Friday, June 30, 2006

Rindu Nyer

Rindu...
Kian menebal di hati
Mengapa
Terpisah jauh dengan anak bini
Rindu
Tetiba menjelma di hati
Ingin sekali ku berada si samping mereka
Di saat ini jua
Namun
Apa kan daya
Jarak memisahkan kita
Buat sementara

Gembira
Kerna hari ini hari Jumaat
Lepas kerja terus ke puduraya
Naik bas la aku ke Kluang

Senyum
Tak sabar menanti senyuman yang manis
Dari permata hati

Rindu Nyer...

Thursday, June 29, 2006

7 Hari

KEMUDAHAN CUTI ISTERI BERSALIN
Kemudahan cuti isteri bersalin selama tiga hari sebagai cuti rekod telah diperuntukkan di bawah perenggan 58.2, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 1991. Selaras dengan hasrat mengutamakan keluarga (Family First), Kerajaan telah bersetuju tempoh cuti isteri bersalin dipanjangkan daripada tiga hari kepada tujuh hari.

Sungguh seronok bekerja ngan kerajaan ni yek. Tak semena-mena dapat cuti 7 hari (termasuk sabtu & ahad). Tak payah apply2. Terus jek cuti. Telefon je ketua kerani ks tau minik dah bersalin....terus x yah dtg opis.

Ingat nak jugak sambung cuti barang 2-3 hari lagik. Takper la...sedar diri sikit yang awak tu baru je bekerja. Kena la tunjuk sikit semangat Malaysia Boleh. Hehehe.. Lagipun ada bengkel kat lab. Memandangkan x de org yg boleh ganti aku...terpaksa la menghadirkan diri kat opis jugak. Cukup la 9 hari cuti. Kebetulan isteri bersalin hari Jumaat. So, start cuti dr hari Sabtu smpi ke Ahad minggu depan.

Anyway...cuti ni boleh digunapakai sampai anak no-5...hehe

Wednesday, June 28, 2006

Hari Bapa

"Selamat Hari Ayah"

Tetiba dpt sms dari ibu minik aku pada 18/6. Eheh! Sempat gak aku bergelar ayah selama 2 hari pada Hari Bapa tahun ni. Walaupun tak sempat buat apa lagi sebab minik masih kena tahan kat wad. Kebetulan tengah hari 18/6 baru boleh discaj.

Ayah...berat dah tanggungjawab. Dulu leh enjoy lagi...hehe. Sekarang nak buat apa2 kena beringat untuk anak lak. Belanja pun dah tak leh membazir. Al maklum gaji pun makin kecil dari dulu. Baru nak mula menapak dlm kerajaan la katakan.

Sekarang ni jadi weekend husband & ayah dulu sementara minik mengabiskan masa berpantang nyer di rumah abah & mak nyer di kluang..

Anyway...selamat menyambut Hari Bapa kepada semua bapa2 yg ada di dunia ni.

Tuesday, June 27, 2006

Permata Hati





Nama : Iman Bin Rosli

Tarikh Lahir : 16/06/06 (Jumaat)

Masa : 4.58pm

Tempat Lahir : Hospital Putrajaya

Berat : 2.7kg

Monday, June 26, 2006

16/06/2006

11.15am
Minik called dr hospital. Consultant O&G dah pecahkan air ketuban. Menggelabah la abang kat umah. Tak siap kemas umah...nasib dah mandi. Siap terus ke Wad Bersalin, Hospital Putrajaya. Sampai terus berada di sisi minik.

2.00pm
Minik lum rasa sakit nak bersalin. Baru bukak 3cm. Jantung baby denyut tak kuat. Doktor cakap nak operation. Terus minik kena masuk ubat dlm badan. Kasi cepat rasa nak bersalin.

2.30pm
Setelah digoyang2 perut minik dan disuruh mengereng...denyut jantung baby naik balik. Doktor cakap tunggu lagi. Mungkin leh bersalin normal.

3.30pm
Minik dah start rasa sakit bila ubat memberi kesan. Abis abang nyer kena marah. Terus pegang tangan minik sambil membaca apa yang patut.

4.30pm
Degupan jantung baby tak kuat balik. Doktor kali kedua ambil keputusan nak operation jer..Tak dapat la aku bersama minik dalam bilik bedah. Tunggu jer kat bilik menunggu.


4.58pm
Iman bin Rosli selamat dilahirkan.