Friday, December 30, 2005

Interview

Huh...lemah lutut tul bila aku kena interview. Bila cakap ngan awek...ayat bukan main lagi. Bila sembang deras...cakap tak nak jatuh, macam bu***. Padan muka aku. Self confidence masih di takuk lama. Camner ni. Ni nak kena masuk Fitness First ni sbb salah satu kebaikan dia...leh tambah kan self confidence...hehehe. Terpoyo lak aku.

Semalam melayan perasaan pergi interview position SE kat MMU Cyber. Walaupun hujan, ku redah jua. Smpi lambat...tulis kat dlm email 9.30am. Sampai2...jenuh carik. Kata tingkat 1, puas carik..tanya org...kata ting 3 lak...carik lagi...takde apa2 pun...kebetulan ada org kat situ...ckp ting 4 lak...iskh...nasib aku nak gi interview. Dan nasib gak terserempak ngan student MMU yg cun. Dressing mcm nak g clubbing pun ada budak2 ni. Terus reda kemarahan aku. Nak masuk bilik menunggu...mak aii...ramai nyer org. Ada dlm 11 orang...sofa x de kosong lak tu. Kena la aku lepak kat luar. Tunggu punya tunggu...interview tak start lagi pun. Bila start...rupanya position letchurer jalan dulu. ceh...yg HR MMU panggil kitaorg sekali time ngan letchurer nyer interview buat apa. Punai...kul 12.30 baru start interview utk SE. Menggelabah aku tgk muka Madam Lee. Tapi President MMU sempoi...siap leh hulur kuih raya masa interview...camner saya nak ambik makan President...mulut tgh melayan soalan Madam Lee...hehe...apa2 pun result nyer...macam tak yakin jer aku sebab aku tak suka kencing masa interview..

Wednesday, December 28, 2005

Fitness First

Setelah berkali-kali appointment aku ngan Muzaffar terpaksa ditunda (malas nyer nak ke area Damansara dari Kajang), akhirnya aku mengalah dan munculkan diri di Fitness First, the Curve semalam. Kul 8 aku dah smpi walaupun appt kul 8.30pm. Saje nak cuci mata dulu kat situ. First time sebenarnya aku smpi the Curve ni.

TQ to kawan kita yg memperkenalkan nama aku kat Fitness First ni. Mmg best tmpt ni. Puas si mamat Muzaffar ni memujuk aku utk sign up kat situ. Macam MLM lak cara dia memujuk aku. Bayangkan harga registration fee dari RM500 leh turun ke RM50 jer. Akhirnya dia tewas jugak ngan aku. Bengang je member sebab kawan dia kat table depan berjaya menarik ahli baru. 2 orang lagi. Alasan aku cukup kukuh. Jauh banget aku nak beraksesis. Aku tunggu Fitness First Alamanda bukak...alasan aku.

Kepada kengkawan yang nak menjaga badan, mmg aku pun nak saran kan kat korang...fitness first mmg antara tmpt yg sesuai. Best tmpt ni. Harga pun berpatutan cuma aku lum lagi la sbb jauh sgt. Kalu ada kat Alamanda...tertarik menarik dan da boom jugak aku...hehe

* ini lah rupanya rahsia kekurusan ko yek Fauzi

Tuesday, December 27, 2005

Aquaria KLCC

Akhirnya berjaya jugak kami berdua sampai ke Aquaria KLCC setelah gagal pada cubaan pertama akhir Ogos lepas. Kali beratur hanya 15 meter dari kaunter compare dulu...aku ingat ada 300 meter ada jugak kot. RM28 seorang. Kali kan 2...RM56. Takper la...minik nak tgk sgt ikan jaws kat dalam tu. Aku biasa2 jer. Tapi view dia kat dalam mmg superb. Kepada pecinta hidupan laut...mmg best la layan. Dok je kat dalam tu 5 jam...x de sapa nak marah. Ingat...bwk MyKad anda...kalu x, kena RM38 seorang. Kepada kengkawan yg masih belum buat MyKad tu...insaf lah sikit. Jadilah warganegara yg bertanggungjawab. Eheh...ada lak selingan di situ.

Gambar dari kamera kami...tak berapa superb la. Kalu ikut rules & regulations, x leh pakai flash ambik gmbr. Tapi sekali sekala aku tersasul gak pakai flash..hehe. Biasa la tu. Minik byk ambik movie. Teruja dgn jerung yg lalu atas kepala kita...hehe.

Wednesday, December 21, 2005

Lama Nyer

Sungguh lama aku tidak ber blogging. Adakah kerana aku tiada idea. Atau tak de mood. Atau lebih mudah...tgh malas. Apa nak jadi ni...semua benda nak malas. Dok umah kemas umah lagi best. Hehe..sejak dok berdua ni...asyik nak mengemas umah je rasanya. Ada lagi barang yg tak kuar dari kotak n plastik. Walaupun mmg umah aku tak de brg byk pun. Kosong jerk. Lain lah kalu dapat set home teater masa lucky draw ari tu. Last weekend MRCB buat annual dinner kat Crown Plaza Hotel (Hlton KL lama). Ehehe...tmpt aku berak, kencing, tido n mcm2 lagi dulu2...yg best nyer malam tu...org semua minum orange n sirap jerk...aku leh minum mango juice. Free lak tu. Kenal budak banquet kat situ...dah org offer...aku terima je la.

Aku dapat apa malam tu...hampeh...dapat dish drainer jer...tapi IKEA nyer..product koro je tapi RM90 tu..mcm aku tak caya jer...tapi ttp aku tak guna sbb benda aku dah ada walaupun beli ngan harga RM12 je. so yg dpt free simpan bwh katil jer. Jeles gak tgk org ada dpt hadiah best2.

Top 5 Lucky draw:
1. Set home teater (Pioneer) + 26" LCD TV (LG)
2. PC
3. Voucher IKEA RM1,500
4. Sony Digital Camera
5. Lupa dah....

Lepas umum je 1st tp bukan nama aku, terus balik. Singgah jab kat kaunter Adibah Noor beli CD. (yg dpt 1st prize baru 4 bulan keje - rezeki namanya). Kuar jer hotel...perghh....jammed yg amat..tau2 je la jln bukit bintang. One way nak lalu jalan p.ramlee. minik kat sebelah dah turun seat...ngantuk...keje pagi. esok pun keje pagi...kena la kasi can dia tido. Nasib masuk je jln tun razak...jalan dah clear trs smpi umah.

Sunday, December 04, 2005

Macam²

Tender
Tension betul menunggu pricing masuk. Semalam dtg opis x berguna je rasanya. Hari ni buat langkah bijak. Gi cc kat umah jer. Ni yg buat nak masuk streamyx je rasanya kat umah. Kalu ada internet kat umah, jawabnyer mmg masuk opis lmbt la sbb leh keje kat umah je...hehehe. Tadi baru je installer astro datang pasang astro kat umah. Lek je terminate yg lama dan apply yg baru. Senang cite...sapa nak beli dekoder lama aku...ada org nak beli RM100.

Sate Kajang
Semenjak² jadi orang kajang....dah 3 minggu berturut² aku makan sate hj samuri. Apa la jampi yg diaorg pakai. Hehe...nampaknyer sampai muak kot baru nak berhenti jadi pelanggan hj samuri tu. Nasib dah kenyang baru jalan gi open house umah bos. Tak best langsung sebab makanan dah abis. Sia² je kuar masuk umah tunggu ayam goreng. Tu la..sapa suruh dtg lambat. Padan la muka aku...hehe..Apa² pun...bos....selamat pergi dan kembali...

Monday, November 28, 2005

Takut Nyer

Jumaat lepas minik gua ada turun darah ckit. Cuak giler dia tepon dari hospital. Iskh..tetiba lak hari tu aku gi keje tumpang orang...kacau tul. Nurse pun takut nak jumpa doktor. Padahal keje kat hospital. Sebab dia tau apa doktor nak buat, sbb tu member malas gi jumpa doktor. Tapi akhirnya dia pergi jugak setelah semua org di sekeliling menyuruhnya pergi. Alamak doktor lelaki cina la plak yg bertugas. Alhamdulillah kandungan ok cuma terancam. Tak aci sbb minik aku dah dpt tgk baby. Nak buat camner aku lmbt smpi hospital. Doktor pesan suruh nurse byk berehat...

Parent minik dari Kluang terus turun ke Kajang. Camner minik gua nak berehat kalu tetamu datang. Hari Sabtu siap pusing Alamanda and Putrajaya. Risau gak aku...tapi nampak dia ok jer. Tak per...keje umah semua abang yang buat. Mana yg termampu je la. Cuma bila buat mee hailam semalam, nurse la yg buat. Aku hanya mampu potong memotong and siang udang.

Semoga semua nyer selamat

Tuesday, November 22, 2005

Update Omar

Korang tukar la link blog Omar.

patut la x de apa2 update kat blog lama dia. rupanya sebelum dia bersatu ngan tunang dia...blog pun dah sama...eee...geli la mamat ni..jiwang kalah aku

Monday, November 21, 2005

Lama Nyer

Lama dah tak blogging. Baru masuk keje minggu lepas. Hari khamis start keje. Masuk keje sibuk kemas tempat lak. Tukar tempat ke depan sikit. Al maklum dah tak geng ngan team support kat opis. Tadi pun sibuk 2 jam tukar extension sendiri. Kalu panggil cina contraktor dia caj RM60. Padahal tukar pair kat DB tu je. Cuma nak trace pair mana je jenuh tadi sbb cina buat keje tak buat label. Pandai dia...so bila setiap kali org nak tukar line/extension, org akan panggil dia balik.

Kenyang
Kul 12 tadi bank islam (depan pintu opis) ajak mkn kat opis diaorg. Open house. Staff diaorg buat pot luck la. Masing2 bwk dari umah. Jiran...kena la jenguk muka. Kul 1 lebih tadi team Group Support Services MRCB lak ajak makan. (padahal secretary CEO je yg ajak aku). lantak la. janji makan free walaupun ada yg memandang serong kat aku (mgkn dgn pandangan...sapa yg jemput mamat ni). Petang ni Semasa Sentral lak buat open house kat stesen sentral. Mungkin nak g ngan minik kot. Kena gi ambik dia la dulu macam ni.

Pindah Umah
Dah berjaya pindah umah setelah merempat di umah abang ipar selama 2 bulan. Alamat umah : K1-26, Kenaria Condominium, Taman Sri Kenari, 43000 Kajang. So sesapa yg tersesat ke Kajang, jemput la dtg umah yek. Raya ada lagi cuma aku je x de kuih raya. Hahaha...
Penat pindah umah ni. Kena la minik tgh pregnant ni. Kesian gak masa dia tlg basuh umah. Tapi bila part mengemas barang2...byk melihat je la dia. X pe...org cakap sayang bini. Letih badan masih terasa. Ada byk benda tak kemas lagi ni. Sabar...

Tuesday, November 08, 2005

Demam Raya

Selamat bekerja kembali. Semalam dah masuk opis balik. Sunyi sepi. Jalan pun tak jem sgt. Best jer rasanya. Nak pergi bank pun senang.

Perjalanan aku dari Kluang - Shah Alam hari ahad malam hari tu pun kira ok. Berjalan lancar. Ketakutan jem teruk kat seremban...terlepas. Mungkin aku lalu kul 11.30 malam punya pasal kot. Kalu lalu awal lagi...mesti sangkut. Abang ipar aku baru sampai dari Kelantan malam tadi. 12 jam...huhu. Bertolak 10 pagi katanya. Kul 10 malam baru smpi Shah Alam.

Macam mana raya tahun ni. Alhamdulillah...pengalaman pertama beraya di rumah mertua. Tak meriah sgt sebab 2 org abg minik takder. Turn minik diaorg. Sorang ke Kelantan, sorang lagi ke Terengganu. Nasib la...tahun depan kalu...aku lak yg tak raya kat Johor. Susah la camni..nak kena fine tune balik bagi semua berkumpul. Paling tak best..raya kedua...aku demam. Nasib ada isteri penyayang. Kul 4 pagi aku kejut dia sebab badan panas sgt tapi rasa sejuk sgt. Adalah org tolong lap kan badan ngan tuala basah. Siap kena paksa mandi time2 tu jugak. Lepas tu minik buat kan bubur..tq sayang...eh...tersalah channel lak. Tengahari nyer pergi klinik...kena cucuk kat bontot. Auww...sakit. Klinik K je yg bukak. Mahal lak tu...RM50. Dah tentu ambik resit untuk claim balik.

Kat opis ni..yg dtg berapa kerat jer. Yg ada kerja...mmg sibuk sbb ada submission hari Khamis. Yg melepak...mmg gaji buta..aku pun gaji buta je. Syarat je dtg keje ni. Smlm pun sbb nak sambut budak trainee sorang2. Kasi tugas sikit kat dia...dah. Siap kasi pinjam PC aku kat team satu lagi. Tak pe lah...berkorban demi company. Lagipun aku nak cuti lak seminggu mulai esok.

Esok teman minik register kat Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan. Kat mana tah...kat area bukit aman. esok redah je la cari jln cenderasari. Selamat menjadi org putrajaya...

* setelah sebulan berpuasa...cuba2 lah pulak kita sambung lagi berpuasa dengan puasa 6

Friday, October 28, 2005

SELAMAT HARI RAYA

..."Hidup seharian tanpa dosa adalah HARI RAYA, melepasi ujian ramadhan adalah HARI RAYA, melepasi siratul mustaqim adalah HARI RAYA, masuk syurga ALLAH adalah HARI RAYA dan kemuncak HARI RAYA adalah bertemu dengan ALLAH di syurga"...

semoga kita mendapat kurniaan dan keberkatan dari ALLAH.... amin yarabbal alamin...

.... mata kadang salah melihat, mulut kadang salah berucap, hati kadang salah menduga, maafkan segala khilaf yang pasti ada...

"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN"
ikhlas daripada saya...



** esok balik kampung sendiri kat Kuala Kurau...balik sorang tapi tumpang kakak..minik kat Kluang...kesian dia. So berjauhan la kami sementara. Insya Allah Deepavali nanti aku balik lak Kluang. Kot masih sempat nak buat persiapan raya. Ahad balik KL. 7/11 masuk keje. 9/11 hantar minik daftar kat Jbtn Kesihatan Wilayah Persekutuan (tak tau lagi hospital mana...tapi kira KL la...eh..putrajaya wilayah jugak kan???) kalu minik tak kena keje terus...esok nyer terus balik perak la pulak. raya cum majlis belah aku....so...dgn ini blog akan bercuti sementara.

