Thursday, June 09, 2005

Kerja sia-sia

Bayang kan kalu kerja yang ko buat bersungguh-sungguh, akhirnya menjadi sia-sia belaka. Hasil kerja yg baik n teliti tapi tidak dapat di nilai. Di mana silap nyer?

Memang aku yang terkena la benda ni dak. Kalu tak dah tentu tak kuar isu ni. Malam Rabu ari tu punya la aku stay kat opis sampai 12 lebih semata-mata buat tender sbb nak submit kul 12 semalam. Mmg la tender kena buat last minute sebab aku dapat spec dari distributor pun kul 6 petang. Dah la nak isi compliance table tu tulis tangan. Abis budak trainee opis ni aku kuda kan. Nasib aku dah upah diaorg makan pizza sambil beri kata2 nasihat kat diaorg.

Stay buat tender ni adalah satu pengalaman kerja. Kena lak buat nak baca spec. Kalu jadi budak IT, spec hardware pun tak leh baca...tak leh kata apa la kan. Dah tentu ini pengalaman yg berguna utk 2 org budak trainee aku. tq to them kerana menolong. tapi nasib kita la...kerja kita tak dapat di nilai. Occay la korang aku kasi balik kul 10. aku yang sambung keje sorang2 lepas tu...rasa nak nangis pun ada.

Logik ke kuar dari shah alam kul 11.15 tapi tak leh sampai jln dato' onn before kul 12. Alasan....ikut federal...bangang tul. dah tau federal jem...apsal la tak ikut NKVE...BODOH...best nyer dapat lepas kan perasaan kat sini. semalam aku dah sepak meja kat opis. Kecoh satu opis tau aku bengang pasal tender lambat submit. Kena reject terus tender tu. Langsung x nak terima.

Kalu aku leh hantar tender tu sendiri...mmg aku dah hantar. Tapi semalam ada tender briefing kat Jabatan Perdana Menteri. tq for Nono kerana bagi tau tmpt. Mungkin ada hikmah nyer di sebalik pemergian aku ke Putrajaya. Aku jumpa MAX (Shaiful Masri). Wah! mamat ni pun dah jadi orang gomen la. dah setahun. semoga murah rezeki mamat ni. dia keje kat kementerian luar negeri. lepas ni leh la lepak putrajaya cari project kat sana...muahahaha..

4 comments:

bayam said...

gua faham perasaan lu bro.. hehehe.. nak buat camne kan.. bersabar je la.. they know that u have worked hard..

tapi ada lak org cakap lu lembap kan.. muahahaha.. bakar skit* sib baik dia menjalankan tugas yg aku berikan tu dengan cemerlang.. hahaha

salman ® said...

den baco pun dah paneh. mmg paneh pun kalau kita buat keje separuh mati n org boleh amik sambil lewa.

apsal ko sepak meja. apsal tak sepak je kepala tukang hantar tu..ehehe

EnCikLi said...

dia tak masuk opis lagi waktu aku masuk opis dan dengar berita sedih tu...

bayam said...

cikli mmg camtu.. berani kat blakang jer... hehehe budak yg lambat tu badan beso beb! mana berani cikli nak kompang dia.. dia kompang balik cikli ada ler.. hehehe