Thursday, February 02, 2006

Cuti Panjang

Wah...best nyer cuti panjang kan. Org KL cuti smpi 9 hari (sapa yg sambung cuti hari jumaat la). Em...aku...khamis lps dah cuti. Lps ambik minik dr hospital (keje mlm), trs balik Kluang. Best tul balik kg awal...x jammed. Aku kn ambik cuti awal sbb kebetulan my wife x keje khamis, jumaat & sabtu lps. Hari Ahad dia mntk tkr cuti ngan staf lain. Isnin, Selasa & Rabu dia apply cuti. Yang sedih nya...cuti dia x approve. Kena la balik awal...balik awal ke kl pun x jammed gak..;)

Yg paling x best...tercongot la aku kat umah 3 hr x tau nak buat apa. Jd la surirumah sepenuh masa. Siap hantar ambik bini keje...Bagus nyer encikli ni...
Cian my wife. Dah la cuti x approve..siap ada org potong trip cuti dia. Naik keje...ada staf nurse syif dia EL lak..keje 2 org satu wad. 2 hari lak tu...teruk la management hospital putrajaya...eeemmm

Wednesday, January 18, 2006

Skype

Alamak...aku dah terpengaruh ngan benda chatting ni. Start isnin ari tu aku download and install benda ni. Ni gara2 YM x lepas kat opis la ni. So, kengkawan...sesapa yg ada skype gak...sila lah add id aku...ulik94. senand nak online selalu..muahaha.

Apa baguih nyer sentiasa online ni? bukan apa...senang nak dihubungi selain guna telekomunikasi. jimat pun jimat. no cost...kalu pakai company punya la...sapa yg guna broadband sendiri tu...byr je la tiap2 bulan yek.

Wednesday, January 11, 2006

Pengorbanan

Semua ingin melakukan ibadah korban sempena Hari Raya Korban. (Jika mampu). Aku...tahun ni belum lagi. Insya Allah tahun depan...eh...tahun ni gak, akhir tahun nanti, kalu x de aral melintang, akan turut serta jugak. Tapi tahun ini...sempena Aidil Adha...aku hanya dok umah sorang² layan Astro..hehe. Lps smbhyg raya..balik masuk umah, kunci pintu rapat²..takut org dtg umah..aku jamu air sejuk je la kang gamak nyer. Minik keje pagi. Itu lah pengorbanan aku tahun ni. Lps wife balik baru gi ambik dia and terus gi umah kakak aku. Baru la aku merasa mkn nasi impit and rendang daging. Nasib Raya Haji je...kalu Raya Puasa...huhu...mmg shahdu. Tapi aku kena tabahkan diri kerana itu mmg bakal aku tempuhi.


* kahwin bukan dgn dirinya sahaja..malah keluarga & kerjaya sekali.

Monday, January 09, 2006

Salam AidilAdha

Kepada semua sahabat dan rakan taulan, SELAMAT MENYAMBUT AIDILADHA

In a hadith narrated by Anas bin Malik,
the Prophet Muhammad said :

“whoever slaughtered the sacrifice before
prayer, he slaughtered it for himself,
and whoever slaughtered it after prayer,
he slaughtered it at ther right time and
followed the tradition of the muslims”


-Bukhari-

Wednesday, January 04, 2006

Good Bye 2005, Welcome 2006

Berlalu lah sudah tahun 2005 yang pasti tidak dapat aku lupakan. Antara yang menarik, semestinya sudah bergelar suami pada tahun ini. Seperti yang aku pernah rancangkan semasa zaman study dulu, nak kahwin pada umur 28..so mmg impian menjadi kenyataan. Target 2006 pulak, sudah tentu utk menjadi bapa la plak...hehe. Insya Allah.

