Tuesday, May 31, 2005

Ping Pong

Atau pun nama orang putih nyer..table tennis. Aku mula mengenali meja ping pong ni dari umur 5/6 tahun lagi. Kebetulan jiran depan umah ada meja. Selalu gak main petang2 ngan dia orang. Dari situ lah aku mula berjinak sehingga boleh mengalahkan pak cik jiran depan umah aku tu. Malang nyer..setakat tu je la penglibatan aku. Kat sekolah rendah...tak terdedah langsung. Ada la kot darjah 5...Kelab Ping Pong. Tak aktif pun. Takde pun main petang2 mahupun selection utk wakil sekolah. Begitu juga kat sekolah menengah. Meja ping pong pun tak de. Tak musim sukan tu kat sekolah aku. Ragbi, kriket, bola & hoki antara sukan glemer. Ping Pong tak masuk list. Sekali lagi bakat aku tak dapat digilap. Masuk jer matrikulasi...mak aii...power2 beb. Wakil negeri la...wakil sekolah la...wakil daerah la...??emmm..leh wakil apa lagi yek. AKU...seronok tgk diaorang main jer la. Nak join...tahap hikmat terlalu jauh. Hikmat batin tak boleh guna la plak...kalu tak selamba jer aku belasah dia orang.

Tapi masa ni la aku lebih mengenali sukan ni. Nak beli getah dia jer..rupa2 nya makan ratus. Tu belum nak jaga getah tu lagi. Ada gak foam special. Kalu aku...main belasah jer. Janji sedap pegang...sedap smash.

* Letih..baru lepas main ping pong kat bawah tadi. praktis utk sports carnival...
GO GREEN BERET

Monday, May 30, 2005

AF3



Hehe..poyo gile aku. Dapat bergambar ngan Diana..peserta yg tak dapat jadi student AF3...tapi dah gi buat show merata...kebetulan aku ada kat opis hari Sabtu baru ni. Turun Alam Sentral sebab lapar..nampak budak2 ni terus singgah jab. Ada Mawi, Yazer, Rina & Diana...so...Diana je la yg dapat bergambar ngan aku...laga dada tu..kui.

Rina x mo la...laki dia ada kat situ...kui..mmg tak hemsem langsung laki dia. Mesti poket penuh.

Ingat nak gigih borak ngan Diana...modal dah ada...x pe la..lain kali ada peluang..x leh lepaskan

Friday, May 27, 2005

The Contender

Aku antara orang yang dok layan gak realiti tv show ni...best gak tengok orang bertumbuk sesama sendiri ni. tapi sebenarnya...sports ni antara yang terbangang gak sebab mencederakan diri sendiri..haha. mana tak nya...sampai koyak muka. giler. tapi best la tengok kepantasan tumbukan dan gerak geri badan diaorang ni. seni...cuma masa finale contender...tak best la...si peter jr tu penakut la..asyik peluk sergio jer...so..dari awal lagi terus aku pilih si latin snake utk memenangi perlawanan itu. best lagi pertarungan tempat ke 3/4...si jesse mmg power cuma dia terlalu angkuh hingga bukak banyak ruang untuk gomez mendapat peluang melepaskan tumbukan tepat ke muka jesse.

Maklumat lebih lanjut utk Contender

Thursday, May 26, 2005

Happy Birthday

.

Happy Birthday to you.
Happy Birthday to you.
Happy Birthday to ROSLI...
Happy Birthday to you..


yahoo!! dah 28 tahun. apa wish aku utk umur 28 tahun ni...nak kawin..hahaha...aku mmg dah letak target ni dari masa study kat UUM lagi. nampak nya...insya Allah terkabul la hajat aku nak kawin pada umur 28.

Sambutan sempena ulangtahun ke-28....takder...tunang jauh. nasib semalam ada buat company meeting and sambut birthday utk semua bulan 5 dan kebetulan on my birthday. ada la kek...cheese kek lagi...best nyer..yummy...

x sabar nak tunggu ahad..nak sambut birthday bersama si dia.

Saturday, May 21, 2005

Akademi Fantasia

Malam ini Konsert Prelude Akademi Fantasia. Seramai 20 orang peserta akan berentap untuk menjadi 12 peserta Akademi Fantasia 3. Sudah tentu ramai yang 'Dah Terkena" ngan penangan AF3. Malam ni...ramai yang akan kansel segala aktiviti kat luar. Termasuk aku...budak MRCB ada ajak main bowling kat OU..torus tunda ke malam esok kerana semua tidak mahu ketinggalan menyaksikan konsert prelude ini. Sudah tentu akan menjadi bahan bualan di hari Selasa nanti. Sudah tentu seperti satu kerugian jika tidak dapat sama2 memberi pendapat tentang peserta di malam konsert.

Begitu hebat rancangan AF ni. Kenapa realiti show di stesen TV lain tidak dapat menandingi kehebatan AF. di mana silap nyer. Audition...aku pun tak tau psl show ni..tetiba dah ada orang menang. peserta yang memenangi show ini last season pun...tak tau apa hasilnya. di mana salah nya.

AFUNDI CIKLI

Thursday, May 19, 2005

Scandal

Tajuk kali ini terlalu 18SX.

Tapi aku saja nak cite pasal kisah skandal ni. Hehe...sbb apa? Entah. Apa maksud skandal ni. Byk tafsiran nyer. Kita semua dah besar yek. Pandai2 la fikir. Ada gak orang berskandal untuk kebaikan sendiri. Dah tentu benda ni berat kepada kaum perempuan @ wanita. Selalu nyer secretary melayan bos. Atau bos yg mencucuk sekretari nyer. Bermacam jenis lagi skandal yea dak.

Aku???...hehehe.

Monday, May 16, 2005

Tersepit

Adus...apabila berada di situasi ini...pecah kepala nak pikir. Bak kata pepatah, ditelan mati mak..diluah mati bapak. Kadang2...malas nak pikir masalah ni. Tapi mana ada hidup yang tak de masalah. Namun..mana ada masalah yang tidak boleh diselesaikan. Cuma jalan penyelesaian yang berbeza2. Jika jalan A yang diambil..sudah tentu keputusannya A jugak. Begitu lah jika jalan B yang diambil..hasil sudah tentu B jugak. Tak mungkin hasil adalah B jika jalan A yang diambil. Tak de shortcut dalam kehidupan.

Berbalik kepada isu aku sendiri...aku berada di tengah2 antara company sendiri dan company partner. Dua2 kena layan...si management company do mengata partner. tapi selama aku lepak ngan company partner...ok jer rasa. Betul jer keje diaorg...iskh..penin bak kata ezlyn...i really want involve in this project. Broadband wireless..siap leh roaming lagi. Kalu jadi project ni kat Telekom...perkh...masyuk la. Yg best nyer...nanti leh la aku gi US...angan2 jerk

Thursday, May 12, 2005

Amazing Race 7

Semalam kul 2 tido sebab melayan cite ni. Terlepas show kul 8. Ingat kul 10 start. Rupanya kul 10 yang abis. Layan gak Amazing Race ni. Best la dari Explorace. Tak la boleh compare sebab sponsor berbeza2. Budget pun tak sama. Audience pun lain.

Yang puas hati nyer. Rob&Amber kalah. Tak kisah la sapa menang selain diaorg. Cukup lah diaorg menang survivor. Bagi lah can kat org lain sama. Lagipun cara permainan Rob jahat giler. That's why semua org benci kat dia. Sekalung tahniah kepada pemenang.

Tuesday, May 10, 2005

Kemas

Setelah buhsan giler melihat meja aku yang macam tokang pecah...aku berjaya mengemaskan kembali meja aku. Siap mengambil kesempatan di atas ke'teror'an aku menukar PC dari P3 ke P4. Siap ada CCTV lagi...bila meja dah kemas ni, nak buat keje pun semangat la sikit. Kalu tak..serabut jer keje.

Monday, May 09, 2005

Tukar Tayar

Weekend baru ni baru jer tukar tayar depan...waa...nasib ada rezeki lebih sikit...siap servis kete sekali. Set ngan Omaq sbb dia leh kowtim harga kat satu bengkel Tmn Melawati. Jauh2 pun belasah jer la...lepas ambik ehem...ehem..terus ke sana. Sekali sampai sana...mak mertua Omaq pun ada sekali...dia pun buat kete gak. Patut la Omaq ajak gi situ. Mak mertua dia Otai kat situ.

Aku buat servis sekali. Alignment kete pun lari. Siap kena betul kan chamber depan dan belakang. And tukar wiper..semua RM360. Ingat aku dah mahal...tgk Omaq lagi mahal...RM600 mamat tu habis...tukar absober tu...siap mintak bantuan kat FAMA...tak aci tul..

Cite pasal kete ni...mileage kete aku dah 153,000...pergkhh...tak tahan. Tah mana aku gi. Kalau nak bandingkan ngan Sen..dah tentu aku tinggal dia jauh gile...claim mileage kat company average RM600++...nasib pakai kancil...minyak sebulan RM300. Duit tol lagi...nak kena servis kete lagi...claim mileage ni bukan lah untung sgt sebenarnya...

Sebab claim bulan ni cecah RM800...selamba jerk aku zrass beli Smart Tag semalam. Hahaha...Bayam...gua tinggal lu kat tol la lepas ni..



Omar and ehem..ehem...aku.