Tuesday, June 28, 2005

Kete breakdown

Wah! First time aku kena ni. Tiba2 temperature kete aku naik maksimum. Terus bagi signal and ke tepi. Dah ke tepi tu…enjin pun mati. Wooo…apa nak buat. Jangan panic…call la insurans anda…nasib ada free towing. Tapi hampir 3 jam aku tunggu towing lorry dtg…suit jer…marah aku kat PGI…terus complaint and suruh blacklist jer panel tu. Nasib Mizwan datang teman. TQ mate…best tak nasi ayam kat Jaya. Sampai kat bengkel…cina bengkel kasi quotation 4 repair…RM1300….wah…nak menangis pun ada. Rupa2 nya cina tu nak ‘makan’ aku jer..tgk betul2…semua dia nak tukar. Timing belt baru jer aku tukar bulan 2 ari tu…lek jer dia nak tukar. Camni la org berniaga yek. Selagi leh ambik kesempatan….kasi sama dia. Kita yg tak tau apa2 ni…mmg akan jadi mangsa. Sudah nya…aku tak repair lagi kete tu. Bakal abg ipar janji nak naik kl repair kete….so…aku ni patah la kaki nak keje…sori to all party yg involve bila aku tak gi keje ni yek. NextNet…tak dpt buat ATP…Semasa…x leh settle kan server. HUKM…tak leh follow up project…MRCB…no sport carnival this week 4 me….MRCBTech…no tender from me for this week.

Monday, June 27, 2005

Weekend2

Weekends yang sibuk lagi…penuh aktiviti. Sabtu pagi ada MRCB Sport Carnival (Bowling). Lepas tu gi opis jab, lepas tu gi configure streamyx kat umah Azmi dan terus gi konsert AF. Siap tunggu imbasan lak. Kul 2 pagi baru sampai umah. Ahad layan Bayam lak gi GT Japan kat Sepang.


Bowling
Pagi2 lagi dah semangat bangun sebab nak pakai baju kaler orange. Kemeja utk committee…baru jer dapat semalam. Tu yang teruja sangat tu. Lepas ambik Eddy, singgah kat RHB Taman Mayang…terus ke U-Bowl, One Utama. Sampai dalam 9.40am. Aku ingat kan kami lah antara orang yang terawal…rupanya dah ramai yang sampai. Semua excited juga…lebih2 lagi ada breakfast free. Aku…terus on notebook and edit file excel result bowling 2 tahun lepas. Tukar nama player…and pass back to committee yang bertugas…Salin baju Green Beret and…go bowling…Score aku tak memberangsangkan la…151, 156 n 123. Overall…aku top 8…Yang penting…Green Beret Juara lagi…3 in the row beb…Carom, Ping Pong and Bowling.

* ciss…camner Bayam leh buat 200..hantu mana yg menurun kat dia.


Konsert AF

Malam ni konsert kira ok la…best…view pun menarik. Tak de la duduk jauh sgt dari stage. Clear la semua. Tapi kalu ada teropong lagi best. Leh zoom penari gedik di atas pentas. Yg tgk Astro ria…kamera tak zoom pun kat penari…tapi..mmg gedik dia org.

Yang tak menarik…Idayu terkeluar. Pelbagai komen…kezutan…Pelajar dgn suara power leh terkeluar awal. Tapi itu semua adalah reality show. Itu yang orang dah undi…mungkin sebab dia orang Kelantan…kurang la sikit undi dari orang KL.

Apa2 pun…MaWerld gak best…hehehe..go Ekin.


GT Japan

First time aku sampai ke litar Sepang sebenarnya. Sbb itu la ajak org yg berpengalaman. Lopeh ni..den poie sendirik jo la…teruja gak aku berada kat Sepang ni. Best..lebih2 lagi aksi bergambar sebelum masuk litar. Asal buleh jer…tq cameraman…Cuma tak dapat gak bergambar ngan awek Japan…lain kali kena cari tiket Pit Walkabout…baru best.