Malam New Year hari tu...sempat jugak aku berada di Alamanda. Bosan nak duduk umah sorang2. Lepas hantar minik gi kerja terus menuju ke sana. Kebetulan lak ada konsert, leh la layan gak. Sampai2...sepupu aku tgh nyanyi la plak...sian dia..ramai org tak layan sgt lagu dia. Maklumlah...irama Malaysia. Lagipun ramai anak muda jer yg ada kat kawasan padang tu. Tapi meriah la gak pentas bila penuh dgn penari dari Taman Mini Malaysia. Antara artis lain yg ada...Mirwana, Amy Mastura, Siti Sarah, VE. Lepas countdown...bapak nabila kuar...pewittt..first lagu dia mmg evergreen tul. belum sempat Amy kuar suara...semua org dah nyanyi ramai2. Leh lak mic spoil..30 saat kemudian baru kuar suara Amy. Kemuncak nyer...Spider menghangatkan suasana. Sama gak...sound system bikin problem. Aku blah awal takut jammed. Keseluruhan nyer tak best sbb x dapat ngorat awek...opss!!

Friday, December 30, 2005

Interview

Huh...lemah lutut tul bila aku kena interview. Bila cakap ngan awek...ayat bukan main lagi. Bila sembang deras...cakap tak nak jatuh, macam bu***. Padan muka aku. Self confidence masih di takuk lama. Camner ni. Ni nak kena masuk Fitness First ni sbb salah satu kebaikan dia...leh tambah kan self confidence...hehehe. Terpoyo lak aku.

Semalam melayan perasaan pergi interview position SE kat MMU Cyber. Walaupun hujan, ku redah jua. Smpi lambat...tulis kat dlm email 9.30am. Sampai2...jenuh carik. Kata tingkat 1, puas carik..tanya org...kata ting 3 lak...carik lagi...takde apa2 pun...kebetulan ada org kat situ...ckp ting 4 lak...iskh...nasib aku nak gi interview. Dan nasib gak terserempak ngan student MMU yg cun. Dressing mcm nak g clubbing pun ada budak2 ni. Terus reda kemarahan aku. Nak masuk bilik menunggu...mak aii...ramai nyer org. Ada dlm 11 orang...sofa x de kosong lak tu. Kena la aku lepak kat luar. Tunggu punya tunggu...interview tak start lagi pun. Bila start...rupanya position letchurer jalan dulu. ceh...yg HR MMU panggil kitaorg sekali time ngan letchurer nyer interview buat apa. Punai...kul 12.30 baru start interview utk SE. Menggelabah aku tgk muka Madam Lee. Tapi President MMU sempoi...siap leh hulur kuih raya masa interview...camner saya nak ambik makan President...mulut tgh melayan soalan Madam Lee...hehe...apa2 pun result nyer...macam tak yakin jer aku sebab aku tak suka kencing masa interview..

Wednesday, December 28, 2005

Fitness First

Setelah berkali-kali appointment aku ngan Muzaffar terpaksa ditunda (malas nyer nak ke area Damansara dari Kajang), akhirnya aku mengalah dan munculkan diri di Fitness First, the Curve semalam. Kul 8 aku dah smpi walaupun appt kul 8.30pm. Saje nak cuci mata dulu kat situ. First time sebenarnya aku smpi the Curve ni.

TQ to kawan kita yg memperkenalkan nama aku kat Fitness First ni. Mmg best tmpt ni. Puas si mamat Muzaffar ni memujuk aku utk sign up kat situ. Macam MLM lak cara dia memujuk aku. Bayangkan harga registration fee dari RM500 leh turun ke RM50 jer. Akhirnya dia tewas jugak ngan aku. Bengang je member sebab kawan dia kat table depan berjaya menarik ahli baru. 2 orang lagi. Alasan aku cukup kukuh. Jauh banget aku nak beraksesis. Aku tunggu Fitness First Alamanda bukak...alasan aku.

Kepada kengkawan yang nak menjaga badan, mmg aku pun nak saran kan kat korang...fitness first mmg antara tmpt yg sesuai. Best tmpt ni. Harga pun berpatutan cuma aku lum lagi la sbb jauh sgt. Kalu ada kat Alamanda...tertarik menarik dan da boom jugak aku...hehe

* ini lah rupanya rahsia kekurusan ko yek Fauzi

Tuesday, December 27, 2005

Aquaria KLCC

Akhirnya berjaya jugak kami berdua sampai ke Aquaria KLCC setelah gagal pada cubaan pertama akhir Ogos lepas. Kali beratur hanya 15 meter dari kaunter compare dulu...aku ingat ada 300 meter ada jugak kot. RM28 seorang. Kali kan 2...RM56. Takper la...minik nak tgk sgt ikan jaws kat dalam tu. Aku biasa2 jer. Tapi view dia kat dalam mmg superb. Kepada pecinta hidupan laut...mmg best la layan. Dok je kat dalam tu 5 jam...x de sapa nak marah. Ingat...bwk MyKad anda...kalu x, kena RM38 seorang. Kepada kengkawan yg masih belum buat MyKad tu...insaf lah sikit. Jadilah warganegara yg bertanggungjawab. Eheh...ada lak selingan di situ.

Gambar dari kamera kami...tak berapa superb la. Kalu ikut rules & regulations, x leh pakai flash ambik gmbr. Tapi sekali sekala aku tersasul gak pakai flash..hehe. Biasa la tu. Minik byk ambik movie. Teruja dgn jerung yg lalu atas kepala kita...hehe.

Wednesday, December 21, 2005

Lama Nyer

Sungguh lama aku tidak ber blogging. Adakah kerana aku tiada idea. Atau tak de mood. Atau lebih mudah...tgh malas. Apa nak jadi ni...semua benda nak malas. Dok umah kemas umah lagi best. Hehe..sejak dok berdua ni...asyik nak mengemas umah je rasanya. Ada lagi barang yg tak kuar dari kotak n plastik. Walaupun mmg umah aku tak de brg byk pun. Kosong jerk. Lain lah kalu dapat set home teater masa lucky draw ari tu. Last weekend MRCB buat annual dinner kat Crown Plaza Hotel (Hlton KL lama). Ehehe...tmpt aku berak, kencing, tido n mcm2 lagi dulu2...yg best nyer malam tu...org semua minum orange n sirap jerk...aku leh minum mango juice. Free lak tu. Kenal budak banquet kat situ...dah org offer...aku terima je la.

Aku dapat apa malam tu...hampeh...dapat dish drainer jer...tapi IKEA nyer..product koro je tapi RM90 tu..mcm aku tak caya jer...tapi ttp aku tak guna sbb benda aku dah ada walaupun beli ngan harga RM12 je. so yg dpt free simpan bwh katil jer. Jeles gak tgk org ada dpt hadiah best2.

Top 5 Lucky draw:
1. Set home teater (Pioneer) + 26" LCD TV (LG)
2. PC
3. Voucher IKEA RM1,500
4. Sony Digital Camera
5. Lupa dah....

Lepas umum je 1st tp bukan nama aku, terus balik. Singgah jab kat kaunter Adibah Noor beli CD. (yg dpt 1st prize baru 4 bulan keje - rezeki namanya). Kuar jer hotel...perghh....jammed yg amat..tau2 je la jln bukit bintang. One way nak lalu jalan p.ramlee. minik kat sebelah dah turun seat...ngantuk...keje pagi. esok pun keje pagi...kena la kasi can dia tido. Nasib masuk je jln tun razak...jalan dah clear trs smpi umah.

Sunday, December 04, 2005

Macam²

Tender
Tension betul menunggu pricing masuk. Semalam dtg opis x berguna je rasanya. Hari ni buat langkah bijak. Gi cc kat umah jer. Ni yg buat nak masuk streamyx je rasanya kat umah. Kalu ada internet kat umah, jawabnyer mmg masuk opis lmbt la sbb leh keje kat umah je...hehehe. Tadi baru je installer astro datang pasang astro kat umah. Lek je terminate yg lama dan apply yg baru. Senang cite...sapa nak beli dekoder lama aku...ada org nak beli RM100.

Sate Kajang
Semenjak² jadi orang kajang....dah 3 minggu berturut² aku makan sate hj samuri. Apa la jampi yg diaorg pakai. Hehe...nampaknyer sampai muak kot baru nak berhenti jadi pelanggan hj samuri tu. Nasib dah kenyang baru jalan gi open house umah bos. Tak best langsung sebab makanan dah abis. Sia² je kuar masuk umah tunggu ayam goreng. Tu la..sapa suruh dtg lambat. Padan la muka aku...hehe..Apa² pun...bos....selamat pergi dan kembali...

Monday, November 28, 2005

Takut Nyer

Jumaat lepas minik gua ada turun darah ckit. Cuak giler dia tepon dari hospital. Iskh..tetiba lak hari tu aku gi keje tumpang orang...kacau tul. Nurse pun takut nak jumpa doktor. Padahal keje kat hospital. Sebab dia tau apa doktor nak buat, sbb tu member malas gi jumpa doktor. Tapi akhirnya dia pergi jugak setelah semua org di sekeliling menyuruhnya pergi. Alamak doktor lelaki cina la plak yg bertugas. Alhamdulillah kandungan ok cuma terancam. Tak aci sbb minik aku dah dpt tgk baby. Nak buat camner aku lmbt smpi hospital. Doktor pesan suruh nurse byk berehat...

Parent minik dari Kluang terus turun ke Kajang. Camner minik gua nak berehat kalu tetamu datang. Hari Sabtu siap pusing Alamanda and Putrajaya. Risau gak aku...tapi nampak dia ok jer. Tak per...keje umah semua abang yang buat. Mana yg termampu je la. Cuma bila buat mee hailam semalam, nurse la yg buat. Aku hanya mampu potong memotong and siang udang.

Semoga semua nyer selamat

Tuesday, November 22, 2005

Update Omar

Korang tukar la link blog Omar.

patut la x de apa2 update kat blog lama dia. rupanya sebelum dia bersatu ngan tunang dia...blog pun dah sama...eee...geli la mamat ni..jiwang kalah aku

Monday, November 21, 2005

Lama Nyer

Lama dah tak blogging. Baru masuk keje minggu lepas. Hari khamis start keje. Masuk keje sibuk kemas tempat lak. Tukar tempat ke depan sikit. Al maklum dah tak geng ngan team support kat opis. Tadi pun sibuk 2 jam tukar extension sendiri. Kalu panggil cina contraktor dia caj RM60. Padahal tukar pair kat DB tu je. Cuma nak trace pair mana je jenuh tadi sbb cina buat keje tak buat label. Pandai dia...so bila setiap kali org nak tukar line/extension, org akan panggil dia balik.

Kenyang
Kul 12 tadi bank islam (depan pintu opis) ajak mkn kat opis diaorg. Open house. Staff diaorg buat pot luck la. Masing2 bwk dari umah. Jiran...kena la jenguk muka. Kul 1 lebih tadi team Group Support Services MRCB lak ajak makan. (padahal secretary CEO je yg ajak aku). lantak la. janji makan free walaupun ada yg memandang serong kat aku (mgkn dgn pandangan...sapa yg jemput mamat ni). Petang ni Semasa Sentral lak buat open house kat stesen sentral. Mungkin nak g ngan minik kot. Kena gi ambik dia la dulu macam ni.

Pindah Umah
Dah berjaya pindah umah setelah merempat di umah abang ipar selama 2 bulan. Alamat umah : K1-26, Kenaria Condominium, Taman Sri Kenari, 43000 Kajang. So sesapa yg tersesat ke Kajang, jemput la dtg umah yek. Raya ada lagi cuma aku je x de kuih raya. Hahaha...
Penat pindah umah ni. Kena la minik tgh pregnant ni. Kesian gak masa dia tlg basuh umah. Tapi bila part mengemas barang2...byk melihat je la dia. X pe...org cakap sayang bini. Letih badan masih terasa. Ada byk benda tak kemas lagi ni. Sabar...

Tuesday, November 08, 2005

Demam Raya

Selamat bekerja kembali. Semalam dah masuk opis balik. Sunyi sepi. Jalan pun tak jem sgt. Best jer rasanya. Nak pergi bank pun senang.

Perjalanan aku dari Kluang - Shah Alam hari ahad malam hari tu pun kira ok. Berjalan lancar. Ketakutan jem teruk kat seremban...terlepas. Mungkin aku lalu kul 11.30 malam punya pasal kot. Kalu lalu awal lagi...mesti sangkut. Abang ipar aku baru sampai dari Kelantan malam tadi. 12 jam...huhu. Bertolak 10 pagi katanya. Kul 10 malam baru smpi Shah Alam.

