Friday, July 22, 2011

Mimpi : episod 2

Pertandingan karaoke. Entah macam mana aku boleh terjebak masuk ke pertandingan ini. Tak terlintas di kotak pemikiran aku selama ini. Namun, berkat latihan karaoke jamban selama sebulan, aku dengan yakin walau ada sedikit gugup, aku beranikan diri untuk mendaftar di acara yang diadakan di Alamanda. Sudah menjadi resam bagi diri aku, perasaan gelisah menjadi-jadi apabila giliran aku semakin tiba. Teringat aku semasa menunggu giliran untuk dikhatankan. 4 kali aku ke bilik air untuk membuang air kecil. Sampai dah tak ada air aku rasa dalam badan aku. Itu kenangan semasa kecil. Kali ini aku dah bersedia. Semua yang patut dibuang telah dilakukan di rumah pagi tadi.

Untuk menenangkan diri, aku menarik nafas dalam-dalam dan melepaskan secara perlahan-lahan. Masanya telah tiba. Namaku telah dipanggil. Dengan langkah yang penuh keyakinan, aku naik ke atas pentas. Selepas memperkenalkan diri, aku memulakan nyanyian dengan penuh penghayatan..

"siapa syakila...mana syakila..aku pun..tak tahu"

Gaya persembahan kena ada. Aku sehingga melutut di pentas ala-ala Izang menyanyi semasa majlis penutup matriks batch kami di KMKN dulu. Aku yakin dengan persembahanku.

Saat yang ditunggu pun tiba. Pengumuman keputusan. Setelah pemberian cenderahati kepada semua peserta, namaku disebut sebagai pemenang...tempat ketiga. Hebat bagiku untuk percubaan pertama.

Moral of the story: tiada perkara yang mustahil dilakukan. Dengan usaha yang bersungguh-sungguh, insyaAllah akan dapat ganjaran. Dan pasti ada perkara yang perlu kita lakukan untuk kali pertama.
Fakta: cerita ini adalah rekaan semata-mata. Penulis hanya teringat mimpi mengenai masuk pertandingan dan menang.

No comments: