Friday, July 22, 2011

Mimpi : episod 2

Pertandingan karaoke. Entah macam mana aku boleh terjebak masuk ke pertandingan ini. Tak terlintas di kotak pemikiran aku selama ini. Namun, berkat latihan karaoke jamban selama sebulan, aku dengan yakin walau ada sedikit gugup, aku beranikan diri untuk mendaftar di acara yang diadakan di Alamanda. Sudah menjadi resam bagi diri aku, perasaan gelisah menjadi-jadi apabila giliran aku semakin tiba. Teringat aku semasa menunggu giliran untuk dikhatankan. 4 kali aku ke bilik air untuk membuang air kecil. Sampai dah tak ada air aku rasa dalam badan aku. Itu kenangan semasa kecil. Kali ini aku dah bersedia. Semua yang patut dibuang telah dilakukan di rumah pagi tadi.

Untuk menenangkan diri, aku menarik nafas dalam-dalam dan melepaskan secara perlahan-lahan. Masanya telah tiba. Namaku telah dipanggil. Dengan langkah yang penuh keyakinan, aku naik ke atas pentas. Selepas memperkenalkan diri, aku memulakan nyanyian dengan penuh penghayatan..

"siapa syakila...mana syakila..aku pun..tak tahu"

Gaya persembahan kena ada. Aku sehingga melutut di pentas ala-ala Izang menyanyi semasa majlis penutup matriks batch kami di KMKN dulu. Aku yakin dengan persembahanku.

Saat yang ditunggu pun tiba. Pengumuman keputusan. Setelah pemberian cenderahati kepada semua peserta, namaku disebut sebagai pemenang...tempat ketiga. Hebat bagiku untuk percubaan pertama.

Moral of the story: tiada perkara yang mustahil dilakukan. Dengan usaha yang bersungguh-sungguh, insyaAllah akan dapat ganjaran. Dan pasti ada perkara yang perlu kita lakukan untuk kali pertama.
Fakta: cerita ini adalah rekaan semata-mata. Penulis hanya teringat mimpi mengenai masuk pertandingan dan menang.

Sunday, July 17, 2011

Mimpi saya

Semalam aku bermimpi...Yang hairannya, mimpi itu adalah sambungan kepada mimpi sebelum ini.
So..we start with episod 1

Menyanyi adalah salah satu perkara yg aku tak reti. Sejak kecil mmg aku tidak dilatih utk mendengar lagu2 lagho ni...
Walaupun ada radio di umah..jarang terpasang
Agaknya sbb itu aku x reti menyanyi...menghafal lirik pun agak lemah bagi aku
Antara lagu yg aku hafal lirik sepenuhnya...bunga-bunga cinta by misha omar..this is not funny...haha
Entah macam mana bila besar terjebak ngan kengkawan g karaoke
So lagu favorite aku..lagu tu la...
Sejak itu..karaoke menjadi hobiku secara senyap2..
Sorg2 pun jadi layan karaoke jamban
Dan entah mcm mana..aku termasuk pertandingan menyanyi...

End episod 1...sambung lain kali..nak layan bunga api

Thursday, July 14, 2011

Lab Perkhidmatan Online

Secara paksarela aku terjebak untuk join Lab ni walaupun aku x de perkhidmatan online yang nak dibuat. Actually projek peringkat nasional di bawah NKEA. Yang pasti aku dah beri sumbangan kepada JPW walau asal nyer kena tolong JKM. If projek yang aku cadang jalan...i should proud to myself. Projek yg memberi impak besar kepada wanita di malaysia. Kita doa2 kan projek ni diluluskan di peringkat mampu dan pemandu.

Friday, July 08, 2011

Langkawi Trip2

Perkara2 yg berlaku...

1. Baju Angry Bird x dijual di langkawi...jgn cari.
2. Nak naik cable car murah...g belah petang. Happy hour kul 5-7. Half price for malaysian
3. Sewa kete kat airport pun dah murah...
4. Pemandu teksi kat waterworld x user friendly...apsal parking kat tmpt berbumbung dpn tu...susah org nak ambik/hantar org masa hujan
5. Pantai cenang tu dah macam obersea yea...bob mali pun ada...
6. Nak g jambatan gantung dr tmpt last hentian cable car memerlukan stamina yg tinggi
7. Tmpt menarik shopping adalah betul2 di pekan kuah
8. Semua tmpt untuk dilawat tutup pada jam 6.
9. iPad sgt membantu sebagai GPS walau x boleh sesat di langkawi...

Tuesday, July 05, 2011

Hari mengong saya

Kuar umah lambat...melayan anak nak gi taska...
Bergegas ke KLCC utk event ETP: Progress update
Kuar tol MEX KL...jam x gerak...
Parking kat convention center full
Pusing cari parking kat suria...berpusing2 cari jln masuk...
Sit penuh kat hall...
Nak kuar parkin...salah lorong...TnG rosak...masuk lorong sebelah....menggelabah apa hal
Kad TnG jatuh...adui....

Tp sblm balik ok la...jumpa sahabat lama...Shamsul Azahan Salleh. Ex-mrcb

Monday, July 04, 2011

Trip to Langkawi

Day 1
Bertolak ke Langkawi menaiki AirAsia. Park kete dpn stesen ptjaya naik KLIA Transit to LCCT. Flight kul 2.10pm.
Sampai AirPort, sewa kete n terus ke sweet inn motel di pantai cenang. Lps tu keluar g dataran Lang.
Balik singgah pantai...tgk2 jer. Mandi x dibenarkan
Mlm mkn kat restoran hj ramli lps tu jln2 kat kedai tepi pantai cenang

Day2
Lepas sarap terus ke Oriental Village...lalu jer untuk naik cable car
Lps tu ke taman buaya...lps tu ke taman hidupan liar.
Singgah jab di pantai pasir hitam dan tandas di kolam air panas.
Kul 4 dah selesai di taman hidupan liar...decide to jetty...br rs lapar.
Lps mkn2 usha2 jer barang kat situ
Lps tu menuju ke kedawang nak cari pasar malam
Singgah di kedai kraf...dah tutup.
Singgah kedai di pantai pasir hitam beli brg sikit...
Di pasar malam mencari lagi baju angry bird...hampeh...x de
Bungkus makanan...singgah kedai2 tepi pantai cenang...masih mencari baju angry bird. X jumpa....
Mkn kat bilik saje...anak2 kepenatan...

Day3
Lepas sarap, terus ke underwater world
Lps check out bilik...ke pekan kuah.
Singgah lunch di kfc
Dah segar..apa lagi...
Abis shopping...x tau nak ke mana...buffalo park ada dlm itenary asal...tp mls pegi sbb takut lecak...
Menuju ke AirPort, singgah ke galeria perdana
Lps pulangkan kete, mak budak ngan anak2 tukar baju. Bapak budak maintain jer sbb masih wangi...haha
Flight delay sikit...dekat jam 10 baru berlepas ke LCCT. Jam 1 lebih baru smpi umah.
Esok nyer...keje...huhu

Saturday, July 02, 2011

dah lama berehat

dah lama tul blog ni berehat...masa nyer telah tiba utk diupdate balik...ni update pakai hp je...so payah la update byk...iPad mcm x leh jer ari tu try...tgk la camner...hehe

Monday, February 23, 2009

Roti Sardin

Oh...roti sardin. Kerana kau...aku bangun kul 3 pagi. Nasib ada mamak yg bukak lagi kat putrajaya. Kalu tak...smpi ke KL aku cari. Malam tadi minik ada sebut nak makan roti sardin...tp aku acuh x acuh je nak gi beli. Sekali dia bangun kul 3 pagi...kata lapar dengan sebelum tu mintak picit tengkuk sebab macam nak muntah...terus aku kumur...cuci mata...capai kunci kereta...g mamak.

Apakah tanda2 ni...huhu. Last friday minik test...2 line...syukur...alhamdulillah...semoga semuanya berjalan lancar. Semoga bertambah rezeki kami sekeluarga.

Tuesday, February 10, 2009

Musim cuti

Banyak tul cuti bulan lepas ngan bulan ni. Tp cuti apa pun..aku tetap mcm biasa jer. Almaklum minik x tentu cuti lagik. Paling tragis....anak kena chickenpox. Bermula ngan Iman ms cuti tahun baru cina...minggu ni...Irfan lak ambil alih. Cuti thaipusam. Maknanyer cuti aku tak ke mana sbb anak pun x leh ke mana. Nak hntr ke rumah pengasuh dah tentu kena maki nanti. Minggu ni pun gilir2 la ambik cuti ngan minik. Esok aku lak keje....huhu.

Thursday, January 15, 2009

Tahun Baru

Semangat kena baru tahun baru ni...
First...kena clear meja kat opis...tp smpi skrg tak kemas2 lagi
penuh ngan kertas tah apa2
Meja dah smpi dua...gila kuasa tul...tu pun masih serabut
Keje plak menimbun2 ni...langsung x leh nk melepak kat opis...
Nasib ari ni melepak kan diri di KL Convention Center sambil melayan TechNet

Monday, January 05, 2009

Duit Bonus

1. Retreat IT Kementerian di Legend Hotel, Cherating
- bawak anak bini. Tambah RM240 untuk bilik.

2. Sunway Lagoon

3. Genting Highlands

** macam x de balance pun...lalala.

Wednesday, December 03, 2008

Retreat @ PJ Hilton

Boring nyer...semua org buat retreat kat tempat jauh2...ISM buat kat PJ jer...apa kah jadahnyer
Nak buat camner. Selagi ada bos kat opis tu yg x suka retreat..selagi tu la x best retreat ni.
Ada ke alasan buang masa jalan jauh n membazir jer. Last2 lagi membazir sebab ramai yg balik malam sabtu ari tu. Berapa bilik kosong. Cuba buat kat luar klang valley...sanggup ke diaorg nak balik..?? Padahal dah bayar sampai lunch ari ahad. Sudah nyer lunch ada 4 org jer daripada 20 orang. x ker membazir...aku pun dah balik...hehe.

Datuk KSU & TKSU pun tanya apsal buat dekat sgt...kementerian jgn ckp la...mmg jauh2.
Nasib ada something happen yg best sgt ms retreat ni...hehe.

Thursday, November 20, 2008

Training

Tetiba last minit g training kat Scan...x perasan lak mat sen keje kat sini.
TQ sen tolong jd despatch aku.

Sekali blaja ngan junior. Halamak...malu jer blaja ngan junior.
Tapi mamat ni x la power sgt. Ada je error bila buat demo
Which is bagi aku patut x leh jd camtu bila nk ngajar
Nampak x pro
Ingt scan company biasa jer..leh tahan besar gak
tp biasa la...harap projek gomen...
Gud luck to mat sen..

Wednesday, October 29, 2008

Kelantan

Akhirnya sampai juga aku di tanah jajahan Tok Guru. Lengkaplah satu Malaysia sudah ku jejak. Selama ni...Kelantan je x pernah jejak lagi. Terima kasih kpd JPA for this CHOGM. huhu..
Kursus ni mcm x best sgt...tajuk best la semenjak aku dah jadi bos kecik dan dah kena evaluate staff tak lama lagi. Performance Mgmt. Tapi penceramah x berapa best. Yg best nyer dapat gi jalan2 sbb pakai kete kakak aku. Kete kakak tapi nama kete nama sendiri...uwa. Ada cite sedih di sebalik itu. Sori saga...kita x de jodoh.