Macam mana raya tahun ni. Alhamdulillah...pengalaman pertama beraya di rumah mertua. Tak meriah sgt sebab 2 org abg minik takder. Turn minik diaorg. Sorang ke Kelantan, sorang lagi ke Terengganu. Nasib la...tahun depan kalu...aku lak yg tak raya kat Johor. Susah la camni..nak kena fine tune balik bagi semua berkumpul. Paling tak best..raya kedua...aku demam. Nasib ada isteri penyayang. Kul 4 pagi aku kejut dia sebab badan panas sgt tapi rasa sejuk sgt. Adalah org tolong lap kan badan ngan tuala basah. Siap kena paksa mandi time2 tu jugak. Lepas tu minik buat kan bubur..tq sayang...eh...tersalah channel lak. Tengahari nyer pergi klinik...kena cucuk kat bontot. Auww...sakit. Klinik K je yg bukak. Mahal lak tu...RM50. Dah tentu ambik resit untuk claim balik.

Kat opis ni..yg dtg berapa kerat jer. Yg ada kerja...mmg sibuk sbb ada submission hari Khamis. Yg melepak...mmg gaji buta..aku pun gaji buta je. Syarat je dtg keje ni. Smlm pun sbb nak sambut budak trainee sorang2. Kasi tugas sikit kat dia...dah. Siap kasi pinjam PC aku kat team satu lagi. Tak pe lah...berkorban demi company. Lagipun aku nak cuti lak seminggu mulai esok.

Esok teman minik register kat Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan. Kat mana tah...kat area bukit aman. esok redah je la cari jln cenderasari. Selamat menjadi org putrajaya...

* setelah sebulan berpuasa...cuba2 lah pulak kita sambung lagi berpuasa dengan puasa 6

Friday, October 28, 2005

SELAMAT HARI RAYA

..."Hidup seharian tanpa dosa adalah HARI RAYA, melepasi ujian ramadhan adalah HARI RAYA, melepasi siratul mustaqim adalah HARI RAYA, masuk syurga ALLAH adalah HARI RAYA dan kemuncak HARI RAYA adalah bertemu dengan ALLAH di syurga"...

semoga kita mendapat kurniaan dan keberkatan dari ALLAH.... amin yarabbal alamin...

.... mata kadang salah melihat, mulut kadang salah berucap, hati kadang salah menduga, maafkan segala khilaf yang pasti ada...

"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN"
ikhlas daripada saya...



** esok balik kampung sendiri kat Kuala Kurau...balik sorang tapi tumpang kakak..minik kat Kluang...kesian dia. So berjauhan la kami sementara. Insya Allah Deepavali nanti aku balik lak Kluang. Kot masih sempat nak buat persiapan raya. Ahad balik KL. 7/11 masuk keje. 9/11 hantar minik daftar kat Jbtn Kesihatan Wilayah Persekutuan (tak tau lagi hospital mana...tapi kira KL la...eh..putrajaya wilayah jugak kan???) kalu minik tak kena keje terus...esok nyer terus balik perak la pulak. raya cum majlis belah aku....so...dgn ini blog akan bercuti sementara.

Wednesday, October 26, 2005

Rezeki Ramadhan *paling Istimewa

Syukur...Alhamdulillah.

Bulan Ramadhan mengajar kita erti kesabaran. Bulan mulia ini begitu bermakna kepada kita. Paling bermakna buat aku Ramadhan kali ini. Dulu buka posa ngan budak² bujang. Kekadang sorang². Tapi tidak tahun ini. Dikurniakan isteri yang cantik, muda pulak tu. Berseri hidup. Indah belaka di kala waktu berbuka. Waktu sahur pun terjaga. Tidak lagi roti gardenia dan air kosong.

Tapi...yang paling istimewa nyer...bila dapat tahu positif...;) Alhamdulillah..
Ahad malam tu dah test sendiri guna yg murah punyer je. Beli kat pharmacy. Semalam masuk lmbt sikit sbb gi Klinik Baharudin kat seksyen 2. Sekali lagi positif. Tahniah doktor cakap. Rezeki bulan Ramadhan.

Tiada lagi yg gembira selain berita gembira ini. Maka bermula lah kisah baru. Aku ku cuba amalkan segala petua dan amalan yang diturunkan. Saat ini antara waktu terpenting.


