Tuesday, March 28, 2006

Hari Pertama

Hari ni dgn semangat berkobar2 memulakan kerja baru di Institut Sosial Malaysia. Lapor diri dekat Timbalan Pengarah je. Pengarah buat masa ni ada kat Hong Kong atas urusan kerja. Halamak...TP cha ya nun alif la plak. But he's ok. Dia ajak sembang speaking la plak. Tapi member ada sedikit nada marah pada mulanya sebab aku lambat lapor diri. Nak buat camner. Kejar bonus kat tempat lama la bos...hehe. Tapi aku dah taichi salah tu kat JPA. Aku cakap aku dah inform JPA siap aku tanya org JPA adakah perlu aku inform ISM...diaorg yg suruh aku terus daftar 28/3 je. Nasib bos baru aku memahami and dia marah org JPA...tak professional katanya.

Best part kat sini...Mr Chen panggil aku Ketua Unit IT...keke...memang la. Dah aku sorang je pun IT kat sini. Yang tak best nyer...tak de sapa nak handover apa2 pun kat aku semalam. Jenuh la aku nak study sendiri network kat sini. 2 bulan lepas ada Pekerja Khidmat Singkat (PKS) yang jaga IT Support kat sini. Tapi dia blah begitu je sbb mmg x de org pun. Nasib aku dapat tangkap dia and buat appointment Sabtu ni. At least something untuk aku start balik manage IT requirement kat sini. Mr Chen pun dah suruh aku buat chart utk Unit aku.

So dlm masa 2 minggu ni main task aku nak re-organise Unit aku and kena distribute 20 unit PC baru. Bukan aku la yg tukang bukak kotak...hehe. Apa guna ada vendor...rupa2nya...Apex Comm yg supply..cis...IBM pc lak tu...x pe...pelan2 aku tarik supplier aku...hehe..leh ke camtu..keke. First day ni pun tadi ada mamat mana tah dtg tetiba nak jumpa aku.....introduce diri dia la. Iskh...pala hotak dia. Baru first day keje dah ada supplier jumpa aku...eee..takut aku kang org salah anggap.

Hopefully aku dapat manage Unit IT kat sini and dapat promote dengan kadar yang segera..hehe

Friday, March 17, 2006

TNB

Waaa...x cukup tido. Dah la malam tadi aku tido lambat. Layan Komenwel...hehe. Channel 83, 902 & 903. Pagi tadi leh lak elektrik takde. Kepanasan kami suami isteri..hehe. Tido bogel (ops..pecah rahsia) pun leh panas. Hehe..dh terjaga tu..x tido la kami. Aku nk g keje pn x leh. X de baju n seluar yg dh siap bergosok. Dkt kul 10 baru ada balik elektrik. Terus bersiap g kl sentral.

Apa la TNB ni. Lmbt tul bertindak. Itu baru separa gomen. Kalu gomen mesti cepat kan..hehe

Thursday, March 16, 2006

16 haribulan

Hari ni genap 6 bulan kandungan isteri tercinta. Kalu ikut minggu...dah 26 minggu. Pagi tadi ada appointment ngan Dr kat Hospital Putrajaya. Kali ke-3 aku turut serta. Wife aku dah berkali-kali...hehe. Campur dia bleeding 2x sblm 1st appt yg aku join. Cian minik. Masa bleeding aku not around. Outstation...kui. Nasib ada abang dia kt umah aku masa tu. So..1st appt ms 4 bln, ada buat scan. Just nk make sure baby ok and normal. Masa 5 bln Dr x nk scan just dgr bunyi nadi jantung dia. So tadi buat scan. Hehe..baby aku bersembunyi la plak. Dr bergurau senda la plak ngan kami. Tunggu tanya baru nak cari jantina. Tapi, baby nak buat suprise. Mmg kami pun x tau lagi jantina dia. Aku cakap kat Dr...kami x kisah laki ke pompuan. Cuma x larat nk jwb bila org tanya...kui. Kedudukan baby tadi mmg tidak dpt menjelaskan jantina nyer. Bulan depan ada appt lg. Kat hospital je la. Dah bini keje kat situ...Hehe...aku rasa org yg tgh menunggu kat situ mcm bengang je minik aku trs je masuk bilik Dr nk buat check-up. Padahal kul 7 pg aku dh sampai sama2 wife ambik no siap2. Minik keje pagi...ikut terus la...x kan nak dtg asing lak. Kebetulan ari ni ada 3 tender gov aku nk kena beli...hehe. Masuk opis ptg je la jawabnyer. Ala..saat2 akhir kt opis. Beli tender byk2...tah sapa nak buat. Lantak la. Bukan keje aku dah...

