Wednesday, October 29, 2008

Kelantan

Akhirnya sampai juga aku di tanah jajahan Tok Guru. Lengkaplah satu Malaysia sudah ku jejak. Selama ni...Kelantan je x pernah jejak lagi. Terima kasih kpd JPA for this CHOGM. huhu..
Kursus ni mcm x best sgt...tajuk best la semenjak aku dah jadi bos kecik dan dah kena evaluate staff tak lama lagi. Performance Mgmt. Tapi penceramah x berapa best. Yg best nyer dapat gi jalan2 sbb pakai kete kakak aku. Kete kakak tapi nama kete nama sendiri...uwa. Ada cite sedih di sebalik itu. Sori saga...kita x de jodoh.

Wednesday, October 15, 2008

Kursus / Bengkel

1. Bengkel ICT Strategic Plan
Tarikh : 19-22 Oktober 2008
Tempat : Hotel Concorde Shah Alam

2. Bengkel ISO
Tarikh : 22-24 Oktober 2008
Tempat : Opis je

3. Kursus Performance Management (under JPA)
Tarikh : 28-31 Oktober 2008
Tempat : Hotel New Pacific, KB

4. Retreat ICT peringkat kementerian
Tarikh : somewhere bln 11
Tempat : asalkan no flight..kata ksu

5. Retreat ISM
Tarikh : br nk buat paper tp kena buat thn ni
Tempat : -

fuh...inilah nama nyer CHOGM. Cheap Holiday On Govt Money

Wednesday, October 08, 2008

Pinggang

Adus...pinggang dah naik balik. Baru je berapa hari raya. Rasa mcm dah back to before puasa. Haha. Elok2 dah turun 3-4 kilo...best nyer bila ramai kata makin kurus ari tu...ingt nak maintain. Tapi dok jalan umah org kalu x mkn x best gak. Semlm n kelmarin meeting tender, dah tentu mkn disediakan. Adus...camner nak maintain ni. Esok opis buat jamuan raya lak...huhu...perasaan.

Wednesday, October 01, 2008

Selamat Hari Raya


Selamat Hari Raya diucapkam kepada semua sahabat handai. Semoga Raya tahun ini lebih ceria dari tahun-tahun yang lepas. Kami sekeluarga ingin memohon ampun maaf sekiranya terdapat salah silap sepanjang perkenalan kita. Semoga persahabatan yang terjalin ini terus berkekalan.

Kami beraya di Kluang. Sabtu balik kot...ahad nak berehat dan kemas umah tp kalu sapa nk ajak jln raya...no hal...hehe.

Tuesday, September 16, 2008

Tonggek nampak bontot

Satu pandangan yang indah...
Bila orang laki tengok orang pompuan tengah mencangkung...menunduk..
Kena yang pakai jeans @ seluar bawah pinggang...
Eh...bulan posa la...

Tapi actually bukan pasal pompuan tonggek yang aku nak cakap
Bila laki lak tonggek nampak spender...geli geleman aku dibuat nya.haha
Kalu nampak spender ngan belakang2 sekali waktu sujud tgh sembahyang...
Adus...macam mana yek...nak tegur...x bra la aku..
Buat2 x tau je la gamak nyer...tegur dalam hati je la.

Monday, September 15, 2008

Shopping Raya

Semalam berkesempatan shopping raya. Dari pagi terus ke SOGO. Ingat nak cari parking free area Jalan TAR. Tapi before kul 10am, dah double parking. Lalu Semua House, x bra la nak parking situ. Mmg nak dok seharian kat KL. Terus lagi nampak Cambell RM3.50 per entry. Torus masuk parking. Ingt kan pagi2 x ramai orang. Mak aiii...ponuh nyer orang kat Sogo. Ngan anak 2 org, mmg cabaran. Dapat la baju jalan anak n ayah dia. Ibu dia baru dapat seluar sehelai. Ke Pertama lak since x de jeans menarik kat Sogo. Ayah n ibu dapat jeans. Dah pukul 4 lebih. Ingt nak menuju ke Jalan TAR. Cari baju raya. Mendung la plak. X lama lps tu start renyai. Torus lari balik ke Sogo tp boring x tau nak buat apa. Kul 5 lebih dah dok kat Nandos tunggu bukak posa. Haru tul. Lepas settle apa patut, baru ke area sana. Tp x jauh. Area belakang Cambell jer sbb hujan rintik2 lagi. Payung punya banyak dalm kete tp satu pun x bwk. Cian Irfan. Dengan segera sambar je apa patut. Org laki semua dapat baju raya. Iman siap dapat songkok n samping...comel nyer dia bila test baju raya. X sabar nak tunggu raya camni...

Friday, September 05, 2008

Bajet 08'

Yahoo...syukur alhamdulillah. Ada gak bonus tahun ni. Laki minik keje gomen. Dapat la 2 bulan. Tp sebulan aku dah tentu lebih dari minik. Huhu. Tapi tak leh sakan pun raya tahun ni. Biasa la...komitmen macam2. Lepas la setakat duit raya anak2 buah dan baju raya anak beranak. Tak beli apa lagi ni. Kui. Sabar je la. Dah 2 thn x beraya...thn ni baru dapat beraya. Itu pun turn kat Kluang. Sabar je la. Harap2 nyer minik dapat cuti lagi thn depan. Baru la adil...hehe

Wednesday, August 13, 2008

Bunga-bunga api


Semalam sempat layan bunga api. Tp view dari hospital jer...ingat jammed teruk. Agaknyer org serik nk dtg tgk kot. Atau org tak tau. X per la...malas nk join sesak2 dekat area dkt2 ngan PICC. Dari hospital pun view penuh gak...huhu.

Saturday, August 09, 2008

Dr Rabeta


Alamak...kakak gua sudah ada Dr. X dpt la nak kejar....Master pun x tentu nak ambik bila...rajin ke aku nak apply kat JPA nak blaja free. Biar gaji jalan pun...tp nak blaja balik tu...huhu...
Sori kak ngah...x dapek nak tunggu ko abis konvo...

Fuh...lecturer PhD start gred DG51....fuh...gaji....tak ingat...2x ganda gaji aku....

Thursday, August 07, 2008

Hari Punch Card Merah

Damn!! Ari ni ramai yang merah. Cukup x suka aku tgk kad aku ada warna merah. Dah la sebab jammed. Alasan standard yang bos (kalu aku jd bos) yang tak leh terima akal. Kalu dah tau jammed..kuar umah awal la. Mmg ari ni aku kuar awal...tp x tau ada road block. Bila dgr si Fafau ks tau Anwar kn hadir ke Mahkamah...baru perasan kenapa jammed. Semalam aku leh smpi opis kul 7.30am tp ari ni smpi opis 8.10am. Siut tul la...ingt lalu jln Besraya kira ok...rupanya kantoi..siap gigih u-turn kat komuter serdang masuk kl-seremban. Lps tol dah x gerak. Lps petronas br laju balik...hantu raya tul...kalu ku tahu...ikut highway kl-putrajaya, kuar bukit jalil...trs smpi opis. ceh...

Tuesday, July 22, 2008

Angin Lintang

"Awas! Pandu Perlahan. Kawasan Angin Lintang"

Selama ni aku tak paham apa sangat ngan angin lintang ni. Tapi sejak Sabtu ari tu...mungkin ianya sesuatu yang tidak mungkin dapat aku lupakan.

Dalam keadaan hujan renyai, pemandu menumpukan perhatian di Lebuhraya Utara Selatan sambil melayan karenah anak sulungnya yang berada di sebelah. Isteri berada di belakang bersama anak kedua mereka. Perjalanan menuju ke Kluang kerana mertua pemandu mengadakan majlis doa selamat untuk rumah yang baru sahaja dibaiki setelah mengalami kebakaran beberapa bulan yang lepas. Kesempatan itu juga, pemandu dan isteri mengadakan akikah untuk anak kedua mereka. Pada sekitar jam 11 pagi (19 Julai), sebelum kawasan R&R Jejantas Air Keroh, secara tiba-tiba kereta Wira yang dipandu berpusing 360 darjah terus menghentam penghadang jalan tengah. Hentaman pertama itu mengenai bumper belakang. Kereta terus berpusing lagi dan kali ini bahagian hadapan kereta pula menghentam penghadang jalan. Seingat pemandu, kereta mungkin berpusing 4-5 kali sebelum berhenti menyilang di tengah jalan. (Suasana seperti memandu ala drift di dalam filem) Syukur kerana keluarga pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan. Selamat tiada kereta yang rapat. Setelah berhenti baru pemandu lihat banyak betul kereta. Hanya high beam yang mampu diberi ketika itu. Kereta dihidupkan...dan dipandu ke tepi.

Walaupun renyai, pemandu keluar juga kerana ingin melihat kerosakan. Bumper hadapan kereta sudah tidak kelihatan. Ada di jalan raya rupanya. Pemandu mengutip bumper tersebut. Adalah sebuah kereta berhenti, rupanya cina itu keje tarik kereta tapi di Batu Pahat. Dia mengesyorkan supaya report polis di kawasan yang mudah bagi pemandu. Terus pemandu teringat pakcik nya yang bekerja sebagai anggota polis di Yong Peng. 100 km lagi nak ke Yong Peng. Setelah mengikat bumper, pemandu memandu semula kereta tetapi hanya dengan kelajuan max 60km/j memandangkan bumper belakang dan eksos yang sering bergesel dengan jalan. Anak sulung pemandu yang tidak tahu apa-apa masih boleh melompat sana sini. Hampir 2 jam baru sampai ke balai polis Yong Peng. Setelah sampai turn, pak su pemandu mereka cipta cerita untuk memudahkan pemandu claim insurans. Terima kasih kepada pak su dan juga mamat bengkel kereta yang menyiapkan report pemandu. Tapi cerita terpaksa menggunakan nama isteri pemandu kerana insurans atas nama isteri pemandu dan abang iparnya.

Ayah mertua pemandu datang dari Kluang untuk mengambil pemandu sekeluarga. Boleh pulak datang naik kancil. Terpaksa menyumbat barang dari Wira ke Kancil. Mungkin mertua hanya fikirkan bilangan orang. Dia tidak fikirkan barang seperti beg besar dan walker anak pemandu. Mungkin juga dia nak jimat minyak yang mahal sebab itu tidak membawa kereta Wiranya. Apa lah pemandu ni, nasib mertua datang ambik. Kena dia biarkan ajer balik Kluang sendiri, baru terkulat-kulat kat sana. Pak Su pemandu pula sibuk dengan kerjanya kerana ada OKT yang perlu diuruskan. Terima kasih paksu. Harap dapat kowtim dengan bengkel untuk menyegerakan kereta tersebut. Semalam...bapak mertua menghantar pemandu sekeluarga ke Putrajaya.

MORAL : Bawak kete hati-hati di kawasan angin lintang

Monday, July 14, 2008

Minggu Demam

Bermula ngan Irfan Isnin lepas...aku pun masuk keje lambat sebab bwk baby g klinik.
Selasa ptg minik la lemah badan katanya. Rabu pagi bawak lak minik ke klinik. Masuk lambat lagi. Rabu petang...badan Irfan semcm je...naik bintik2 merah. Hari khamis terus EL la...segan kat bos asyik masuk lambat je. Bwk Irfan ke klinik. Sah doktor cakap campak sbb naik lepas demam kebah. Gigih carik daun semambu. Rupa2 nya kat blok sebelah kuarters aku je ada daun tu. Kat tepi jalan je. Bagus tul putrajaya ni...mcm2 ada. Jumaat ptg baru carik air kelapa. Ms cuti x gigih carik..apa nyer bapak la...huhu. Masa cuti tu g ambik MyKid Irfan jer...tq Pn Nono..haha.
Mlm tu ks Irfan air kelapa ckit...esok pagi..terus hilang semua. Lega tul. Tp sabtu mlm ahad lak bapak Iman & Irfan x sedap badan. Terus makan panadol...nsb demam x abis kuar...ahad..kira ok la. Cuma badan lenguh2 smpi ari ni. Lutut pun rs mcm x de...huhu

Comel kan

Monday, June 30, 2008

Naik Harga

Adus...semua harga naik. Sabar je la...kena la kakitangan awam kan. X leh komplen lebey...sokong 100%...keke. Mesti ada yg terbakar baca ayat aku ni. Just nak share tambang ERL...naik byk monthly charges...kalu KL Sentral - Putrajaya dari RM225 jadi Rm285. Naik RM60. Byk tu...mentang2 dah ramai org guna ERL skrg ni...leh naik lak. Kebetulan aku naik ERL g keje ari ni sbb kakak pinjam kancil ku. Camner aku nk keje kt KL ni...kalu separuh gaji...abis kat transportation jer....lum mkn lagi....KL mkn mahal...huhu. Dok sini diam2 dah la...

Tuesday, June 17, 2008

16.06.08

Happy Birthday Iman,

Selamat Ulangtahun yang ke-2. Smlm buat makan2 ckit kat umah pengasuh Iman. Utk budak2 geng Iman je...kecil-kecilan je. Lps tu...kebetulan lak hadiah Iman smpi...katil bentuk kete...huhu. Malam tadi Iman tido atas katil baru...


Thursday, June 12, 2008

Belanda

Marilah kita ramai2 boikot barangan Belanda...eh.

Salah time ni...dah lama dah menda ni...tapi mcm mana aku leh minat team Belanda dlm Euro '08 ni. Masalah ni...hehe. Cayolah...3-0 tu Italy kena. Tah camner aku leh gigih bgn pagi tgk game ni..hehe. Tp sbnrnye tgk half time je pun...keke. Itu pun sbb baby bunyi mcm2. Minik layan baby..aku g kuar tgk tv...kui.

Monday, June 09, 2008

Kursus

Fuh...kursus lagi. This year kali ke-3 aku g kursus/training. Best nyer tak masuk opis. Tp pala hotak dok ingt keje kat opis...tu yg tak best. Sbb x de asst yg boleh diharap (aku jenis x harap org, lebih baik buat sendiri). Last year haram sehari pun x de kursus. Itupun harap team building yg opis buat. This year melambak-lambak lak. Next week team building kementerian lak. Kat pangkor. Bahaya gak team building ni...huhu. Dengar ada officer kementerian mata nak jd buta sebelah sebab kena peluru paint ball. Tp kalu kat pangkor...x de paintball la kot. Terus Datuk KSU kata jgn lg buat paintball kalu ada team building. Tak best la kalu x de xtvt lasak ms team building.
Ni aku ada kat Intan...kursus best lor...security...tp trainer ajar dr hacker point of view.

* ceh...pnt aku submit post ari isnin ari tu...suddenly lost connection. Nsb blogspot save half yg aku taip ari tu...ceh

Friday, May 30, 2008

Iman dan Irfan


Ni kat umah tok ki diaorg last week. Umah kosong jer....baru siap renovate selepas terbakar. barang x de sgt...mcm org br pindah umah n baru kawen. Nsb TV n astro ada...kalu x boring yg amat. haha.

Tuesday, May 27, 2008

26 Mei

TQ ibu for the suprise..walaupun terkantoi. TQ also for the kenduri n makan2. Nanti tahun dpn kita celebrate special sikit. Sorry guys...makan2 just for adik-beradik kt kluang...hehe.

* dah 31 tahun. tp ramai dok kata umur aku 26-28. tak cukup tinggi satu hal..huh. tak matured...ye ke...anak dah dua jon. syukur atas segala rahmat-Mu

Monday, May 12, 2008

Nurse's Day

Selamat Hari Jururawat...

Sori ibu...ayah lupa nak wish...x per...next year ayah x lupa dah...sebab dah buh reminder kat handphone. dgn harapan tahun depan x tkr hp la...kalu dah tkr hp..nsb la yea. Fuh..thn dpn dpt 250k untuk projek email...sekali ngan PDA phone utk semua ketua unit...chayo la rosli...hp free thn dpn...kui