Thursday, July 20, 2006

Akikah

Alhamdulillah...

Sabtu lepas, kami buat Akikah untuk Iman. Tumbang sekor kambing. Buat masa ini dulu. InsyaAllah ada rezeki lebih nanti, sekor lagi kambing atau mungkin sebahagian lembu pula untuk Iman. Pagi2 bapak mertua ku ajak pergi ke tempat penyembelihan kambing sbb dia berhajat nak sembelih sendiri kambing tu. Layan kan aje. Silap aku tak bawak digcam aku. Biasa la...awal sgt bangun. Tak prepare apa yang sepatutnya. Setelah dilapah, kami menghantar kambing tu kepada caterer.

Balik umah, sesi mengemas rumah lak. Mujur abang ipar dari Shah Alam ada. Dia la yang terover rajin. Lega aku...

Malam lepas Isyak, acara pun bermula. Tazkirah, Tahlil dan semasa Marhaban...Iman telah dibotakkan oleh Tokwan nyer sendiri. Siap pakai mesin lagi.Lain tempat...lain caranya. Biasa aku tengok, gunting rambut sikit2 oleh semua jemaah yang hadir. Berbeza ngan Johor (mungkin tengok area gak kot), dibotakkan terus. Takpe..yang penting Iman sihat.



* semalam Iman kena cucuk...demam sekejap...mujur pagi ni dah ok. Tapi tadi Ibu dia la yang demam...camner ni...

No comments: