Tuesday, November 08, 2005

Demam Raya

Selamat bekerja kembali. Semalam dah masuk opis balik. Sunyi sepi. Jalan pun tak jem sgt. Best jer rasanya. Nak pergi bank pun senang.

Perjalanan aku dari Kluang - Shah Alam hari ahad malam hari tu pun kira ok. Berjalan lancar. Ketakutan jem teruk kat seremban...terlepas. Mungkin aku lalu kul 11.30 malam punya pasal kot. Kalu lalu awal lagi...mesti sangkut. Abang ipar aku baru sampai dari Kelantan malam tadi. 12 jam...huhu. Bertolak 10 pagi katanya. Kul 10 malam baru smpi Shah Alam.

Macam mana raya tahun ni. Alhamdulillah...pengalaman pertama beraya di rumah mertua. Tak meriah sgt sebab 2 org abg minik takder. Turn minik diaorg. Sorang ke Kelantan, sorang lagi ke Terengganu. Nasib la...tahun depan kalu...aku lak yg tak raya kat Johor. Susah la camni..nak kena fine tune balik bagi semua berkumpul. Paling tak best..raya kedua...aku demam. Nasib ada isteri penyayang. Kul 4 pagi aku kejut dia sebab badan panas sgt tapi rasa sejuk sgt. Adalah org tolong lap kan badan ngan tuala basah. Siap kena paksa mandi time2 tu jugak. Lepas tu minik buat kan bubur..tq sayang...eh...tersalah channel lak. Tengahari nyer pergi klinik...kena cucuk kat bontot. Auww...sakit. Klinik K je yg bukak. Mahal lak tu...RM50. Dah tentu ambik resit untuk claim balik.

Kat opis ni..yg dtg berapa kerat jer. Yg ada kerja...mmg sibuk sbb ada submission hari Khamis. Yg melepak...mmg gaji buta..aku pun gaji buta je. Syarat je dtg keje ni. Smlm pun sbb nak sambut budak trainee sorang2. Kasi tugas sikit kat dia...dah. Siap kasi pinjam PC aku kat team satu lagi. Tak pe lah...berkorban demi company. Lagipun aku nak cuti lak seminggu mulai esok.

Esok teman minik register kat Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan. Kat mana tah...kat area bukit aman. esok redah je la cari jln cenderasari. Selamat menjadi org putrajaya...

* setelah sebulan berpuasa...cuba2 lah pulak kita sambung lagi berpuasa dengan puasa 6

No comments: