Friday, July 22, 2011

Mimpi : episod 2

Pertandingan karaoke. Entah macam mana aku boleh terjebak masuk ke pertandingan ini. Tak terlintas di kotak pemikiran aku selama ini. Namun, berkat latihan karaoke jamban selama sebulan, aku dengan yakin walau ada sedikit gugup, aku beranikan diri untuk mendaftar di acara yang diadakan di Alamanda. Sudah menjadi resam bagi diri aku, perasaan gelisah menjadi-jadi apabila giliran aku semakin tiba. Teringat aku semasa menunggu giliran untuk dikhatankan. 4 kali aku ke bilik air untuk membuang air kecil. Sampai dah tak ada air aku rasa dalam badan aku. Itu kenangan semasa kecil. Kali ini aku dah bersedia. Semua yang patut dibuang telah dilakukan di rumah pagi tadi.

Untuk menenangkan diri, aku menarik nafas dalam-dalam dan melepaskan secara perlahan-lahan. Masanya telah tiba. Namaku telah dipanggil. Dengan langkah yang penuh keyakinan, aku naik ke atas pentas. Selepas memperkenalkan diri, aku memulakan nyanyian dengan penuh penghayatan..

"siapa syakila...mana syakila..aku pun..tak tahu"

Gaya persembahan kena ada. Aku sehingga melutut di pentas ala-ala Izang menyanyi semasa majlis penutup matriks batch kami di KMKN dulu. Aku yakin dengan persembahanku.

Saat yang ditunggu pun tiba. Pengumuman keputusan. Setelah pemberian cenderahati kepada semua peserta, namaku disebut sebagai pemenang...tempat ketiga. Hebat bagiku untuk percubaan pertama.

Moral of the story: tiada perkara yang mustahil dilakukan. Dengan usaha yang bersungguh-sungguh, insyaAllah akan dapat ganjaran. Dan pasti ada perkara yang perlu kita lakukan untuk kali pertama.
Fakta: cerita ini adalah rekaan semata-mata. Penulis hanya teringat mimpi mengenai masuk pertandingan dan menang.

Sunday, July 17, 2011

Mimpi saya

Semalam aku bermimpi...Yang hairannya, mimpi itu adalah sambungan kepada mimpi sebelum ini.
So..we start with episod 1

Menyanyi adalah salah satu perkara yg aku tak reti. Sejak kecil mmg aku tidak dilatih utk mendengar lagu2 lagho ni...
Walaupun ada radio di umah..jarang terpasang
Agaknya sbb itu aku x reti menyanyi...menghafal lirik pun agak lemah bagi aku
Antara lagu yg aku hafal lirik sepenuhnya...bunga-bunga cinta by misha omar..this is not funny...haha
Entah macam mana bila besar terjebak ngan kengkawan g karaoke
So lagu favorite aku..lagu tu la...
Sejak itu..karaoke menjadi hobiku secara senyap2..
Sorg2 pun jadi layan karaoke jamban
Dan entah mcm mana..aku termasuk pertandingan menyanyi...

End episod 1...sambung lain kali..nak layan bunga api

Thursday, July 14, 2011

Lab Perkhidmatan Online

Secara paksarela aku terjebak untuk join Lab ni walaupun aku x de perkhidmatan online yang nak dibuat. Actually projek peringkat nasional di bawah NKEA. Yang pasti aku dah beri sumbangan kepada JPW walau asal nyer kena tolong JKM. If projek yang aku cadang jalan...i should proud to myself. Projek yg memberi impak besar kepada wanita di malaysia. Kita doa2 kan projek ni diluluskan di peringkat mampu dan pemandu.

Friday, July 08, 2011

Langkawi Trip2

Perkara2 yg berlaku...

1. Baju Angry Bird x dijual di langkawi...jgn cari.
2. Nak naik cable car murah...g belah petang. Happy hour kul 5-7. Half price for malaysian
3. Sewa kete kat airport pun dah murah...
4. Pemandu teksi kat waterworld x user friendly...apsal parking kat tmpt berbumbung dpn tu...susah org nak ambik/hantar org masa hujan
5. Pantai cenang tu dah macam obersea yea...bob mali pun ada...
6. Nak g jambatan gantung dr tmpt last hentian cable car memerlukan stamina yg tinggi
7. Tmpt menarik shopping adalah betul2 di pekan kuah
8. Semua tmpt untuk dilawat tutup pada jam 6.
9. iPad sgt membantu sebagai GPS walau x boleh sesat di langkawi...

Tuesday, July 05, 2011

Hari mengong saya

Kuar umah lambat...melayan anak nak gi taska...
Bergegas ke KLCC utk event ETP: Progress update
Kuar tol MEX KL...jam x gerak...
Parking kat convention center full
Pusing cari parking kat suria...berpusing2 cari jln masuk...
Sit penuh kat hall...
Nak kuar parkin...salah lorong...TnG rosak...masuk lorong sebelah....menggelabah apa hal
Kad TnG jatuh...adui....

Tp sblm balik ok la...jumpa sahabat lama...Shamsul Azahan Salleh. Ex-mrcb

Monday, July 04, 2011

Trip to Langkawi

Day 1
Bertolak ke Langkawi menaiki AirAsia. Park kete dpn stesen ptjaya naik KLIA Transit to LCCT. Flight kul 2.10pm.
Sampai AirPort, sewa kete n terus ke sweet inn motel di pantai cenang. Lps tu keluar g dataran Lang.
Balik singgah pantai...tgk2 jer. Mandi x dibenarkan
Mlm mkn kat restoran hj ramli lps tu jln2 kat kedai tepi pantai cenang

Day2
Lepas sarap terus ke Oriental Village...lalu jer untuk naik cable car
Lps tu ke taman buaya...lps tu ke taman hidupan liar.
Singgah jab di pantai pasir hitam dan tandas di kolam air panas.
Kul 4 dah selesai di taman hidupan liar...decide to jetty...br rs lapar.
Lps mkn2 usha2 jer barang kat situ
Lps tu menuju ke kedawang nak cari pasar malam
Singgah di kedai kraf...dah tutup.
Singgah kedai di pantai pasir hitam beli brg sikit...
Di pasar malam mencari lagi baju angry bird...hampeh...x de
Bungkus makanan...singgah kedai2 tepi pantai cenang...masih mencari baju angry bird. X jumpa....
Mkn kat bilik saje...anak2 kepenatan...

Day3
Lepas sarap, terus ke underwater world
Lps check out bilik...ke pekan kuah.
Singgah lunch di kfc
Dah segar..apa lagi...
Abis shopping...x tau nak ke mana...buffalo park ada dlm itenary asal...tp mls pegi sbb takut lecak...
Menuju ke AirPort, singgah ke galeria perdana
Lps pulangkan kete, mak budak ngan anak2 tukar baju. Bapak budak maintain jer sbb masih wangi...haha
Flight delay sikit...dekat jam 10 baru berlepas ke LCCT. Jam 1 lebih baru smpi umah.
Esok nyer...keje...huhu

Saturday, July 02, 2011

dah lama berehat

dah lama tul blog ni berehat...masa nyer telah tiba utk diupdate balik...ni update pakai hp je...so payah la update byk...iPad mcm x leh jer ari tu try...tgk la camner...hehe