Monday, February 28, 2005

Masa

Terlalu pantas masa berlalu. Esok..1hd Mac 2005. Dah 2 bulan kita di tahun 2005. Lagi 15 tahun menjelang Wawasan 2020. Masih teringat Tun Mahathir melancarkan kempen Wawasan 2020. Tup tap tup tap...lagi 15 tahun je nak 2020. Tapi pernah kan kita terfikir...apa sumbangan kita dalam merealisasikan impian Tun Mahathir.

Eh..terpoyo lak aku. Sebenarnya aku nak cite pasal masa je. Rasanya..minggu lepas cepat tul la. Kerja yang aku buat..tak nampak apa pun. Banyak chatting je. Hobi baru masa office hour. Itu pun MSN Msgr je. Tak ramai lak kengkawan yg online kat sini. Kalu tak..lagi parah aku.

Minggu ni..hopefully aku dapat settle kan kerja aku yg setambun tu.

Sunday, February 27, 2005

Weekends

Apa nak buat weekend ni...nak gi Seremban malas la plak. Akhirnya dok je la kat umah sepanjang hari Sabtu. Kemas la bilik sikit. Kipas bukak 5 pun tak terasa sebelum ni..Lepas aku vakum habuk2..baru la terasa. Kena lak room-mate ajak pasang jaring kat tingkap..baru la nyaman tido malam2. Kalu tak, tak berani nak bukak tingkap. Nyamuk banyak.

Hari ni hari Ahad. Lepas tengok Spiderman kat AXN..terus kuar cari makanan. Lapar yg amat. Tak tau nak gi mana...dtg la opis. Ada benda nak kena buat. Tapi kasi isi perut dulu yg penting. Bila tengok meja sendiri..hilang mood nak buat keje. Macam tongkang pecah. Bersepah. Penuh dengan kertas tah apa2. Sebenarnya...aku rasa aku perlu kan persekitaran yg baru. Oh! Mana mood ni..

Thursday, February 24, 2005

Kerja

Dah 4 tahun 7 bulan aku keje ngan MRCB. Tapi aku rasa apa yg aku dapat kat sini..tak banyak mana. Tapi aku patut masih bersyukur kerana aku masih berkerja kalau nak dibandingkan dengan graduan lain di luar sana. Alhamdulillah...

Tapi cuma kekadang terfikir gak...apa aku nak jadi kat sini kalu dah dekat 5 tahun...aku masih System Engineer. Nama company aku keje pun dah bertukar2 byk kali. Dulu mula2 keje..nama company...KL Sentral IT Sdn Bhd lepas tu tukar nama jadi MRCB Intelligent Systems and Control Sdn Bhd (MISAC). Lepas tu aku kena transfer ke MRCB Software Vision Sdn Bhd...dah tu..company ni lak tukar nama jadi MRCB Technologies Sdn Bhd. Company yg aku keje sekarang.

Bukan apa..bila dah lama keje ni..kekadang terfikir hala tuju kedudukan ko. Am i going to do technical stuff smpi rambut dah putih...ke nak buat pre-sale or concentrate betul2 kat sales...ataupun masuk management team..em..apa option yg ada lagi yek. Tapi..apa sebenarnya yg di cari...keje byk...keje sikit...ke...gaji byk mana. Mmg sapa pun tak nafikan...duit byk mana yg dicari. Malam tadi layan Pendang cite pasal kat tempat keje dia...Celcom. Gaji banyak...technician pun leh pakai Honda. Setakat Waja...selamba jer...panas gak telinga aku..rezeki org.

Ok la..cukup dulu buat kali ni...bila ada idea aku sambung balik

Wednesday, February 23, 2005

Tahniah

Congratulation to Nor Azmi Mokhtar (TTSB Staff) kerana dah dapat anak ke-3. Semua anak dia perempuan. Wah! Kawan2 kita yg lain pun semua dah maju setapak. Ada gak yg dah kedua. Nak kedua...sabar je la. Kepada yg baru kahwin...semoga berjaya. Kepada yg tgh bertunang...jgn tunggu lama2. Kepada yg masih proses suai kenal...declare je la..tak serasi..cari lain. Kepada yg masih blur2...sedar lah...kita dah 28. Tak kan umur dah 40 baru nak dapat anak. Kang tak sempat lak nak merasa hasil duit kerja anak.

Em...Azmi still x de nama anak yg sesuai. First name mmg dah tak leh ubah..Puteri..so second name. Nama anak?!! Eheh..lum kawin pun kekadang dah boleh pikir sampai ke tahap tu. Aku tak de la pikir sgt tapi kekadang si nurse ada gak bukak isu. Kelakar la plak...

Monday, February 21, 2005

New Contact Number

019 355 3565

Apsal aku tukar no baru.. Em...Celcom buat promotion for MRCB staff..RM8 sebulan for monthly fee. So..it's a time for me beralih arah walaupun aku masih sayang kan no Maxis aku. Lagipun ada Maxis One Club. Buat masa ni aku masih pakai no lama. So..nak jadi poyo macam Sponge...ada 2 handphone.

Dari segi monthly fee..Celcom save banyak. Aku ada 3 line...for my mom and my tunang. 3 line utk Celcom baru RM24. Selama ni aku bagi Maxis RM90++ for 3 lines. Just for monthly fees. Belum lagi call charges and sms rate. Celcom nyer performance tak tau lagi. So kena start buat call pakai handphone baru. Baru jer beli semalam. Alang2 beli..beli la handphone ada camera.

Tuesday, February 15, 2005

Valentine

Hehe...jgn marah kalu aku bukak topik ni. Tapi just nak citer pasal semalam aku gi Low Yat naik LRT + monorail, seronok tengok couple2 yg ada di sekeliling. Yang si awek ramai memegang bunga di tangan. Wah! Seronok betul mereka meraikan Hari Kekasih semalam. Tentu hotel penuh semalam. Malah ada hotel yang buat promotion semalam.

Aku!!! Setakat tengok jer la semalam...nak celebrate?? Iskh..camner yek. Tapi hari Ahad masa hantar tunang aku balik Seremban, kami just singgah Seremban Parade dan memasing beli kad di kedai yang sama. Ikut turn masuk..hehe. Bukan apa..yg penting tarikh semalam perlu kami ingat kerana dah 3 tahun kami bercinta..hehe.

* adus..penat angkat CD-RW 14 bijik naik LRT masih terasa

Monday, February 14, 2005

Kereta

"Kereta kecil warna emas.
Teman buat ke sana ke sini"

Eheh..nak nyanyi lak pagi2 ni. Welcome home guys...kepada yg bercuti lagi..selamat bercuti. Wah! Best kan cuti panjang ni. First place aku ingat malas nak ke mana cuti ni. Tapi kerana ada urusan yg perlu diselesaikan, have to la balik Kluang, Johor bersama si dia. Lagipun aku nak repair aircond kereta aku.

Gedebak gedebik gedebuk...abis la gak RM800. Aircond, timing belt, bateri, air filter and servis. Em...nasib buat ngan bakal abang ipar, dapat la murah sikit. Adus...bulan depan roadtax + insurans lak mati. NCD insurans dah 0% sebab hari tu claim insurans. Memang duit semua ni. Baru nak kumpul duit nak kahwin. Tapi benda baik ni orang cakap tak ke mana. Ada la tu kang rezeki datang...Insya Allah.

Tuesday, February 08, 2005

Tukar Alamat

Sorry guys...atas masalah teknikal..aku terpaksa tukar ke blog aku ke address baru.
http://joincikli.blogspot.com


Alasan tukar. Hehe..satu opis dah tau blog aku. Malas la nak kecoh satu opis. So...terpaksa la aku tukar.

Apa function blog...mmg kasi org baca yea dak. Tapi bukan utk budak opis aku la at this moment. Gaya penulisan aku tak la best sangat. Biar la korang dulu jer yang baca.


Ok la guys. Selamat bercuti panjang. Selamat Tahun Baru

Monday, February 07, 2005

Bayam's Wedding





Awal betul aku sampai kenduri rumah Bayam..sebelum kul sebelas...smpi2 jer terus dengar suara yg dikenali tgh test karaoke...terus shot pakai handycam...sah...si abang Fauzi tengah nyanyi. Amboi bakal pengantin..tak menyempat. Kami bertolak dari Kelaput 8 lebih. Macam2 hal sblm bertolak...tq Omar..

Kami berdua siap makan awal lagi..sibuk jer makan ngan penanggah..tapi tak de bunga pun...tugas aku mula nya ambik video tp bila bayam kasi aku Kodak dia...terus aku pass tugas ke Omar. Alamak mate...ada gambar blur n goyang la..iskh...tak abis berguru.

Ramai gak kengkawan yg datang. Begitu juga yang tak dapat datang. Itu biarlah tuan rumah yang komen. Aku selamat sampai ke Kelaput kul 8 lebih terus pergi swimming ngan Omar.

Tuesday, February 01, 2005

Dot Photo

Mencuba sesuatu..

http://cikliphoto.blogspot.com

Trip to Cherating

Letih badan masih terasa. Kesan 'sunburn' pun jelas kelihatan. Mana tak nyer..mandi pool kul 12 tengahari. Tengah terik...rasa kan sendiri kesan nyer. Ini semua pasal takde air kat bilik hotel. Mmg frust trip kali ni. Aktiviti lain..enjoy tu mmg enjoy tapi tak la best sgt sebab aku sorang jer bujang lelaki. Yang lain semua nyer datang berfamili. Lucky ada sorang bujang perempuan. Leh la layan mana yang patut. Hehe..leh jalan berdua di tepi pantai...tu yang lagi gelap tu.

Nasib gak ada member keje kat Kemaman. Malam first kat sana pun aku ajak dia tido kat bilik aku. Katil ada dua. Rugi je biar kosong. Bilik pun ada lebih. Ajak En Suhaimi tak nak lak dia. Takde air menjadi alasan. Liza pun tak berapa sihat katanya. Maklumlah...dah 7 minggu.

Sempat jugak aku pergi Kedai Kopi Hai Peng, Kemaman. Kena kopi traditional and roti kaya bulat...perkgh...memang layan la. Ada gak beli 3 in 1 nyer. Buat melayan perasaan kat sini..

Ok la..cukup dulu buat kali ini...aku nak upload gambar ni..