Tuesday, January 25, 2005

Balik Kampung2

Selamat Balik Kampung dan Selamat Balik ke KJ kembali.

Wah..perjalanan paling lama aku balik ke kampung hari tu (malam raya). Kuar dari KJ pukul 12 tgh malam. tapi pergi sg besi jab. ambik barang kat umah kakak aku...terus balik kg. 1 lebih baru gerak kira nya. Mengantuk yang amat. Ni semua nak elak jem punya pasal. Sempat gak aku lalu di kawasan accident yang kuar kat tv3 hari jumaat hari tu (kawasan rawang). tapi aku tak berhenti la sbb JPA marah...suruh terus. Lucky aku antara terawal lalu kwsn kemalangan...kalu tak mesti Q panjang nyer. Tapi lepas tu asal jumpa hentian jer...aku mesti tidur. paling lama satu hentian sebelum RnR Tapah. tidur sampai kul 5 pagi. kalu ikut perkiraan...leh smpi lagi sblm smbyg raya...tapi mata tak leh tahan..berhenti tido lagi kat bukit gantang. at last, smpi umah kat kuala lurau, perak kul 10. lek jer..smbg tido balik bangun smbyg jumaat terus.

Tak buat apa pun kat kg. Lepak membesar kan perut aku jer. Ada la gak tolong mak aku cat umah sikit2. Teringin gak nak cat bakal bilik pengantin...hehehe. Nanti la. Tunggu dah ada tema.

Time aku tgh khusyuk mengecat tu, leh lak spec aku buat hal...kesinambungan hari tu. skrew dia tercabut terus hilang. iskh...tension aku. Ptg tu gi bagan Serai terus beli contact lens...saksi kan lah perubahan aku nanti...mesti pelik kan muka aku tak pakai spec. Dah tak nampak nerd nyer...(muka aku ada muka nerd ker??) poning gak awal2 pakai lens ni...dah tu...seksa tul nak pakai...mula2 kot..nanti dah terror, sambil jalan leh pakai/bukak..kata tokei cina yg aku beli tu la.

Aku balik malam tadi..kali ni masa tido kurang dari masa drive. smpi kul 3 lebih.
Nak nasuk umah tak leh...tension lak rasanya time tu...rasa nak sepak jer pintu tu time tu. Nasib Mizwan dtg bukak pintu...tq mate.

Monday, January 17, 2005

Weekend

Best nyer weekend ni. Lepak bersama si dia. Ingat kan still merajuk. Rupanya tak. Bermula dengan main bowling, tengok wayang dan shopping. Ahad pagi...pergi mandi PD. Tapi tak naik banana boat, jet ski or kenu sbb pernah naik dah sebelum ni bila gi manti together. Lagipun budget dah abis...hehe. 2hari jer leh abis 300++. Wah...sakan tu. aku pun tak tau camner leh abis. tak per la. yang penting...ikatan ngan tunang semakin intim. tu yang penting.

Aktiviti baru...leh buh dalam agenda bila dating. Main bowling. Sebelum ni pernah gi Bowling..tp aku main sorang. Maklum lah..sukan kegemaran sejak U lagi. Bola pun dah ada sendiri. Ada gak guna nyer kalu tak terperap jer kat tepi pintu B307.

Opsss...nak buat keje la...nanti la aku sambung

Friday, January 14, 2005

Tunang

Wah...ada permintaan. terus cerita pasal tunang aku. nak cerita pasal apa yek?? tak kan aku nak citer dia pakai bra size berapa lak kan. aku pun tak tau...

aku berkenalan ngan Fathiyah bte Mu Salleh @ Musleh ni kat Sg Besi. Sempoi jer aku. Jumpa kat Pasar Malam jer. tapi siang tadi nyer aku terserempak ngan dia kat depan Cyber Cafe masa tu. Awek cun beb. Mana boleh Rosli tahan nampak awek cun...terus park kete. terus masuk CC. memang gigih..tapi masa tu tak tegur la. waktu kat pasar malam baru tegur. hehe...sempoi jer kan. esok terus kuar...bwk gi KLCC...boring. torus abang bawak gi Sunwak Lagoon. baru la seronok.

Dalam bulan pertama...aku dah berkenalan ngan parent dia. abang dia yg dok shah alam dapat anak kedua. parent dia turun dari johor. so...aku pun melawat sekali. dari situ aku makin bertambah suka kat budak ni. family dia sempoi. sebab tu orang kata, kita kena tgk family jugak kalu nak cari jodoh. so...aku rasa...dia ni la jodoh aku. torus gigih abang curah kan segala yang ada.

dulu dia keje tutor kat Institut Pengajian Dian...la ni tengah ambik kursus kejururawatan di hospital seremban. so, weekend aku byk kat seremban la yek. aku ingat kalu dia masih di gombak/setapak tu...aku dah jalan dulu dah...tapi bila dia masuk nurse ni..abang kena sabar la...simpan buat tiga tahun...insya Allah tahun ni abis la dia belajar.

tapi berkawan ngan orang muda ni...mmg banyak dugaan. cara pemikiran tunang aku masih belum betul2 matang. masih kebudak2an. tapi aku kena la layan kan. kalu tak sapa lagi nak layan dia.

em...cukup lah dulu buat kali ini. tak boleh citer banyak...tengah mabuk rindu ni...lama tak dengar suara dia. asyik main sms jer. nasib ada kawan 'baru' utk jadi teman berbicara...opssss

Sunday, January 09, 2005

Idea

Em..aku rasa aku ni kekurangan idea nak menulis dalam blog ni. Mungkin sebagai orang baru. Aku masih perlu belajar cara2 penulisan yang berkesan untuk memantapkan lagi hasil nukilan aku. Baru la ramai orang nak singgah ke blog aku. Setakat topik yang membosankan, susah tentu tiada sapa yang berkenan.

Aku kena gigih ni meng'explore' blog2 orang lain. Mungkin juga aku perlu mengindahkan blog aku dengan menggunakan background sendiri. Tapi aku tak minat la plak buat website ni...bak kata pepatah kengkawan..air teh semua org boleh buat, tinggal sedap atau tak je.

Ok lah...lain kali kita sambung di cerita yang lain

Thursday, January 06, 2005

Sibuk

Minggu ni memang sibuk. Sejak dapat kete dari bengkel (setelah hantar for repair guna claim insurans), asyik kuar jer. Dgn kena siap kan paperwork nyer lagi.

Itu lah..sapa suruh cuti panjang. kan kerja dah terkumpul. dah tu silap2 mungkin kena gi training kat sabah next week. lagi la terkumpul keje aku...waduh. sungguh sibuk bang. ni kena cancel aktiviti di hujung minggu ni. mesti mengamuk insan tersayang.

opss...lupa nak wish selamat datang kepada room-mate baru aku. Omar...hehe..suka dia keje kat Cyber...awek kat Putrajaya...lunch together2 la tiap2 hari. hari ni siap ambik on leave tu nak bersama2 gi breakfast. bagus mate...

ok...terus kan kerja...jom

Monday, January 03, 2005

Cuti

Lama tak usik blog ni. Sorry la Isman. Cuti panjang la. Habis kan cuti tahunan. Cuti 2003 ada 6 hari lagi. Cuti 2004 tak boleh bawak penuh. At least 1 hari kena potong. So, aku ambik cuti 7 hari. First half cuti aku tak ke mana. 2nd half balik rumah bakal mertua...opsss...terlepas cakap lak.

Tapi tak ke mana lak cuti di Johor. Satu patah kaki sebab balik naik bas (kete masih di bengkel). Satu lagi...Kluang asyik hujan jer...sudah nyer banyak lepak umah tengok Channel 6 Singapore AsiaNews...pasal Tsunami jer sepanjang hari. Memang insaf kita dibuat nyer. Pejabat Daerah Johor bukak sabtu dan ahad kutip derma. Sultan Johor titah kan rakyat Johor untuk menderma.

Cakap pasal derma ni...macam2 cara menderma ada..siap cara sms pun ada. RM4 per sms. Berjuta2 ringgit dapat dikumpulkan. Banyak pihak yang menghulurkan bantuan. Badan korporat juga tidak berkecuali walaupun kita tahu diaorg semua nak elak bayar cukai. Dalam paper kita dapat lihat duit itu datang dari mana...yang cuma menjadi pertanyaan dalam hati aku...ke mana duit itu disalurkan. Kenapa tidak dinyatakan. Memang aku tahu...salah satu disalurkan ke Tabung Bencana Alam Malaysia....aku bukan apa...aku cuma prihatin kepada mangsa Tsunami. Memang kesian...orang yg tidak terlibat secara langsung pun turut terasa penangan Tsunami ni. Contoh : peniaga burger di Batu Feringgi...mana ada org nak gi sana dalam masa terdekat ni. Nelayan...mana berani nak turut laut...kapal pun dah hancur. kalu kita nak pikir benda ni semua...tak terpikir di buat nya..