* minik balik kampung. nak selesaikan urusan perlantikan sebagai nurse...sejuk nyer esok...tido peluk bantal

Tuesday, October 25, 2005

Rezeki Ramadhan

1. Dewan Felda Perdana : Frontline Technologies Sdn Bhd - 13/10
2. Hotel Singgahsana : Tegas Tepat Sdn Bhd - 16/10
3. Holiday Inn Glenmarie : MRCB Technologies Sdn Bhd - 19/10
4. Concorde Shah Alam : MRCB Technologies Sdn Bhd - 20/10
5. Mum's Place : ECS Astar Sdn Bhd - 25/10
6. Tropicana Golf & Country Resort : ECS Pericomp Sdn Bhd - 26/10

Yang Terlepas
1. Hotel Nikko : Dancom / Tivoli IBM - 12/10
2. Seri Melayu : TT Frontier Sdn Bhd - 24/10
3. PJ Hilton : Nera - 25/10
4. Boulevard Midvalley : Trans Niaga Sdn Bhd - 26/10

Monday, October 24, 2005

Cepat Nyer Abis

Baru kuar RM500 hari Sabtu. Tadi terus licin. Macam tak percaya je aku. Tapi itu lah realiti kehidupan berumahtangga sekarang..hehe.

Hari Sabtu buka posa kat Chicken Rice Shop KL Sentral. Ngan sapa lagi. Acara tahunan. Lepas tu pusing jalan TAR. Cari baju raya la konon. Tak dapat apa. Dapat tali pinggang wife je. Ahad pusing PKNS...dapat baju kurung. Yang menarik kat kedai tu...sempat borak ngan salesgirl masa bini test baju. Hehe...sewa lot bazar ramadhan kat bawah tu...RM5,000. Teruja aku mendengar nyer. Saje tanya lagi...bos dah balik modal ke. Lek je dia jawab "dah lebih dah pun". Fuiyo...dlm masa 2 minggu leh balik modal. Lagi 2 minggu kaut untung. Patut la last minute para peniaga leh buang price smpi 50%. Tapi yg tak best...ada baju hilang. Aku smlm bukan kat tmpt yg ramai. Kat tingkat 2..sewa situ RM600 je. Kat situ pun baju hilang 3 pasang. Ini kan plak kat tmpt ramai org yg kat bawah tu. Mmg tiap2 hari ada hilang...heran kan. Tak sangka aku ada gak org pnjg tangan dlm bulan ni.

Lepas buka posa kat opis, gi Giant lak shopping barang dapur ngan wife. Maklum lah...menumpang umah orang. Tak kan nak makan free je. Kat situ terjumpa lak baju raya aku yg sedondon kaler. Terus angkut walaupun mintak diskaun x dpt. Tension gak aku...sbb dia tau mmg aku nak kot.

Pagi tadi dtg opis awal...siap kan tender. Dah selamat submit semua. Nak balik terus kang ada meeting lak kul 3. Esok lah MIA...leh bayar utang. Gaji masuk awal sikit bulan ni.

Wednesday, October 19, 2005

Sibuk Pulak

Ingat kan sepanjang bulan posa ni leh la relaks. Rupanya sangkaan ku meleset belaka. Esok ada submission satu SebutHarga. Malam ni plak ada UAT kat tempat customer. Hopefully aku dapat siapkan SebutHarga before 11pm sbb UAT tu akan start that time. Dan aku rasa aku terpaksa cancel berbuka posa di Cititel, Midvalley mlm ni. Sori STJrians...lagipun agenda tersembunyi aku bersama korang tak sempat nak buat. Kad 'raya' x siap lagi.

Alamak...latest update..

Malam ni nampak nyer kena berbuka di Holiday Inn, Glenmarie. Atas arahan bos besar suruh pergi...adus...lagi pening. Tambah lak koleksi makan free aku. Esok kat Concorde Shah Alam...yummy.

Weekend ni lak ingat nak rest panjang...ingat nak balik kampung. Rindu masakan mak di waktu berbuka....tapi ada tender MIMOS lak closing ari Isnin...Jumaat dah la cuti. huhu..rugi tu tak balik kampung...minik nak balik kluang...lek jer aku cakap tak leh. Segan nak dok umah abg dia sorang².

Marilah bekerja.

Tuesday, October 18, 2005

Gambar Makan² II

Keluarga Naim

Pasangan Diet

Pasangan Hitam Putih Kehidupan

All Together (kecuali cameraman)

Artis Jemputan


Venue : Hotel Singgahsana
Date : 16/10/2005
Organizer : Tegas Tepat Sdn Bhd