Friday, May 26, 2006

Happy Birthday

Happy Birthday to me!
Dah 29 tahun rupanya
Tak sangka pun ada
Tak lama lagi dah nak jadi bapak orang

Pagi tadi ada org kacau tido...siap bukak lampu siap2
Kasi kad & hadiah...tq
Ingat kan nak mintak hadiah "yang terbaik" malam tadi
Malam Jumaat la katakan..hehe

Pagi ni nak rasa demam pun ada
Camner ni...mmg x sedap badan ni
Layan je la...dok kat bilik sorang2
Gomen bukan ada keje sgt pun...kui

Monday, May 15, 2006

Tahlil

Alhamdulillah...

Akhirnya dapat juga berlangsung tahlil kesyukuran untuk kandungan yg sudah pun berusia 8 bulan. Dapat juga cuti hujung minggu. Hari Jumaat...nurse terpaksa mintak cuti org lain. Nanti kena ganti balik la gamak nyer.

So, lepas maghrib..bertolak la kami berdua ke Kluang. Singgah sebentar di bandar Kajang ambik baju batik aku yg dah siap. 4 hari je tempah. Bagus tul tukang jahit tu. Cha ya nun alif la tapi...hehe. Nak buat camner...terdesak aku nak cepat. 15hb nak pakai baju batik....gomen la katakan. Setakat Kluang bukan nyer jauh pun. Lebih kurang 250km jer...tapi 2 kali aku berhenti tido. Ngantuk beb...almaklum lah semenjak dua ni...dah biasa tido awal. Bangun pun awal. Kul 1 baru sampai umah mertua. Itu pun leh terlajak exit kat Machap. Punya la ngantuk...exit pun dah tak perasan. Masa tu pala hotak nak straight jer...terus terlajak. Sepanjang perjalanan..takde la jammed sgt...cuma lagi 8km nak smpi Seremban, dah sesak dah. Ingat 8km la jammed...rupanya ada xcident. After that...okay all the way.

So majlis buat Sabtu malam Ahad. Semua nyer selamat. Makan nasi beriyani. Buat kat surau jer. Jemput pun sedara terdekat. Yang best nyer...makan dlm talam jer.

Balik pun tak de jammed. Tolak kul 6 sampai kul 10. Singgah sekali makan kat Melaka. Kali ni tak ngantuk and kejar nak tengok CSI...hehe.

Sunday, May 14, 2006

Selamat Hari Ibu

Selamat Menyambut Hari Ibu kepada semua Ibu di mana jua anda berada.

Istimewa buat ibu ter chenta, terima kasih atas segala pengorbanan mu. Halal kan segala makan minum dan bermacam-macam lagi yang tidak dapat diluahkan.

Buat bakal ibu....I Love U

Friday, May 12, 2006

Selamat Hari Jururawat

Selamat Menyambut Hari Jururawat kepada semua jururawat terutama jururawat di Wad 4A, Hospital Putrajya.

Dengan harapan, semoga semua jururawat akan mempertingkatkan prestasi kerja supaya segala komplen2 mengenai jururawat yg bengis dan ganeh...dapat dihindarkan.
* selalu nyer staff nurse yg dah tua macam tu...hehe.

Monday, May 08, 2006

Sabtu Ahad

Sejak kebelakangan ni...jadual sabtu ahad aku tak berubah. Jadi drebar minik hantar and ambik keje. Em...sapa tak sayang minik oi...hehe. Sapa suruh kasi perut minik kembung. So, segala xtvt mingguan aku pun x la byk berubah. X pe la...x lama lg jd mcm Mat Sen lak. Hujung minggu je balik kampung minik. Hehe...

Semalam KPWKM ada buat dinner kat Hilton KL. Sempena meraikan staff yg dah nak pencen. Aku pun dgn semangat menyiapkan diri..sekali Taman Sri Kenari black-out. Tak gamak aku nak tinggalkan minik keseorangan dlm kegelapan malam. Sabar je la...
Hari ni...ramai yg bertanya kat aku...Encik tak pergi ke semalam..hehe. Meriah je bunyi nyer semalam. Menteri menari tu...pagi tadi pun ada perhimpunan kat kementerian. Aku pun sempat la joint. Menteri seronok je nampak. Yang pasti Menteri ada kasi mandat pagi tadi. Nak aktif kan KelaB Sukan kat kementerian and nak jadi Kelab No1 di Kerajaan. Chayo...

Friday, May 05, 2006

Hak Kerajaan Malaysia

Sejak kerja ngan gomen ni maka kena la ambik tau pasal Harta Modal, Inventori, Bekalan dan term2 yang seangkatan. Semua asset akan dicop dengan "Hak Kerajaan Malaysia". Kekadang kelakar gak tgk kerusi meja bercop. So...jgn la berangan barangan yg bercop ni nak buat mcm harta sendiri @ hak milik sendiri.

Fokus aku hari ni pasal cerita di ISM Selasa lepas bila satu unit projektor hilang. Bukan nyer yg mobile nyer....yang fix kat syiling leh hilang. Fuh...terror tul pencuri tu. Kami suspek org dalam nyer keje. Kebetulan hari isnin petang tu mmg ada staff ISM yg bermasalah buat rondaan. Kami serbu umah dia ari tu gak...Ya Allah....umah ke apa. Aku tak leh bayang kan umah dlm keadaan mcm tu. Sampah plastik hitam...leh longgok dlm umah jer...penuh lak tu berplastik2. Mmg aku ada dgr cite dr driver ari tu psl bdk ni. Sekali masuk sendiri umh dia...br percaya. Budak ni isap d****. Tak paham aku gak napa leh simpan staff mcm ni. Malangnya tak jumpa projektor tu. Masing2 takut nak kasi tau Pengarah n Timb Pengarah sbb seblm ni pun ada kes hilang notebook. Pengarah yg kena surcharge...Rabu baru buat report polis. Petang tu siap polis dtg mcm CSI tu...hehe..tp aku malas ambik tau sgt pasal benda tu. Maklumlah...aku kan org baru kat sini.

So..pengajaran nyer...barang hak kerajaan malaysia...jgn la berangan nak ambik jadi harta sendiri selagi tak hapus kira...panjang cite woo..