Ramai gak orang datang tgk yek. Bley tahan gak ramai nyer org di Main Grandstand tu. Mungkin hampir semua dapat tiket free macam aku. En Hussin…tahun depan jgn lupa kasi kat saya lagi tiket yek…terjumpa junior stj/uum…dia pun dapat tiket free…mmg sah. Ramai yg dtg hanya kerana tiket free….and nak tgk awek jepun…kui

Friday, June 24, 2005

Lagi Lagi Bowling

Semalam aku turun ke U-Bowl untuk mendapat feel kali terakhir sebelum hari perlawanan pada esok hari. Lagipun masa selection and training...teruk giler score aku. Nasib la kapten know my performance. Lagipun kami pernah main sama dlm game jemputan KTM. Aku top 6 dari 80 lebih orang masa tu. Lagipun dah 2 tahun aku main untuk Green Beret. Untuk membuktikan my capability to him, aku dah set nak training balik hari Selasa and Khamis lepas. Hari Selasa training kat sebelah jer (Alam Sentral)...dpt la 203 n 134. Terus sms captain bowling umah hijau to make sure dia tak salah pilih org. And semalam dapat 115, 173 n 148. First game was very bad. Baru nak cari tune. Seperti biasa, terus update captain la.

Mana tak nyer...semalam aku sorang jer umah Hijau kat OU. Rumah kuning n merah..punya ramai orang. Siap main free lagik. Aku siap kuar duit sendiri main 3 games. Dah la OU mahal. Silap aku tak guna corporate rate dari awal. Rugi RM2. Kalu rate biasa malam kat OU satu game RM6. Kalu corporate rate per game RM5. Rugi...RM2 leh buat beli air kat kat cafe situ...

OK la...wish me luck for tomorrow tournament. Game start kul 10.30. Sempat lagi bangun lewat...kui

Tuesday, June 21, 2005

Tender

Penat...memang penat buat tender ni. Tapi berbaloi kalu dapat...

Sepanjang hari ahad malam isnin kat opis siapkan 3 tender. Tender yang last tu sebenarnya dah malas gile nak buat. Penat dah rasanya. Tapi nak buat camner...nama dah keje. Kena buat gak la. Nasib ada budak trainee menolong. Million thanks jugak kepada org lain yg ada di opis.

Semalam nasib ada tertido gak kat opis sementara nak tunggu orang masuk opis. Leh gak gagah kan diri gi submit tender. Balik umah dulu...mandi tukar baju kasi hemsem sikit, terus gi putrajaya. Ramai gak yg dah hantar awal rupanya. Penuh jer kotak tender tu. Lepas tu terus ke Pantai Medical Center. Melawat Azmi yg kena tahan. Bro..please take care yourself. Tak yah la main bowling weekend ni. Ikut cakap doktor. Zakri pun datang melawat. Memang bos contoh la dia...suspect la boss. That's why yg nak blah dari company ni serba salah. Camner ni...msg nak reject keje baru masih dlm outbox hp...Hati masih mau try. Ya Allah...berilah kekuatan kepada hamba Mu ni. Mami...camner? Kena call Mami aku camni...miss her so much.

Khamis ni ada satu lagi tender. Mudah nyer...Supply WiFi kat Uniten. Semalam lepas melawat Azmi, janji jumpa supplier Cisco kat MidValley kul 4. Letih menunggu dia sebab aku smpi awal. Siap leh terlentok sambil menunggu. Abis discussion...terus balik..sampai rumah...bukak baju...terus...zzzzzzzzzzz

Saturday, June 18, 2005

Ping Pong Lagi

Tak sia2 minggu lepas dtg hari Ahad training utk ping pong. Team aku jadi Juara buat kali ke-2. Yahooo...dapat voucher Jusco RM50 dan piala. Isnin ni bangga abis la aku. Dah tentu Captain Green Beret akan memberikan ucapan tahniah. Penat memang tak hilang lagi ni. Bukan setakat penat main.

Penat organise pertandingan...penat prepare tender. Isnin ni ada 3 tender nak kena submit. Wah! Tak terkejar rasanya. Aku yang gatal gi beli tender semua tu sapa suruh. Buat je la. Malam ni nak kena gi HUKM lak. Ada installation HBA card kat satu lagi server IBM utk di'connect'kan ke SAN yg sedia ada. Kul 12 tgh malam baru leh start buat keje sbb server kena down. Kesian la tgh malam nanti kot ada kes teruk nak register kat HUKM. Kena manual sbb server down sementara.

Petang esok ada training bowling lak. Kul bapa la aku bangun. Lepas tu kena dtg opis balik sambung buat tender. Pack tul weekend aku. Sama macam last week. Tak per...sementara leh beri komitmen pada Sports Carnival ni...

Wednesday, June 15, 2005

Bowling Lagi

Tadi ada selection bowling utk rumah hijau (green beret). Adus!! Teruk nyer aku main. Bukan game aku tadi. Malu la nak cakap score aku berapa. Tak per..walaupun tak main...aku confident nama aku ada. Ada bola sendiri, kasut sendiri & tangan besi sendiri...tak kan tak leh wakil umah yea dak. Gaya mesti ada. Poyo mesti lebih. Siap salam org2 kuat sebelum balik. Dont worry la..mesti nama aku ada nyer lah (ayat nak sedap kan hati jer ni).

* dah la...lapar la plak nak tulis panjang2 ni. Esok nak gi interview. Senior UUM nak offer keje...

Tuesday, June 14, 2005

Kerja Baru!!

Huh! Ada orang offer aku keje tu...tak tahan tul aku...terror gak aku kiranya yek.
Pre-sales engineer la plak. Iskh...sanggup ker aku nak buat sales sepenuh masa ni. Entah la...

Mamat yang offer aku keje ni...partner aku utk project HUKM. Jual storage...iskh...camner ni. Aku bukan nya terror pun pasal storage. Tapi dia cakap benda ni boleh belajar. Mmg pun..kalu kita nak...semua boleh sebenarnya. Antara nak dan tak nak. Ada gak orang recognize keje aku yek. Terharu gak aku. Member dah suruh kasi resume. Aku masih memikirkan apa yang patut ni.

Awal tahun hari tu...partner product firewall pun offer aku keje kat company diaorg. cha ya nun alif...biasa la..nak masuk market melayu la tu..

Tapi napa aku masih berat meninggalkan company sekarang ni. rasa terhutang budi kat bos aku kot. kesian gak kat dia kalu aku belah. byk benda gak yg aku jaga. tapi la ni dah berkurang la. lagi pun mungkin sekarang keje dah relaks...tu yg malas keje berat...kui.

iskh...kena fikir semua ni. masa depan diri sendiri. tak lama lagi nak tanggung anak orang lak. mana tau lepas tu nak tanggung anak sendiri lak...

Sunday, June 12, 2005

Letih nyer

Carrom
Sabtu pagi layan tournament carrom kat MRCB. Mula2 nama aku ada..tapi last minute kena drop. Takper...yg ganti aku lagi power. Aku tarak hal nyer..asal kan Green Beret menjadi Juara. Akhirnya team Green Beret menjadi Juara acara Carrom. Walaupun aku tak main semalam..tapi seharian jugak kat MRCB sebab jadi ref dan juga pihak penganjur. Penat tak hilang...ada orang offer tiket konsert AF..terus terima offer

AF
First time aku layan konsert AF secara live. Lepas ni mungkin ada peluang lagi sebab org yg offer tiket kat aku tu...mmg laki dia keje kat Astro. senang banyak beb. Nak masuk Roda Impian pun boleh lepas ni sbb dulu laki bdk tu mmg keje kat bahagian production Roda Impian. Diaorg jumpa pun sbb minah tu masuk Roda Impian. Tapi laki minah ni dah keje untuk Production AF.

Semalam kira ok la konsert. Paling best si Sultan Melaka la...apsal Aznil tak kenal kan dia sebagai mamat LRT yg kuar ajar. Mesti lagi lawak. Dah agak mmg semalam dah ada yg kena kuar. Tapi aku baru nak start sokong Eliza..tup..tup dah kuar. Frust tul la...tak per...still ada peluang nak menonjol lepas ni. Hopefully lepas ni dapat tiket lagi.

Ping Pong
Pagi2 ahad dah kena dtg MRCB lagi. Ada training Ping Pong. Sebagai kapten, aku kena la dtg walaupun dlm hati malas giler nak bangun pagi. 5 orang jer yg datang pun...tak tau aku nak select player mana. kengkawan semua nyer. Kang aku drop sorang...kecik hati lak. Iskh...drop diri sendiri la gamak nyer.

Seremban
macam nak kena gi seremban jer lepas ni...lagi la letih aku lepas ni...
susah gak melayan karenah org muda ni. byk jer la bersabar...

Thursday, June 09, 2005

Kerja sia-sia

Bayang kan kalu kerja yang ko buat bersungguh-sungguh, akhirnya menjadi sia-sia belaka. Hasil kerja yg baik n teliti tapi tidak dapat di nilai. Di mana silap nyer?

