Wednesday, December 03, 2008

Retreat @ PJ Hilton

Boring nyer...semua org buat retreat kat tempat jauh2...ISM buat kat PJ jer...apa kah jadahnyer
Nak buat camner. Selagi ada bos kat opis tu yg x suka retreat..selagi tu la x best retreat ni.
Ada ke alasan buang masa jalan jauh n membazir jer. Last2 lagi membazir sebab ramai yg balik malam sabtu ari tu. Berapa bilik kosong. Cuba buat kat luar klang valley...sanggup ke diaorg nak balik..?? Padahal dah bayar sampai lunch ari ahad. Sudah nyer lunch ada 4 org jer daripada 20 orang. x ker membazir...aku pun dah balik...hehe.

Datuk KSU & TKSU pun tanya apsal buat dekat sgt...kementerian jgn ckp la...mmg jauh2.
Nasib ada something happen yg best sgt ms retreat ni...hehe.

Thursday, November 20, 2008

Training

Tetiba last minit g training kat Scan...x perasan lak mat sen keje kat sini.
TQ sen tolong jd despatch aku.

Sekali blaja ngan junior. Halamak...malu jer blaja ngan junior.
Tapi mamat ni x la power sgt. Ada je error bila buat demo
Which is bagi aku patut x leh jd camtu bila nk ngajar
Nampak x pro
Ingt scan company biasa jer..leh tahan besar gak
tp biasa la...harap projek gomen...
Gud luck to mat sen..

Wednesday, October 29, 2008

Kelantan

Akhirnya sampai juga aku di tanah jajahan Tok Guru. Lengkaplah satu Malaysia sudah ku jejak. Selama ni...Kelantan je x pernah jejak lagi. Terima kasih kpd JPA for this CHOGM. huhu..
Kursus ni mcm x best sgt...tajuk best la semenjak aku dah jadi bos kecik dan dah kena evaluate staff tak lama lagi. Performance Mgmt. Tapi penceramah x berapa best. Yg best nyer dapat gi jalan2 sbb pakai kete kakak aku. Kete kakak tapi nama kete nama sendiri...uwa. Ada cite sedih di sebalik itu. Sori saga...kita x de jodoh.

Wednesday, October 15, 2008

Kursus / Bengkel

1. Bengkel ICT Strategic Plan
Tarikh : 19-22 Oktober 2008
Tempat : Hotel Concorde Shah Alam

2. Bengkel ISO
Tarikh : 22-24 Oktober 2008
Tempat : Opis je

3. Kursus Performance Management (under JPA)
Tarikh : 28-31 Oktober 2008
Tempat : Hotel New Pacific, KB

4. Retreat ICT peringkat kementerian
Tarikh : somewhere bln 11
Tempat : asalkan no flight..kata ksu

5. Retreat ISM
Tarikh : br nk buat paper tp kena buat thn ni
Tempat : -

fuh...inilah nama nyer CHOGM. Cheap Holiday On Govt Money

Wednesday, October 08, 2008

Pinggang

Adus...pinggang dah naik balik. Baru je berapa hari raya. Rasa mcm dah back to before puasa. Haha. Elok2 dah turun 3-4 kilo...best nyer bila ramai kata makin kurus ari tu...ingt nak maintain. Tapi dok jalan umah org kalu x mkn x best gak. Semlm n kelmarin meeting tender, dah tentu mkn disediakan. Adus...camner nak maintain ni. Esok opis buat jamuan raya lak...huhu...perasaan.

Wednesday, October 01, 2008

Selamat Hari Raya


Selamat Hari Raya diucapkam kepada semua sahabat handai. Semoga Raya tahun ini lebih ceria dari tahun-tahun yang lepas. Kami sekeluarga ingin memohon ampun maaf sekiranya terdapat salah silap sepanjang perkenalan kita. Semoga persahabatan yang terjalin ini terus berkekalan.

Kami beraya di Kluang. Sabtu balik kot...ahad nak berehat dan kemas umah tp kalu sapa nk ajak jln raya...no hal...hehe.

Tuesday, September 16, 2008

Tonggek nampak bontot

Satu pandangan yang indah...
Bila orang laki tengok orang pompuan tengah mencangkung...menunduk..
Kena yang pakai jeans @ seluar bawah pinggang...
Eh...bulan posa la...

Tapi actually bukan pasal pompuan tonggek yang aku nak cakap
Bila laki lak tonggek nampak spender...geli geleman aku dibuat nya.haha
Kalu nampak spender ngan belakang2 sekali waktu sujud tgh sembahyang...
Adus...macam mana yek...nak tegur...x bra la aku..
Buat2 x tau je la gamak nyer...tegur dalam hati je la.

Monday, September 15, 2008

Shopping Raya

Semalam berkesempatan shopping raya. Dari pagi terus ke SOGO. Ingat nak cari parking free area Jalan TAR. Tapi before kul 10am, dah double parking. Lalu Semua House, x bra la nak parking situ. Mmg nak dok seharian kat KL. Terus lagi nampak Cambell RM3.50 per entry. Torus masuk parking. Ingt kan pagi2 x ramai orang. Mak aiii...ponuh nyer orang kat Sogo. Ngan anak 2 org, mmg cabaran. Dapat la baju jalan anak n ayah dia. Ibu dia baru dapat seluar sehelai. Ke Pertama lak since x de jeans menarik kat Sogo. Ayah n ibu dapat jeans. Dah pukul 4 lebih. Ingt nak menuju ke Jalan TAR. Cari baju raya. Mendung la plak. X lama lps tu start renyai. Torus lari balik ke Sogo tp boring x tau nak buat apa. Kul 5 lebih dah dok kat Nandos tunggu bukak posa. Haru tul. Lepas settle apa patut, baru ke area sana. Tp x jauh. Area belakang Cambell jer sbb hujan rintik2 lagi. Payung punya banyak dalm kete tp satu pun x bwk. Cian Irfan. Dengan segera sambar je apa patut. Org laki semua dapat baju raya. Iman siap dapat songkok n samping...comel nyer dia bila test baju raya. X sabar nak tunggu raya camni...

Friday, September 05, 2008

Bajet 08'

Yahoo...syukur alhamdulillah. Ada gak bonus tahun ni. Laki minik keje gomen. Dapat la 2 bulan. Tp sebulan aku dah tentu lebih dari minik. Huhu. Tapi tak leh sakan pun raya tahun ni. Biasa la...komitmen macam2. Lepas la setakat duit raya anak2 buah dan baju raya anak beranak. Tak beli apa lagi ni. Kui. Sabar je la. Dah 2 thn x beraya...thn ni baru dapat beraya. Itu pun turn kat Kluang. Sabar je la. Harap2 nyer minik dapat cuti lagi thn depan. Baru la adil...hehe

Wednesday, August 13, 2008

Bunga-bunga api


Semalam sempat layan bunga api. Tp view dari hospital jer...ingat jammed teruk. Agaknyer org serik nk dtg tgk kot. Atau org tak tau. X per la...malas nk join sesak2 dekat area dkt2 ngan PICC. Dari hospital pun view penuh gak...huhu.

Saturday, August 09, 2008

Dr Rabeta


Alamak...kakak gua sudah ada Dr. X dpt la nak kejar....Master pun x tentu nak ambik bila...rajin ke aku nak apply kat JPA nak blaja free. Biar gaji jalan pun...tp nak blaja balik tu...huhu...
Sori kak ngah...x dapek nak tunggu ko abis konvo...

Fuh...lecturer PhD start gred DG51....fuh...gaji....tak ingat...2x ganda gaji aku....

Thursday, August 07, 2008

Hari Punch Card Merah

Damn!! Ari ni ramai yang merah. Cukup x suka aku tgk kad aku ada warna merah. Dah la sebab jammed. Alasan standard yang bos (kalu aku jd bos) yang tak leh terima akal. Kalu dah tau jammed..kuar umah awal la. Mmg ari ni aku kuar awal...tp x tau ada road block. Bila dgr si Fafau ks tau Anwar kn hadir ke Mahkamah...baru perasan kenapa jammed. Semalam aku leh smpi opis kul 7.30am tp ari ni smpi opis 8.10am. Siut tul la...ingt lalu jln Besraya kira ok...rupanya kantoi..siap gigih u-turn kat komuter serdang masuk kl-seremban. Lps tol dah x gerak. Lps petronas br laju balik...hantu raya tul...kalu ku tahu...ikut highway kl-putrajaya, kuar bukit jalil...trs smpi opis. ceh...

Tuesday, July 22, 2008

Angin Lintang

"Awas! Pandu Perlahan. Kawasan Angin Lintang"

Selama ni aku tak paham apa sangat ngan angin lintang ni. Tapi sejak Sabtu ari tu...mungkin ianya sesuatu yang tidak mungkin dapat aku lupakan.

Dalam keadaan hujan renyai, pemandu menumpukan perhatian di Lebuhraya Utara Selatan sambil melayan karenah anak sulungnya yang berada di sebelah. Isteri berada di belakang bersama anak kedua mereka. Perjalanan menuju ke Kluang kerana mertua pemandu mengadakan majlis doa selamat untuk rumah yang baru sahaja dibaiki setelah mengalami kebakaran beberapa bulan yang lepas. Kesempatan itu juga, pemandu dan isteri mengadakan akikah untuk anak kedua mereka. Pada sekitar jam 11 pagi (19 Julai), sebelum kawasan R&R Jejantas Air Keroh, secara tiba-tiba kereta Wira yang dipandu berpusing 360 darjah terus menghentam penghadang jalan tengah. Hentaman pertama itu mengenai bumper belakang. Kereta terus berpusing lagi dan kali ini bahagian hadapan kereta pula menghentam penghadang jalan. Seingat pemandu, kereta mungkin berpusing 4-5 kali sebelum berhenti menyilang di tengah jalan. (Suasana seperti memandu ala drift di dalam filem) Syukur kerana keluarga pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan. Selamat tiada kereta yang rapat. Setelah berhenti baru pemandu lihat banyak betul kereta. Hanya high beam yang mampu diberi ketika itu. Kereta dihidupkan...dan dipandu ke tepi.

Walaupun renyai, pemandu keluar juga kerana ingin melihat kerosakan. Bumper hadapan kereta sudah tidak kelihatan. Ada di jalan raya rupanya. Pemandu mengutip bumper tersebut. Adalah sebuah kereta berhenti, rupanya cina itu keje tarik kereta tapi di Batu Pahat. Dia mengesyorkan supaya report polis di kawasan yang mudah bagi pemandu. Terus pemandu teringat pakcik nya yang bekerja sebagai anggota polis di Yong Peng. 100 km lagi nak ke Yong Peng. Setelah mengikat bumper, pemandu memandu semula kereta tetapi hanya dengan kelajuan max 60km/j memandangkan bumper belakang dan eksos yang sering bergesel dengan jalan. Anak sulung pemandu yang tidak tahu apa-apa masih boleh melompat sana sini. Hampir 2 jam baru sampai ke balai polis Yong Peng. Setelah sampai turn, pak su pemandu mereka cipta cerita untuk memudahkan pemandu claim insurans. Terima kasih kepada pak su dan juga mamat bengkel kereta yang menyiapkan report pemandu. Tapi cerita terpaksa menggunakan nama isteri pemandu kerana insurans atas nama isteri pemandu dan abang iparnya.