Wednesday, October 26, 2005

Rezeki Ramadhan *paling Istimewa

Syukur...Alhamdulillah.

Bulan Ramadhan mengajar kita erti kesabaran. Bulan mulia ini begitu bermakna kepada kita. Paling bermakna buat aku Ramadhan kali ini. Dulu buka posa ngan budak² bujang. Kekadang sorang². Tapi tidak tahun ini. Dikurniakan isteri yang cantik, muda pulak tu. Berseri hidup. Indah belaka di kala waktu berbuka. Waktu sahur pun terjaga. Tidak lagi roti gardenia dan air kosong.

Tapi...yang paling istimewa nyer...bila dapat tahu positif...;) Alhamdulillah..
Ahad malam tu dah test sendiri guna yg murah punyer je. Beli kat pharmacy. Semalam masuk lmbt sikit sbb gi Klinik Baharudin kat seksyen 2. Sekali lagi positif. Tahniah doktor cakap. Rezeki bulan Ramadhan.

Tiada lagi yg gembira selain berita gembira ini. Maka bermula lah kisah baru. Aku ku cuba amalkan segala petua dan amalan yang diturunkan. Saat ini antara waktu terpenting.


* minik balik kampung. nak selesaikan urusan perlantikan sebagai nurse...sejuk nyer esok...tido peluk bantal

Tuesday, October 25, 2005

Rezeki Ramadhan

1. Dewan Felda Perdana : Frontline Technologies Sdn Bhd - 13/10
2. Hotel Singgahsana : Tegas Tepat Sdn Bhd - 16/10
3. Holiday Inn Glenmarie : MRCB Technologies Sdn Bhd - 19/10
4. Concorde Shah Alam : MRCB Technologies Sdn Bhd - 20/10
5. Mum's Place : ECS Astar Sdn Bhd - 25/10
6. Tropicana Golf & Country Resort : ECS Pericomp Sdn Bhd - 26/10

Yang Terlepas
1. Hotel Nikko : Dancom / Tivoli IBM - 12/10
2. Seri Melayu : TT Frontier Sdn Bhd - 24/10
3. PJ Hilton : Nera - 25/10
4. Boulevard Midvalley : Trans Niaga Sdn Bhd - 26/10

Monday, October 24, 2005

Cepat Nyer Abis

Baru kuar RM500 hari Sabtu. Tadi terus licin. Macam tak percaya je aku. Tapi itu lah realiti kehidupan berumahtangga sekarang..hehe.

Hari Sabtu buka posa kat Chicken Rice Shop KL Sentral. Ngan sapa lagi. Acara tahunan. Lepas tu pusing jalan TAR. Cari baju raya la konon. Tak dapat apa. Dapat tali pinggang wife je. Ahad pusing PKNS...dapat baju kurung. Yang menarik kat kedai tu...sempat borak ngan salesgirl masa bini test baju. Hehe...sewa lot bazar ramadhan kat bawah tu...RM5,000. Teruja aku mendengar nyer. Saje tanya lagi...bos dah balik modal ke. Lek je dia jawab "dah lebih dah pun". Fuiyo...dlm masa 2 minggu leh balik modal. Lagi 2 minggu kaut untung. Patut la last minute para peniaga leh buang price smpi 50%. Tapi yg tak best...ada baju hilang. Aku smlm bukan kat tmpt yg ramai. Kat tingkat 2..sewa situ RM600 je. Kat situ pun baju hilang 3 pasang. Ini kan plak kat tmpt ramai org yg kat bawah tu. Mmg tiap2 hari ada hilang...heran kan. Tak sangka aku ada gak org pnjg tangan dlm bulan ni.

Lepas buka posa kat opis, gi Giant lak shopping barang dapur ngan wife. Maklum lah...menumpang umah orang. Tak kan nak makan free je. Kat situ terjumpa lak baju raya aku yg sedondon kaler. Terus angkut walaupun mintak diskaun x dpt. Tension gak aku...sbb dia tau mmg aku nak kot.

Pagi tadi dtg opis awal...siap kan tender. Dah selamat submit semua. Nak balik terus kang ada meeting lak kul 3. Esok lah MIA...leh bayar utang. Gaji masuk awal sikit bulan ni.

Wednesday, October 19, 2005

Sibuk Pulak

Ingat kan sepanjang bulan posa ni leh la relaks. Rupanya sangkaan ku meleset belaka. Esok ada submission satu SebutHarga. Malam ni plak ada UAT kat tempat customer. Hopefully aku dapat siapkan SebutHarga before 11pm sbb UAT tu akan start that time. Dan aku rasa aku terpaksa cancel berbuka posa di Cititel, Midvalley mlm ni. Sori STJrians...lagipun agenda tersembunyi aku bersama korang tak sempat nak buat. Kad 'raya' x siap lagi.

Alamak...latest update..

Malam ni nampak nyer kena berbuka di Holiday Inn, Glenmarie. Atas arahan bos besar suruh pergi...adus...lagi pening. Tambah lak koleksi makan free aku. Esok kat Concorde Shah Alam...yummy.

Weekend ni lak ingat nak rest panjang...ingat nak balik kampung. Rindu masakan mak di waktu berbuka....tapi ada tender MIMOS lak closing ari Isnin...Jumaat dah la cuti. huhu..rugi tu tak balik kampung...minik nak balik kluang...lek jer aku cakap tak leh. Segan nak dok umah abg dia sorang².

Marilah bekerja.

Tuesday, October 18, 2005

Gambar Makan² II

Keluarga Naim

Pasangan Diet

Pasangan Hitam Putih Kehidupan

All Together (kecuali cameraman)

Artis Jemputan


Venue : Hotel Singgahsana
Date : 16/10/2005
Organizer : Tegas Tepat Sdn Bhd

Gambar Makan² 1

Sesi makan² org pompuan

Sesi Melihat Album Pengantin

Sesi beramas mesra di luar

Selamat Berpuasa & ...

Memotong kek

Naim...selak sikit...



Venue : Rumah Dila & Husband, Seksyen 7 Shah Alam
Date : 15/10/2005
Co-organizer : Salman & Nono
Event : Majlis Berbuka Puasa KMKN95/96 (pot luck)

Monday, October 17, 2005

Makan Free

Berlumba-lumba org nak citer kemeriahan weekends kat dalam blog. Sori lah...aku lmbt cikit sbb lmbt masuk opis. Saje je set appointment kat luar supaya aku leh masuk lmbt opis. Monday maa...malas bangun pagi. Padahal meeting ngan supplier...patut dia yg dtg opis aku, ni terbalik...aku yg sanggup gi opis dia. Leh tambah mileage claim..hehe.

Pasal makan free di bulan Ramadan. Sejak last week lagi rezeki murah. Hari Rabu lepas suppose aku berbuka di Hotel Nikko (IBM Tivoli - Dancom) tapi aku choose buka ngan minik kat KLCC. Siap tgk wayang dulu sblm buka. Hari Khamis aku join Frontline nyer majlis di Dewan Felda. Best nyer kambing...Jumaat biasa jer...di rumah. Hari Sabtu acara Pot Luck di rumah Dila kat Seksyen 7 Shah Alam. Gathering KMKN95/96. Aku bawak Rendang Ayam + nasi impit yg di buat special oleh minik (first time buat)...aku tolong perah santan jerk. Overall ok event ni. Tak lah membazir seperti 2 tahun lepas di BBP. Nasib baik umah x byk furniture lagi...biasa la...KMKN jr...leh tahan gak ramai nyer. Tapi yg jaki aku tgk...tuan umah giler IKEA. huhu...baru jerk aku tutup kad IKEA aku...nyesal pun yea. Ptg before event sempat sms ngan azam...teringat dia tak ckp nak bwk apa, setting ngan dia suruh bwk kek sbb same day...birthday my beloved wife. Happy Birthday cayang. TQ azam sbb sponsor separuh kek tu. Ingat nak sponsor terus...hehe.

Ahad lak...buka di Hotel Singgahsana. First, Salman yg ajak joint invitation under MMU. Tapi bila dgr Tegas Tepat yg buat event, terus sms 'bos tak jadi'. Terus dpt invitation on the spot..haha. Tak malu nyer orang. Janji dapat join geng memeriahkan Majlis. Rugi lak x ambik gmbr ngan Adam AF2 kan. Kalu x leh tambah koleksi gambar ngan artis. (Rabbani tak lak terpikir nak ambik gambar...huhu).

GAMBAR...akan di update kan esok...so still ada modal untuk next posting.

Minggu ni still ada Gathering berbuka...lagho...abis terawih aku...

Friday, October 14, 2005

Kelebihan

Bukan kelebihan berpuasa...kelebihan berumahtangga..keke.

1. Tido berteman...paling utama
2. Makan berjaga....buat masa ni....minik x keje lagi
3. Pakaian kotor bersih sendiri
4. Baju keje bergosok
5. pergi/balik ada org hantar/sambut
6. macam2 lagi la...tak larat nak citer

tapi buat masa ni yg tak best
1. tak privacy lagi...dok menumpang umah abg ipar (ada 3 org anak)
2. minik x keje lagi...cian dia...boring kat umah
3. minik tak tau posting mana...tak leh plan nak dok mana

Sesungguh nya bulan ramadhan mengajar kita erti kesabaran

Tuesday, October 11, 2005

Menu Berbuka

Apa yg korang makan waktu berbuka yek?

Dah dekat seminggu kita berpuasa, aku belum berbuka kat luar lagi. Kat umah abang ipar aku di Kota Kemuning je la. Tapi cuma hari Sabtu hari tu je mmg tak masak langsung. Semua beli kat PARAM di Presint 2, Putrajaya. Kebetulan kami lepas jalan di Alamanda. Sempat la aku membeli Microwave Oven LG RM195. Murah nyer je. Duit sumbangan budak opis. Aku mintak barang...tapi dpt duit. So...sebelum duit tu abis, aku jadikan la barang dulu.

Berbalik kepada tajuk, aku lepas dgr azan je...baca doa berbuka...ambik kurma iran(dapat free...dr shaharizuan bagi kat semua kapten)...lepas tu minum air setengah cawan. Makan kuih barang seketul dua...ambik nafas jab...bukan nyer terus buat Maghrib..kui. Makan nasi la plak...abis nasi...buah tembikai lak sebagai pencuci mulut. Huhu...menu lauk bergantung kepada minik n abg ipar...(terror tu abg ipar aku masak). Tugas aku potong buah tembikai jerk..kah3x. And kadang2 masak nasik. Semalam kuih terlebih...abg ipar aku pun beli...aku pun nafsu serakah gi beli. Padahal minik suruh turun beli limau kasturi jerk.

Monday, October 10, 2005

Gegar



Subhanallah...takut aku tgk berita ni. Dekat 20,000 org dah terkorban. Penduduk kat sana dah rasa macam nak hari kiamat. Itu yang bergetar gak jiwa ku ini. Kita yg di sini Alhamdulillah tidak merasa kepahitan yg mereka lalui. Macam2 peristiwa berlaku di dunia ni. Katrina la..Rita la...Stan la...uish...takut kan. Itu belum Iraq...Palestin kini. Sempena bulan Ramadhan ni, byk2 la kita mohon kepada-Nya. Semoga negara kita selamat dari malapeta seperti berlaku di negara orang lain.

Aku ni bukan la pandai sgt...tapi aku rasa...itu lah musibah yg di turunkan. Itulah pengajaran bagi kita yg alpa. Namun...masih banyak di luar sana yg terlalu lalai dan lupa dengan tanggungjawab kita.

Friday, October 07, 2005

Shahdu nyer

Semalam ada management meeting. Biz review la..sbb finance manager kena buat biz plan sampai Y2010. MRCB plan nak jadi big player dlm bidang property. berikut petikan email CFO...

"We wish to inform that the Group is currently working on a business plan to reposition itself as one of the major property player in the industry. In preparation of this plan which will be submitted to the Securities Commission (SC) tentatively before year end for approval, we are required to prepare a 5 year profit & cashflow projections from 2006 - 2010."


Huh...gempak gak company aku nyer target business next year. Projek juta2 masuk. Tapi semua telco project la. Kalu ada kena mengena ngan aku pun project Telekom la kalu jalan. Broadband wireless...Pilot project dah siap pasang...tp...lembab nyer management telekom...sendiri mau ingat la..kena lak baru ni diaorg ada re-structuring...target tahun ni...kena bwk tahun depan. Department aku nyer target...hehe...ciput..100k jer. Hah...sapa nak kasi project kat aku ni tahun depan.

Berbalik pada tajuk post aku, penghujung meeting tu bos aku...leh merah mata dia sampai kuar la air mata. huhu...1st time gua tgk dia sedih...aku kontrol jerk masa tu. sedih mmg sedih bila tgk bos kita kena tembak bertalu2 ngan staff sendiri. staff yg tembak tu...mcm la tak sedar diri..padahal bos kita tu dah tolong dia kekal berada dlm company..

PUNCA...bos aku panggil sorg staff...story dia...notebook BARU hilang...kat KL Sentral. budak opis aku tinggal kan notebook tu dlm bilik MDF telekom kat plaza sentral, dlm 20 minit turun balik...notebook dah tak de. Pintu tak kena kopak pun. Meaning pencuri ada master key. Siap polis mcm cite CSI la cari finger print kat tombol pintu...cite member aku tu la.

Masalah nyer..bos aku ttp nak mengenakan denda kat staff tu...bukan ganti la..rm6 ribu lebih tu...denda tu siap kena tempias kat staff admin and manager dia sbb x insurans kan notebook tu. itu yg start tak puas hati tu. mula la sesi berperang mulut. mulut org pompuan...mana tahan bos aku (lelaki). air mata jer la penamat dia.

Moral of the story : bersyukur la ngan apa yg ada. tak puas hati ngan management kalu. blah la...gua pun tak ingin tgk muka korang

Tuesday, October 04, 2005

Selamat Berpuasa

Kepada semua kengkawan yang membaca blog ini, diucapkan selamat berpuasa. Puasa jgn x puasa...

Hopefully ada lah gathering2 yg dianjurkan untuk kita beramas mesra di sepanjang bulan Ramadhan nanti.

Aku tahun ni buat pertama kali menyambut bulan ramadhan bersama isteri tercinta...kui. Insya Allah...raya nanti ada org cium tangan..hehe...tapi masih dlm suasana bercelaru...umah pun x de lagi...bini masih tak tau posting mana. Malam ni terawih kat Kota Kemuning. Penuh ngan PATI la gamak nyer. Cabaran getir aku Ramadhan ni....pindah umah dlm bulan posa...huhu...agak2...leh kira kerja berat tak?

Friday, September 30, 2005

New Environment

Aku memang dah tau sebab aku tgh tak de mood kat opis. I need something different. At least tukar la tempat duduk aku ni. Sebab aku masih di pulau budak2 IT Support walaupun aku dah tinggalkan keje ni secara official lama dah. Keadaan sekeliling yang menyebabkan aku makin malas. Nak kemas meja sekarang pun tak de mood sbb mmg ada ura2 nak tukar tmpt tapi dah makan sebulan tak tukar2 gak. Nak marah kat org yg in charge pun...rasa tak guna. End up..tmpt aku ni mmg macam tongkang pecah. Nanti bila dah tukar tmpt baru...hah..kemas la meja aku balik...tapi...tah berapa lama yek...tgk2 tak sampai sebulan, tmpt baru lak bersepah. Tak per, bersepah sebab aku buat keje...kui.

Thursday, September 29, 2005

Minggu Seminar

Minggu ni penuh ngan seminar and training. Cuma ari ni terpaksa aku lepas kan makanan lazat di Golden Palace Hotel sbb bos buat management meeting and company gathering. Hehe...dah masuk management meeting la plak. Poyo la bos aku ni. Lepas ni tukar tmpt duduk lak. Duduk kat kiubikal besar tu...huhu...acting head of department. Dlm meeting tadi...bos terangkan situasi sbb apa ada yg tak dpt naik pangkat. MRCB nyer environment menjadi alasan. HR MRCB mmg sucks giler...emosi lak aku walaupun mmg nama aku takde dlm senarai utk naik pangkat tahun ni. Dah lah keluar dari tajuk...tak per...tadi masa meeting pun..bos suruh aku bentang kan project yg aku handle...hehehe...apa lah sgt. Attend training and seminar free byk la. Mcm tak tau lak org tgh malas keje.

Friday, September 23, 2005

Bapa Mertuaku

Rabu lepas...selepas ke Uniten (hantar barang), terus MIA. Ambik minik kat Seremban, terus balik Kluang. Minik ajak balik. Sebagai pasangan yg baru baru berumahtangga...isu2 yg sensitif...mcm pak mertua jatuh sakit. Macam kena strok...wah...kena la balik sekali. Walaupun hakikat nya...tak kritikal lagi. Alhamdulillah...pak mertua ku ok. Rindu kat bini dia kot. Mak mertua aku kebetulan ada kat Shah Alam sbb jaga kakak ipar aku yg baru bersalin. Akak ipar aku pun ikut balik sekali walaupun sakit lepas beranak, tak kan aku yg sihat ni nak suruh minik balik kg sendiri...hehe.

Pak Mertua ku kena mild strok. Sebelah badan je...belah kiri. Tapi dia tak mau ke hospital. Ikhtiar cara berurut. Masa berurut tu, adik ipar aku cita...nmpk darah membuak2 mengalir lps kena urut. Tukang urut tu tak kasi bapak mertua aku tgk...
Sebab kan keadaan rasanya ok...lagipun mak mertua aku dah abis mengurut kakak ipar...kami semua balik ke shah alam semalam. So..rasmi nyer aku EL sehari je la. Rabu tu kira MIA...hehe.

Lupa lak...yg mengherankan...apak mertua ku tak de darah tinggi...ada kencing manis jer..macam mana la...leh kena strok. Emmm...tak pe...semlm aku dah pesan suruh jaga makan. Siap salam cium pipi..kui. Sblm ni smpi cium tangan jer...ahaks

Thursday, September 15, 2005

Malas nyer

Memang malas rasa nyer nak bekerja sekarang ni. Bila dah 5 tahun keje same company ni..mmg timbul benda ni. Aku baru 5...tadi lepak ngan mamat sales TIME...dah 11 tahun. Lagi tahap katanya. Sampai nak tulis blog pun aku dah malas..kah3x.

Isnin hari tu...cuti. Selasa n Rabu ada training. Hari ni baru masuk opis. Buat la keje yg tertangguh jab...ni dah start malas la. Kena lak hari ni baru bawak album kahwin...eemm...dok cite pasal kahwin la tak abis lagi.

Thursday, September 08, 2005

Naik Pangkat

Sori..bukan aku yg naik pangkat..tadi HR baru jer kuarkan email announce sapa2 yg naik pangkat. Pundek betui...orang depa jer yg naik. Cepat gile diaorg naik. Aku tak kisah aku tak naik...tapi policy tak betui...Kalu depa...tarak hal promotion setahun dua kali. Siap leh lompat gred lagi. Tapi kalu staff lain...tak leh naik alasan tak cukup 2 tahun...pundek apa macam tu. Contoh kena kat company aku sendiri..minah ni dah lama acting manager (position dia senior exec jer)...dok tunggu jadi manager...last2 tak naik pun tp hr exec kat opis aku lak naik senior...come on la. Org yg dok generate income for company la nak kena jaga...kang kalu staff tu tak puas hati..lari...padan muka company.

Inilah dia kalu set policy tapi tak guna untuk diri sendiri. Paling pelik yg berlaku dan menyakitkan hati...tahun lepas dari Asst Manager...terus naik jadi Senior Manager. Tahun lepas gak naik jadi General Manager. Tahun ni...list tadi...jadi Head of Department...Fuiyo....perlu ker position tu kat company yg tak berapa besar pun. HR kat sini bukan bagus mana pun...benifit x lah byk mana. Nak buat potongan gaji pun...tak byk yg boleh dibuat. Mcm potong gaji byr loan...pemalas diaorg ni. Sistem HR yg ada pun...hanya apply leave yg leh guna. Tapi kenapa diaorg cepat giler naik...
Aaaaaaaaaaarrrrrrrrrrrggggggggghhhhhhhhhh

Tuesday, September 06, 2005

Honeymoon Part 2(a) - Nexus, Karambunai

Walaupun destinasi ini telah menjadi beberapa orang kawan kita, aku tetap ingin ke sana bersama si dia. Kenapa aku pilih tempat ni...masa aku sampai KK last year, aku dah mmg terdetik nak honeymoon kat sini...lagi satu...aku ni made in KK, Sabah...kahkahkah (mak aku ngandungkan aku masa bapak aku posting kat sabah...nak beranak jer mak aku balik kampung). Package Golden Holidays menjadi pilihan untuk merealisasikan impian murni ku ini. 1-4 September tarikh yang sesuai. Plan awal nak gi time cuti sekolah tu, tapi hotel fully booked la plak. Terpaksa masuk keje dulu and lepas tu cuti balik.

Hari Khamis berlepas ke KK. Flight kul 9.30 pagi. 6.45 pagi dah kuar umah kakak aku. Mintak tolong dia hantar ke Tasik Selatan. Nak bawak bini naik ERL. Masa kat tempat menunggu boarding tu...lek jer si Marsha n Felix dok depan kami. Baru aku bukak ayat barang sepatah dua...penuh lak budak sekolah datang tiba2 mintak autograf. Aku pun nak menyibuk gak bergambar ngan dia 2 orang...hehehe. Nasib minik ok.



Sampai hotel dah kul 3. Relax kat bilik jab...petang lepak tepi pantai jab. Tak jalan2 pun...setakat bergambar sikit jer...minik penat katanya. Lepas Maghrib, Majdi @ Hadi datang ambik and pergi makan kat town (tepi laut). Akheri @ Siam datang join ngan anak sulung dia. Selamba jer optab....makan 5 orang kat situ aku rasa tak semahal makan 2 orang kat Hotel Nexus tu...lps makan terus balik tido...



Hari ke-2 ada City Tour. Walaupun aku tau mmg bosan...sajer jer melayan...nak ke bandar pun sebenarnya....nak beli stok makanan utk malam...alasan malas kuar bilik...kui. Package aku hanya ada breakfast. Hari ke-3 lepas check-out, jumpa member opis kat town n pinjam kete company sbb nak naik Mount Kinabalu. Kul 1 lebih dah gerak naik Toyota SR. Aku dah siap confirm booking suite dlm Kinabalu Park. Nak merasa tido kat tempat sejuk...mmg sejuk amat. Tak yah aircond pun tempat tu dah mmg sejuk. Malam tak kuar mana pun...mmg nak abis kan masa kat atas katil jer sbb rasa rugi lak kalau bayar mahal tapi tak dok dlm bilik. Esok nyer kul 10 dah kena check out. Turun je dari gunung...terus hantar kete..gi lunch...pusing2 jab kat Sutera..terus ke airport...sekian laporan.

Monday, September 05, 2005

Honeymoon Part 1 - Bukit Tinggi



Destinasi pertama pilihanku adalah Colmar Tropicale....mmg aku tak pernah sampai dalam ni...cuma smpi tmpt 'tol' jer...sepatutnya aku nak gi Tioman..tapi sebab ada interview kat Putrajaya 23/8 hari tu...terus tukar plan ke Bukit Tinggi. Ada member sponsor membership nyer rate. Under Berjaya nyer vacation. So..aku cuma bayar RM70 per night untuk apartment satu bilik. Gila besar...tak tau nak buat apa...

Aku ambik 2 malam di sana. 24-26 August. Hari pertama sebelum check-in...ada la bergambar sana sini. Lepas check in...malam baru kuar...makan malam..mak ai..mahal nyer...nasib dah bawak bekal utk siang hari esok nya. 2 malam makan utk 2 orang...RM110.00. Hari ke-2 ada show...ingat kan org putih yg menari...sekali budak melayu yg menari tarian org putih...pakaian dia...adus....bini siap merajuk tu..sbb fokus lebih kat penari..hehehe.



Ptg gi Japanese Village lak...bergambar gak la sana sini. Hari ke-3 gi tempat arnab.



Balik dari tempat arnab..ingat nyer nak balik umah terus. Sekali bini pantun nak gi Aquaria KLCC. Katanya nanti dah keje susah nak gi dah. Abang pun terus bawak kete ke Hentian Putra terdekat (Terminal Gombak), park kete situ and naik Putra ke KLCC. Jauh tu nak jalan ke Aquaria. Sekali dah nak sampai....ramai nyer orang. Siap ada sign..."1 HOUR TO COUNTER"...hehe..gelak je la. Last2...tak sanggup Q...terus balik umah...sampai umah kakak aku..bersiap...lepas maghrib...balik Kluang lak naik bas jer...penat nak drive dah. Hehehe

Wednesday, August 31, 2005

Merdeka


Malam merdeka...aku sempat berada di dataran bersama puluhan ribuan orang lain...tapi sebelum ke dataran, sempat dulu shopping kat IKEA. kununnya nak beli rak yg ada promotion dlm paper...hampesss...petang lagi dah abis. Nasib ada la gak beli benda lain....tapi relax jer umah tak de lagi..

Lepas makan kat McD...terus park kat Kelana Jaya..naik LRT ke Masjid Jamek. Mak aiii...org kat dataran...ramai nyer...saje je bersesak kat khayalak ramai sejak bergelar suami isteri...kui.

Lepas abis bunga api letup sana sini (duit subsidi minyak tu), terus berpusu balik lak. Rapid KL siap ambik ramai giler part time jaga pintu LRT. Agak nyer...ini lah masa yg sesuai nak mendidik orang ramai cara yg betul nak naik LRT. Kasi org kuar dulu...beratur kat tepi...iskh...napa bodoh tul org KL ni...benda camni pun nak kena ajar...tapi...macam biasa...lps tu buat balik. Still orang ramai kan berebut nak masuk...tak menyempat kasi org dari dlm kuar dulu. Mungkin sebab bangang nyer LRT tu sendiri...kat stesen yg ramai org pun...still pintu tu bukak dlm berapa second jer...
Menyimpang jauh ngan tajuk ni.

Apakah pengertian Merdeka kat aku...cukup lah aku berbangga menjadi rakyat Malaysia yg hidup dalam aman damai.

Tuesday, August 30, 2005

I'm back

Aku start keje semalam...tapi semalam acting bz ckit. Biasa la...cuti lama. Sepatutnya cuti lagi...tapi honeymoon ke-2 kami terpaksa ditunda ke 1-4 Sept...so, aku masuk keje dulu semalam dan hari ni. Esok cuti lagi sampai weekend...best nyer cuti.

Terlalu banyak nak cerita...pasal nikah, pasal sanding, pasal cuci periuk, pasal interview, pasal bukit tinggi....wah...tak abis satu hari nak story semua.

nanti lah aku update sikit2...yg pasti kali ni dengan gambar...dah ada digital camera...kui...pinjam bini punya..

Wednesday, August 17, 2005

Cuti Kahwin

Hari ni last keje sebelum cuti panjang utk menamatkan zaman bujang aku. Yahooo...aku nak kahwin..tercapai gak hasrat dan impian masa zaman study dulu nak kahwin masa umur 28 tahun. Hari ni keje pun macam x keje je. Ada la buat 2 quotation tadi. Satu untuk Salman dan satu lagi utk Uniten.

Em...back to pasal kahwin. Hari ni ambik separuh barang hantaran. Aku tempah kat Alam Sentral jer. Kesian kat mak aku nak bawak dari Perak. Esok petang ambik lagi separuh. Sirih junjung ngan buah of course ambik esok. Kotak kek dia dah siapkan. Aku gi hantar kat orang buat kek. Kek coklat faveret kami. Sapa nak try...home made...aaa....timbul idea. Nanti aku bwk masa bukak puasa gathering...hehehe.

So...aku nikah 19/8. Hari Jumaat lepas Asar. Malam ada khatam Quran...tapi belah pompuan jer la. Aku mungkin lepak jer kat chalet nanti. Tapi dengar nyer kena join. Dan sanding hari Sabtu...Jemput la datang yek memeriahkan majlis nanti...

Tuesday, August 16, 2005

Spammer in d house

apsal blog aku kena spam ni...heran bin ajaib ni. apa salah aku...hehe.

Wednesday, August 10, 2005

Lampu pecah

Tension jek aku semalam...tetiba jerk tgk lampu kete pecah sikit and body kemek. Sapa lah yg bangang bawak kete leh langgar kete aku masa parking...bodoh nyer...
Aku semalam gi Boulevard Hotel so park la kat Mid Valley...punya la elok jer kete aku dlm kotak...tak de kacau sesapa pun...abis function...jejalan jab kat midvalley...(sempat la tengok Dian - promosi filem Ungu Violet) nak balik...tgk kete kemek....nak marah...tapi tak boleh buat apa pun...panggil security yg berdekatan...dia tak nmpk kete yg bangang tu...so..tukar sendiri jer la...tunggu la lagi sebulan baru aku tukar...kui.

Friday, August 05, 2005

Biz Review : Concorde Hotel

Semalam akhirnya berlangsung Businees Review Meeting yg diadakan kat Business Center Hotel Concorde Shah Alam. 5 orang jer termasuk aku. Top management termasuk aku...mushkil gak aku kenapa aku dipanggil sekali. Actually, meeting ni dibuat setelah company aku berpecah...not really berpecah la..re-alignment jek. First our GM story agenda meeting hari ni...so kami mula ngan product n services. Bermula la ngan department Telco..so si Tipah pun brief lah pasal product n services. Ada part kena brief in detail sebab ada org finance n admin yg tak paham apa. Aku leh la tau ckit2. Lepas tu...tetiba my boss ask me to citer product aku lak...mampuih...mana aku prepare apa. day before aku ada tanya...should i prepare anything? dia ckp bwk telo jerk...so..aku lek jer la balik umah layan TV.

Mampuih...tak de la powerpoint...main conteng kat depan jek la...tapi nasib la meeting memang santai..so...selamba je la aku buat tak tau kat depan tu. Bila part last sekali...pasal organisation chart...aku kena lead team aku sendiri. Department aku...Systems Solution. Mampuih...dah nak kena employ assistant la gamak nyer...yg best part...aku kena buat semua la dari A-Z...tapi ada la org yg nak assist. Am I ready to do this....aku pun tak tau. So guys...sapa2 ada sedara mara yg nak carik keje tu...leh la hantar resume kat aku...department satu lagi pun tgh nak cari org...M&E Engineer, Technical Assistant...aku...dah tentu nak cari marketing people yg ada technical background sikit pun takper...tapi nak awek la...mesti cun...biasa2 pun takper...ada kete...ni..bos aku yg ckp requirement dia...aku senyum lebar jek..

Tapi yg ponting...aku nak cuti tak lama lagi...mood nak keje pun...mmg tak der...kui

Wednesday, July 27, 2005

Biz Review

Lama sungguh tak update blog. Malas pun ada. Tak de mood pun ada. Sama macam keje aku la ni. Terumbang ambing di lautan yg bergelora. Aku pun tak tau apa nak jadi company aku dalam masa 2 tahun ni. Masih relevan kah aku di dalam company ni. Aku dapat rasa kan ramai yg memandang serong kat aku. Apa salah aku??? Adakah lebih baik aku blah jer dah sahut cabaran keje baru. Mungkin ini petunjuk yang aku dapat.

Esok ada 2nd Quartely Biz Review kat hotel mana tah...business review company aku. I will be part of the team yang nak diskas hala tuju company ni. Begitu tinggi harapan bos kat aku...kui. Tapi persoalan nya....tak buleh fikir lagi...esok aku akan lontar kan segala persoalan dalam meeting ni.

Thursday, July 21, 2005

Pinball

Semalam MRCB buat Sport Carnival acara Computer Games dan game iru adalah Pinball (yg ada dlm PC). Dah lama aku praktis..maklum la...bukan ada keje sgt pun. Keje menular jer...kui. Reputasi aku pun dah tersebar satu MRCB...dgn point lebih 10 juta. Tapi malang menimpa aku semalam..nasib tak menyebelahi...first & second ball...bola mati tgh2 and mmg x leh buat apa...sedih sgt...harapan tinggal harapan. org kuat kami yg lagi sorang pun tersungkur di tgh jalan....

Akhirnya rumah kuning yg menang...ada org tu tak main pun tapi dpt hadiah...kui.

Tuesday, July 19, 2005

My Story - Keje4

Huh....aku mmg tak berani buat keputusan. Byk faktor yang aku perlu ambik kira...yg paling utama...aku malas nak pikir 100% pasal new job sebab aku nak lepas kan perkahwinan aku dulu. So...last week aku jumpa org yg offer aku keje tu...kata aku nak kahwin dulu then i will re-consider ur offer. He looks upset with my decision coz he already plan my training at Singapore for EMC certified (pre-sale level...not fully technical). Oh man...rasa rugi lak. X pe la...mungkin bukan rezeki aku. Kalu bulan 9 dia ckp mcm lmbt sgt...tapi itu lah aku...byk hati yg kena jaga. Hati aku jer yg berkeceramuk...

Tuesday, July 12, 2005

My Story - Keje3

Tadi orang yg offer aku keje call aku. Dia dah balik umrah. Camner ni? Mesti tiap2 hari dia kejar aku ni. Ni yg buat goyang keputusan aku ni. Seminggu dah aku relaks..tap fikir apa2..la ni kena buat keputusan. Nak kena gi jumpa dia la camni...face to face. Tunggu keputusan aku...

Monday, July 11, 2005

Repair Kete Sendiri

Wah..semalam aku meng'repair' kete aku dengan sendirik nyer. T-join piping radiator tu dah patah...so aku gi kedai spare part (lucky kedai ada bukak hari ahad) and start pasang sendiri. Teruk gak berkarat aku nyer radiator ni...Nasib Mizwan membantu...kalu tak...lmbt sikit la siap...hasil nyer...bagus...temperature dah tak naik tinggi dah. Konfiden aku nak bwk kete aku. Lps ni nak kena gi servis and tukar minyak hitam lak.

Hari Sabtu ada badminton...walaupun aku reserve tapi puas hati team aku menang..aku main last game jer..nasib menang...cilakak...kena pressure aku ngan team sendiri.

Thursday, July 07, 2005

My Story - Keje2

Hah! Semalam jumpa Big Boss...dia mmg x kasi aku pergi. Tapi aku kasi kata dua kat dia...'my decision will be base on our discussion today'..tapi setelah berbincang...dalam keadaan tak selesa..dan aku nak cepat balik...rasanya offer dia x berapa best..maksud aku aku tak yakin. Aku mmg di offer ke Option B..stay with Subsidiary...tak kena Option A...transfer to Group. Aku tanya dia...apa keje aku kalu aku stay. Macam sama yg aku buat lately ni. Cuma yg dia janji...aku will lead group aku...kalu ambik staff baru pun...akan report to me...That’s sound interesting…tapi bukan pangkat yang aku kejar…cukup la gaji naik lagi byk…kui. Yg lagi penting...kepuasan bekerja. Buat masa ni...aku x dpt semua tu. Lebih2 lagi tension tgk environment kat opis..asyik2 nmpk muka cha ya nun alif yg meng'jengkel'kan ittew.

Antara point aku nak cari environment baru...tapi boss aku counter balik...semua IT mungkin akan pindah ke floor lain...'mungkin' yg tak sedap dengar tu...selagi mcm ni jer...selagi tu mood aku tak de. selagi tu company rugi jer bayar gaji aku keje. aku kesian kat company...so...baik aku yg blah...

tapi buat masa ni ramai yg tak setuju aku nak blah...ada la yg menyokong..tapi org tu tak berapa kuat sokongan dia...emm...aku masih tak de keputusan..

Wednesday, July 06, 2005

My Story - Keje

Hah! Pening jugak kan kepala...bila pikir la...tapi sebenarnya aku macam tak pikir sangat. tapi ada gak terpikir...heheh...masa depan bang. Nak bagi makan anak orang tak lama lagi. Pagi tadi terus gi Bukit Damansara sbb nak ambik offer letter aku. Lambat lak si Fara sampai opis...dia simpan surat aku. Bakal bos gi umrah...dia pesan suruh ambik kat Fara. Kesian Fara...pagi tadi LRT Putra buat hal..mmg aku ada dengar kat era.fm. Kul 9.45am terus gi opis..alamak...10.15am baru masuk opis. Tapi relaks jerk..masa ni x de sapa nak marah..mmg aku dah declare kat diri aku sendiri mmg aku x de superior or manager buat masa ni walaupun black n white company aku berpecah tak kuar lagi...lantak la...aku dah ada option C..apa nak risau yea dak. Orang pun dok mengharap kat kiter...masih ada masa sblm mamat tu balik umrah.

Dengan ada nya offer letter tu...leh la tunjuk kat big boss and diskas ngan dia petang ni. Tengok apa dia nak kata...apa hala tuju aku lps ni. Sama ada A or B...kalu tak best kalu...mmg C la yang aku pilih. Jadi kiter kena dengar A dan B dahulu...TUNGGU...

Tuesday, July 05, 2005

Dalam Dilema

Malas nyer hari ni....tak buat keje lagi pun. Mood nak keje tak de langsung. Adakah kerana memang aku malas @ persekitaran dah bosan @ dah terlalu lama cuti (kes kete problem minggu lepas) @ sbb offer keje baru @ nak 'toot' @ dll. Semalam aku cuti lagi. Weekend baru ni aku berada di Bangsar..belajar selok belok nak 'toot'. Alhamdulillah...selesai satu step. Banyak gak belajar..tapi ke arah tu je lebih. Part tu yg gelak sakan pun...paling bosan bab 'berpisah'...semalam mmg ambik cuti sbb nak beli barang ha****an utk 'toot'. 7 kali zraasss...selamba wawa..n papa.

Itu sebab antara nya hari malas nak keje. Kena lak company pun tgh tak betul...re-structuring ker..re-alignment ker...berpecah 2 ker...apa nama dia..yg ponting aku malas nak fikir. Kedudukan aku pun tak tau hala tuju dia...macam bosan jer. Tapi itu yg best. Tak kisah nak buat apa pun...lebih2 lagi bila hati dok berat nak blah bila keadaan macam ni. Resign letter pun dah siap...nak print ker tak nak...

Oh...oh...dalam dilema...RAP sekali...lagu KRU

* bila nak kul 6 ni...nak balik ambik tunang kat umah abang dia and hantar dia gi Puduraya

Friday, July 01, 2005

Repair Kete

Seperti yang dijanjikan oleh bakal abang ipar aku...dia dtg kl buat kete aku...seharian kat parking lot umah aku dok godek kete aku. Mula2 nampak macam dah ok....dah siap pasang...tapi masih panas...emm..head kena kasi rata...adus...dah petang lak tu. Macam2 hal..gigih cari tempat engineering...akhirnya jumpa di seksyen 8. Kul 10 malam baru siap pasang bali semua....tapi masih tak berapa ok la....sedeyy aku...tapi ok la..leh jalan.

Yang penat nyer...lepas tu melayan dia gi sg buloh. lepas tu gi kg pandan..lepas tu balik umah mandi kat KJ...lps tu gi uptown..lepas tu gi kg baru mkn nasi lemak antarabangsa...uiks...penat...tak per...ambik hati abg ipar...kui

Tuesday, June 28, 2005

Kete breakdown

Wah! First time aku kena ni. Tiba2 temperature kete aku naik maksimum. Terus bagi signal and ke tepi. Dah ke tepi tu…enjin pun mati. Wooo…apa nak buat. Jangan panic…call la insurans anda…nasib ada free towing. Tapi hampir 3 jam aku tunggu towing lorry dtg…suit jer…marah aku kat PGI…terus complaint and suruh blacklist jer panel tu. Nasib Mizwan datang teman. TQ mate…best tak nasi ayam kat Jaya. Sampai kat bengkel…cina bengkel kasi quotation 4 repair…RM1300….wah…nak menangis pun ada. Rupa2 nya cina tu nak ‘makan’ aku jer..tgk betul2…semua dia nak tukar. Timing belt baru jer aku tukar bulan 2 ari tu…lek jer dia nak tukar. Camni la org berniaga yek. Selagi leh ambik kesempatan….kasi sama dia. Kita yg tak tau apa2 ni…mmg akan jadi mangsa. Sudah nya…aku tak repair lagi kete tu. Bakal abg ipar janji nak naik kl repair kete….so…aku ni patah la kaki nak keje…sori to all party yg involve bila aku tak gi keje ni yek. NextNet…tak dpt buat ATP…Semasa…x leh settle kan server. HUKM…tak leh follow up project…MRCB…no sport carnival this week 4 me….MRCBTech…no tender from me for this week.

Monday, June 27, 2005

Weekend2

Weekends yang sibuk lagi…penuh aktiviti. Sabtu pagi ada MRCB Sport Carnival (Bowling). Lepas tu gi opis jab, lepas tu gi configure streamyx kat umah Azmi dan terus gi konsert AF. Siap tunggu imbasan lak. Kul 2 pagi baru sampai umah. Ahad layan Bayam lak gi GT Japan kat Sepang.


Bowling
Pagi2 lagi dah semangat bangun sebab nak pakai baju kaler orange. Kemeja utk committee…baru jer dapat semalam. Tu yang teruja sangat tu. Lepas ambik Eddy, singgah kat RHB Taman Mayang…terus ke U-Bowl, One Utama. Sampai dalam 9.40am. Aku ingat kan kami lah antara orang yang terawal…rupanya dah ramai yang sampai. Semua excited juga…lebih2 lagi ada breakfast free. Aku…terus on notebook and edit file excel result bowling 2 tahun lepas. Tukar nama player…and pass back to committee yang bertugas…Salin baju Green Beret and…go bowling…Score aku tak memberangsangkan la…151, 156 n 123. Overall…aku top 8…Yang penting…Green Beret Juara lagi…3 in the row beb…Carom, Ping Pong and Bowling.

* ciss…camner Bayam leh buat 200..hantu mana yg menurun kat dia.


Konsert AF

Malam ni konsert kira ok la…best…view pun menarik. Tak de la duduk jauh sgt dari stage. Clear la semua. Tapi kalu ada teropong lagi best. Leh zoom penari gedik di atas pentas. Yg tgk Astro ria…kamera tak zoom pun kat penari…tapi..mmg gedik dia org.

Yang tak menarik…Idayu terkeluar. Pelbagai komen…kezutan…Pelajar dgn suara power leh terkeluar awal. Tapi itu semua adalah reality show. Itu yang orang dah undi…mungkin sebab dia orang Kelantan…kurang la sikit undi dari orang KL.

Apa2 pun…MaWerld gak best…hehehe..go Ekin.


GT Japan

First time aku sampai ke litar Sepang sebenarnya. Sbb itu la ajak org yg berpengalaman. Lopeh ni..den poie sendirik jo la…teruja gak aku berada kat Sepang ni. Best..lebih2 lagi aksi bergambar sebelum masuk litar. Asal buleh jer…tq cameraman…Cuma tak dapat gak bergambar ngan awek Japan…lain kali kena cari tiket Pit Walkabout…baru best.

Ramai gak orang datang tgk yek. Bley tahan gak ramai nyer org di Main Grandstand tu. Mungkin hampir semua dapat tiket free macam aku. En Hussin…tahun depan jgn lupa kasi kat saya lagi tiket yek…terjumpa junior stj/uum…dia pun dapat tiket free…mmg sah. Ramai yg dtg hanya kerana tiket free….and nak tgk awek jepun…kui

Friday, June 24, 2005

Lagi Lagi Bowling

Semalam aku turun ke U-Bowl untuk mendapat feel kali terakhir sebelum hari perlawanan pada esok hari. Lagipun masa selection and training...teruk giler score aku. Nasib la kapten know my performance. Lagipun kami pernah main sama dlm game jemputan KTM. Aku top 6 dari 80 lebih orang masa tu. Lagipun dah 2 tahun aku main untuk Green Beret. Untuk membuktikan my capability to him, aku dah set nak training balik hari Selasa and Khamis lepas. Hari Selasa training kat sebelah jer (Alam Sentral)...dpt la 203 n 134. Terus sms captain bowling umah hijau to make sure dia tak salah pilih org. And semalam dapat 115, 173 n 148. First game was very bad. Baru nak cari tune. Seperti biasa, terus update captain la.

Mana tak nyer...semalam aku sorang jer umah Hijau kat OU. Rumah kuning n merah..punya ramai orang. Siap main free lagik. Aku siap kuar duit sendiri main 3 games. Dah la OU mahal. Silap aku tak guna corporate rate dari awal. Rugi RM2. Kalu rate biasa malam kat OU satu game RM6. Kalu corporate rate per game RM5. Rugi...RM2 leh buat beli air kat kat cafe situ...

OK la...wish me luck for tomorrow tournament. Game start kul 10.30. Sempat lagi bangun lewat...kui

Tuesday, June 21, 2005

Tender

Penat...memang penat buat tender ni. Tapi berbaloi kalu dapat...

Sepanjang hari ahad malam isnin kat opis siapkan 3 tender. Tender yang last tu sebenarnya dah malas gile nak buat. Penat dah rasanya. Tapi nak buat camner...nama dah keje. Kena buat gak la. Nasib ada budak trainee menolong. Million thanks jugak kepada org lain yg ada di opis.

Semalam nasib ada tertido gak kat opis sementara nak tunggu orang masuk opis. Leh gak gagah kan diri gi submit tender. Balik umah dulu...mandi tukar baju kasi hemsem sikit, terus gi putrajaya. Ramai gak yg dah hantar awal rupanya. Penuh jer kotak tender tu. Lepas tu terus ke Pantai Medical Center. Melawat Azmi yg kena tahan. Bro..please take care yourself. Tak yah la main bowling weekend ni. Ikut cakap doktor. Zakri pun datang melawat. Memang bos contoh la dia...suspect la boss. That's why yg nak blah dari company ni serba salah. Camner ni...msg nak reject keje baru masih dlm outbox hp...Hati masih mau try. Ya Allah...berilah kekuatan kepada hamba Mu ni. Mami...camner? Kena call Mami aku camni...miss her so much.

Khamis ni ada satu lagi tender. Mudah nyer...Supply WiFi kat Uniten. Semalam lepas melawat Azmi, janji jumpa supplier Cisco kat MidValley kul 4. Letih menunggu dia sebab aku smpi awal. Siap leh terlentok sambil menunggu. Abis discussion...terus balik..sampai rumah...bukak baju...terus...zzzzzzzzzzz

Saturday, June 18, 2005

Ping Pong Lagi

Tak sia2 minggu lepas dtg hari Ahad training utk ping pong. Team aku jadi Juara buat kali ke-2. Yahooo...dapat voucher Jusco RM50 dan piala. Isnin ni bangga abis la aku. Dah tentu Captain Green Beret akan memberikan ucapan tahniah. Penat memang tak hilang lagi ni. Bukan setakat penat main.

Penat organise pertandingan...penat prepare tender. Isnin ni ada 3 tender nak kena submit. Wah! Tak terkejar rasanya. Aku yang gatal gi beli tender semua tu sapa suruh. Buat je la. Malam ni nak kena gi HUKM lak. Ada installation HBA card kat satu lagi server IBM utk di'connect'kan ke SAN yg sedia ada. Kul 12 tgh malam baru leh start buat keje sbb server kena down. Kesian la tgh malam nanti kot ada kes teruk nak register kat HUKM. Kena manual sbb server down sementara.

Petang esok ada training bowling lak. Kul bapa la aku bangun. Lepas tu kena dtg opis balik sambung buat tender. Pack tul weekend aku. Sama macam last week. Tak per...sementara leh beri komitmen pada Sports Carnival ni...

Wednesday, June 15, 2005

Bowling Lagi

Tadi ada selection bowling utk rumah hijau (green beret). Adus!! Teruk nyer aku main. Bukan game aku tadi. Malu la nak cakap score aku berapa. Tak per..walaupun tak main...aku confident nama aku ada. Ada bola sendiri, kasut sendiri & tangan besi sendiri...tak kan tak leh wakil umah yea dak. Gaya mesti ada. Poyo mesti lebih. Siap salam org2 kuat sebelum balik. Dont worry la..mesti nama aku ada nyer lah (ayat nak sedap kan hati jer ni).

* dah la...lapar la plak nak tulis panjang2 ni. Esok nak gi interview. Senior UUM nak offer keje...

Tuesday, June 14, 2005

Kerja Baru!!

Huh! Ada orang offer aku keje tu...tak tahan tul aku...terror gak aku kiranya yek.
Pre-sales engineer la plak. Iskh...sanggup ker aku nak buat sales sepenuh masa ni. Entah la...

Mamat yang offer aku keje ni...partner aku utk project HUKM. Jual storage...iskh...camner ni. Aku bukan nya terror pun pasal storage. Tapi dia cakap benda ni boleh belajar. Mmg pun..kalu kita nak...semua boleh sebenarnya. Antara nak dan tak nak. Ada gak orang recognize keje aku yek. Terharu gak aku. Member dah suruh kasi resume. Aku masih memikirkan apa yang patut ni.

Awal tahun hari tu...partner product firewall pun offer aku keje kat company diaorg. cha ya nun alif...biasa la..nak masuk market melayu la tu..

Tapi napa aku masih berat meninggalkan company sekarang ni. rasa terhutang budi kat bos aku kot. kesian gak kat dia kalu aku belah. byk benda gak yg aku jaga. tapi la ni dah berkurang la. lagi pun mungkin sekarang keje dah relaks...tu yg malas keje berat...kui.

iskh...kena fikir semua ni. masa depan diri sendiri. tak lama lagi nak tanggung anak orang lak. mana tau lepas tu nak tanggung anak sendiri lak...

Sunday, June 12, 2005

Letih nyer

Carrom
Sabtu pagi layan tournament carrom kat MRCB. Mula2 nama aku ada..tapi last minute kena drop. Takper...yg ganti aku lagi power. Aku tarak hal nyer..asal kan Green Beret menjadi Juara. Akhirnya team Green Beret menjadi Juara acara Carrom. Walaupun aku tak main semalam..tapi seharian jugak kat MRCB sebab jadi ref dan juga pihak penganjur. Penat tak hilang...ada orang offer tiket konsert AF..terus terima offer

AF
First time aku layan konsert AF secara live. Lepas ni mungkin ada peluang lagi sebab org yg offer tiket kat aku tu...mmg laki dia keje kat Astro. senang banyak beb. Nak masuk Roda Impian pun boleh lepas ni sbb dulu laki bdk tu mmg keje kat bahagian production Roda Impian. Diaorg jumpa pun sbb minah tu masuk Roda Impian. Tapi laki minah ni dah keje untuk Production AF.

Semalam kira ok la konsert. Paling best si Sultan Melaka la...apsal Aznil tak kenal kan dia sebagai mamat LRT yg kuar ajar. Mesti lagi lawak. Dah agak mmg semalam dah ada yg kena kuar. Tapi aku baru nak start sokong Eliza..tup..tup dah kuar. Frust tul la...tak per...still ada peluang nak menonjol lepas ni. Hopefully lepas ni dapat tiket lagi.

Ping Pong
Pagi2 ahad dah kena dtg MRCB lagi. Ada training Ping Pong. Sebagai kapten, aku kena la dtg walaupun dlm hati malas giler nak bangun pagi. 5 orang jer yg datang pun...tak tau aku nak select player mana. kengkawan semua nyer. Kang aku drop sorang...kecik hati lak. Iskh...drop diri sendiri la gamak nyer.

Seremban
macam nak kena gi seremban jer lepas ni...lagi la letih aku lepas ni...
susah gak melayan karenah org muda ni. byk jer la bersabar...

Thursday, June 09, 2005

Kerja sia-sia

Bayang kan kalu kerja yang ko buat bersungguh-sungguh, akhirnya menjadi sia-sia belaka. Hasil kerja yg baik n teliti tapi tidak dapat di nilai. Di mana silap nyer?

Memang aku yang terkena la benda ni dak. Kalu tak dah tentu tak kuar isu ni. Malam Rabu ari tu punya la aku stay kat opis sampai 12 lebih semata-mata buat tender sbb nak submit kul 12 semalam. Mmg la tender kena buat last minute sebab aku dapat spec dari distributor pun kul 6 petang. Dah la nak isi compliance table tu tulis tangan. Abis budak trainee opis ni aku kuda kan. Nasib aku dah upah diaorg makan pizza sambil beri kata2 nasihat kat diaorg.

Stay buat tender ni adalah satu pengalaman kerja. Kena lak buat nak baca spec. Kalu jadi budak IT, spec hardware pun tak leh baca...tak leh kata apa la kan. Dah tentu ini pengalaman yg berguna utk 2 org budak trainee aku. tq to them kerana menolong. tapi nasib kita la...kerja kita tak dapat di nilai. Occay la korang aku kasi balik kul 10. aku yang sambung keje sorang2 lepas tu...rasa nak nangis pun ada.

Logik ke kuar dari shah alam kul 11.15 tapi tak leh sampai jln dato' onn before kul 12. Alasan....ikut federal...bangang tul. dah tau federal jem...apsal la tak ikut NKVE...BODOH...best nyer dapat lepas kan perasaan kat sini. semalam aku dah sepak meja kat opis. Kecoh satu opis tau aku bengang pasal tender lambat submit. Kena reject terus tender tu. Langsung x nak terima.

Kalu aku leh hantar tender tu sendiri...mmg aku dah hantar. Tapi semalam ada tender briefing kat Jabatan Perdana Menteri. tq for Nono kerana bagi tau tmpt. Mungkin ada hikmah nyer di sebalik pemergian aku ke Putrajaya. Aku jumpa MAX (Shaiful Masri). Wah! mamat ni pun dah jadi orang gomen la. dah setahun. semoga murah rezeki mamat ni. dia keje kat kementerian luar negeri. lepas ni leh la lepak putrajaya cari project kat sana...muahahaha..

Tuesday, June 07, 2005

Balik Kampung bersama si Dia

Wah! First time aku bawak tunang gi kampung aku. Bukan sahaja berdua...malah berempat. Segala nya tak dirancang pun. Aku saje kasi plan nak gi kenduri kawin member sekolah / uum kat taiping. Terus parent tunang aku nak ikut konon nya nak ke Bukit Merah. Apa salah nya...walaupun dalam hati tension gak sebab kacau daun..haha.

Penat drive masih tak hilang. Hari Sabtu pagi bertolak dari shah alam ke taiping. Sapa yg kenal Norzie Fariza Suid...relaks jer aku suruh tunang aku ambik gambar berdua ngan pengantin. lepas tu baru balik kampung aku. Hari Ahad...ingat nak gi gak Saidol kawin...tapi alamat tak tau plus Penang ni mana la aku tau. Last2 pusing Penang jer la. Ingat balik nak naik feri. Sebab salah jalan / mmg tak tau jalan pun...ikut jambatan jugak la akhirnya. Frust jer bakal pak mertua aku. Buat tak tau jer la...member ingat aku expert Penang kot...tak per...tunggu aku honeymoon kat Penang.

Isnin pagi balik Shah Alam. Tak de yg menarik pun perjalanan aku kali ni. Tapi yg paling best...parent tunang aku dok diskas pasal 'toot' la...alamak...macam tak bersedia dari segi mental jerk...aaaauuuuuuuuwwwww....mak tak rela

Thursday, June 02, 2005

Congkak

Semalam...CEO MRCB telah merasmikan Sports Carnival 2005. Maka bermula lah pertarungan 4 penjuru di antara Green Beret, Red Rooster, Blue Whale & Yellow Submarine.

Congkak adalah game pertama. Aku hanya menjadi ref semalam. Penat gak. Sakit pinggang sebab duduk bersila. Sakit hati gak bila tengok team sendiri spoil jer. Leh menang tapi sebab dia buat silap...torus kalah. Congkak kalu ikut rules dia..semalam bukan kira guli...kira tapak. Sapa last yg boleh jalan lagi..dia yang menang. Macam ala2 game kat handphone Nokia yg lama...handphone baru dah takde game koro macam tu...hahaha.

Apa2 pun tahniah kepada pemenang...Green Beret dapat no 3 jer...menyesal tak main.

Tuesday, May 31, 2005

Ping Pong

Atau pun nama orang putih nyer..table tennis. Aku mula mengenali meja ping pong ni dari umur 5/6 tahun lagi. Kebetulan jiran depan umah ada meja. Selalu gak main petang2 ngan dia orang. Dari situ lah aku mula berjinak sehingga boleh mengalahkan pak cik jiran depan umah aku tu. Malang nyer..setakat tu je la penglibatan aku. Kat sekolah rendah...tak terdedah langsung. Ada la kot darjah 5...Kelab Ping Pong. Tak aktif pun. Takde pun main petang2 mahupun selection utk wakil sekolah. Begitu juga kat sekolah menengah. Meja ping pong pun tak de. Tak musim sukan tu kat sekolah aku. Ragbi, kriket, bola & hoki antara sukan glemer. Ping Pong tak masuk list. Sekali lagi bakat aku tak dapat digilap. Masuk jer matrikulasi...mak aii...power2 beb. Wakil negeri la...wakil sekolah la...wakil daerah la...??emmm..leh wakil apa lagi yek. AKU...seronok tgk diaorang main jer la. Nak join...tahap hikmat terlalu jauh. Hikmat batin tak boleh guna la plak...kalu tak selamba jer aku belasah dia orang.

Tapi masa ni la aku lebih mengenali sukan ni. Nak beli getah dia jer..rupa2 nya makan ratus. Tu belum nak jaga getah tu lagi. Ada gak foam special. Kalu aku...main belasah jer. Janji sedap pegang...sedap smash.

* Letih..baru lepas main ping pong kat bawah tadi. praktis utk sports carnival...
GO GREEN BERET

Monday, May 30, 2005

AF3



Hehe..poyo gile aku. Dapat bergambar ngan Diana..peserta yg tak dapat jadi student AF3...tapi dah gi buat show merata...kebetulan aku ada kat opis hari Sabtu baru ni. Turun Alam Sentral sebab lapar..nampak budak2 ni terus singgah jab. Ada Mawi, Yazer, Rina & Diana...so...Diana je la yg dapat bergambar ngan aku...laga dada tu..kui.

Rina x mo la...laki dia ada kat situ...kui..mmg tak hemsem langsung laki dia. Mesti poket penuh.

Ingat nak gigih borak ngan Diana...modal dah ada...x pe la..lain kali ada peluang..x leh lepaskan

Friday, May 27, 2005

The Contender

Aku antara orang yang dok layan gak realiti tv show ni...best gak tengok orang bertumbuk sesama sendiri ni. tapi sebenarnya...sports ni antara yang terbangang gak sebab mencederakan diri sendiri..haha. mana tak nya...sampai koyak muka. giler. tapi best la tengok kepantasan tumbukan dan gerak geri badan diaorang ni. seni...cuma masa finale contender...tak best la...si peter jr tu penakut la..asyik peluk sergio jer...so..dari awal lagi terus aku pilih si latin snake utk memenangi perlawanan itu. best lagi pertarungan tempat ke 3/4...si jesse mmg power cuma dia terlalu angkuh hingga bukak banyak ruang untuk gomez mendapat peluang melepaskan tumbukan tepat ke muka jesse.

Maklumat lebih lanjut utk Contender

Thursday, May 26, 2005

Happy Birthday

.

Happy Birthday to you.
Happy Birthday to you.
Happy Birthday to ROSLI...
Happy Birthday to you..


yahoo!! dah 28 tahun. apa wish aku utk umur 28 tahun ni...nak kawin..hahaha...aku mmg dah letak target ni dari masa study kat UUM lagi. nampak nya...insya Allah terkabul la hajat aku nak kawin pada umur 28.

Sambutan sempena ulangtahun ke-28....takder...tunang jauh. nasib semalam ada buat company meeting and sambut birthday utk semua bulan 5 dan kebetulan on my birthday. ada la kek...cheese kek lagi...best nyer..yummy...

x sabar nak tunggu ahad..nak sambut birthday bersama si dia.

Saturday, May 21, 2005

Akademi Fantasia

Malam ini Konsert Prelude Akademi Fantasia. Seramai 20 orang peserta akan berentap untuk menjadi 12 peserta Akademi Fantasia 3. Sudah tentu ramai yang 'Dah Terkena" ngan penangan AF3. Malam ni...ramai yang akan kansel segala aktiviti kat luar. Termasuk aku...budak MRCB ada ajak main bowling kat OU..torus tunda ke malam esok kerana semua tidak mahu ketinggalan menyaksikan konsert prelude ini. Sudah tentu akan menjadi bahan bualan di hari Selasa nanti. Sudah tentu seperti satu kerugian jika tidak dapat sama2 memberi pendapat tentang peserta di malam konsert.

Begitu hebat rancangan AF ni. Kenapa realiti show di stesen TV lain tidak dapat menandingi kehebatan AF. di mana silap nyer. Audition...aku pun tak tau psl show ni..tetiba dah ada orang menang. peserta yang memenangi show ini last season pun...tak tau apa hasilnya. di mana salah nya.

AFUNDI CIKLI

Thursday, May 19, 2005

Scandal

Tajuk kali ini terlalu 18SX.

Tapi aku saja nak cite pasal kisah skandal ni. Hehe...sbb apa? Entah. Apa maksud skandal ni. Byk tafsiran nyer. Kita semua dah besar yek. Pandai2 la fikir. Ada gak orang berskandal untuk kebaikan sendiri. Dah tentu benda ni berat kepada kaum perempuan @ wanita. Selalu nyer secretary melayan bos. Atau bos yg mencucuk sekretari nyer. Bermacam jenis lagi skandal yea dak.

Aku???...hehehe.

Monday, May 16, 2005

Tersepit

Adus...apabila berada di situasi ini...pecah kepala nak pikir. Bak kata pepatah, ditelan mati mak..diluah mati bapak. Kadang2...malas nak pikir masalah ni. Tapi mana ada hidup yang tak de masalah. Namun..mana ada masalah yang tidak boleh diselesaikan. Cuma jalan penyelesaian yang berbeza2. Jika jalan A yang diambil..sudah tentu keputusannya A jugak. Begitu lah jika jalan B yang diambil..hasil sudah tentu B jugak. Tak mungkin hasil adalah B jika jalan A yang diambil. Tak de shortcut dalam kehidupan.

Berbalik kepada isu aku sendiri...aku berada di tengah2 antara company sendiri dan company partner. Dua2 kena layan...si management company do mengata partner. tapi selama aku lepak ngan company partner...ok jer rasa. Betul jer keje diaorg...iskh..penin bak kata ezlyn...i really want involve in this project. Broadband wireless..siap leh roaming lagi. Kalu jadi project ni kat Telekom...perkh...masyuk la. Yg best nyer...nanti leh la aku gi US...angan2 jerk

Thursday, May 12, 2005

Amazing Race 7

Semalam kul 2 tido sebab melayan cite ni. Terlepas show kul 8. Ingat kul 10 start. Rupanya kul 10 yang abis. Layan gak Amazing Race ni. Best la dari Explorace. Tak la boleh compare sebab sponsor berbeza2. Budget pun tak sama. Audience pun lain.

Yang puas hati nyer. Rob&Amber kalah. Tak kisah la sapa menang selain diaorg. Cukup lah diaorg menang survivor. Bagi lah can kat org lain sama. Lagipun cara permainan Rob jahat giler. That's why semua org benci kat dia. Sekalung tahniah kepada pemenang.

Tuesday, May 10, 2005

Kemas

Setelah buhsan giler melihat meja aku yang macam tokang pecah...aku berjaya mengemaskan kembali meja aku. Siap mengambil kesempatan di atas ke'teror'an aku menukar PC dari P3 ke P4. Siap ada CCTV lagi...bila meja dah kemas ni, nak buat keje pun semangat la sikit. Kalu tak..serabut jer keje.

Monday, May 09, 2005

Tukar Tayar

Weekend baru ni baru jer tukar tayar depan...waa...nasib ada rezeki lebih sikit...siap servis kete sekali. Set ngan Omaq sbb dia leh kowtim harga kat satu bengkel Tmn Melawati. Jauh2 pun belasah jer la...lepas ambik ehem...ehem..terus ke sana. Sekali sampai sana...mak mertua Omaq pun ada sekali...dia pun buat kete gak. Patut la Omaq ajak gi situ. Mak mertua dia Otai kat situ.

Aku buat servis sekali. Alignment kete pun lari. Siap kena betul kan chamber depan dan belakang. And tukar wiper..semua RM360. Ingat aku dah mahal...tgk Omaq lagi mahal...RM600 mamat tu habis...tukar absober tu...siap mintak bantuan kat FAMA...tak aci tul..

Cite pasal kete ni...mileage kete aku dah 153,000...pergkhh...tak tahan. Tah mana aku gi. Kalau nak bandingkan ngan Sen..dah tentu aku tinggal dia jauh gile...claim mileage kat company average RM600++...nasib pakai kancil...minyak sebulan RM300. Duit tol lagi...nak kena servis kete lagi...claim mileage ni bukan lah untung sgt sebenarnya...

Sebab claim bulan ni cecah RM800...selamba jerk aku zrass beli Smart Tag semalam. Hahaha...Bayam...gua tinggal lu kat tol la lepas ni..



Omar and ehem..ehem...aku.

Thursday, April 28, 2005

Futsal

Adakah satu trend sekarang ni...???

Begitu banyak court futsal sekarang ni. Kat mana2 pun ada...bukan setakat klang valley, dah menular ke negeri2 lain pun. Macam aku...baru jelajah mana jer pun..Segambut...rio d'futsal...x'treme park and sport planet sunway dan juga shah alam. Malam tadi baru lepas main ngan budak opis. Tak cukup orang. 8 orang jer..penat yang amat. Tapi kira ok la sbb aku score byk..hehe.

Antara game yg paling tak best ialah main kat x'treme park. Main secara poyo...buhsan giler. Dah la main ganas. Pastu asyik nak rembat jerk...busan la. Aku ni bukan la terror main bola sgt. Mmg tak terror pun. Tapi boleh la setakat nak main pass sana...pass sini. Rembat mmg tak terror..hehe.

Napa futsal leh naik secara tiba2. Bukan setakat org melayu jerk main...cina and india pun dah main futsal. Dan bukan setakat lelaki jerk...org pompuan pun dah main futsal. Tua muda...kira nya sukan ni dah jadi trend..

Marilah bersukan demi kesihatan bersama.

Saturday, April 23, 2005

Serabut





Meja yang serabut

Ini lah keadaan meja aku ketika blog ini ditulis. Semak...sesemak otak aku melihat keadaan nya. Makin hari makin semak. Nak kemas tak terkemas kemas lagi. Baru gigih nak start kemas. Kat sebelah ada Misha Omar la plak. Terpaksa la tangguh kan dulu niat ku yang murni tu. Kena gi layan awek lama kat Alam Sentral jab. Best wooo sekali sekala mengimbau kisah silam...hehe.

Balik dari Alam Sentral nanti...pasti meja ku akan bertukar wajah....

Thursday, April 14, 2005

Virus

Bermacam-macam jenis virus ada. Virus penyakit, virus komputer pun ada. Yang aku sakit hati...PC aku pun kena virus ni. Tension tul. Dah la aku tengah gigih nak buat keje lak yang kena. Tah apa benda aku pun malas nak layan. Nasib ada notebook. Boleh lak PC aku tak leh on lelama. Tetiba je popup windows pastu nak restart PC aku dlm masa seminit. Iskh...

Macam2 cara virus leh tersebar luas kat network sesebuah company. Kena lak sekarang ni bermacam-macam jenis spyware yang wujud. Spyware lagi ganas. Hanya dengan klik kat popup windows bila kita masuk website yang tah apa2...natang beruk ni dah leh masuk ke PC kita. Sama gak kalu bukak any atttachment email yg pelik2. Dah kena. So...kengkawan, berhati2 lah apabila guna PC tu. Nanti abis semua data hilang.

Friday, April 08, 2005

Snooker

Eheh..hari tu bowling...kali ni snooker lak. Baru la variasi.

Semalam terjebak bermain snooker. Lama dah dah main game ni. Ni antara game yang aku tak terror2 sampai sekarang. Straight ball pun tak leh masuk. Letih tul.

Ramai yang masih memandang serong game ni. Kenapa yek? Mungkin tempat snooker selalunyer tersorok. Gelap...dan sbb itu ramai ibu bapa yang tak kasik anak2 nyer bergiat dgn sukan ini.

Aku..mula terjebak...em..bila yek...lepas SPM la kot...sama ngan bowling dulu la kot. Ngan budak2 part-time hotel. Lepas tu sambung masa matrik. Kompleks Peruda menjadi destinasi setiap kali keluar ke Alor Setaq.

Wah! Ingat nak panjang lebar blogging hari ni...tapi ngantuk la...balik dulu la yek..babai

Thursday, April 07, 2005

TQ Azam

Masih sempat lagi kot nak ucapkan ribuan terima kasih kepada Azam sebab OPTAB hari tu. Sedap gak kan makan kat Vichuda TomYam tu. Kena lak orang BEL. SGT dia memanjang tu.

Dah berkembang maju perniagaan Vichuda TomYam. Dari satu lot dan terus membesar ambik lot sebelah. Corner lot lak tu. Siap leh extend ke luar lagi. Tepi longkang..hehe. Mamak kat sebelah siap tak de orang pun. Mamak tu tak cukup mandrem kot. Vichuda nyer lagi power kot. Hehe..asal perniagaan laris jer..mesti dikaitkan ngan mandrem...gantung sana..celup itu..celup ini..susah. Omar...apak hang hari tu tak gantung apa2 kot. Jangan marah..tapi serius Omar. Konsep Ciciz tu dah ok...food sedap...cuma location je silap sikit. Kalu kena tempat nyer...aku rasa leh gi jauh.

Melalut gak aku ni. Berbalik kepada Azam...lepas tu gi lepak ke Uptown lak. Lama tak jumpa. Borak je la...cerita Arab gak la yang kuar. Best je dengar pengalaman orang. Rezeki memasing...

p/s: tq baju...

Monday, April 04, 2005

Bowling

Sorry guys...masih ada yg main game ni.

Semalam baru jer main bowling. Ada org invite join tournament...terpaksa lah tunjuk skill yang ada walaupun tak la berapa terror. ANSARA nyer tournament. Tah bila masa aku belajar kat MRSM...eee...tak koser. Saya budak sains la. Junior KMKN/UUM yg ajak. Besen@Potet aka Fauzi yg mengajak nyer. Setelah melihat ke'terror'an aku di Alam Sentral Bowl....kui. Not bad...team aku menang kot sbb lps abis 2 game...aku terus belah. Nurse dah menunggu. Tgh merajuk lak tu.

Sebelum tournament, hari sabtu ajak Omar test lane dulu. Saje jerk 'bakar' dia. Ada ajak lawan...kan dah kena. TQ Omar sebab belanja 1 game and belanja makan...best la lobak putih tu. Lepas ni leh la ko masak kat umah yek.

Bowling...aku start menceburkan diri sekitar lepas SPM. Join budak2 part-time hotel aku keje dulu. Biasa nyer lepas cash kan voucher gaji...kami akan ke Federal Bowl. Mula2 tengok org main jer...bila dah start...tak leh tinggal. Bila masuk matrik kat Kuala Nerang dulu..stop kejab..sbb x de bowling kat Alor Setar. Apa nyer bengap dah...kena layan snooker jer kalau nak berhibur pun. Lepas tu baru ada..Sentosa and kat City Plaza. Tapi selalu main kat Sentosa la...murah and...of course dapat kasut n stokin free. TQ Adeq...Zaman kegemilangan bila Haizrul bawak kete...seminggu 3 kali gi main bowling...gigih betul. Tapi gigih lagi main bowling ngan Mat Sen. Pergi Alor Setar naik Kriss jerk. 10 game satu hari.

Dari dulu mmg dah berniat lps blaja nak beli bola sendiri bila dah keje...4 tahun keje baru beli bola sendiri. Itu pun kena racun ngan budak opis sbb nak main utk MRCB nyer sport carnival. Beli pun bola murah. Insya Allah...nanti nak beli bola yg mahal lak. Baru betul2 leh buat bola hook. Siap nak pakai tgn robot. Baru leh jadi the poyost..hehe.

Saturday, April 02, 2005

April Fool

Halamak...lmbt post la...lupa lak semalam is April Fool. Rugi tak kena kan sesapa smlm. Kalu tidak mesti best. Hehe...macam la aku pernah celebrate before. Tapi...ada jugak org celebrate benda2 ni. Radio kat Malaysia pun cuba buat lawak bodoh. Kena kan para pendengar.

Sebenarnya tarikh 1/4 ni ada history kat aku. Susah nak lupa...kena lak kete aku sendiri ada nombor2 ni...WJC1041. Kalu dibaca dari belakang...1st April 2001. Wah! Kenangan manis kau dan aku...usah diragu. Na..na..na..na...alamak..failed la nyanyi. Sori guys...camner nak gi karao ni...Azam nak bel VIP la plak. Omar pun nak bel karao jugak...yahooo...jadi tukang backup singer pun ok lah.

Tarikh keramat yg sudah melekat kat aku. Slowly nak lupa kan. Susah kan selagi dok pakai kete plat 1041. Emmm....sapa nak beli kete aku.


* cite pasal April Fool

Friday, April 01, 2005

Free Seminar

Benda yang paling best dalam dunia ni....benda FREE. Seminar pun ada yang free gak. Lagik best..bila lak dapat barang free kat seminar tu.

Tadi baru jer pergi Seminar VADS IPBX...bohsan giler...siap leh tido. Bos aku pun siap sms kata boring. Dia pun ada terlentok gak. Apa lagi...aku pun lentok dgn lebih hebat nyer la..nasib ada M&M...tq hotel hilton kl...leh gak layan hilang boring. Cair di mulut tidak di tangan. Yang best lagi tadi...lepas submit evaluation form, dapat handy drive 128MB. Ok la...benda free...hehehe.

Bukan seminar ni jerk yang aku pernah dapat barang2...macam seminar/training yg dah aku attend. Kena lak yang ada lucky draw. Nasib aku selalu nya baik la. Lucky draw aku pernah dapat jam, Linksys Media Adapter, Voucher Jusco RM100 dan macam2 lagi. Itu belum yang mmg semua org dapat bila attend seminar macam T-shirt, Beg, USB wireless adapter dan tah apa2 nyer barang lagi...

* Sapa nak handy drive 128MB...RM40

Tuesday, March 29, 2005

Gegaran

Wah! Topik hangat hari ni. Ni versi aku...

Aku kat lobby kelaput masa gegaran tu...mmg aku sendiri tak rasa apa2...tapi tetiba ada budak lelaki 2 orang turun lari guna tangga...pastu jerit kat kawan dia yg memang sedia ada kat bwh...penin..penin...siap guling2 kat lantai. I though it was a joke...tapi bila tengok satu kondo turun beramai2...ini bukan lawak dah bang...yg ada dukung anak pun yea...penuh orang kat pool and area pondok pak guard tu.

Terus call budak umah...lek je Omaq cakap aku gurau...tingkat 3 tak rasa apa2. Aku suruh dia turun dan lihat sendiri. Mmg kalut...budak opis yg duduk Tiara Kelana pun call aku ckp kat kondo dia semua org turun...wah...hebat...

Aku kuar jab..lalu kawasan MAS training center tu pun orang ramai kat luar...dengar radio mmg ada gegaran kuat. Balik umah try pasang radio...channel CNN tak de la plak. Sekali bukak channel 15...rileks jer chatter ckp bukak ntv7. Baguih dok ada la ntv7 ni..nak harap kan RTM...mampuih dah semua orang tak tau...

* Alhamdulillah takde Tsunami...cuma ada minor je la...bangunan runtuh kat Pulau apa tah tadi...ni semua petunjuk daripada-Nya

Monday, March 28, 2005

PC Fair

Semalam aku ke PWTC...sebenarnya...ni lah first time aku ke PC Fair.

Meriah tul rupanya. Mmg murah harga...sapa tengah banyak duit and memang nak shopping..ini lah masa yg sesuai. Aku nak cari digital camera...usha jer dulu...mmg murah. Nanti PC Fair bulan 8...terus beli...

Niat aku nak jalan2 usha kamera and tgk keadaan PC Fair. Tapi bos aku dah awal2 lagi kirim HP OfficeJet 5510. Ok la...tolong beli. Tapi sebelum beli, aku tersinggah gerai majalah. Menarik gak promotion dia...terus subscribe setahun majalah 'PC Magazine'. Aku jugak nak tanamkan minat membaca. Hehe..nak tambah ilmu pasal dunia IT ni. Maklum lah..nak kena tahu gak new product in the market. RM90 jerk...yang best nye...masa subscribe jerk...dah dapat speaker...game pad (USB)...dan barangan kecil yg lain. Dan juga layak utk lucky draw...siap cabut 2 kali. Yg first dapat set pen & pensil...dia suruh cabut lagi...terus dpt thumb drive 256MB. Wah! itu je dah RM70...campur barang lain tadi....macam aku subscribe majalah tu..FREE je..rezeki first time datang PC Fair ni..siap gambar kena ambik lak lepas tu...tunggu la masuk majalah PC Magazine...nasib dah subscribe..

* sampai umah...Omaq terus curik thumb drive aku...nak beli ngan harga RM50...ciss...kedek tul mamat ni.

Saturday, March 26, 2005

Kosong

Ada kala nya aku terasa diri ini kosong. Kosong segala-galanya. Dari segi zahir dan batiniah. Entah la. Mungkin ini ragam orang bujang. Ragam orang bujang di hujung minggu. Apabila kekasih berjauhan. Oh sayang...aku rindu padamu....

Tuesday, March 22, 2005

Gangguan

Tension aku...tadi aku dah tulis baik nyer pasal gangguan ni...masa nak publish post lak leh server buat hal...bangang...lagi la tension. Saje je nak citer pasal aku kena ganggu ngan budak satu opis...telepon aku kul 2.18 pagi...bangang...aku terus off handphone la...dah...malas nak tulis lagi...tension ngan server

Monday, March 21, 2005

Weekends(2)

Weekends kali ni..ke mana lagi kalau tak ke Seremban. Menghabiskan masa bersama si dia. Tunang kena gi Kuala Pilah for 2 weeks. Sebelum bertolak...kena la lepak ngan abang hemsem dia dulu...macam biasa...aktiviti baru...main bowling. Terror gak tunang aku ni. Tak malu la kalu main bowling sekali ngan dia...ada gak la masuk longkang...tapi tak selalu la...hehehe.

Ahad tengahari dah ada kat umah. Byk nyer baju nak kena basuh...basuh yg kecik2 je la dulu...yg besar pun basuh yg senang je...balance hantar dobi la. Ada mesin basuh pun...leh buat frame jer...gigih lagi...vakum bilik...saje je poyo sikit vakum kat depan bilik...terus ada org ajak kemas depan umah...adus...vakum depan umah...terus mop lantai lak...jemur carpet...sapu lagi...kemas sikit umah. Member tu siap kata..seronok sikit bila ada geng nak kemas umah. Ni..semua nyer macam tuan director. hehehe...org cakap..bukan aku. Aku...layan kan ajer...

Malam nak tido...nyamuk la plak..siap gi 7E kul 1 pagi beli spray nyamuk. tapi tgh tido tu rasa ada nyamuk gak...rupanya Omar bukak tingkap jugak...cilakak nyer Omar..ni aku dah ngantuk ni...

Wednesday, March 16, 2005

Projek Bermasalah

Tension tul...

Bos suruh kita handle projek. Tapi projek yg kita kena handle tu memang bermasalah. Dah lah separuh jalan nyer projek. Project Manager asal dah resign. Aku sebelum ni involve in technical part jer...tapi dah tak de org nyer pasal...bos suruh aku lead this project. Malas aku...tak koser...tapi nak tak nak..layan jer la mana yang patut. MRCBTech dapat tender last 2 year...supply SAN to HUKM.

Memang problem project ni. In fact..HUKM sendiri bermasalah. Sistem yang sedia ada kan sana pun zaman perang Jepun nyer. Tender bukak 2001..award March 2003...deliver barang June 2003. Project delay..tunggu Variation Order (VO). Complete project November 2004. Warranty barang dah abis baru complete User Acceptance Test (UAT).

Wah...mati aku. Pagi ni dapat Surat Peringatan dari HUKM. Teruk la aku nyer Appraisal this year.

Monday, March 14, 2005

Trip to Sarawak(2)



Penat nye badan masih terasa. Trip kali ni seperti aku dah mention sebelum ni..mmg utk org dah berkeluarga. Bukan utk org bujang macam aku. Paling sedih masa City Tour waktu sabtu pagi...kami 5 org bujang leh terpisah ngan orang lain. Bas penuh..kalu bas yg kami naik tu...follow bas depan ok la jugak...ini...terpisah langsung. Jadi kami berlima ni pusing Kuching...macam trip kami sendiri jerk..

Ptg Sabtu...aku mmg tak join ke cultural village...sbb aku x nak bayar additional cost. Tak puas hati lak..bila malam ada function makan kat Kg Buntal...kami yg tak gi Cultural Village..smpi lmbt...kami ikut jadual asal...kul 7...rupanya dah update without inform us...kul 6 start makan...aku pun kenyang lagi. Mmg tension ngan organizer...dah la tak simpan makanan utk kami...siap leh kasi sisa orang jer..

Nasib la agenda lain berjaya...hehe

Thursday, March 10, 2005

Pelajar Cemerlang

Wah! Hebat betul si Amalina ni. 17A1. Bukan senang nak dapat tu. Memang perlu pengorbanan dalam hidup utk mendapat keputusan yang cemerlang. Yang sempoi nyer...Amalina ni..bukan nyer jenis ulat buku gila2..and duduk kat umah je semata2. Masih lepak ngan kengkawan...dan buat aktiviti ko-k yg lain. Hebat...tak perlu la aku citer panjang pasal dia. Most of us dah baca pun dalam paper.

Pagi ni topik ERA fm...pelajar perempuan lebih pintar dari pelajar lelaki. Ada yang kasi contoh...di IPT...ramai budak pompuan. Mmg la..sbb skrg ni perempuan ramai sgt..Bagi aku..perempuan ni rajin...lelaki lebih bijak n pintar...tetapi cuma malas.

Di alam pekerjaan..yg lebih berjaya..aku rasa lelaki. Perempuan yg berjaya...mungkin menggunakan kelebihan seksual nya...hehehe.

Wednesday, March 09, 2005

Trip to Kuching

Wah! Company trip aku kali ni pergi Kuching. Pertama kali dengar..mmg seronok. Ye la...naik kapalterbang. Kat company aku ni..masih ada yg mmg tak pernah naik kapalterbang. So..peluang camni la yg ada utk dapat merasa gi KLIA. Macam aku sendiri...pergi ke kuching last year pun atas tiket company. sebelum ni pun aku tak pernah naik kapal terbang (kecik2 dulu ada la...sbb family aku dulu dok kat sabah..tapi mana ingat sangat sbb umur setahun lebih).

Sebelum ni..kalu buat trip...selalu nyer..laut. PD..Cherating...ada sekali tu...A Famosa...kali ni mmg nak pembaharuan. Cuma yg tak sedap nyer...cara organizer arrange kan benda ni. mentang2 la both of them dah berkahwin n beranak pinak...n tak pernah naik kapalterbang....decision tu nmpk tak telus. napa pilih kuching yg tak de apa2. even itenary pun tak seronok for me la...so..mmg aku boikot trip ni...tapi kena gi gak la.

tunggu je la gambar dari aku nanti...hehe

Friday, March 04, 2005

Side income

Ramai antara kawan aku rupanya ada buat benda ni. Ye la..mana nak cukup setakat keje makan gaji ni..Kena lak kalu dah berkahwin and beranak pinak. Hidup kat KL ni...macam2 kena ada. Barang mahal...makan mahal..byk benda la. Setakat gaji RM2000++ pun...masih tak cukup. Kena lak yg dah jadi mangsa kad kredit (macam aku..hehehe), jenuh dok bayar interest je. Lain la kalu gaji RM2000++ dok kat kampung. Mewah la tu...

So..mmg kena ada side income. Bermacam2 cara leh buat side income ni. Ada yg buat direct selling, ada yg buat part time job dan bermacam2 lagi la. Ada gak yg bukak company sendiri tapi masih bekerja makan gaji. Nama pun side income..kecil-kecilan orang cakap.

Direct Selling!!! Iskh..yang ni mmg aku tak minat langsung. Kena lak yg jenis tak de produk. Nak jual air liur yg aku tak sanggup. Di bibir ku takde tebu. Mmg tak manis la kalu ckp. Ckp ngan pompuan pun tak romantis mana...Ingat lagi kat UUM...kawan2 pun leh putus kawan just kerana benda ni...iskh...teruk tul penangan benda ni. Byk gak direct selling yg approach aku...LCI...CNI..Omegatrend..Shaklee..Auto 911..CnC..dan ada lagi 2/3 yg aku tak ingat nama..for me..benda ni mmg leh buat duit kalu ko rajin cari org...but not for me.

Part time job...mmg gigih la nak buat. Kena cari masa. Tgk gak main keje ko. Kalu mmg byk masa free...leh la buat benda ni. Cuma satu jer...jgn abaikan terus main job tu.

AKU!!! Aku masih seperti dulu. Keje makan gaji. Bila nak start buat side income ni?? Eheh..aku pun masih tak tau.

Wednesday, March 02, 2005

Quote for today

" If u love someone, put their name on the circle, not a heart. A heart can be broken but a circle last forever!"
-Brian Littrell

Monday, February 28, 2005

Masa

Terlalu pantas masa berlalu. Esok..1hd Mac 2005. Dah 2 bulan kita di tahun 2005. Lagi 15 tahun menjelang Wawasan 2020. Masih teringat Tun Mahathir melancarkan kempen Wawasan 2020. Tup tap tup tap...lagi 15 tahun je nak 2020. Tapi pernah kan kita terfikir...apa sumbangan kita dalam merealisasikan impian Tun Mahathir.

Eh..terpoyo lak aku. Sebenarnya aku nak cite pasal masa je. Rasanya..minggu lepas cepat tul la. Kerja yang aku buat..tak nampak apa pun. Banyak chatting je. Hobi baru masa office hour. Itu pun MSN Msgr je. Tak ramai lak kengkawan yg online kat sini. Kalu tak..lagi parah aku.

Minggu ni..hopefully aku dapat settle kan kerja aku yg setambun tu.

