Monday, May 28, 2007

Back To Normal

Lega...semua dah kembali to normal. Birthday aku kali ni ada sejarah sendiri...

Sabtu ada gotong royong kat opis. Malas rasa nyer nak pergi. Tapi tanggungjawab sebagai pengerusi kelab sukan dan kebajikan, kena la gi..baru kuar tol serdang...pengarah called...
"tuan...mana tuan?"
"Hehe...on d way Dr..."
Terus pecut. Nasib x jauh lg. Sampai jer...trs mula kan acara. Ucapan dr Pengarah...
Kena tembak aku...hampeh tul. Org x ramai dtg sbb memo kuar lmbt.
nak buat camner..bkn salah aku. Timb Pengarah x ks kelab kuar memo...dia srh Pentadbiran yang kuar memo. Dah pentadbiran slow nak buat camner. Dari Isnin lepas aku srh kuar memo. Ari jumaat baru Pen Pegawai Tadbir tu kasi memo ke semua org. Tp Dr x tau apa terjadi. Ada masa terluang...aku g terangkan kan dia. Nama baik nak kena jaga beb. bukan bodek....
Tapi aku rasa ok la...hampir separuh yg dtg. Gotong royong ni lebih kepada keje mengecat. Cat tiang-tiang papan tanda dan pili bomba. Ok la...
Masa lunch baru aku lak buat ucapan penutup. Abis je ucapan..bdk² ni leh lak nyanyi lagu happy birthday...TQ.

Friday, May 25, 2007

Jiwa kacau

Aduh..kacau
Nak keje x der mood camni
Baru je bermotivasi tinggi slps pengumuman kenaikan gaji
Tapi..ini kes lain
Arrrrrrrrrrrrgggggggggghhhhhhhhh
Rasa nak jumpa pengarah jer...dia kaunselor
Mintak nasihat. Tp x besh lak sbb dia ketua jabatan
Nak luah kat sini...x leh la plak...
Telan sendiri...jd penyakit nanti.
ROSLI....sabar ROSLI...

Wednesday, May 23, 2007

Penyelarasan Gaji

Smlm lagik aku nak buat post ni ingat..tapi gumbira tu nak simpan ari ni. Tapi lmbt ckit update sebab tadi ada meeting. Smlm saje called SPA tanya status permohonan aku...tup..tup.. Armawati kata..dtg la ambik surat...dah siap. Fuiyoo...magik. DAH SIAP!! Rasa baru je aku bagi salinan degree aku. Hebat tul SPA ni. Ni gara² ada mintak pertolongan org dalam la ni. Apa² hal..ini berita sgt gumbira. Dkt kul 11 trs ke SPA ambik surat. Lama lak tunggu Armawati abis discussion ngan bos dia. Ambik la hati dia layan borak jab. Sebaya rupanya. PTD..dah 44 dia. Lg 2 bln nak buat Masters lak. Tapi buat kat local jerk sbb laki dia dpt local. Kalu x g Australia dia. Laki pun org gomen. Mmmm...camni aku pun bercita-cita nak sambung gak la...free...gaji jln lak tu kan ms study. Best nyer keje gomen. Penyelarasan dah ok..gaji lak naik. Fuh...tak sia² ambik keputusan bertukar angin. Mmg itu antara soalan killer yg mmg sukar aku nk jwb setiap kali org tanya aku. Tapi aku rasa...pengorbanan aku tu berbaloi...mmg suffer dlm 1 tahun ni. InsyaAllah lps 2 bln ni...lega la. Dua2 masuk serentak. Patut aku naik T6 start next month tapi ketua kerani pepagi tadi dah inform kat aku...dia nak buat lmbt ckit sbb dia nak clear kan dulu aku naik T2 lps tu br buat penyelarasan. So by August nanti...aku dah jadi P1T7. Kepada org bukan gomen...blaja² la term ni...kalu aku dulu pun...mmg tak tau apa...ahaha.

Tuesday, May 22, 2007

Kenaikan Gaji

Yahoooooooooooooooooooooooooooo!!!

Alhamdulillah...
Kepada penjawat awam semua, semalam merupakan tarikh keramat kerana pengumuman yang dilakukan Pak Lah. Tapi ingat..bukan pengumuman kenaikan gaji je yang kita harus dengar. Ucapan Pak Lah supaya kita lebih bermotivasi dan komited terhadap kerja juga harus diingat dan diamalkan. InsyaAllah...Amaran kepada para peniaga lak...jgn sesekali menaikkan harga sesuka hati. Datuk Shafie diarah memantapkan pemantauan mereka. Hidup BN...huhu.

Tapi...dua bulan lagi la baru merasa semua ni. Kenaikan dari 7.5% ke 35%. Fuh...Kenaikan aku rasa dari RM250 - RM350 setiap gred. Minik naik 25%...aku naik 15% jer. Gaji minik aku naik jadi lebih byk dr gaji aku skrg...huhu...hebat. Gaji kumpulan sokongan pun dan jadi gaji kumpulan pengurusan dan professional. Harap2 mutu keje pun semua bertambah kan.. Gaji aku...ceh..dah siap tekan calculator malam tadi...hahaha...kalu kira sekali ngan pelarasan... alhamdulillah...tinggi lagi dari masa aku blah tinggalkan mrcb. Opss..gaji + semua elaun la...elaun sara diri naik 100%...skrg RM150...so jadi RM300. Cian org yg elaun nyer RM50 jer...x pe la..itu yg dok kat pedalaman jer. Semua ni rezeki dari-Nya. Bagi kami sekeluarga...rezeki anak. Terima kasih adik Iman...

Monday, May 21, 2007

Makan Free

Hari Sabtu ari tu...kebetulan minik cuti. Dia ada jemputan mkn free kt umah kawan dia...bukan jauh pun. Kuarters blkg klinik jer...dkt sesgt..huhu. Lps je aku habis mkn...satu gerombolan kengkawan wad dia smpi...punya la meriah. Aku je la yg boring..huhu. Diaorg dok ngumpat sister diaorg la tu. Aku dok layan Iman je la...nk ks join anak-anak lain..x per la...Iman kecik lg..huhu. Tp tak dok diam budak2 tu aku tgk. Kalu aku tuan rumah...fuh...fenin. Abis semua diaorg selongkar nyer. Ari tu ms aku buat kenduri pun, ada sorg budak tu...masyaAllah..sabr je la...nasib aku tgh baca yasin. Abis buku Iman dia ks sepah. Dah la br je byr 4 bln..huhu. Ada lg 20 bln...susah gak nk latih anak jgn buas kat umah org kan...huhu.

4.30pm kena balik umah. Ada majlis tahlil blok kami. Slow la ajk blok aku ni. Blok sebelah dah sebulan lps buat. Blok sebelah siap baca yasin lagik. Kebetulan aku ter'join' majlis diaorg last month. So..aku pun siap tlg edar yasin ari tu...tup..tup tahlil jer...malu aku..kaka. Lps solat jemaah asar n tahlil...trn kat dewan bwh...ada mkn2...bkn free tau...dah bayar RM10 ari tu. Ajk pusing blok kutip setiap umah. Baguih gak dia buat gathering camtu...kebetulan ada akak tu berkenan nak jaga Iman...huhu...Comel Iman ni...ramai yg berkenan...huhu. Dalam pertimbangan ni nak tukar pengasuh. Cian lak kat mak Iman yg kat sg besi tu. X kan sebulan je nak jaga Iman. Tapi kalu dkt blok jer...senang nak hntr n ambik...mm..kena diskas la ngan Kak Kathi nanti camner...tgh borak2 ari tu...aku tgk ramai dah berbungkus plastik merah...apalaga..aku pun nk bgks gak...kuah lontong...mmm...trs naik atas..ambik tupperware...haha. x de nak malu nyer...dari membazir..yea dak. Diaorg target 300 org tp yg dtg dlm 100++ jer...tu yg byk lebih. Padahal blok 8A tu...ada 3oo lebih umah...mana g semua org..huhu. Anti-sosial tul la diaorg ni.

Tuesday, May 15, 2007

Selamat Hari

Macam² hari ada bulan 5 ni yek
Nak senarai kan ker..
X yah la..semua org tau
Selamat Hari Nurse n Hari Ibu utk isteri tercinta
Selamat Hari Ibu kpd mami dan mak
Selamat Hari Guru kpd semua tenaga pengajar yg prnh mengajar ku

* lastly...Selamat Harijadi Rosli...eh lmbt lg..26hb

Monday, May 14, 2007

fuh...penat nyer

kalu dapat g spa ni...rasanya nak g dah. merehatkan badan yg kesakitan. kelenguhan. tak cukup rehat. dari kk lg. keje..keje..dan hujung minggu..enjoy...kejab aje. balik dr kk jumaat malam...smpi umah kul 12 lebih dah. jln kaki jer dr erl..rupanya jauh gak..keke. x de sapa nak ambik. minik kt kg kan..kul 5 pg dah bgn. bersipa nak g tresure hunt ke melaka lak.
janji kena ada di kementerian kul 6.30 pg. 6.10 br aku smpi kt opis. 6.25 br kami gerak ke kementerian. Tresure Hunt anjuran YKN dan si sponsor besar oleh Ambank. Baju free cantik la plak. Sayang nyer...budak group aku terpakai baju saiz L..x pasal aku kena pakai saiz XL. X mo aku tukar baju...dia dah pakai..sorry la uncle. Kalu aweks ok la gak...ini uncle...hehe.