Ayah mertua pemandu datang dari Kluang untuk mengambil pemandu sekeluarga. Boleh pulak datang naik kancil. Terpaksa menyumbat barang dari Wira ke Kancil. Mungkin mertua hanya fikirkan bilangan orang. Dia tidak fikirkan barang seperti beg besar dan walker anak pemandu. Mungkin juga dia nak jimat minyak yang mahal sebab itu tidak membawa kereta Wiranya. Apa lah pemandu ni, nasib mertua datang ambik. Kena dia biarkan ajer balik Kluang sendiri, baru terkulat-kulat kat sana. Pak Su pemandu pula sibuk dengan kerjanya kerana ada OKT yang perlu diuruskan. Terima kasih paksu. Harap dapat kowtim dengan bengkel untuk menyegerakan kereta tersebut. Semalam...bapak mertua menghantar pemandu sekeluarga ke Putrajaya.

MORAL : Bawak kete hati-hati di kawasan angin lintang

Monday, July 14, 2008

Minggu Demam

Bermula ngan Irfan Isnin lepas...aku pun masuk keje lambat sebab bwk baby g klinik.
Selasa ptg minik la lemah badan katanya. Rabu pagi bawak lak minik ke klinik. Masuk lambat lagi. Rabu petang...badan Irfan semcm je...naik bintik2 merah. Hari khamis terus EL la...segan kat bos asyik masuk lambat je. Bwk Irfan ke klinik. Sah doktor cakap campak sbb naik lepas demam kebah. Gigih carik daun semambu. Rupa2 nya kat blok sebelah kuarters aku je ada daun tu. Kat tepi jalan je. Bagus tul putrajaya ni...mcm2 ada. Jumaat ptg baru carik air kelapa. Ms cuti x gigih carik..apa nyer bapak la...huhu. Masa cuti tu g ambik MyKid Irfan jer...tq Pn Nono..haha.
Mlm tu ks Irfan air kelapa ckit...esok pagi..terus hilang semua. Lega tul. Tp sabtu mlm ahad lak bapak Iman & Irfan x sedap badan. Terus makan panadol...nsb demam x abis kuar...ahad..kira ok la. Cuma badan lenguh2 smpi ari ni. Lutut pun rs mcm x de...huhu

Comel kan

Monday, June 30, 2008

Naik Harga

Adus...semua harga naik. Sabar je la...kena la kakitangan awam kan. X leh komplen lebey...sokong 100%...keke. Mesti ada yg terbakar baca ayat aku ni. Just nak share tambang ERL...naik byk monthly charges...kalu KL Sentral - Putrajaya dari RM225 jadi Rm285. Naik RM60. Byk tu...mentang2 dah ramai org guna ERL skrg ni...leh naik lak. Kebetulan aku naik ERL g keje ari ni sbb kakak pinjam kancil ku. Camner aku nk keje kt KL ni...kalu separuh gaji...abis kat transportation jer....lum mkn lagi....KL mkn mahal...huhu. Dok sini diam2 dah la...

Tuesday, June 17, 2008

16.06.08

Happy Birthday Iman,

Selamat Ulangtahun yang ke-2. Smlm buat makan2 ckit kat umah pengasuh Iman. Utk budak2 geng Iman je...kecil-kecilan je. Lps tu...kebetulan lak hadiah Iman smpi...katil bentuk kete...huhu. Malam tadi Iman tido atas katil baru...


Thursday, June 12, 2008

Belanda

Marilah kita ramai2 boikot barangan Belanda...eh.

Salah time ni...dah lama dah menda ni...tapi mcm mana aku leh minat team Belanda dlm Euro '08 ni. Masalah ni...hehe. Cayolah...3-0 tu Italy kena. Tah camner aku leh gigih bgn pagi tgk game ni..hehe. Tp sbnrnye tgk half time je pun...keke. Itu pun sbb baby bunyi mcm2. Minik layan baby..aku g kuar tgk tv...kui.

