Friday, September 30, 2005

New Environment

Aku memang dah tau sebab aku tgh tak de mood kat opis. I need something different. At least tukar la tempat duduk aku ni. Sebab aku masih di pulau budak2 IT Support walaupun aku dah tinggalkan keje ni secara official lama dah. Keadaan sekeliling yang menyebabkan aku makin malas. Nak kemas meja sekarang pun tak de mood sbb mmg ada ura2 nak tukar tmpt tapi dah makan sebulan tak tukar2 gak. Nak marah kat org yg in charge pun...rasa tak guna. End up..tmpt aku ni mmg macam tongkang pecah. Nanti bila dah tukar tmpt baru...hah..kemas la meja aku balik...tapi...tah berapa lama yek...tgk2 tak sampai sebulan, tmpt baru lak bersepah. Tak per, bersepah sebab aku buat keje...kui.

Thursday, September 29, 2005

Minggu Seminar

Minggu ni penuh ngan seminar and training. Cuma ari ni terpaksa aku lepas kan makanan lazat di Golden Palace Hotel sbb bos buat management meeting and company gathering. Hehe...dah masuk management meeting la plak. Poyo la bos aku ni. Lepas ni tukar tmpt duduk lak. Duduk kat kiubikal besar tu...huhu...acting head of department. Dlm meeting tadi...bos terangkan situasi sbb apa ada yg tak dpt naik pangkat. MRCB nyer environment menjadi alasan. HR MRCB mmg sucks giler...emosi lak aku walaupun mmg nama aku takde dlm senarai utk naik pangkat tahun ni. Dah lah keluar dari tajuk...tak per...tadi masa meeting pun..bos suruh aku bentang kan project yg aku handle...hehehe...apa lah sgt. Attend training and seminar free byk la. Mcm tak tau lak org tgh malas keje.

Friday, September 23, 2005

Bapa Mertuaku

Rabu lepas...selepas ke Uniten (hantar barang), terus MIA. Ambik minik kat Seremban, terus balik Kluang. Minik ajak balik. Sebagai pasangan yg baru baru berumahtangga...isu2 yg sensitif...mcm pak mertua jatuh sakit. Macam kena strok...wah...kena la balik sekali. Walaupun hakikat nya...tak kritikal lagi. Alhamdulillah...pak mertua ku ok. Rindu kat bini dia kot. Mak mertua aku kebetulan ada kat Shah Alam sbb jaga kakak ipar aku yg baru bersalin. Akak ipar aku pun ikut balik sekali walaupun sakit lepas beranak, tak kan aku yg sihat ni nak suruh minik balik kg sendiri...hehe.

Pak Mertua ku kena mild strok. Sebelah badan je...belah kiri. Tapi dia tak mau ke hospital. Ikhtiar cara berurut. Masa berurut tu, adik ipar aku cita...nmpk darah membuak2 mengalir lps kena urut. Tukang urut tu tak kasi bapak mertua aku tgk...
Sebab kan keadaan rasanya ok...lagipun mak mertua aku dah abis mengurut kakak ipar...kami semua balik ke shah alam semalam. So..rasmi nyer aku EL sehari je la. Rabu tu kira MIA...hehe.

Lupa lak...yg mengherankan...apak mertua ku tak de darah tinggi...ada kencing manis jer..macam mana la...leh kena strok. Emmm...tak pe...semlm aku dah pesan suruh jaga makan. Siap salam cium pipi..kui. Sblm ni smpi cium tangan jer...ahaks

Thursday, September 15, 2005

Malas nyer

Memang malas rasa nyer nak bekerja sekarang ni. Bila dah 5 tahun keje same company ni..mmg timbul benda ni. Aku baru 5...tadi lepak ngan mamat sales TIME...dah 11 tahun. Lagi tahap katanya. Sampai nak tulis blog pun aku dah malas..kah3x.

Isnin hari tu...cuti. Selasa n Rabu ada training. Hari ni baru masuk opis. Buat la keje yg tertangguh jab...ni dah start malas la. Kena lak hari ni baru bawak album kahwin...eemm...dok cite pasal kahwin la tak abis lagi.

Thursday, September 08, 2005

Naik Pangkat

Sori..bukan aku yg naik pangkat..tadi HR baru jer kuarkan email announce sapa2 yg naik pangkat. Pundek betui...orang depa jer yg naik. Cepat gile diaorg naik. Aku tak kisah aku tak naik...tapi policy tak betui...Kalu depa...tarak hal promotion setahun dua kali. Siap leh lompat gred lagi. Tapi kalu staff lain...tak leh naik alasan tak cukup 2 tahun...pundek apa macam tu. Contoh kena kat company aku sendiri..minah ni dah lama acting manager (position dia senior exec jer)...dok tunggu jadi manager...last2 tak naik pun tp hr exec kat opis aku lak naik senior...come on la. Org yg dok generate income for company la nak kena jaga...kang kalu staff tu tak puas hati..lari...padan muka company.

Inilah dia kalu set policy tapi tak guna untuk diri sendiri. Paling pelik yg berlaku dan menyakitkan hati...tahun lepas dari Asst Manager...terus naik jadi Senior Manager. Tahun lepas gak naik jadi General Manager. Tahun ni...list tadi...jadi Head of Department...Fuiyo....perlu ker position tu kat company yg tak berapa besar pun. HR kat sini bukan bagus mana pun...benifit x lah byk mana. Nak buat potongan gaji pun...tak byk yg boleh dibuat. Mcm potong gaji byr loan...pemalas diaorg ni. Sistem HR yg ada pun...hanya apply leave yg leh guna. Tapi kenapa diaorg cepat giler naik...
Aaaaaaaaaaarrrrrrrrrrrggggggggghhhhhhhhhh

Tuesday, September 06, 2005

Honeymoon Part 2(a) - Nexus, Karambunai

Walaupun destinasi ini telah menjadi beberapa orang kawan kita, aku tetap ingin ke sana bersama si dia. Kenapa aku pilih tempat ni...masa aku sampai KK last year, aku dah mmg terdetik nak honeymoon kat sini...lagi satu...aku ni made in KK, Sabah...kahkahkah (mak aku ngandungkan aku masa bapak aku posting kat sabah...nak beranak jer mak aku balik kampung). Package Golden Holidays menjadi pilihan untuk merealisasikan impian murni ku ini. 1-4 September tarikh yang sesuai. Plan awal nak gi time cuti sekolah tu, tapi hotel fully booked la plak. Terpaksa masuk keje dulu and lepas tu cuti balik.

Hari Khamis berlepas ke KK. Flight kul 9.30 pagi. 6.45 pagi dah kuar umah kakak aku. Mintak tolong dia hantar ke Tasik Selatan. Nak bawak bini naik ERL. Masa kat tempat menunggu boarding tu...lek jer si Marsha n Felix dok depan kami. Baru aku bukak ayat barang sepatah dua...penuh lak budak sekolah datang tiba2 mintak autograf. Aku pun nak menyibuk gak bergambar ngan dia 2 orang...hehehe. Nasib minik ok.



Sampai hotel dah kul 3. Relax kat bilik jab...petang lepak tepi pantai jab. Tak jalan2 pun...setakat bergambar sikit jer...minik penat katanya. Lepas Maghrib, Majdi @ Hadi datang ambik and pergi makan kat town (tepi laut). Akheri @ Siam datang join ngan anak sulung dia. Selamba jer optab....makan 5 orang kat situ aku rasa tak semahal makan 2 orang kat Hotel Nexus tu...lps makan terus balik tido...



Hari ke-2 ada City Tour. Walaupun aku tau mmg bosan...sajer jer melayan...nak ke bandar pun sebenarnya....nak beli stok makanan utk malam...alasan malas kuar bilik...kui. Package aku hanya ada breakfast. Hari ke-3 lepas check-out, jumpa member opis kat town n pinjam kete company sbb nak naik Mount Kinabalu. Kul 1 lebih dah gerak naik Toyota SR. Aku dah siap confirm booking suite dlm Kinabalu Park. Nak merasa tido kat tempat sejuk...mmg sejuk amat. Tak yah aircond pun tempat tu dah mmg sejuk. Malam tak kuar mana pun...mmg nak abis kan masa kat atas katil jer sbb rasa rugi lak kalau bayar mahal tapi tak dok dlm bilik. Esok nyer kul 10 dah kena check out. Turun je dari gunung...terus hantar kete..gi lunch...pusing2 jab kat Sutera..terus ke airport...sekian laporan.

Monday, September 05, 2005

Honeymoon Part 1 - Bukit Tinggi



Destinasi pertama pilihanku adalah Colmar Tropicale....mmg aku tak pernah sampai dalam ni...cuma smpi tmpt 'tol' jer...sepatutnya aku nak gi Tioman..tapi sebab ada interview kat Putrajaya 23/8 hari tu...terus tukar plan ke Bukit Tinggi. Ada member sponsor membership nyer rate. Under Berjaya nyer vacation. So..aku cuma bayar RM70 per night untuk apartment satu bilik. Gila besar...tak tau nak buat apa...

Aku ambik 2 malam di sana. 24-26 August. Hari pertama sebelum check-in...ada la bergambar sana sini. Lepas check in...malam baru kuar...makan malam..mak ai..mahal nyer...nasib dah bawak bekal utk siang hari esok nya. 2 malam makan utk 2 orang...RM110.00. Hari ke-2 ada show...ingat kan org putih yg menari...sekali budak melayu yg menari tarian org putih...pakaian dia...adus....bini siap merajuk tu..sbb fokus lebih kat penari..hehehe.



Ptg gi Japanese Village lak...bergambar gak la sana sini. Hari ke-3 gi tempat arnab.



Balik dari tempat arnab..ingat nyer nak balik umah terus. Sekali bini pantun nak gi Aquaria KLCC. Katanya nanti dah keje susah nak gi dah. Abang pun terus bawak kete ke Hentian Putra terdekat (Terminal Gombak), park kete situ and naik Putra ke KLCC. Jauh tu nak jalan ke Aquaria. Sekali dah nak sampai....ramai nyer orang. Siap ada sign..."1 HOUR TO COUNTER"...hehe..gelak je la. Last2...tak sanggup Q...terus balik umah...sampai umah kakak aku..bersiap...lepas maghrib...balik Kluang lak naik bas jer...penat nak drive dah. Hehehe