Tuesday, May 31, 2005

Ping Pong

Atau pun nama orang putih nyer..table tennis. Aku mula mengenali meja ping pong ni dari umur 5/6 tahun lagi. Kebetulan jiran depan umah ada meja. Selalu gak main petang2 ngan dia orang. Dari situ lah aku mula berjinak sehingga boleh mengalahkan pak cik jiran depan umah aku tu. Malang nyer..setakat tu je la penglibatan aku. Kat sekolah rendah...tak terdedah langsung. Ada la kot darjah 5...Kelab Ping Pong. Tak aktif pun. Takde pun main petang2 mahupun selection utk wakil sekolah. Begitu juga kat sekolah menengah. Meja ping pong pun tak de. Tak musim sukan tu kat sekolah aku. Ragbi, kriket, bola & hoki antara sukan glemer. Ping Pong tak masuk list. Sekali lagi bakat aku tak dapat digilap. Masuk jer matrikulasi...mak aii...power2 beb. Wakil negeri la...wakil sekolah la...wakil daerah la...??emmm..leh wakil apa lagi yek. AKU...seronok tgk diaorang main jer la. Nak join...tahap hikmat terlalu jauh. Hikmat batin tak boleh guna la plak...kalu tak selamba jer aku belasah dia orang.

Tapi masa ni la aku lebih mengenali sukan ni. Nak beli getah dia jer..rupa2 nya makan ratus. Tu belum nak jaga getah tu lagi. Ada gak foam special. Kalu aku...main belasah jer. Janji sedap pegang...sedap smash.

* Letih..baru lepas main ping pong kat bawah tadi. praktis utk sports carnival...
GO GREEN BERET

1 comment:

bayam said...

Poyo la Green Beret nie..
tampo kang...!