Friday, October 20, 2006

Selamat Hari Raya

Di kesempatan ini, saya ingin merakamkam ucapan Selamat Hari Raya kepada semua sahabat handai tak kira di mana anda jua berada. Semoga lebaran yang disambut ini memberi pengertian bermakna kepada kita. Tidak kira sama ada berjauhan dengan keluarga, mahu pun menyambut lebaran bersama insan tersayang. Semoga kalian terus bahagia dan dapat menyambut hari bahgia ini untuk tahun seterusnya.

Semoga kita saling bermaafan di pagi yang mulia ini. Halalkan lah segala makan minum dan juga kesalahan yg lain jika ada.

Untuk yang memandu jauh nanti, berhati-hati lah semasa memandu. Ikuti had laju dan patuhi undang² jalan raya yang lain. Jangan dok syiok memotong ikut tepi..nanti tak pasal² kena saman..

InsyaAllah raya pertama saya masih ada di Lembah Klang...sapa nak buat open house..berbesar hati saya nak datang..keke

SELAMAT HARI RAYA

Monday, October 09, 2006

Sistem Fail

Wah...dah 6 bulan aku keje kat sini....baru start minggu lepas gigih update balik fail-fail yang ada kat bilik aku ni. Semata-mata kerana nak balas surat dan tak tahu no rujukan. Sudah nyer..hari ni sampai 3 surat aku hantar. huhu...nasib la sapa yang dapat lambat surat aku tu...Fail yang ada pun aku dah hantar kepada tukang jaga fail. Ini lah akibat nyer kalu sistem manual. Almaklum..awak dah terbiasa digital. Ini pun semangat induksi x abis-abis lagi. Banyak ilmu berguna belajar pasal selok belok kakitangan awam ni. Kena rajin praktik kan je. Untuk menjadi insan yang gemilang, terbilang & cemerlang...kui