Memang aku yang terkena la benda ni dak. Kalu tak dah tentu tak kuar isu ni. Malam Rabu ari tu punya la aku stay kat opis sampai 12 lebih semata-mata buat tender sbb nak submit kul 12 semalam. Mmg la tender kena buat last minute sebab aku dapat spec dari distributor pun kul 6 petang. Dah la nak isi compliance table tu tulis tangan. Abis budak trainee opis ni aku kuda kan. Nasib aku dah upah diaorg makan pizza sambil beri kata2 nasihat kat diaorg.

Stay buat tender ni adalah satu pengalaman kerja. Kena lak buat nak baca spec. Kalu jadi budak IT, spec hardware pun tak leh baca...tak leh kata apa la kan. Dah tentu ini pengalaman yg berguna utk 2 org budak trainee aku. tq to them kerana menolong. tapi nasib kita la...kerja kita tak dapat di nilai. Occay la korang aku kasi balik kul 10. aku yang sambung keje sorang2 lepas tu...rasa nak nangis pun ada.

Logik ke kuar dari shah alam kul 11.15 tapi tak leh sampai jln dato' onn before kul 12. Alasan....ikut federal...bangang tul. dah tau federal jem...apsal la tak ikut NKVE...BODOH...best nyer dapat lepas kan perasaan kat sini. semalam aku dah sepak meja kat opis. Kecoh satu opis tau aku bengang pasal tender lambat submit. Kena reject terus tender tu. Langsung x nak terima.

Kalu aku leh hantar tender tu sendiri...mmg aku dah hantar. Tapi semalam ada tender briefing kat Jabatan Perdana Menteri. tq for Nono kerana bagi tau tmpt. Mungkin ada hikmah nyer di sebalik pemergian aku ke Putrajaya. Aku jumpa MAX (Shaiful Masri). Wah! mamat ni pun dah jadi orang gomen la. dah setahun. semoga murah rezeki mamat ni. dia keje kat kementerian luar negeri. lepas ni leh la lepak putrajaya cari project kat sana...muahahaha..

Tuesday, June 07, 2005

Balik Kampung bersama si Dia

Wah! First time aku bawak tunang gi kampung aku. Bukan sahaja berdua...malah berempat. Segala nya tak dirancang pun. Aku saje kasi plan nak gi kenduri kawin member sekolah / uum kat taiping. Terus parent tunang aku nak ikut konon nya nak ke Bukit Merah. Apa salah nya...walaupun dalam hati tension gak sebab kacau daun..haha.

Penat drive masih tak hilang. Hari Sabtu pagi bertolak dari shah alam ke taiping. Sapa yg kenal Norzie Fariza Suid...relaks jer aku suruh tunang aku ambik gambar berdua ngan pengantin. lepas tu baru balik kampung aku. Hari Ahad...ingat nak gi gak Saidol kawin...tapi alamat tak tau plus Penang ni mana la aku tau. Last2 pusing Penang jer la. Ingat balik nak naik feri. Sebab salah jalan / mmg tak tau jalan pun...ikut jambatan jugak la akhirnya. Frust jer bakal pak mertua aku. Buat tak tau jer la...member ingat aku expert Penang kot...tak per...tunggu aku honeymoon kat Penang.

Isnin pagi balik Shah Alam. Tak de yg menarik pun perjalanan aku kali ni. Tapi yg paling best...parent tunang aku dok diskas pasal 'toot' la...alamak...macam tak bersedia dari segi mental jerk...aaaauuuuuuuuwwwww....mak tak rela

Thursday, June 02, 2005

Congkak

Semalam...CEO MRCB telah merasmikan Sports Carnival 2005. Maka bermula lah pertarungan 4 penjuru di antara Green Beret, Red Rooster, Blue Whale & Yellow Submarine.

Congkak adalah game pertama. Aku hanya menjadi ref semalam. Penat gak. Sakit pinggang sebab duduk bersila. Sakit hati gak bila tengok team sendiri spoil jer. Leh menang tapi sebab dia buat silap...torus kalah. Congkak kalu ikut rules dia..semalam bukan kira guli...kira tapak. Sapa last yg boleh jalan lagi..dia yang menang. Macam ala2 game kat handphone Nokia yg lama...handphone baru dah takde game koro macam tu...hahaha.

Apa2 pun tahniah kepada pemenang...Green Beret dapat no 3 jer...menyesal tak main.