7.30am berlepas ke Melaka. Awal2 lg kami singgah bfast. Biar lambat asal selamat. Janji perut kena isi. Baru leh pk kata ahli group aku. Leh tahan gak tough soalan dia. Almaklum la..pakai consultant yang buat soalan. In english lak tu. Nasib group aku ada sorg officer K. Dia la kamus bergerak. Ramai group lain bwk kamus. Aku mana dan prepare. Baru je balik dr KK. lps area jln kelang lama...masuk highway...kuar nilai. Ikut area nk g sepang..lps tu masuk highway balik..kuar Alor Gajah. 7 jam dia kasi masa. Gile..lain kali nak g melaka jgn gatal ikut jln tu lak..hehe. Smpi kul 3. Lps mandi2...trs mintak group aku hntr aku ke Melaka Sentral. Besar gak tmpt tu..x sempat nak jalan2 sbb smpi kul 4.25..g kaunter trs ada bas nak ke Kluang. Rindu kat Iman la. Iman sampai demam...fuh...ke kluang ikut jln lama rupanya. mmg x de bas direct. jenuh dok dlm bas. Kul 8 br smpi..ms kat KK..iman demam panas..smpi 39.5 darjah celcius. Ayah dia ada kt kluang...baik semua..huhu. Smlm balik putrajaya..kul 11 mlm br smpi umah. Ngantuk banget drive smlm. Br smpi pagoh..dah bhenti layan tido 1/2 jam. lps tu baru drive direct..bekal maruku ikan...mlm td minik x mo bgn..aku la kena bgn 2x anak nangis nak susu. terus pagi td lmbt...

Wednesday, May 09, 2007

Kelam Kabut di Airport

On the way nak ke KLIA...dlm ERL..aku leh teringat lak...EH..mana IC aku..mmg dah x de sejak seminggu lebih (hehe..rasanya dah dkt 2 minggu). Alamak. Nak naik flight ke KK ni...mesti nak pakai IC. Adus..apahal la ko ni..adus..aku mmg lupa nak settle kan benda ni..sbb aku rasa mcm tinggal kat Maybank KJ jer. Nak aktif kan balik akaun Maybank aku. Bukak kat sana dulu..tp x prnh guna. Rasa sejak ari tu aku dah misplace IC aku. So..sms urusetia opis...camner ni. Dia pun blank. Aku smpi KLIA dulu...saje tanya kaunter...nak pakai IC gak. Trs la g buat repot polis kat sana. Ceh..tulis repot pakai form lagi...malu tul la. Asal nyer ada dulu canggih kat bawah tp bila diaorg kena pindah...MAB x nak tanggung kos...tu yg x de komputer tu. sedey tul opis x de komputer ni. Zaman batu tul la. So settle la aku nak check-in. Problem ms kat Imigresen kat KK. X lepas aku kat situ. Officer yg dtg. Dia tgk aku atas bawah. Kasi lesen..kasi name kad...baru lepas...kui..gatai kasi ilang IC. Sudah 2x ni...denda tentu semakin mahal.

Berbalik pasal di airport ms kt KLIA...lps buat repot...aku pun join group opis yg br smpi. Jadi la kami berlima campur aku. Ada 23 kotak...bayang kan..total berat smpi 300kg...bangang tul..hehe. Patut leh bawak 100kg jer utk 5org. Itu pun mamat tu dah tambah lg jd 125kg...hehe. Kena la bayar extra charge tu. Nasib la officer yg uruskan benda ni. Sapa suruh folder x order kat KK je. Pakai la mover dari awal lg. Ni semua buat last minit la ni. Nasib dia la. Mmg kalut la seminar ni. Buat kat KL pun x sekalut mcm ni. Layan je la...hehe..officer tu tido sebilik ngan aku lak tu. Tu..dah tido dah tu...aku je sibuk berinternet free...

Monday, May 07, 2007

Seminar di KK

Esok...kena g sabah. ISM Buat seminar di KK. Badan x sihat sgt ni sejak weekend baru ni. Pala nyut-nyut jer rasa. Dok tibai panadol yg minik bawak balik jer. Tension ngan management ISM last week kot. Jumaat ari tu la...dari awal lg officer yg arrange seminar ni cakap nama aku ada dlm list g sabah ni. Pastu last friday...pagi...tetiba nama aku pengarah kuarkan lak. Aku x de la nak melenting...lg baguih aku rasa. Wang pun bukan byk sgt skrg ni nak out-station..hehe. Trs sms minik ckp x jadik g sabah. Minik suruh aku cuti jer sbb dia dah mintak cuti. Aku suruh jer dia cancel cuti dia. Tup-tup-...petang lak...officer tu cakap nama aku ada balik. Adus...pening pala aku. Bila sms minik...member bengang semacam jer...

Hari sabtu ari tu...nasib minik ok bila dipujuk. Mana tak nyer...dia kena kol balik sister dia mintak balik cuti tu. Dah la sister tu bkn nyer ngam sgt dgn dia. Ngan parent dia pun kena arrange balik. Sbb minik aku nk balik kg esok. Bapak mertua dtg sini naik bas n drive kete balik ke Kluang. Apa la diaorg ni. Main2 dlm buat keputusan. Tadi pun meeting psl seminar ni...kelam kabut tul. Byk menda tak arrange lg. Ingt seminar kat KL ker..lantak la...aku layan kan aje la