Tuesday, July 22, 2008

Angin Lintang

"Awas! Pandu Perlahan. Kawasan Angin Lintang"

Selama ni aku tak paham apa sangat ngan angin lintang ni. Tapi sejak Sabtu ari tu...mungkin ianya sesuatu yang tidak mungkin dapat aku lupakan.

Dalam keadaan hujan renyai, pemandu menumpukan perhatian di Lebuhraya Utara Selatan sambil melayan karenah anak sulungnya yang berada di sebelah. Isteri berada di belakang bersama anak kedua mereka. Perjalanan menuju ke Kluang kerana mertua pemandu mengadakan majlis doa selamat untuk rumah yang baru sahaja dibaiki setelah mengalami kebakaran beberapa bulan yang lepas. Kesempatan itu juga, pemandu dan isteri mengadakan akikah untuk anak kedua mereka. Pada sekitar jam 11 pagi (19 Julai), sebelum kawasan R&R Jejantas Air Keroh, secara tiba-tiba kereta Wira yang dipandu berpusing 360 darjah terus menghentam penghadang jalan tengah. Hentaman pertama itu mengenai bumper belakang. Kereta terus berpusing lagi dan kali ini bahagian hadapan kereta pula menghentam penghadang jalan. Seingat pemandu, kereta mungkin berpusing 4-5 kali sebelum berhenti menyilang di tengah jalan. (Suasana seperti memandu ala drift di dalam filem) Syukur kerana keluarga pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan. Selamat tiada kereta yang rapat. Setelah berhenti baru pemandu lihat banyak betul kereta. Hanya high beam yang mampu diberi ketika itu. Kereta dihidupkan...dan dipandu ke tepi.

Walaupun renyai, pemandu keluar juga kerana ingin melihat kerosakan. Bumper hadapan kereta sudah tidak kelihatan. Ada di jalan raya rupanya. Pemandu mengutip bumper tersebut. Adalah sebuah kereta berhenti, rupanya cina itu keje tarik kereta tapi di Batu Pahat. Dia mengesyorkan supaya report polis di kawasan yang mudah bagi pemandu. Terus pemandu teringat pakcik nya yang bekerja sebagai anggota polis di Yong Peng. 100 km lagi nak ke Yong Peng. Setelah mengikat bumper, pemandu memandu semula kereta tetapi hanya dengan kelajuan max 60km/j memandangkan bumper belakang dan eksos yang sering bergesel dengan jalan. Anak sulung pemandu yang tidak tahu apa-apa masih boleh melompat sana sini. Hampir 2 jam baru sampai ke balai polis Yong Peng. Setelah sampai turn, pak su pemandu mereka cipta cerita untuk memudahkan pemandu claim insurans. Terima kasih kepada pak su dan juga mamat bengkel kereta yang menyiapkan report pemandu. Tapi cerita terpaksa menggunakan nama isteri pemandu kerana insurans atas nama isteri pemandu dan abang iparnya.

Ayah mertua pemandu datang dari Kluang untuk mengambil pemandu sekeluarga. Boleh pulak datang naik kancil. Terpaksa menyumbat barang dari Wira ke Kancil. Mungkin mertua hanya fikirkan bilangan orang. Dia tidak fikirkan barang seperti beg besar dan walker anak pemandu. Mungkin juga dia nak jimat minyak yang mahal sebab itu tidak membawa kereta Wiranya. Apa lah pemandu ni, nasib mertua datang ambik. Kena dia biarkan ajer balik Kluang sendiri, baru terkulat-kulat kat sana. Pak Su pemandu pula sibuk dengan kerjanya kerana ada OKT yang perlu diuruskan. Terima kasih paksu. Harap dapat kowtim dengan bengkel untuk menyegerakan kereta tersebut. Semalam...bapak mertua menghantar pemandu sekeluarga ke Putrajaya.

MORAL : Bawak kete hati-hati di kawasan angin lintang

Monday, July 14, 2008

Minggu Demam

Bermula ngan Irfan Isnin lepas...aku pun masuk keje lambat sebab bwk baby g klinik.
Selasa ptg minik la lemah badan katanya. Rabu pagi bawak lak minik ke klinik. Masuk lambat lagi. Rabu petang...badan Irfan semcm je...naik bintik2 merah. Hari khamis terus EL la...segan kat bos asyik masuk lambat je. Bwk Irfan ke klinik. Sah doktor cakap campak sbb naik lepas demam kebah. Gigih carik daun semambu. Rupa2 nya kat blok sebelah kuarters aku je ada daun tu. Kat tepi jalan je. Bagus tul putrajaya ni...mcm2 ada. Jumaat ptg baru carik air kelapa. Ms cuti x gigih carik..apa nyer bapak la...huhu. Masa cuti tu g ambik MyKid Irfan jer...tq Pn Nono..haha.
Mlm tu ks Irfan air kelapa ckit...esok pagi..terus hilang semua. Lega tul. Tp sabtu mlm ahad lak bapak Iman & Irfan x sedap badan. Terus makan panadol...nsb demam x abis kuar...ahad..kira ok la. Cuma badan lenguh2 smpi ari ni. Lutut pun rs mcm x de...huhu

Comel kan