Friday, July 28, 2006

Karnival Sukan

Sempena Tahun Kebajikan Negara 2006/2007 dan bersempena Majlis Perasmian Pusat Latihan Pemulihan Perindustrian (PLPP), Bangi oleh Pak Lah, satu Karnival Sukan telah diadakan. Antara sukan yang ada ialah Futsal, Bola Tampar (L), Bola Tampar (P), Bola Jaring dan Ping Pong. Sukaneka turut dijalankan pada sebelah petang. Selaku pegawai yang 'sporting', aku secara gile kuasa telah mengambil alih kuasa menguruskan pasukan ISM utk karnival ni dari Ketua Kerani (CC). Dah la last minute, kelam kabut gak nak cari player. Lelaki x de masalah. Bab pompuan ni problem ckit sbb pompuan x ramai. Terpaksa drop Netball. Aku? Dah tentu sibuk ngan ping pong.

Karnival hari Rabu (26/7)...hari Isnin lepas baru ambik keputusan nak buat t-shirt untuk Team ISM. Jumpa Datin...dia approve. Memang magik...dgn pertolongan CC dan sumber wang dari supplier, sehari je t-shirt siap. Kos pun x melampau. RM12 je selai. PA Pengarah carik harga RM30. Receiption mintak laki dia carik harga..RM22. Semua jenis nak makan besar...aku malas nk carik supplier...biar la org lama yg buat keje. Tapi lega bila dah siap and dapat pakai masa karnival sbb agensi lain mmg semua ada t-shirt masing-masing.

Secara keseluruhannya, karnival ini berjalan lancar walaupun ada sikit cacat cela di sana sini. Team ISM ada la dapt nombor walaupun bukan Johan. Ping pong dapat no3. Team no1 & no2 mmg bukan tahap aku. Semua stok Madeq. Geng pompuan dia pun bagus. Camner nak menang. Aku main pakai bed ping pong RM7.50 je...

Yang pasti...bebudak ISM semua enjoy dan Timbalan Pengarah siap cakap terima kasih kat aku sebab menguruskan Team ISM ni...bravo. Minggu depan terus cuti Isnin dan Jumaat. Assistant pun dapat and start keje 1/8...yahoooo

Thursday, July 20, 2006

Akikah

Alhamdulillah...

Sabtu lepas, kami buat Akikah untuk Iman. Tumbang sekor kambing. Buat masa ini dulu. InsyaAllah ada rezeki lebih nanti, sekor lagi kambing atau mungkin sebahagian lembu pula untuk Iman. Pagi2 bapak mertua ku ajak pergi ke tempat penyembelihan kambing sbb dia berhajat nak sembelih sendiri kambing tu. Layan kan aje. Silap aku tak bawak digcam aku. Biasa la...awal sgt bangun. Tak prepare apa yang sepatutnya. Setelah dilapah, kami menghantar kambing tu kepada caterer.

Balik umah, sesi mengemas rumah lak. Mujur abang ipar dari Shah Alam ada. Dia la yang terover rajin. Lega aku...

Malam lepas Isyak, acara pun bermula. Tazkirah, Tahlil dan semasa Marhaban...Iman telah dibotakkan oleh Tokwan nyer sendiri. Siap pakai mesin lagi.Lain tempat...lain caranya. Biasa aku tengok, gunting rambut sikit2 oleh semua jemaah yang hadir. Berbeza ngan Johor (mungkin tengok area gak kot), dibotakkan terus. Takpe..yang penting Iman sihat.



* semalam Iman kena cucuk...demam sekejap...mujur pagi ni dah ok. Tapi tadi Ibu dia la yang demam...camner ni...

Thursday, July 13, 2006

Langkawi - Rumusan

Trip ke Langkawi ini adalah trip yang paling teruk management nyer. Tapi mungkin tidak adil aku nak compare kan ngan kat tempat lama. Dah tentu dulu private company. Ini 1st trip yang dianjurkan oleh ISM sejak Datin masuk sini. Dah lama dia kata nak bawak staff jalan…siap pernah cakap nak pergi Singapore. Sampai Datin dah abis kontrak selama 2 tahun hujung bulan ni...baru la terjadi 1 trip. Itu pun bagi aku gagal.

Pada awal nyer..Datin serah kan kepada PA dia utk berurusan ngan Timb Pengarah mengenai aktiviti tetapi last minit Datin masuk campur. Awal nyer xtvt hanya on paper. Mmg merapu la xtvt..siap ada senaman pagi. Bila khabar berita dah sampai ke org kementerian..trs buat betul2 event. Itu yang last minit giler...PA Datin lak..urus kan semua ikut kepala dia...kerani kalu buat keje..mana sama level pemikiran ngan pegawai. Terus terang aku cakap...mmg out. PA tu mmg kerani tapi umur dah nak 50 la...memangku jawatan PA. Tension aku org German ni...mmg dia kaya sbb ada bisnes...tp bila dia urus semua trip ni...haru biru la..Dok kat hotel koroi...Nadia Inn Comfort. Rupanya...hotel tu...laki Datin yang punya. No wonder la stephen wonder.
Malas la nak kata apa.

Trip ni untung pada org yg naik bas. Mentang2 la organizer tu naik bas. Kami yang naik flight ni...mcm terbiar je. Mcm2 xtvt terlepas. Lain la Datin...dia bkn nyer join kelas pun..leh la jalan2 buat xtvt sendiri. Kalu aku tau jadi camni...baik aku naik bas je. Ingat time ni la nak kenal lebih lanjut staff...dah la..malas nak ngumpat lagi...

Wednesday, July 12, 2006

Langkawi - Hari Ketiga

09/07/2006 (Ahad)

8am - Breakfast

9.30am - Sesi pembentangan 5M oleh setiap Unit.
(Tak cukup masa. Banyak isu yang dikemukakan oleh staff)

11.15am - Lunch

11.30am - Semua bergegas naik bas dan van nak ke Jeti. Nak kejar feri pukul 1.

Kami yang naik flight (Tiket kul 5.40pm)...boring je x tau nak buat apa sebab van yg sepatutnya bawak kami jalan..digunakan untuk hantar org ke feri. Banyak tul pengorbanan kami untuk kumpulan sokongan ni.

2pm - bergerak ke tempat cable car

3pm - berada di atas puncak bukit (705m atas paras laut) sambil menikmati
pemandangan indah.

4pm - ke airport. hantar sorang ex-staff sbb tiket dia kul 4.30pm. lepas tu g
shopping ke Padang Mat Sirat. Sempat beli minyak gamat & ikan bilis je. Hujan
lebat. Lps tu rushing balik hotel.

5pm - bertolak balik ke airport. sempat bergambar berlatarbelakang kan kapal terbang

* makin teruk la MAS ni. ada ke steward tu selamba je suruh Timb Pengarah kitaorg pergi seat belakang semata-mata nak kasi org Arab berkumpul satu tempat. Ayat dia yg aku sakit hati dengar "If u dont mind"...tapi cara sebut macam paksa jer. Monyok je muka TP aku tu. member dah baik parking tepi tingkap tetiba kena g seat kt blkg yg tak tau lagi kat mana.

5.40pm - berlepas ke KLIA.

6.30pm - Touch down KLIA. Bergegas ambik beg. Ingat nak direct naik ERL Transit tapi budak opis ajak naik bas. Kedek tul mamat tu. Akhirnya kena naik ERL gak sbb x de bas yg lalu highway KL-Seremban. Kereta kami kat opis je. So ambik cab dr stesen Tasik Selatan ke opis.

8.30pm - Dah sampai rumah.

Tuesday, July 11, 2006

Langkawi - Hari Kedua

08/07/2006 (Sabtu)

8am - Breakfast.

8.30am - Sesi Taklimat Kursus oleh Timb Pengarah

9am - Ucapan Pengarah

9.30am - Membentuk pasukan Cemerlang oleh En Abdul Razak Ahmad
(Best giler ceramah mamat ni. Sempoi tapi berkesan. Terbuka minda. Minah2
suka la sbb mamat ni hemsem kata diaorg. Dia ni somebody kat Kem Pengajian
Tinggi)

10.30am - Minum pagi (Standard la gomen - makan x leh lupa)

11am - Tugas berpasukan. (pecah group kump sokongan & pegawai)

1pm - Lunch

2.30pm - Kembara Ilmu (pergi jalan ke Galeria Perdana)

5pm - Xtvt bebas. Aku memilih ikut group ke Pekan Kuah utk bershopping. Ramai balik
sbb diaorg dh shopping semalam. Masa suntuk sgt..smpt beli cokelat je. Nak
beli apa pun x tau sebenarnyer.

8pm - BBQ

9pm - Isu mengenai 5M (Men, Machine, Money, Marketing & Mgmt)

11pm - Karaoke

12am - Xtvt bebas. Ke pekan Kuah main snooker ngan bdk2 Pembantu Tadbir. Mana aku
ada kawan pegawai kat sini...aku la pegawai yg paling sempoi budak2 ni ckp.

2am - Balik ke hotel and lepak mamak kt depan hotel. Layan Germany vs Portugal. Ada gak budak pompuan tgk sekali. Ada org bakarun la. letak RM10 atas table. Dah tentu aku ambik Germany. Abis 1st half..tak tahan dah. Balik tgk kt bilik...tp...tv la tgk aku.

Monday, July 10, 2006

Langkawi - Hari Pertama

07/07/2006 (Jumaat)
8am - Punch kad mcm biasa. 6 org je ada kt opis. Yang lain semua dah bertolak. 2 bas, 1 coaster & 1 Unser. Bertolak malam tadi. Kami yg tinggal..semua nyer naik flight termasuk Datin Pengarah. Keje pun mcm x keje je. Siap bwk sedara Mekah dtg opis. Kuar minum la...sabr je la. Siap boleh solat Jumaat kat Shah Alam lagi.

5.30pm - Bertolak dari ISM. Mintak budak PAR yg tak pergi hantar ke KLIA. Hulur duit sikit...laju la dia hantar. On the way...dpt sms kata flight delay kul 8 tp dpt voucher mkn..MAS kasi.

6.15pm - Check-in...tp x de voucher pun. Siap kena tanya kaunter...baru terhegeh-hegeh dia kasi. Terus mkn tmpt mahal bila tau nilai voucher RM25. Makan kebab & Ice blended mocha je dah abis RM25.

7.30pm - Ke bilik menunggu..tp tgk2 flight cancel...menggelabah la apa lagi. lari ke kaunter pertukaran tiket. Rupa2 nya flight kami kena transfer ke satu lagi. Bodoh betul MAS ni. Ni gara2 staff ramai kena berhenti kot.

8.20pm - Berlepas naik Airbus 330 kot...lupa. Flight besar. Duk seat yg tengah. Sebelah kanan awek Jepun 2 org. Sebelah kiri awek nama Cik Ayu. Rombongan sekali ngan ISM rupanya. Dia event management. Baru borak sikit...dh sampai.

10pm - Baru smpi hotel. Nasib ada lg dinner utk kami. Flight domestik x de mkn. Setakat air secawan je. Masa mkn ni baru tau Cik Ayu tu prnh berlakon. Artis rupanya. Tapi aku hagham x tau...keke.

12am - Boring dok bilik sorg. Dah la bilik koroi..tepon bdk PKS. Ajak jln kat pantai. Bergambar jb kat tmpt menarik. Cari ikan dugong x jumpa. Yg ada pun berkepit je...hehe.

1am - Balik tido

Wednesday, July 05, 2006

Harapan Setinggi Gunung

Masing2 sudah beria untuk pergi ke bercuti. Macam2 plan dah dibuat. Malah...ada pasangan masing2 yang sudah apply cuti pada hari Jumaat sebab bas bertolak Khamis malam Jumaat. Ada anak2 yang sanggup ponteng sekolah sbb nak pergi bersama ibu bapa masing2. Ini semua sbb berita untuk mengadakan Team Building di Langkawi sudah tersebar. (Nama je Team Building...tp lebih kepada family day...and saat2 akhir bersama Pengarah). Bukan sahaja setakat berita...dah ambik details nama...booking itu ini...tapi berita terbaru tadi...Pengarah banyak tak setuju beberapa perkara. Nak pergi dah tak lama lagi...tetiba dengar berita camni. Apa nyer management la camni. Kalut macam nak ke laut. Seronok pun leh tukar x de mood.

Harapan setinggi gunung...

* Moral : arrange la dulu betui2 baru nak aanounce kat staff. Kasi kompom jadi...baru ambik details semua..

Tuesday, July 04, 2006

Terlerai Sudah

Hilang sudah rindu dendam
Bila berjumpa anak isteri
Terlerai sudah kekusutan di hati
Melihat senyuman manis permata hati

Namun apa kan daya
Hanya 2 hari sahaja
Masa yang ada bersama
Kini hidup harus diteruskan
Kerja mesti diutamakan
Kalu tidak...makan pasir jawab nyer

Rindu pasti kembali
Kali ini lebih lama
Tidak dapat pulang hujung minggu ini
Kerana pergi ke Langkawi
Pergi bujang seorang diri
Bersama satu office atas tiket team building
Tak pe lah
Cuti 2 hari sebagai ganti...
Ubat rindu di minggu hadapan