Tak pe lah..ari ni x tau...next month ada lagi...

"****, bln dpn ayah tgk **** lagi yek".

Tuesday, March 14, 2006

Institut Sosial Malaysia

7/3 hari tu, seramai 54 orang Pegawai Sistem Maklumat (PSM) baru register kat JPA. Masing2 berdebar-debar nak tau di posting ke mana. Akhirnya aku di tempatkan kat Institut Sosial Malaysia. Mana tempat ni? Sg Besi? Wah! Punya lama aku dok Sg Besi...x pernah tau pun nama ni. Bila org lain tanya aku pun that day posting mana...nak cakap pun berat je. Bila aku kasi tau...diaorg pun berkerut dahi..tak pernah dengar. Esok nyer bila masuk opis...search kat net...baru tau under kementerian pembangunan wanita, keluarga & masyarakat. Agensi di bawah pimpinan Datuk Seri Shahrizat.

Yang pasti..sbb utama aku dpt kat situ...aku letak address kakak aku masa isi borang maklumat diri. Em..aku pun x follow up ngan org JPA. Mana nak tau dia hantar posting ikut alamat. Tapi kalu request nk Putrajaya...mmg boleh...tapi request awal la. Ni bila dah kena posting situ...kena la menurut perintah. Dah nak jadi orang gomen. Ada 2 je kata2 hikmat org gomen ni

"Saya Yang Menurut Perintah" & "Berkhidmat Untuk Negara"

bukan untuk negeri...so..segala arahan kena la patuh...
Sepatutnya lepas register ari tu terus kena start keje. Tapi saya mintak delay 28/3 ni baru start kat tmpt baru. Alasan kat surat kena notice kat tempat lama. Alasan sebenar...nak kejar bonus kat sini. Hopefully dapat la. Kalu x..sesia je den sanggup ambik risiko masuk keje lambat ni. Dengar nyer tempat baru tu memang memerlukan kepakaran pegawai sistem maklumat dengan kadar segera. Berserah je la...

Friday, March 03, 2006

Minyak Lagi

Minyak napa ko abis. Dah skuter aku mati tepi jalan. Pengalaman tul pagi ni. Dah tu, bateri handphone lak kong. X caj malam tadi. Iskh...bala tul. Nasib ada van tayar pecah seberang jalan. Lintas highway...pinjam handphone ane tu...call minik mintak bantuan.
Cilakak tul stesen minyak petronas kat kajang (sblm uniten). Harga minyak dah naik pun lek je diaorang dah kehabisan minyak. Stesen minyak bukak..tapi x de minyak. Bangang. Dah la minyak aku mmg nak abis. No choice..trs gak la ngan harapan smpi la kat stesen minyak Esso kat LDP tu...hancus. Tiba2 enjin mati..minyak abis la tu. Dah la mak mertua ada kat umah. Ehe..malu je.
Lps ni aku x mo isi kat petronas dah. Padan muka korang. Aku akan isi shell je. Ingat nak beri sumbangan gak pada negara..hehe. Tapi...lantak korang. Aku dah bengang. Kete mmg aku dah isi shell. Tak mo tkr dari dulu...lagipun aku ada bonuslink. That's why skuter nak la pakai petronas. Tapi lps ni...no more PETRONAS.

Wednesday, March 01, 2006

Oh! Minyak

Oh! Mengapa ko naik mendadak. 2 hari lepas bila tgk berita...macam tak percaya. Semalam pagi baca paper...baru la percaya...tapi masih tak terasa. Tapi bila malam aku isi minyak...fuiyo...selalu isi RM30 dah nak menuju Full, tapi semalam...baru lepas tengah dan lebih sikit...aaarrrgggkkk. Terus hari ni naik moto gi keje.
Itu baru kereta kancil. Tahniah la kepada orang lain. Ayat aku kat bos aku smlm..
"Gaji besar, kete besar, maintenance tinggi. Gaji kecik, kete kecik, maintenance sikit". Jangan dia terasa dah la..kah3x. Tapi bos aku smlm pening sbb nak kena repair econ smpi 2 ribu lebih...GM pun leh pening kan nk tukar aircon setakat 2k.
Pagi tadi masa aku isi minyak moto aku...kete Waja isi fulltank..RM97. Fuh...sekali isi. Kalu sebulan 5 kali isi. Itu kalu 5 kali. Kena 10 kali. Tahniah la kerajaan dan orang yg bisnes minyak ni.