Thursday, June 29, 2006

7 Hari

KEMUDAHAN CUTI ISTERI BERSALIN
Kemudahan cuti isteri bersalin selama tiga hari sebagai cuti rekod telah diperuntukkan di bawah perenggan 58.2, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 1991. Selaras dengan hasrat mengutamakan keluarga (Family First), Kerajaan telah bersetuju tempoh cuti isteri bersalin dipanjangkan daripada tiga hari kepada tujuh hari.

Sungguh seronok bekerja ngan kerajaan ni yek. Tak semena-mena dapat cuti 7 hari (termasuk sabtu & ahad). Tak payah apply2. Terus jek cuti. Telefon je ketua kerani ks tau minik dah bersalin....terus x yah dtg opis.

Ingat nak jugak sambung cuti barang 2-3 hari lagik. Takper la...sedar diri sikit yang awak tu baru je bekerja. Kena la tunjuk sikit semangat Malaysia Boleh. Hehehe.. Lagipun ada bengkel kat lab. Memandangkan x de org yg boleh ganti aku...terpaksa la menghadirkan diri kat opis jugak. Cukup la 9 hari cuti. Kebetulan isteri bersalin hari Jumaat. So, start cuti dr hari Sabtu smpi ke Ahad minggu depan.

Anyway...cuti ni boleh digunapakai sampai anak no-5...hehe

No comments: