Monday, April 30, 2007

Skroll ku

Alhamdulillah...jutaan terima kasih diucapkan kepada Hafiz Hussin aka Aji. Kerana jasa baik mu..aku telah mendapat sijil degree ku. Tima kasih abang Halim kerana menyarankan saya untuk menghubungi Aji. Baru g ambik dari pejabat pos tadi. Tunggu budak admin opis...lambat sgt..hehe. Aji pakai pos ekspress...kalu pakai pos laju...sepatutnya Jumaat dah smpi. Bila pakai pos ekspress...sbb alamat opis...dia dok kat pjbt pos jer...bdk PAR la kena g ambik...tp biasa la...minggu cuti ni...budak admin slow la ckit. Sbb aku ada important doc..aku sendiri g pjbt pos td ambik semua surat opis...hehe. btw...tqvm Aji.

Kejab lagi ni..trs nak g SPA. Nak submit salinan sijil saya. Td pun dah mintak pengesahan dari pengarah. Siap dah kol Armawati kata nak hantar kjb lg. Dia bg tau aku...Datin Fauziah pun dah tau permohonan aku. Ooo...guna kabel yek...katanya padaku. Aku mana ada kabel...dah pengarah nak tulun guna kabel dia...aku terima je la. Tapi pun..Armawati sendirik dah cakap kat aku ari tu permohonan aku ni x der masalah...insyaAllah leh lompat ke T6. Tak sia-sia pengalaman 5 tahun aku kat private. Rezeki anak no2 ni...syukur..Alhamdulillah...

Iman di umah pengasuh

Last minute, aku buat keputusan nak hantar Iman ke umah pengasuh anak kakak aku kat sg besi jer. Mak aku yg rekemen kan...tp la ni campur Iman...5 org budak dah dia jaga x silap aku...campur ngan anak kakak aku yg baya Naim. Harap2 dia x jeles ngan Iman. Bulan 7 ni mmg sorg akan kuar. Smlm 1st time masuk umah pengasuh tu...lega rasanya. Bersih tul umah dia. Baju semua siap dia nak basuh. Makan pun x yah risau. Murah lak tu. RM200 jer...x de OT. Tapi rasa x gamak nk ks 200 jer...tgk la camner. Kalu kitaorg hntr Iman lama...ada rezeki..ks up sikit.

Hari ni 1st time la Iman kat sana. Nangis td masa aku hntr..biasa la...lps tu kjb je dia dh bhenti nangis bila Mak dia bwk masuk umah..x nmpk muka aku...ok la tu...aku pun x punch kad lagi. Terus blah...lupa lak kasi name kad aku...x per la. Apa2 hal dia ada no kakak aku. Minggu ni pun..ari ni je hntr sana. Esok lusa dah cuti...aku la jaga tu. Khamis Jumaat minik cuti. Minggu depan la baru hntr. Itu pun rasa Isnin Selasa jer...sbb start Rabu minik dah apply cuti nk balik kg. Aku kena g KK...huhu...dlm masa 2 minggu...3 hari je hntr ke rumah pengasuh. Bulan ni mmg bg RM200 je la. ;) Kan ke rugi kalu aku hntr nursery. Bukan nyer nak potong kalu hntr kurang, ada OT lak tu.

Iman...Iman baik2 kat umah mak tau. Jgn kasi sepah umah mak.

Friday, April 27, 2007

Iman di opis

Di saat ini..Iman ada di opis. Dibiarkan bersama budak2 admin. Diaorg suka nak jaga Iman. X pe la..kasi Iman lasak sikit. Kasi mudah mesra ngan orang. Next week Iman kena hntr ke nursery. No other choice. Pengasuh x dijumpai lg. Berserah je la. Semoga Iman selamat n sihat jer...

Monday, April 23, 2007

Skroll

"Ko naik apa esok"
"Naik moto"
"Aku join ko la yek"

Esok nyer kami berdua pun gerak sama. Dalam perjalanan, tiba-tiba...moto tersangkut sesuatu.
Ya! Allah...Nasib moto tak terbalik. Tapi....jubah ku tersangkut kat rantai moto. Fuh...parah.
On the way nak ke dewan kuliah dah ni. Blur je la masa tu. Kelam kabut carik jubah lain. Sekali dapat saiz XL la plak. Nasib member sanggup tukar ngan dia nyer saiz M. Walaupun masih labuh bila aku pakai. Abis je konvo...x de mood dah pun nak bergambar.

Esok nyer bila pulangkan jubah..nak ambik skroll...kantoi lak. X leh ambik skroll melainkan bayar denda RM600. Gilo..mana ada duit masa tu..hehe. Baru keje. Maleh la nak ambik. Lagipun keje masa tu tak mintak pun.

Sekarang...bila join gomen...bila mintak penyelarasan gaji...SPA nak natang tu lak. Kalu x...pelarasan x leh proceed. Armawati..come on la...kasi tulun la sama saya...x leh...nak gak sijil tu katanya. Trs mintak tulun kawan2 di UUM. Tadi dapat kabar gembira dari Aji...dia mau pos laju saya punya skroll itu....Fuiyooo....magik

Wednesday, April 18, 2007

Sapa nak jaga Iman

Adus...cuti ku ditolak. This week x de org nak jaga Iman. Mertua ku nak bawak balik Kluang. Mana leh...Selasa, Rabu n Khamis minik aku cuti lepas keje malam. First week ari tu ibu mertua jaga Iman. Last week mak aku. Sbb ujung minggu baru ni adik bongsu aku cuti ujung minggu, mak aku kena la balik Perak. So...Isnin ari tu aku cuti. Tapi datang opis jab sebab nak settle surat panggil meeting utk Sebutharga aku. Cian minik baru balik keje malam tapi kena jaga Iman jab. Jumaat ni fenin. Bos x approve cuti aku. Sbb ada meeting Jkuasa Pemandu ICT kat kementerian. Datuk KSU will chair that meeting. aaaaaaaarrrrrrrrrrrrggghhhh. Letih gak keje sorang² ni. Sapa nak replace aku meeting. Mintak minik tukar keje syif pagi pun member dia semua kedek. Masak aku ni...ari ni ngan esok sepatutnya aku jadi peserta kursus..tp kursus kat sini je la. Tapi petang ni ada meeting...esok pun ada meeting...mengong...keje gomen ni asyik meeting jer...hehe..patut la lambat...kui

Monday, April 16, 2007

Kenduri n Tahlil

Alhamdulillah...selesai sudah majlis Baca Yasin n Tahlil di rumah baru kami. Lepas tu buat makan-makan untuk jemaah surau Parcel 8, Presint 9. Mmg x ramai jemaah lagi. Surau baru. Speaker pun x de lagi. AJK pun x de..huhu. Baru nak lantik malam jumaat ni. Sori guys...x ajak korang. Jauh la...aku buat malam lg pun. Sedara mara ada la datang n kawan2 satu wad minik aku. Bukan apa buat baca yasin...tempat baru. Kasi Iman serasi cepat sikit. Alhamdulillah..mlm tadi aku tido berdua ngan Iman...ok je dia..leh letak atas katil dah. Sblm ni dok tido dlm buai jer. Ibu dia keje malam. Minggu ni Iman x de pengasuh. Minik aku cuti selasa - khamis. Ari ni n jumaat aku cuti. Tapi ari ni datang opis jab settle kan keje. Ni nak balik la kjb lagi. Cian minik x tido lg...

Thursday, April 12, 2007

Napa nangis ni

Iman...napa Iman nangis malam²
Kesian la kat ayah ngan ibu nak tido
Siang elok lak gurau senda ngan nenek
Bila ayah balik keje..Iman laju je merangkak carik ayah
Tapi bila malam..napa Iman nangis
Napa x mo tido
Bagi susu x mo
Apa yg tak kena ni Iman
Dah 2 mlm Iman...
Malam ni x mo buat hal lagi yek
Nanti ibu marah Iman lagik
Ayah x marah pun
Tapi Iman jangan buat camtu lagi tau
Cayang Iman...muahhhh

Wednesday, April 11, 2007

Parlimen

Fuh..teruja aku semalam sbb dapat masuk parlimen. Mulanyer macam rusa salah masuk kandang. Blur giler. Ye la...nak kena hantar jawapan bagi soalan ke bilik urusetia. Lepas tu nak carik bilik media lak. Awak dah la first time sampai. Dah la nampak ramai orang tua je. Aku muda lagik...hehe. Tak ramai lak pegawai bertugas yang muda² macam saya ni. Kui. Bila start Dewan Rakyat bersidang...aku pun dengar la kejab. Nak tunggu soalan 14 sbb soalan kementerian aku. Boring dalam 1/2 jam...aku pun on notebook n buat keje pejabat. Banyak giler surat nak kena balas. Dah siap..berbisik ngan budak sebelah...pompuan..hehe. Dia ajak sambung borak kat bilik bertugas yg kat luar dewan. Tgk tv je...x de la proktokol sgt.

Boring rupanya parlimen ni. Semalam sesi bergaduh je si Nazri ngan pembangkang. Buhsan aku. lama lak tu. Nasib masa lunch bertambah lagik kawan borak. Pompuan jugak...lepas lunch..borak nyer borak...laa...budak uum gak...laa...sama batch. Sekali minik capang daa...capang kat lhdn. Ramai kawan kiter di sana. Pelik..kenapa ramai budak uum di lhdn..eemm. Nak dekat kul 5..dah x de rang undang² yang berkaitan ngan kementerian aku...so aku pun kol la pilot aku srh ambik. Rupanya dia dah standby kat kantin kat belakang parlimen. Kengkawan baru pun cucuk kata dah leh balik. Trs la suruh pilot ambik aku kt pintu depan. Baru je masuk highway nak balik opis, Setiausaha Politik Timbalan Menteri kol tanya perkembangan parlimen...hampeh tul...trs aku srh pilot patah balik ke parlimen. Punya la kecut perut aku...kui. Ye la..dia kol hp rasmi yg aku dpat pakai sehari smlm. Padahal x de apa² pun. Dia just nak tau ada x soalan utk kementerian...mmg ada dlm list...tp x sempat nak dibahaskan.

Friday, April 06, 2007

Tun Dr Siti Hasmah

Semalam ada event kat opis. "Siri Ceramah Datin Seri Dr Siti Hasmah" anjuran Persatuan Siswazah Wanita Malaysia. Ceramah disampaikan oleh Menteri Kekkwa. Datuk Seri Rais Yatim. Very good speech la...rugi aku x dpt concentrate dari mula smpi akhir. Sibuk kuar masuk auditorium. Kebetulan lak sebutharga network upgrade aku closing ari tu...nk make sure vendor dpt masuk kt sebutharga tu dlm peti...sambil nak make sure event juga berjalan ngan lancar. Tempat makan vip n jemputan lain. Biasa la aku...

Yang aku sempat beri tumpuan masa sesi soal jawab. Ada la soalan2 padu dari audience utk Datuk Seri Rais Yatim. Tapi tenang je dia jawab. Soal bahasa. Budi bahasa..nilai murni..tertarik sungguh aku...pasal senyum...Tun Dr sendiri siap bangun dari sofa vip berkongsi pengalaman dia pasal senyum. Pesan nyer...senyum bukan boleh dipaksa. Ia datang dari dalam. Natural.

Ari ni, Tun Dr datang lagi. Ada perjumpaan fellow...Tun merupakan fellow perdana. Tak pasal aku kena standby kat dlm meeting tu. Lagipun just nak meramaikan sbb x ramai fellow yang datang. Dah la pengarah aku tetiba suruh aku ks penerangan..pasal penambahbaikan WEBSITE lak tu...sabar je la...dah la aku tgh kemam M&M...nasib x terkeluar. Makan hebat beb...hilton kl jadi caterer. So...proposal website pun dah dapat...akan diberi perhatian since pengarah pun dah tau nak update website ism...

Thursday, April 05, 2007

Sarapan

Alamak..sejak mak mertua aku ada kat umah ni...rajin sungguh dia buatkan bfast...tapi aku mana dan nak makan kat umah...hehe...siap lambat. Ambik turn ngan minik. Dia syif pagi lak tu...so...kasi dia bersiap dulu. Aku stay ngan Iman atas katil. Kang dua² bersiap...buat nyer Iman tersedar....tup² kang j***h katil lg. Nak kuar umah jer...kang ibu mertua ku berkata "bungkus la bfast tu". Adus...naik segan aku....hehe. Smlm roti je...leh la sambil mkn dlm kete. Ari ni ns goreng...terus aku lupa ambik...ni nak kena gigih g kat kereta balik la ni ambik sarapan ku.

Monday, April 02, 2007

Pindah Rumah

Secara rasmi nyer, saya sekeluarga telah pun berpindah ke Blok 8A3-08-05. Sabtu lepas, bertungkus lumus mengangkat barang dari kajang ke kuarters. Sekali lori datang x bawak troli. Jenuh gak nak usung. Nasib barang x byk. Nasib jugak umah lama kat bawah n tepi sekali. Apa pun dah settle. Ngan tuan umah lama pun dah settle. Dah kasi 1/2 deposit pun. Kira halal la...astro dish je aku x ambik. Nak kowtim ngan bakal penyewa kat situ je la nanti. Nak mintak yg dia nyer. Kuarters ni dah siap astro. Kabel lama astro aku pun ada. Buat sendirik jer. Ingat nak beli kat kedai je...rupanya kabel zaman bujang dulu pun leh pakai...lega.

Kemas...lum la lg...macam mana nak kemas. Semalam leh lak g kenduri anak CC kawin...kat setapak...pastu konsert AF lak. Dah tu...mertua ada kat umah...nak melayan diaorg lg. Abar ipar aku sabtu ahad dtg umah sekeluarga. Nak layan makan diaorg lg. Iman pun dah kenal org. X mo lps ibu dia..x nmpk ibu dia...carik aku lak...huhu...masak...satu lubang pun aku x sempat nak drill. Nanti la benda2 yang nak gantung tu. Dok sibuk basuh baju je la setambun..