Wednesday, August 30, 2006

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Selamat menyambut Kemerdekaan yang ke-49.

Apa makna kemerdekaan? Bagi aku...kita bebas dari penjajah. Secara pemerintahan nya. Tapi masih byk peninggalan mereka yang menjadi ikutan di Malaysia. Budaya, cara berpakaian, pergaulan...dan macam2 lagi. Oh! Terlalu besar untuk aku berbicara mengenai ini.

Cuma sebgai rakyat Malaysia, kita harus berbangga kerana negara kita sudah merdeka. Negara demokrasi yang dicintai. Pelbagai acara dijalankan untuk menanam semangat kemerdekaan di kalangan rakyat negara ini. Malam ini sudah tentu penuh Kuala Lumpur. Tidak kira di mana sahaja...Dataran, KLCC..pasti penuh anak muda berpeleseran.

Aku...tahun ini...dok umah..tak sempat nak countdown...dah tido rasanya. Esok minik keje..kui.

Tuesday, August 29, 2006

Stesen TV

Giler agak nyer stesen TV sekarang. Berlumba-lumba untuk menambah rating siaran masing2. Sampai media pulak yang melaga-laga kan penonton untuk mengikuti program yang mana satu. Tapi yang pasti...semalam one of ISM staff jadi glamer kejab sebab masuk tv gara2 di interview oleh wartawan tanya soalan nak tgv siaran mana mlm tadi. Semalam ISM dengan kerjasama YPC telah mengadakan Seminar Kebangsaan "Masyarakat Bandar dan Isu-isu Kebajikan" di Park Royal Hotel. Media dah tentu dijemput sebab Menteri datang rasmi. Tapi yg kelakar sempat gak diaorg interview orang ramai pasal Siti & Dato K dan juga Mawi & Ina. Ada la 5-6 orang staff ISM kena interview tapi 1 org je kuar TV..hehe. Tapi aku x lak kena interview..kui. Mana tak nyer...aku sibuk dalam ballroom. Budak2 ni sibuk kt luar jaga kaunter registration.

Komen aku...
Tak patut Astro n RTM1 last minute guna kan Mawi & Ina untuk meraih penonton beralih siaran ke rancangan mereka. Memang dah Siti pilih TV3 untuk siarkan live persandingan mereka. Kenapa Astro n RTM1 takut kehilangan penonton semalam. Tetiba je buat temubual Mawi & Ina. Cit Cat Azwan juga dirakam last minute. Hanya aura Mawi sahaja yang dapat menandingi kehebatan Siti agaknya. Kesian Mawi dipergunakan. Tapi sapa pulak Siti nak buat live utk persandingan mereka.

Walau macam mana pun...aku tetap tgk tv gak semalam. Tengok dua2...keke. Nak buat camner. Tapi dalam kul 10 lebih dah tutup tv. Boring la...lagipun aku dah ngantuk. Minik ajak masuk tido...

Friday, August 25, 2006

Genting Lagi

Wah! Tension. Semalam aku dah taip half cite ni. Tapi tak sempat nak bg abis. Just biar PC mcm tu je. Ari ni dtg opis...UPS kt lab power trip. Abis semua pc shut down. Kuat tul kilat smlm. X pe la...alasan je semua tu kalu malas update blog..hehe.

Back to my topic. Rabu lepas sekali lagi aku jadi tourist guide. Kali ni bawak participant dari NAM Institute the Empowerment of Women (NIEW). Sorang dari Chile and sorang lagi dari Mauritius. Orang mintak tolong...kesian...pemurah la katakan. Lagipun org bayar semua. So nak tak nak dah terjanji nak bawak jalan ke Genting. Padahal last three week baru je bawak sedara dari Mekah...

Walau hujan lebat rabu baru ni...lepas keje terus aku ambik diaorg kat Quality Hotel and terus ke sana. Sampai dalam 6.45pm..terus beli tiket outdoor theme park. Untung gak beli tiket petang ni. Ada special rate. RM19 je. Lagipun org tak ramai sgt petang. Leh suka hati nak naik 2-3 kali. Selepas puas di outdoor....kami bergerak ke Snow World. Tetiba 2 org warga asing ni jadi kanak-kanak rebina lak. Main baling2 salji. Sampai aku pun terjebak. Kena tepek salji kat muka. Sabar je la.

Lepas makan terus balik. Sampai balik hotel dlm 12.30am. Aku sampai umah dlm kul 1 pagi. Anak minik dah tido. minik muncung je aku g sana...sabar je la...hehehe.

Thursday, August 17, 2006

Ayat Bunga

Halamak...
Semalam aku ada kuar ayat bunga
Tapi bila publish post mcm problem je half way
Aku pun dah nak balik masa tu...ingat dah lepas
Terus shutdown PC...rupanya x upload lagi
Padan muka sapa suruh tak save kat tmpt lain

Em...malam tadi...first time tido berdua ngan Iman
Minik dah start keje...first shift keje malam lak tu
Ibu mertuaku ada offer Iman tido ngan dia...
Tp kena la blaja cara urus anak sendiri
Sampai bila nak harap orang...

Kesian Iman...selalu malam kalu merengek..
Dapat benda sedap
Malam tadi dapat botol susu je la
Campur ngan puting
Dah la semalam baru kena cucuk (2 bulan)
Panas semacam je dia....
Biasa la tu demam lepas cucuk

Iman...ayah sayang kamu

Thursday, August 10, 2006

Kasihan Iman

Minggu ni, first time kami baru nak hidup bertiga. Aku ambik minik n anak hari Ahad yang lepas. Setelah settle orang Mekah naik flight...baru lah senang hati nak bawak balik mereka kat umah. Kalu tak, umah ibarat tongkang pecah. Isnin pagi, mak n bapak aku masih ada di rumah. Setelah abis urusan baru mereka pulang ke Perak. Bermakna...malam Selasa...first time kami tido bertiga dalam satu rumah. Tapi kesian Iman...meragam sepanjang malam. Pagi Selasa..aku ada rasa badan Iman panas sikit. Dah cakap kat minik nak bawak ke Klinik tapi lepas mandi kan Iman...wife aku kata...ok kot. So aku pun ke opis je la walaupun tahu dah lambat n punch kad memang akan merah kalu aku punch...kesimpulan...jgn punch kad kalu lambat...hehe. Tgh hari...minik called, suara Iman jelas kedengaran tengah menangis. Terus balik umah ambik half day and bwk Iman ke Klinik Azharah, Bangi. Parent minik terus dtg naik bas kul 2.30 dr Kluang.

Kesian Iman. Tukar cuaca agaknyer. Atau berjangkit dr anak kakak aku. Tak tahu la. Malam Rabu...bila ambik suhu badan Iman...39.5 darjah Celsius...terus ibu n ayah mertua ku suruh bwk ke hospital. Tak sempat abis makan, kalut minik aku sbb effect baby demam ni macam2 katanya. Lepas register semua...aku gegas lak hantar bapak mertua ku ke stesen keratapi sbb esok nyer dia kena kerja. Balik hospital...kebetulan Iman dah abis kena periksa...Alhamdulillah demam biasa je. Malam tu la...sedih tengok Iman. Minik aku...3 tuala kecik...penuh badan Iman. menangis tak ingat nyer. Sampai serak suara dia. Tapi nak buat camner...itu antara cara nak turun kan suhu badan dia. Semalam Iman dah kebah sikit. Malam tadi pun tido tak de la meragam sangat. Bangun tukar lampin pakai buang tu standard la kan...cuma terlambat kasi ubat je la...patut kul 3pg tp td bg kul 5pg. Moga2 Iman sihat sepenuhnya hari ni.

* mak mertua masih di rumah kat kajang.
** pengasuh Iman lum cari. Minggu depan minik dah start keje.

Thursday, August 03, 2006

Sate Kajang

Semenjak sedara Mekah aku berada kat KL ni jugak, kekerapan aku makan sate kajang (Hj Samuri) jugak memuncak. Dah 4/5 kali aku pergi ke Restoran Hj Samuri yang kat sebelah stadium tu. Bungkus bawak balik 2 kali. Layan kan aje. Janji bukan aku yang bayar...hehe.

Bagi aku...keistimewaan Sate Hj Samuri ni...pada kuah dia. Sedap nyer sate ni pun..mmg pada kuah nyer. Sedap kuah kacang tu...sedap la sate tu. Bagi aku la...sbb ada yg mkn sate begitu sahaja. Hj Samuri bijak strategi pemasaran nyer. Asingkan sambal dari kuah kacang. Sapa yang suka pedas, letak la banyak2. Aku..ala kadar je sambal nyer sebab kuah kacang dia dah cukup best. Dadah apa la yg diaorg bubuh yek.. Hehe...nak dah kira penyebaran berunsur fitnah. Harap2 x de la spy kerajaan yang baca blog aku. Kalu tak...dah tentu kena blok blog aku ni..kui. Ops..lari topik lak.

Kesimpulan...sapa yg berniaga sate tu...jaga lah keaslian kuah anda. Eh...nanti dulu. Cite pasal sate Hj Samuri ni...aku tak puas hati ngan harga nyer. Sekarang dah naik jadi RM0.60. Dah la daging nyer makin kurang. Kalu maintain besar macam dulu harga naik tak pe la...iskh...tak puas hati tul la. Ni la adat orang berniaga. Tapi tu la...sedap nyer pasal...semua org berpusu gak termasuk aku yg membawa sedara aku ni...

Wednesday, August 02, 2006

Panggung Wayang

Dalam sebulan ni, dah 5 kali aku tengok wayang. Tak pernah buat keje camni rasanya. Ini bukan sebab tetiba menjadi bujang sementara. Ini gara2 melayan kemahuan sedara dari Mekah. Almaklum kat sana mana ada Cinema. Bila dah sampai sini...asyik nak tengok wayang je keje diaorg. Berikut antara cerita yang diaorg bawak aku tengok bersama :

1. Superman Returns
2. Slither
3. Pirates of the Caribbean: Dead Man's Chest
4. 12.00am
5. Lady In The Water

Tu belum yang diaorg tengok sendiri. Lepas ni nak bawak gi tgk movie 3D kat Times Square lak.