Wednesday, January 18, 2006

Skype

Alamak...aku dah terpengaruh ngan benda chatting ni. Start isnin ari tu aku download and install benda ni. Ni gara2 YM x lepas kat opis la ni. So, kengkawan...sesapa yg ada skype gak...sila lah add id aku...ulik94. senand nak online selalu..muahaha.

Apa baguih nyer sentiasa online ni? bukan apa...senang nak dihubungi selain guna telekomunikasi. jimat pun jimat. no cost...kalu pakai company punya la...sapa yg guna broadband sendiri tu...byr je la tiap2 bulan yek.

Wednesday, January 11, 2006

Pengorbanan

Semua ingin melakukan ibadah korban sempena Hari Raya Korban. (Jika mampu). Aku...tahun ni belum lagi. Insya Allah tahun depan...eh...tahun ni gak, akhir tahun nanti, kalu x de aral melintang, akan turut serta jugak. Tapi tahun ini...sempena Aidil Adha...aku hanya dok umah sorang² layan Astro..hehe. Lps smbhyg raya..balik masuk umah, kunci pintu rapat²..takut org dtg umah..aku jamu air sejuk je la kang gamak nyer. Minik keje pagi. Itu lah pengorbanan aku tahun ni. Lps wife balik baru gi ambik dia and terus gi umah kakak aku. Baru la aku merasa mkn nasi impit and rendang daging. Nasib Raya Haji je...kalu Raya Puasa...huhu...mmg shahdu. Tapi aku kena tabahkan diri kerana itu mmg bakal aku tempuhi.


* kahwin bukan dgn dirinya sahaja..malah keluarga & kerjaya sekali.

Monday, January 09, 2006

Salam AidilAdha

Kepada semua sahabat dan rakan taulan, SELAMAT MENYAMBUT AIDILADHA

In a hadith narrated by Anas bin Malik,
the Prophet Muhammad said :

“whoever slaughtered the sacrifice before
prayer, he slaughtered it for himself,
and whoever slaughtered it after prayer,
he slaughtered it at ther right time and
followed the tradition of the muslims”


-Bukhari-

Wednesday, January 04, 2006

Good Bye 2005, Welcome 2006

Berlalu lah sudah tahun 2005 yang pasti tidak dapat aku lupakan. Antara yang menarik, semestinya sudah bergelar suami pada tahun ini. Seperti yang aku pernah rancangkan semasa zaman study dulu, nak kahwin pada umur 28..so mmg impian menjadi kenyataan. Target 2006 pulak, sudah tentu utk menjadi bapa la plak...hehe. Insya Allah.

Malam New Year hari tu...sempat jugak aku berada di Alamanda. Bosan nak duduk umah sorang2. Lepas hantar minik gi kerja terus menuju ke sana. Kebetulan lak ada konsert, leh la layan gak. Sampai2...sepupu aku tgh nyanyi la plak...sian dia..ramai org tak layan sgt lagu dia. Maklumlah...irama Malaysia. Lagipun ramai anak muda jer yg ada kat kawasan padang tu. Tapi meriah la gak pentas bila penuh dgn penari dari Taman Mini Malaysia. Antara artis lain yg ada...Mirwana, Amy Mastura, Siti Sarah, VE. Lepas countdown...bapak nabila kuar...pewittt..first lagu dia mmg evergreen tul. belum sempat Amy kuar suara...semua org dah nyanyi ramai2. Leh lak mic spoil..30 saat kemudian baru kuar suara Amy. Kemuncak nyer...Spider menghangatkan suasana. Sama gak...sound system bikin problem. Aku blah awal takut jammed. Keseluruhan nyer tak best sbb x dapat ngorat awek...opss!!