Wednesday, October 15, 2008

Kursus / Bengkel

1. Bengkel ICT Strategic Plan
Tarikh : 19-22 Oktober 2008
Tempat : Hotel Concorde Shah Alam

2. Bengkel ISO
Tarikh : 22-24 Oktober 2008
Tempat : Opis je

3. Kursus Performance Management (under JPA)
Tarikh : 28-31 Oktober 2008
Tempat : Hotel New Pacific, KB

4. Retreat ICT peringkat kementerian
Tarikh : somewhere bln 11
Tempat : asalkan no flight..kata ksu

5. Retreat ISM
Tarikh : br nk buat paper tp kena buat thn ni
Tempat : -

fuh...inilah nama nyer CHOGM. Cheap Holiday On Govt Money

Wednesday, October 08, 2008

Pinggang

Adus...pinggang dah naik balik. Baru je berapa hari raya. Rasa mcm dah back to before puasa. Haha. Elok2 dah turun 3-4 kilo...best nyer bila ramai kata makin kurus ari tu...ingt nak maintain. Tapi dok jalan umah org kalu x mkn x best gak. Semlm n kelmarin meeting tender, dah tentu mkn disediakan. Adus...camner nak maintain ni. Esok opis buat jamuan raya lak...huhu...perasaan.

Wednesday, October 01, 2008

Selamat Hari Raya


Selamat Hari Raya diucapkam kepada semua sahabat handai. Semoga Raya tahun ini lebih ceria dari tahun-tahun yang lepas. Kami sekeluarga ingin memohon ampun maaf sekiranya terdapat salah silap sepanjang perkenalan kita. Semoga persahabatan yang terjalin ini terus berkekalan.

Kami beraya di Kluang. Sabtu balik kot...ahad nak berehat dan kemas umah tp kalu sapa nk ajak jln raya...no hal...hehe.

Tuesday, September 16, 2008

Tonggek nampak bontot

Satu pandangan yang indah...
Bila orang laki tengok orang pompuan tengah mencangkung...menunduk..
Kena yang pakai jeans @ seluar bawah pinggang...
Eh...bulan posa la...

Tapi actually bukan pasal pompuan tonggek yang aku nak cakap
Bila laki lak tonggek nampak spender...geli geleman aku dibuat nya.haha
Kalu nampak spender ngan belakang2 sekali waktu sujud tgh sembahyang...
Adus...macam mana yek...nak tegur...x bra la aku..
Buat2 x tau je la gamak nyer...tegur dalam hati je la.

Monday, September 15, 2008

Shopping Raya

Semalam berkesempatan shopping raya. Dari pagi terus ke SOGO. Ingat nak cari parking free area Jalan TAR. Tapi before kul 10am, dah double parking. Lalu Semua House, x bra la nak parking situ. Mmg nak dok seharian kat KL. Terus lagi nampak Cambell RM3.50 per entry. Torus masuk parking. Ingt kan pagi2 x ramai orang. Mak aiii...ponuh nyer orang kat Sogo. Ngan anak 2 org, mmg cabaran. Dapat la baju jalan anak n ayah dia. Ibu dia baru dapat seluar sehelai. Ke Pertama lak since x de jeans menarik kat Sogo. Ayah n ibu dapat jeans. Dah pukul 4 lebih. Ingt nak menuju ke Jalan TAR. Cari baju raya. Mendung la plak. X lama lps tu start renyai. Torus lari balik ke Sogo tp boring x tau nak buat apa. Kul 5 lebih dah dok kat Nandos tunggu bukak posa. Haru tul. Lepas settle apa patut, baru ke area sana. Tp x jauh. Area belakang Cambell jer sbb hujan rintik2 lagi. Payung punya banyak dalm kete tp satu pun x bwk. Cian Irfan. Dengan segera sambar je apa patut. Org laki semua dapat baju raya. Iman siap dapat songkok n samping...comel nyer dia bila test baju raya. X sabar nak tunggu raya camni...

Friday, September 05, 2008

Bajet 08'

Yahoo...syukur alhamdulillah. Ada gak bonus tahun ni. Laki minik keje gomen. Dapat la 2 bulan. Tp sebulan aku dah tentu lebih dari minik. Huhu. Tapi tak leh sakan pun raya tahun ni. Biasa la...komitmen macam2. Lepas la setakat duit raya anak2 buah dan baju raya anak beranak. Tak beli apa lagi ni. Kui. Sabar je la. Dah 2 thn x beraya...thn ni baru dapat beraya. Itu pun turn kat Kluang. Sabar je la. Harap2 nyer minik dapat cuti lagi thn depan. Baru la adil...hehe