Sunday, February 27, 2005

Weekends

Apa nak buat weekend ni...nak gi Seremban malas la plak. Akhirnya dok je la kat umah sepanjang hari Sabtu. Kemas la bilik sikit. Kipas bukak 5 pun tak terasa sebelum ni..Lepas aku vakum habuk2..baru la terasa. Kena lak room-mate ajak pasang jaring kat tingkap..baru la nyaman tido malam2. Kalu tak, tak berani nak bukak tingkap. Nyamuk banyak.

Hari ni hari Ahad. Lepas tengok Spiderman kat AXN..terus kuar cari makanan. Lapar yg amat. Tak tau nak gi mana...dtg la opis. Ada benda nak kena buat. Tapi kasi isi perut dulu yg penting. Bila tengok meja sendiri..hilang mood nak buat keje. Macam tongkang pecah. Bersepah. Penuh dengan kertas tah apa2. Sebenarnya...aku rasa aku perlu kan persekitaran yg baru. Oh! Mana mood ni..

Thursday, February 24, 2005

Kerja

Dah 4 tahun 7 bulan aku keje ngan MRCB. Tapi aku rasa apa yg aku dapat kat sini..tak banyak mana. Tapi aku patut masih bersyukur kerana aku masih berkerja kalau nak dibandingkan dengan graduan lain di luar sana. Alhamdulillah...

Tapi cuma kekadang terfikir gak...apa aku nak jadi kat sini kalu dah dekat 5 tahun...aku masih System Engineer. Nama company aku keje pun dah bertukar2 byk kali. Dulu mula2 keje..nama company...KL Sentral IT Sdn Bhd lepas tu tukar nama jadi MRCB Intelligent Systems and Control Sdn Bhd (MISAC). Lepas tu aku kena transfer ke MRCB Software Vision Sdn Bhd...dah tu..company ni lak tukar nama jadi MRCB Technologies Sdn Bhd. Company yg aku keje sekarang.

Bukan apa..bila dah lama keje ni..kekadang terfikir hala tuju kedudukan ko. Am i going to do technical stuff smpi rambut dah putih...ke nak buat pre-sale or concentrate betul2 kat sales...ataupun masuk management team..em..apa option yg ada lagi yek. Tapi..apa sebenarnya yg di cari...keje byk...keje sikit...ke...gaji byk mana. Mmg sapa pun tak nafikan...duit byk mana yg dicari. Malam tadi layan Pendang cite pasal kat tempat keje dia...Celcom. Gaji banyak...technician pun leh pakai Honda. Setakat Waja...selamba jer...panas gak telinga aku..rezeki org.

Ok la..cukup dulu buat kali ni...bila ada idea aku sambung balik

Wednesday, February 23, 2005

Tahniah

Congratulation to Nor Azmi Mokhtar (TTSB Staff) kerana dah dapat anak ke-3. Semua anak dia perempuan. Wah! Kawan2 kita yg lain pun semua dah maju setapak. Ada gak yg dah kedua. Nak kedua...sabar je la. Kepada yg baru kahwin...semoga berjaya. Kepada yg tgh bertunang...jgn tunggu lama2. Kepada yg masih proses suai kenal...declare je la..tak serasi..cari lain. Kepada yg masih blur2...sedar lah...kita dah 28. Tak kan umur dah 40 baru nak dapat anak. Kang tak sempat lak nak merasa hasil duit kerja anak.

Em...Azmi still x de nama anak yg sesuai. First name mmg dah tak leh ubah..Puteri..so second name. Nama anak?!! Eheh..lum kawin pun kekadang dah boleh pikir sampai ke tahap tu. Aku tak de la pikir sgt tapi kekadang si nurse ada gak bukak isu. Kelakar la plak...

Monday, February 21, 2005

New Contact Number

019 355 3565

Apsal aku tukar no baru.. Em...Celcom buat promotion for MRCB staff..RM8 sebulan for monthly fee. So..it's a time for me beralih arah walaupun aku masih sayang kan no Maxis aku. Lagipun ada Maxis One Club. Buat masa ni aku masih pakai no lama. So..nak jadi poyo macam Sponge...ada 2 handphone.

Dari segi monthly fee..Celcom save banyak. Aku ada 3 line...for my mom and my tunang. 3 line utk Celcom baru RM24. Selama ni aku bagi Maxis RM90++ for 3 lines. Just for monthly fees. Belum lagi call charges and sms rate. Celcom nyer performance tak tau lagi. So kena start buat call pakai handphone baru. Baru jer beli semalam. Alang2 beli..beli la handphone ada camera.

Tuesday, February 15, 2005

Valentine

Hehe...jgn marah kalu aku bukak topik ni. Tapi just nak citer pasal semalam aku gi Low Yat naik LRT + monorail, seronok tengok couple2 yg ada di sekeliling. Yang si awek ramai memegang bunga di tangan. Wah! Seronok betul mereka meraikan Hari Kekasih semalam. Tentu hotel penuh semalam. Malah ada hotel yang buat promotion semalam.

Aku!!! Setakat tengok jer la semalam...nak celebrate?? Iskh..camner yek. Tapi hari Ahad masa hantar tunang aku balik Seremban, kami just singgah Seremban Parade dan memasing beli kad di kedai yang sama. Ikut turn masuk..hehe. Bukan apa..yg penting tarikh semalam perlu kami ingat kerana dah 3 tahun kami bercinta..hehe.

* adus..penat angkat CD-RW 14 bijik naik LRT masih terasa

Monday, February 14, 2005

Kereta

"Kereta kecil warna emas.
Teman buat ke sana ke sini"

Eheh..nak nyanyi lak pagi2 ni. Welcome home guys...kepada yg bercuti lagi..selamat bercuti. Wah! Best kan cuti panjang ni. First place aku ingat malas nak ke mana cuti ni. Tapi kerana ada urusan yg perlu diselesaikan, have to la balik Kluang, Johor bersama si dia. Lagipun aku nak repair aircond kereta aku.

Gedebak gedebik gedebuk...abis la gak RM800. Aircond, timing belt, bateri, air filter and servis. Em...nasib buat ngan bakal abang ipar, dapat la murah sikit. Adus...bulan depan roadtax + insurans lak mati. NCD insurans dah 0% sebab hari tu claim insurans. Memang duit semua ni. Baru nak kumpul duit nak kahwin. Tapi benda baik ni orang cakap tak ke mana. Ada la tu kang rezeki datang...Insya Allah.

Tuesday, February 08, 2005

Tukar Alamat

Sorry guys...atas masalah teknikal..aku terpaksa tukar ke blog aku ke address baru.
http://joincikli.blogspot.com


Alasan tukar. Hehe..satu opis dah tau blog aku. Malas la nak kecoh satu opis. So...terpaksa la aku tukar.

Apa function blog...mmg kasi org baca yea dak. Tapi bukan utk budak opis aku la at this moment. Gaya penulisan aku tak la best sangat. Biar la korang dulu jer yang baca.


Ok la guys. Selamat bercuti panjang. Selamat Tahun Baru

Monday, February 07, 2005

Bayam's Wedding





Awal betul aku sampai kenduri rumah Bayam..sebelum kul sebelas...smpi2 jer terus dengar suara yg dikenali tgh test karaoke...terus shot pakai handycam...sah...si abang Fauzi tengah nyanyi. Amboi bakal pengantin..tak menyempat. Kami bertolak dari Kelaput 8 lebih. Macam2 hal sblm bertolak...tq Omar..

Kami berdua siap makan awal lagi..sibuk jer makan ngan penanggah..tapi tak de bunga pun...tugas aku mula nya ambik video tp bila bayam kasi aku Kodak dia...terus aku pass tugas ke Omar. Alamak mate...ada gambar blur n goyang la..iskh...tak abis berguru.

Ramai gak kengkawan yg datang. Begitu juga yang tak dapat datang. Itu biarlah tuan rumah yang komen. Aku selamat sampai ke Kelaput kul 8 lebih terus pergi swimming ngan Omar.

Tuesday, February 01, 2005

Dot Photo

Mencuba sesuatu..

http://cikliphoto.blogspot.com

Trip to Cherating

Letih badan masih terasa. Kesan 'sunburn' pun jelas kelihatan. Mana tak nyer..mandi pool kul 12 tengahari. Tengah terik...rasa kan sendiri kesan nyer. Ini semua pasal takde air kat bilik hotel. Mmg frust trip kali ni. Aktiviti lain..enjoy tu mmg enjoy tapi tak la best sgt sebab aku sorang jer bujang lelaki. Yang lain semua nyer datang berfamili. Lucky ada sorang bujang perempuan. Leh la layan mana yang patut. Hehe..leh jalan berdua di tepi pantai...tu yang lagi gelap tu.

Nasib gak ada member keje kat Kemaman. Malam first kat sana pun aku ajak dia tido kat bilik aku. Katil ada dua. Rugi je biar kosong. Bilik pun ada lebih. Ajak En Suhaimi tak nak lak dia. Takde air menjadi alasan. Liza pun tak berapa sihat katanya. Maklumlah...dah 7 minggu.

Sempat jugak aku pergi Kedai Kopi Hai Peng, Kemaman. Kena kopi traditional and roti kaya bulat...perkgh...memang layan la. Ada gak beli 3 in 1 nyer. Buat melayan perasaan kat sini..

Ok la..cukup dulu buat kali ini...aku nak upload gambar ni..

Tuesday, January 25, 2005

Balik Kampung2

Selamat Balik Kampung dan Selamat Balik ke KJ kembali.

Wah..perjalanan paling lama aku balik ke kampung hari tu (malam raya). Kuar dari KJ pukul 12 tgh malam. tapi pergi sg besi jab. ambik barang kat umah kakak aku...terus balik kg. 1 lebih baru gerak kira nya. Mengantuk yang amat. Ni semua nak elak jem punya pasal. Sempat gak aku lalu di kawasan accident yang kuar kat tv3 hari jumaat hari tu (kawasan rawang). tapi aku tak berhenti la sbb JPA marah...suruh terus. Lucky aku antara terawal lalu kwsn kemalangan...kalu tak mesti Q panjang nyer. Tapi lepas tu asal jumpa hentian jer...aku mesti tidur. paling lama satu hentian sebelum RnR Tapah. tidur sampai kul 5 pagi. kalu ikut perkiraan...leh smpi lagi sblm smbyg raya...tapi mata tak leh tahan..berhenti tido lagi kat bukit gantang. at last, smpi umah kat kuala lurau, perak kul 10. lek jer..smbg tido balik bangun smbyg jumaat terus.

Tak buat apa pun kat kg. Lepak membesar kan perut aku jer. Ada la gak tolong mak aku cat umah sikit2. Teringin gak nak cat bakal bilik pengantin...hehehe. Nanti la. Tunggu dah ada tema.

Time aku tgh khusyuk mengecat tu, leh lak spec aku buat hal...kesinambungan hari tu. skrew dia tercabut terus hilang. iskh...tension aku. Ptg tu gi bagan Serai terus beli contact lens...saksi kan lah perubahan aku nanti...mesti pelik kan muka aku tak pakai spec. Dah tak nampak nerd nyer...(muka aku ada muka nerd ker??) poning gak awal2 pakai lens ni...dah tu...seksa tul nak pakai...mula2 kot..nanti dah terror, sambil jalan leh pakai/bukak..kata tokei cina yg aku beli tu la.

Aku balik malam tadi..kali ni masa tido kurang dari masa drive. smpi kul 3 lebih.
Nak nasuk umah tak leh...tension lak rasanya time tu...rasa nak sepak jer pintu tu time tu. Nasib Mizwan dtg bukak pintu...tq mate.

Monday, January 17, 2005

Weekend

Best nyer weekend ni. Lepak bersama si dia. Ingat kan still merajuk. Rupanya tak. Bermula dengan main bowling, tengok wayang dan shopping. Ahad pagi...pergi mandi PD. Tapi tak naik banana boat, jet ski or kenu sbb pernah naik dah sebelum ni bila gi manti together. Lagipun budget dah abis...hehe. 2hari jer leh abis 300++. Wah...sakan tu. aku pun tak tau camner leh abis. tak per la. yang penting...ikatan ngan tunang semakin intim. tu yang penting.

Aktiviti baru...leh buh dalam agenda bila dating. Main bowling. Sebelum ni pernah gi Bowling..tp aku main sorang. Maklum lah..sukan kegemaran sejak U lagi. Bola pun dah ada sendiri. Ada gak guna nyer kalu tak terperap jer kat tepi pintu B307.

Opsss...nak buat keje la...nanti la aku sambung

Friday, January 14, 2005

Tunang

Wah...ada permintaan. terus cerita pasal tunang aku. nak cerita pasal apa yek?? tak kan aku nak citer dia pakai bra size berapa lak kan. aku pun tak tau...

aku berkenalan ngan Fathiyah bte Mu Salleh @ Musleh ni kat Sg Besi. Sempoi jer aku. Jumpa kat Pasar Malam jer. tapi siang tadi nyer aku terserempak ngan dia kat depan Cyber Cafe masa tu. Awek cun beb. Mana boleh Rosli tahan nampak awek cun...terus park kete. terus masuk CC. memang gigih..tapi masa tu tak tegur la. waktu kat pasar malam baru tegur. hehe...sempoi jer kan. esok terus kuar...bwk gi KLCC...boring. torus abang bawak gi Sunwak Lagoon. baru la seronok.

Dalam bulan pertama...aku dah berkenalan ngan parent dia. abang dia yg dok shah alam dapat anak kedua. parent dia turun dari johor. so...aku pun melawat sekali. dari situ aku makin bertambah suka kat budak ni. family dia sempoi. sebab tu orang kata, kita kena tgk family jugak kalu nak cari jodoh. so...aku rasa...dia ni la jodoh aku. torus gigih abang curah kan segala yang ada.

dulu dia keje tutor kat Institut Pengajian Dian...la ni tengah ambik kursus kejururawatan di hospital seremban. so, weekend aku byk kat seremban la yek. aku ingat kalu dia masih di gombak/setapak tu...aku dah jalan dulu dah...tapi bila dia masuk nurse ni..abang kena sabar la...simpan buat tiga tahun...insya Allah tahun ni abis la dia belajar.

tapi berkawan ngan orang muda ni...mmg banyak dugaan. cara pemikiran tunang aku masih belum betul2 matang. masih kebudak2an. tapi aku kena la layan kan. kalu tak sapa lagi nak layan dia.

em...cukup lah dulu buat kali ini. tak boleh citer banyak...tengah mabuk rindu ni...lama tak dengar suara dia. asyik main sms jer. nasib ada kawan 'baru' utk jadi teman berbicara...opssss