Monday, June 27, 2005

Weekend2

Weekends yang sibuk lagi…penuh aktiviti. Sabtu pagi ada MRCB Sport Carnival (Bowling). Lepas tu gi opis jab, lepas tu gi configure streamyx kat umah Azmi dan terus gi konsert AF. Siap tunggu imbasan lak. Kul 2 pagi baru sampai umah. Ahad layan Bayam lak gi GT Japan kat Sepang.


Bowling
Pagi2 lagi dah semangat bangun sebab nak pakai baju kaler orange. Kemeja utk committee…baru jer dapat semalam. Tu yang teruja sangat tu. Lepas ambik Eddy, singgah kat RHB Taman Mayang…terus ke U-Bowl, One Utama. Sampai dalam 9.40am. Aku ingat kan kami lah antara orang yang terawal…rupanya dah ramai yang sampai. Semua excited juga…lebih2 lagi ada breakfast free. Aku…terus on notebook and edit file excel result bowling 2 tahun lepas. Tukar nama player…and pass back to committee yang bertugas…Salin baju Green Beret and…go bowling…Score aku tak memberangsangkan la…151, 156 n 123. Overall…aku top 8…Yang penting…Green Beret Juara lagi…3 in the row beb…Carom, Ping Pong and Bowling.

* ciss…camner Bayam leh buat 200..hantu mana yg menurun kat dia.


Konsert AF

Malam ni konsert kira ok la…best…view pun menarik. Tak de la duduk jauh sgt dari stage. Clear la semua. Tapi kalu ada teropong lagi best. Leh zoom penari gedik di atas pentas. Yg tgk Astro ria…kamera tak zoom pun kat penari…tapi..mmg gedik dia org.

Yang tak menarik…Idayu terkeluar. Pelbagai komen…kezutan…Pelajar dgn suara power leh terkeluar awal. Tapi itu semua adalah reality show. Itu yang orang dah undi…mungkin sebab dia orang Kelantan…kurang la sikit undi dari orang KL.

Apa2 pun…MaWerld gak best…hehehe..go Ekin.


GT Japan

First time aku sampai ke litar Sepang sebenarnya. Sbb itu la ajak org yg berpengalaman. Lopeh ni..den poie sendirik jo la…teruja gak aku berada kat Sepang ni. Best..lebih2 lagi aksi bergambar sebelum masuk litar. Asal buleh jer…tq cameraman…Cuma tak dapat gak bergambar ngan awek Japan…lain kali kena cari tiket Pit Walkabout…baru best.

Ramai gak orang datang tgk yek. Bley tahan gak ramai nyer org di Main Grandstand tu. Mungkin hampir semua dapat tiket free macam aku. En Hussin…tahun depan jgn lupa kasi kat saya lagi tiket yek…terjumpa junior stj/uum…dia pun dapat tiket free…mmg sah. Ramai yg dtg hanya kerana tiket free….and nak tgk awek jepun…kui

2 comments:

bayam said...

memang ku nantikan posting mengenai bowling nie..

lie pembetulan.. no 9 yer.. muehehe
tahniah kepada peserta yg berada di no 4 tu.. muehehehe

EnCikLi said...

opss...camner leh tercampak ke no 9 ni...tak pe la...ada rezeki...cuba lagi tahun depan