Monday, June 09, 2008

Kursus

Fuh...kursus lagi. This year kali ke-3 aku g kursus/training. Best nyer tak masuk opis. Tp pala hotak dok ingt keje kat opis...tu yg tak best. Sbb x de asst yg boleh diharap (aku jenis x harap org, lebih baik buat sendiri). Last year haram sehari pun x de kursus. Itupun harap team building yg opis buat. This year melambak-lambak lak. Next week team building kementerian lak. Kat pangkor. Bahaya gak team building ni...huhu. Dengar ada officer kementerian mata nak jd buta sebelah sebab kena peluru paint ball. Tp kalu kat pangkor...x de paintball la kot. Terus Datuk KSU kata jgn lg buat paintball kalu ada team building. Tak best la kalu x de xtvt lasak ms team building.
Ni aku ada kat Intan...kursus best lor...security...tp trainer ajar dr hacker point of view.

* ceh...pnt aku submit post ari isnin ari tu...suddenly lost connection. Nsb blogspot save half yg aku taip ari tu...ceh

Friday, May 30, 2008

Iman dan Irfan


Ni kat umah tok ki diaorg last week. Umah kosong jer....baru siap renovate selepas terbakar. barang x de sgt...mcm org br pindah umah n baru kawen. Nsb TV n astro ada...kalu x boring yg amat. haha.

Tuesday, May 27, 2008

26 Mei

TQ ibu for the suprise..walaupun terkantoi. TQ also for the kenduri n makan2. Nanti tahun dpn kita celebrate special sikit. Sorry guys...makan2 just for adik-beradik kt kluang...hehe.

* dah 31 tahun. tp ramai dok kata umur aku 26-28. tak cukup tinggi satu hal..huh. tak matured...ye ke...anak dah dua jon. syukur atas segala rahmat-Mu

Monday, May 12, 2008

Nurse's Day

Selamat Hari Jururawat...

Sori ibu...ayah lupa nak wish...x per...next year ayah x lupa dah...sebab dah buh reminder kat handphone. dgn harapan tahun depan x tkr hp la...kalu dah tkr hp..nsb la yea. Fuh..thn dpn dpt 250k untuk projek email...sekali ngan PDA phone utk semua ketua unit...chayo la rosli...hp free thn dpn...kui

Sunday, May 11, 2008

Hari Ibu

Selamat Hari Ibu...

kepada ibu ku yang berada di kuala kurau perak

dan

isteri tercinta...terima kasih kerana menjadi ibu kepada Iman & Irfan

Wednesday, April 30, 2008

Bahas

Ari ni saya kena bertugas lagi di dewan rakyat. Ari ni ari pertama sesi perbahasan. Nampaknya dewan sangat panas sbb masing2 nk tunjuk belang bila ada live selama 1/2 jam. Semua ahli juga cuba nak try test kewibawaan speaker. Aku yg ngantuk pun mmg segar first half sesi ari ni. Tapi bila dah start usul...boring yang amat. Aku dah la x cukup tido. Mlm td Iman buat hal ngamuk apa tah. Mlm ni nk balik kg la plak. Cabaran ni. Nak tido kt mana ni...ada yg aku nk kowtim ngan member bertugas ni...sabar je la.

Yang penting smlm aku berjaya buat suit sbb leh claim. Mewah tul keje govt ni kan. Leh claim smpi RM650 utk baju bertugas rasmi. Aku siap buat sehelai kemeja for that amount. Kalu semata-mata nak beli dulu...mmg x de la. 3 thn sekali je. Nanti 3 thn lg..buat claim lain lak...huhu.

Tuesday, April 15, 2008

Result

Fuh...cepat tul result exam ari tu kuar...hehe. Baguih dok ada...tp apa daya. Aku x lulus keseluruhan...kui. Khusus lulus..dpt 3. Umum lak dapat 2. Hancus harapan..keke. X pe...dah apply exam bulan 8 nanti. Nak kena study maut la psl cuti, naik pangkat...apa bala pekeliling semua ni. Padahal objektif je 40 soklan. Yang subjektif paper khusus leh lulus lak. Padahal x study mana pun. Nmpk sgt aku nyer IT kira ok la..hehe. Yg umum ni kalu x baca mmg x leh goreng sbb objektif. Rupanya okjektif lagi susah nak lulus yek. Dadu aku x cukup asap la ari tu...kui. Tp aku tetap nak repair result khusus...cita2 kena ada. Nak dapat result 4 utk dua2. Baru leh dpt anjakan gaji RM250. Sapa nak ks gaji naik terus...result exam 4 je leh..huhu.

Thursday, April 10, 2008

GSC @Alamanda

Sejak GSC dah ada kat Alamanda ni, crowd org yg dtg dah berbeza ckit. Teenagers dan bdk2 U yg berdekatan dah ramai yang berkeliaran. Kena lak nak dkt show kul 9. Penuh la org kat RASA..mkn dulu sblm showtime. Pandangan pun makin menarik..huh. Makin kerap la aku ke sana nanti...ngan alasan Iman nak naik Bob dan Thomas..kui. Dah seronok kat Alamanda...balik umah...ngamuk lak. "Jalan"..itu je dok ulang. Parah...jenuh nak pujuk..ibu dia la dok ajar nk kuar umah...nak jalan.

Aku je la yg dah lama giler x tgk wayang ni. Nanti nak kena cuti ari keje. Hntr anak kt umah pengasuh...dating ngan minik. Lama nyer tak dating berdua...kui

Wednesday, April 09, 2008

Bangunan bocor

Last week opis aku banjir...bukan kat luar opis...kat tingkat 1. Pelik tapi benar. Bangunan atas bukit, antara kawasan yang tertinggi area sg besi...leh banjir. Kat tingkat 1 lak tu. Kui. Memang sinonim kan bangunan govt bocor. Salah kat mana ni...design..kontraktor...jbtn yg pantau...saluran paip air ke bwh dr bumbung..tersumbat. Air berebut mencari jln alternatif. Mcm rakyat msia yg mencari alternatif pemimpin lain..hehe. Sudah nyer...opis kat level 1 banjir. Nasib lab aku ada raised floor. bertakung gak air bwh tu ckit...Nsb aku lps meeting trs balik hari tu..tak terlibat gotong royong menyelamatkan harta benda...keke. Ramai gak yg stay aku dgr...

Next day nyer plak..kat ptjaya lak hujan lebat. Abis baju aku jemur bertaburan. Nsb aku balik keje ujan dah bhenti. Just dpt tgk kesan. Pokok ada tercabut...zink construction abis berterbangan. Xcident pun ada kiri kanan. Fuh...minik ada tepon ms ujan x branik kt umah sbb berdua je ngan baby. Iman masih di umah pengasuh. Lps keje g Alamanda...ada kesan gak...alamanda pun bocor...kui. Salah sapa ni. Agak2 kalu alamanda tu bkn projek k'jaan...bocor tak...kata la Midvalley ke kat situ...huhu. Cian ada kedai aku tgk menadah pakai besen sana sini. Apa daa...

Thursday, March 13, 2008

MIMOS

Lepas ni jenama MIMOS akan menjadi pujaan hatiku...kakaka. Smlm dapat invitation dari mimos utk showcase kat menara kl. Mcm biasa...niat nak g sana utk makan free n dpt free gift. Tapi bila dgr sales talk...rasa teruja gak nak beli barang mimos ni. Kenapa...??? Mimos adalah produk Malaysian. 100% bumiputera. Mmg ada produk laik kan kat market yg Malaysia gak...tapi.. Mcm mana pun org lebih suka beli brg luar. Tgk taste masing2. Ada yg suka awek mat saleh, ada yg suka awek jepun, paling murah awek cina...eh..silap ayat ni. Tapi MIMOS....sekali lagi....100% bumiputera dan Malaysian Produk. Plus..dia anak syarikat govt gak..meaning kata org sales itu..kuar poket kanan..masuk poket kiri. Kalu beli jenama luar...duit trs kuar. Out of 49 billion budget govt utk 4 tahun on ICT..mimos x dpt pun 10%. Betapa byk duit Malaysia yang dah kuar..semangat nyer aku backing mimos...napa...sebab aku dpt lucky draw 1st prize...haha. Dapat notebook mimos...(walaupun nbook koroi dah pun..celeron 1.3Ghz jer..xp pro...256MB ram...40GB hdd). Ni nak bukak harga ni...kui.

* sapa mau sila contact 014...tekan2 x dpt..

Tuesday, March 11, 2008

Bersuara

Nampak nyer rakyat telah bersuara. Inilah mandat yang harus diterima oleh pucuk pimpinan sekarang. Harap nyer mereka sedar diri. Jangan terus leka ngan projek masing2. Kita sebagai rakyat di sebuah negara demokrasi..mmg ada kuasa. tahniah pada anda semua yang telah memilih untuk bersuara.

Friday, March 07, 2008

Pilihan di tangan anda

Iklan tv...paper..signboard...banting...apa je...mcm2. Rasa fenin dan loya. Tapi sebagai rakyat Malaysia...kit harus membuat pilihan. Power in your hand. Eh! Iklan lain tu. kui! Ini 1st time nak ngundi sebenarnyer. Hahaha...kena ngundi ke. Sebagai seorg penjawat a***, nak tak nak kena gi pangkah gak ni. Nak pilih sapa ni??? Kjaan sedia ada kah? atau sebalik nyer...fyi, penulis mengundi di Parlimen Bndr Tun Razak. BN lawan PKR. BN cha ya nun alif...adil Melayu. Sedia maklum..mcm2 fatwa ada kuar. Goyang aku nak pangkah ni. Next election...aku nak tukar tmpt undi...ambik putrajaya..haha. Sapa memerintah..aku pangkah. x risau x naik pangkat ke...kena transfer ke...huhu.

Monday, March 03, 2008

29 Februari

4 tahun sekali baru jumpa. Cian kan sapa lahir tarikh ari ni. Jiran katil minik masa lahirkan Iman dulu...br dapat anak ke-2 gak. 29/2/2008. Nasib la anak dia nak sambut birthday kan...mesti meriah setiap kali sambut sbb 4 thn sekali...huhu.

Thursday, February 14, 2008

6 tahun

sedar x sedar dah 6 tahun percintaan kita. dah 2 anak dah pun. i love u sayang.

eh..salah channel lak. mana leh sambut valentine

Wednesday, February 13, 2008

Monday, February 11, 2008

Exam

Adus...fenin. Ye ke kena ambik exam ni. Mcm x caya je nak gi exam. Berdebar2 td ms dok je kat kursi tu. Lepas tarik nafas dlm...bc apa patut..br lega. Nsb objektif je. Jwpn mmg dah ada...haha. Tinggal nak pilih je. Itu baru paper umum...esok khusus lak. Mampuih...x study apa lg ni. CNY nk study apa nyer...jd pengasuh. Minik keje malam. Mlm td dua2 buat hal. x ckp tido pun yea ni.
Esok subjektif...apa nak jwb ni kalu x baca. setakat network...OS..leh la aku goreng...kena d/base...system dev....buat karangan mintak kesian je la...haha.

Friday, January 18, 2008

Haji

Tak de kena mengena rasa nyer posting aku ni. Saje je seronok tengok ramai org di KLIA sewaktu aku buat posting ni. Ramai tul sedara mara sedang menunggu ketibaan jemaah pulang dari Makkah. AKU?? Aku di sini sebagai balaci...huh. Saje nak berinternet free..leh? Kat Pan Pac kena bayar. Tgh tunggu listing terkini..tunggu email yg kul bape nak muncul. Kul 3 pg nak kena bgn (waktu ni dah kul 11pm) sbb kena sambut peserta kursus OIC. Apa kena mengena aku ngan benda ni..haha. Itu la keje aku minggu ni. Kena uruskan pengangkutan peserta kursus OIC anjuran kementerian.