Monday, November 21, 2005

Lama Nyer

Lama dah tak blogging. Baru masuk keje minggu lepas. Hari khamis start keje. Masuk keje sibuk kemas tempat lak. Tukar tempat ke depan sikit. Al maklum dah tak geng ngan team support kat opis. Tadi pun sibuk 2 jam tukar extension sendiri. Kalu panggil cina contraktor dia caj RM60. Padahal tukar pair kat DB tu je. Cuma nak trace pair mana je jenuh tadi sbb cina buat keje tak buat label. Pandai dia...so bila setiap kali org nak tukar line/extension, org akan panggil dia balik.

Kenyang
Kul 12 tadi bank islam (depan pintu opis) ajak mkn kat opis diaorg. Open house. Staff diaorg buat pot luck la. Masing2 bwk dari umah. Jiran...kena la jenguk muka. Kul 1 lebih tadi team Group Support Services MRCB lak ajak makan. (padahal secretary CEO je yg ajak aku). lantak la. janji makan free walaupun ada yg memandang serong kat aku (mgkn dgn pandangan...sapa yg jemput mamat ni). Petang ni Semasa Sentral lak buat open house kat stesen sentral. Mungkin nak g ngan minik kot. Kena gi ambik dia la dulu macam ni.

Pindah Umah
Dah berjaya pindah umah setelah merempat di umah abang ipar selama 2 bulan. Alamat umah : K1-26, Kenaria Condominium, Taman Sri Kenari, 43000 Kajang. So sesapa yg tersesat ke Kajang, jemput la dtg umah yek. Raya ada lagi cuma aku je x de kuih raya. Hahaha...
Penat pindah umah ni. Kena la minik tgh pregnant ni. Kesian gak masa dia tlg basuh umah. Tapi bila part mengemas barang2...byk melihat je la dia. X pe...org cakap sayang bini. Letih badan masih terasa. Ada byk benda tak kemas lagi ni. Sabar...

No comments: