kenangan di INTURA

Dah seminggu aku balik dari Sungai Petani. Tapi...byk kenangan dan pengalaman dapat di sana. Bukan setakat berkenalan ngan kawan baru...tetapi dapat jugak buat networking. Seramai 44 orang peserta kursus batch aku...at least ada 35 agensi kerajaan yang lain. Bukan apa...untuk masa hadapan. Ada masalah kete...ada kawan JPJ. Masalah rasuah ada kawan BPR...hehe. Nak mintak tukar jabatan ada kawan JPA..untung rupanya Induksi ni...yang paling best...aku mmg tgh nak mintak penyelarasan gaji ni...ada lak peserta dari SPA...senang sgt la...ada org leh tolong tgk permohonan aku nanti..

2 minggu kursus...rasa sekejab je. Tapi x leh enjoy sgt ari tu...sbb hari last ada exam. Semua takut gak nak enjoy sgt. Ramai gak jadi ulat buku. Nasib aku tak sgt. Dan gak la bersukan petang2. Rupanya..penat je study teruk2...tips mengena..dah tu penggunaan toyol pun berkesan.

Sekarang ni...gigih la bebudak ni buat egroups gak...bertambah lagi mailing list aku. Siap buat fotopages lak. Mentang2 ari tu ramai org IT. X per la...kenangan..

Tuesday, September 26, 2006

Selamat Berpuasa

Salam...

Rasanya tak lambat lagi kut kalu aku nak jugak ucapkan selamat berpuasa kepada para pembaca blog sekalian....di kesempatan ini juga aku nak mohon maaf sempena ramadhan kalu ada salah silap. Halalkan lah yea.

Bagaimana ramadhan anda tahun ini. Semoga bukan setakat lapar dan dahaga..InsyaAllah. Aku tahun ni...dah bertiga. 1st day hari tu...buka posa kat hospital. Iman pulang ke kampungnya. Dengan selam jer aku teman kan bini berbuka posa di samping rakan-rakan nyer di Wad 4A. Kebetulan aku tak keje..leh la. Semalam..berbuka posa di rumah berdua ngan Iman. Tapi Iman tido la...nasib dah abis makan. Barulah Iman terjaga dan merengek sebentar. Minggu ni...tak sempat la aku nak berterawih di surau. Bini keje petang. Tak kan nak hantar ke pengasuh lak kan. Tak logik la plak..hehe. Tak per Iman....Ayah tak Kisah.

Kui...Aiman Tak Kisah ni leh pulak jadi bahan sms untuk ucap selamat berpuasa yek. Aku sampai dapat 5 sms dari orang yang berlainan. Anyway...janji msg yg nak disampaikan dpt...x kisah la camner ayat dia pun kan...

Monday, September 18, 2006

Induksi Umum

Wah! Apa itu induksi. Tak perlu la nak diterangkan dalam ni. wah...ayat skema mcm dalam kelas induksi lak. Fuh...merasa la kalu nak kompom. Memang kena lalui. Tak nak induksi...tak leh kompom.

So..aku berada di Intan Sg Petani selama 2 minggu. Ni tgh minggu last la ni. Khamis ni exam la plak. Tugasan individu lagi...tugasan kumpulan lg...public speaking lagi...fuh...semua dalam masa 2 minggu. Nasib baik kembara ke gua apa tah dah dimansuhkan. Memang pack masa kami. Tapi apakan daya...kami hanya menurut perintah. Nasib kami agak malang ckit sbb gara2 PTD ada test buat kat sini. So ari khamis lepas kami di arah balik kg masing2 sbb nak kasi bagi laluan kat PTD masuk bilik. Semalam register balik. Dah balik umah...buku ke mana...assignment pun ala kadar. Tapi aku tak balik kl la...balik kg je...hehe. Minik x de kat kl...kalu tak selam je balik kl. Rindu kat anak bak hang...tu dia...pekat bahasa uthara tang ni. Penceramah pun dok bantai cakap utara. Rindu lak kat UUM.

Nasib baik bawak notebook MRCB...hehe. Dah jadi harta. Tq zakri...senang nak buat assignment....

Tuesday, September 05, 2006

Bajet 2007

Buat pertama kali aku mengadap TV menonton Bajet 2007. Selama ni tak pernah kisah pun. Apa ke hal nak ambik tau. Tapi berbeza kali ni. Almaklum. Laki bini orang gomen sekarang. Part yang ditunggu-tunggu...dah tentu tang bonus. Sebulan pun jadi lah. Laki bini...dah ajdi 2 bulan. Bley la buat cover hutang tertunggak. Jenuh gak sekarang ni. Tapi apa2 pun...syukur alhamdulillah. Yang pasti tak lama lagi gigih nak apply penyelarasan gaji. Mana tau ada rezeki..naik T5 terus. Sia-sia keje kat private 5 tahun kalu tak convert naik gaji.

Pasal bajet ari tu...lebih separuh budak opis mengadap TV. Kebetulan opis ada 2 TV Sony 29". Memang penuh penonton. Samalah jugak ramainyer masa live Siti nikah ngan laki dia...(malas sebut nama...hehe...nyampah). Tapi pasal bonus tu...pegawai latihan opis aku dah kasi tau awal dulu. Member dah siap sms org kat parlimen. Mentang2 PTD...byk tul kabel dia. Bajet lain aku tak kisah sgt. Rokok naik ke...yuran x yah bayar ke...janji dapat bonus walaupun seciput. TQ Pak Lah.