Monday, May 15, 2006

Tahlil

Alhamdulillah...

Akhirnya dapat juga berlangsung tahlil kesyukuran untuk kandungan yg sudah pun berusia 8 bulan. Dapat juga cuti hujung minggu. Hari Jumaat...nurse terpaksa mintak cuti org lain. Nanti kena ganti balik la gamak nyer.

So, lepas maghrib..bertolak la kami berdua ke Kluang. Singgah sebentar di bandar Kajang ambik baju batik aku yg dah siap. 4 hari je tempah. Bagus tul tukang jahit tu. Cha ya nun alif la tapi...hehe. Nak buat camner...terdesak aku nak cepat. 15hb nak pakai baju batik....gomen la katakan. Setakat Kluang bukan nyer jauh pun. Lebih kurang 250km jer...tapi 2 kali aku berhenti tido. Ngantuk beb...almaklum lah semenjak dua ni...dah biasa tido awal. Bangun pun awal. Kul 1 baru sampai umah mertua. Itu pun leh terlajak exit kat Machap. Punya la ngantuk...exit pun dah tak perasan. Masa tu pala hotak nak straight jer...terus terlajak. Sepanjang perjalanan..takde la jammed sgt...cuma lagi 8km nak smpi Seremban, dah sesak dah. Ingat 8km la jammed...rupanya ada xcident. After that...okay all the way.

So majlis buat Sabtu malam Ahad. Semua nyer selamat. Makan nasi beriyani. Buat kat surau jer. Jemput pun sedara terdekat. Yang best nyer...makan dlm talam jer.

Balik pun tak de jammed. Tolak kul 6 sampai kul 10. Singgah sekali makan kat Melaka. Kali ni tak ngantuk and kejar nak tengok CSI...hehe.

No comments: