Tuesday, September 26, 2006

Selamat Berpuasa

Salam...

Rasanya tak lambat lagi kut kalu aku nak jugak ucapkan selamat berpuasa kepada para pembaca blog sekalian....di kesempatan ini juga aku nak mohon maaf sempena ramadhan kalu ada salah silap. Halalkan lah yea.

Bagaimana ramadhan anda tahun ini. Semoga bukan setakat lapar dan dahaga..InsyaAllah. Aku tahun ni...dah bertiga. 1st day hari tu...buka posa kat hospital. Iman pulang ke kampungnya. Dengan selam jer aku teman kan bini berbuka posa di samping rakan-rakan nyer di Wad 4A. Kebetulan aku tak keje..leh la. Semalam..berbuka posa di rumah berdua ngan Iman. Tapi Iman tido la...nasib dah abis makan. Barulah Iman terjaga dan merengek sebentar. Minggu ni...tak sempat la aku nak berterawih di surau. Bini keje petang. Tak kan nak hantar ke pengasuh lak kan. Tak logik la plak..hehe. Tak per Iman....Ayah tak Kisah.

Kui...Aiman Tak Kisah ni leh pulak jadi bahan sms untuk ucap selamat berpuasa yek. Aku sampai dapat 5 sms dari orang yang berlainan. Anyway...janji msg yg nak disampaikan dpt...x kisah la camner ayat dia pun kan...

No comments: