Tuesday, December 26, 2006

Banjir

Alhamdulillah...minik aku tak kena banjir tu. Kebetulan ari ahad lepas dia balik Kluang. Nasib rumah family mertua kat area bukit. Tapi rumah atuk minik aku kat Kg Melayu...tenggelam paras dada la. Mujur rumah tu dah x de org duduk. Cuma ada la sedara mara yg duduk kat Kg Melayu terlibat ngan banjir. Member baik minik masa study dulu kol nangis²..cakap rumah mak bapak dia dah tenggelam x nmpk bumbung...nak buat camner...dia nak balik pun mmg x leh. Jln dah tutup abis. Apa yang kita leh buat...dah termaktub nak jadi. Aku leh la tolong kasi sumbangan je...walau x byk...

Kesian kan...iskh...macam² benda nak pk...duit mmg x cukup la...kete..brg2 keperluan lain. Subhanallah...

Nasib minik n Iman hanya balik Kluang. Tak terlibat ngan banjir tu. Kalu tak...dah tentu aku pening kepala. Dah la badan tak cukup rasa masa handle seminar kat Prince & renaissance hotel tu. Fuh...lega. Abis satu bab...this week nak concentrate jawab soal selidik MAMPU lak.
Tadi dah present projek next year kat Datuk KSU...semua ok rasanya...

Minggu Hotel

17/12 (6pm) - Check-in di Prince Hotel
19/12 (1pm) - Check-out
19/12 (5pm) - Check-in di Renaissance Hotel
21/12 (5pm) - Check-out
22/12 (5pm) - Check-in di Allson Klana Resort, Seremban
24/12 (1pm) - Check-out

Thursday, December 14, 2006

Hari Q

Selasa lepas, KPWKM telah menyambut Hari Q peringkat kementerian n Menteri telah datang merasmikan. ISM telah menjadi tuan rumah sempena hari Q ini. Persiapan telah bermula sejak weekend lagi. Caterer dh datang pasang meja. Isnin ada raptai. Dan aku...terlibat kena baca ikrar...kui. Biasa la yg lain...ada koir n persembahan tarian etnik daripada kakitangan sendiri.

Before rasmi, Nizal (org TV3) bagi ceramah psl Peribadi Terbilang Organisasi Terbilang. Lepas tu...mengejutkan...dia panggil adik Adi Putra utk membaca sajak. Terkezut gak tgk budak tu muncul masuk auditorium kami. Menyentuh perasaan gak sajak nyer. Member frust sbb kena masuk sekolah rendah...boring belajar 123...padahal member dh leh sebut trillion...selepas rasmi tibalah pengumuman keputusan...hampeh...tiada pemenang anugerah kualiti. Baik x yah buat anugerah kalu x de pemenang. ISM shortlisted top 3...huhu. Yang frust nyer..penat je bukak booth pameran...menteri x tgk pun..kui. She rushing for Parlimen.

Yang x best lagi....Event mgmt la...dah la pameran nyer input byk salah. Audio pun spoil...masa lagu negaraku...lagu dh senyap..org still nyanyi lg...rupa nya event org kuat menteri...no komen la.

Monday, December 11, 2006

JomHeboh

Kerana tarikan Bawang Putih Bawang Merah...hujan pun sanggup ku redah untuk berjumpa dengan pelakon cerita tersebut....huhu. X de makner nyer...kui

Semalam berkesempatan ke Shah Alam..semata-mata nak carik barang² murah. Dgn harga RM10 leh dpt mcm². Hujan lebat x ingat..kesian Iman. Tp lek je dia..dlm hujan leh tido di pelukan ku. Nak buat camner...nk pergi waktu pagi...minik keje...pegi ptg...x ingt nyer hujan. Bila dah kureng ckit hujan...redah gak pusing kawasan tu. Siap banjir ckit la kawasan perkarangan stadium tu...tapak tu x silap aku mmg tapak PAsar RAMadhan. Dah x cam tmpt sbb ujan n parking kete pun jauh giler...padahal dlm kwsn stadium tu byk giler kosong cuma mls nk Q panjang giler kete nak masuk kwsn stadium. X byk pun borong...cuma 2 beg jer. Kalu kt Bukit Jalil ari tu...ada la 4 beg...

Tuesday, December 05, 2006

Perancangan 2007

Pressure nyer bila fikir psl keje. But...that's the fact. Nak tak nak have to terima realiti nyer. Kalu x nak keje, nak bagi anak bini makan apa. Walaupun realiti minik byk menolong aku buat masa ni...hehe. Kena la terima hakikat bila gaji dah menurun...huhu. Pelan² kayuh. InsyaAllah.

Byk menda aku nak buat utk ISM kalu boleh. Dari network yang biasa nak tukar jadi yang paling canggih. Tapi apa kan daya. What we plan dlm paper....realiti..mmg susah nk buat. Byk constrain yg perlu diambil kira. Yang penting budget. So..jenuh gak fikir perancangan ICT untk next year for ISM. Luckily ada past experience. So leh la adopt mana yg patut. And best part...apa yg aku plan...mengikut buku perancangan ICT yg mmg dah ada. Sekarang ni byk vendor aku call suruh buat proposal. And of course aku kena compile jadi satu paperwork nak present ke KSU. Manyak nyer keje...

Friday, December 01, 2006

Tapisan Keselamatan

Berlalu la sudah satu bab. Semalam aku kena melalui satu proses utk pegawai gomen sebelum nk kompom. Thanks a million to Fauzi aka Bayam kerana sudi menjadi pengadil utk proses tersebut. Walaupun kena pengeras..tarak hal. Sori bro..x dapek nak spend time lebih di Alamanda semalam. Leh ada meeting lak kul 2.30pm.

Tak sabar nak dapat surat pengesahan dari Bhgn Keselamatan. Saje tanya semlm bdk kt kaunter tu...bila leh dpt surat..."paling awal sebln". Mak oiii...dlm hati je la..sabar je la..
Tak per...ini semua dugaan utk proses penyelarasan gaji. Penyata KWSP dari tahun 2000 pun dlm proses nak dpt salinan. Pengarah baru ISM pun belum masuk lagi. Sepatutnya hari ni. Nak kowtim ngan dia pun kena take time. Almaklum la...nak kena mintak sign dia utk sokongan mintak penyelarasan gaji tu. If everything ikut flowchart..hehe...hopefully aku dpt sambung balik proses yg tertangguh dah lama giler ni. Before puasa rasanya aku submit letter to SPA. Bila dapat reply dr diaorg...kena ada surat pengesahan tapisan keselamatan...moral down kjb ms tu. Sbb org ckp nk kena panggil interview ni..mmg lmbt. Alhamdulillah smlm la aku kena soal siasat ngan Cif Inspektor Murugan. Getar gak...polis beb. Tp dia x pakai uniform la. Kalu x mau terkencit...hehe. Mcm pesalah lak kan. Rupanya x de apa2 pun. Yg penting smlm kena sign Akta Rahsia je. So ada la black n white...hopefully ramai pegawai gomen di luar sana praktik kan apa yg diaorg sign tu. Nasib aku ni pegawai biasa² je. Kat opis ni pun bukan ada benda² kerajaan yg rahsia besar pun. Lain la keje kat JPM sana...