Friday, July 28, 2006

Karnival Sukan

Sempena Tahun Kebajikan Negara 2006/2007 dan bersempena Majlis Perasmian Pusat Latihan Pemulihan Perindustrian (PLPP), Bangi oleh Pak Lah, satu Karnival Sukan telah diadakan. Antara sukan yang ada ialah Futsal, Bola Tampar (L), Bola Tampar (P), Bola Jaring dan Ping Pong. Sukaneka turut dijalankan pada sebelah petang. Selaku pegawai yang 'sporting', aku secara gile kuasa telah mengambil alih kuasa menguruskan pasukan ISM utk karnival ni dari Ketua Kerani (CC). Dah la last minute, kelam kabut gak nak cari player. Lelaki x de masalah. Bab pompuan ni problem ckit sbb pompuan x ramai. Terpaksa drop Netball. Aku? Dah tentu sibuk ngan ping pong.

Karnival hari Rabu (26/7)...hari Isnin lepas baru ambik keputusan nak buat t-shirt untuk Team ISM. Jumpa Datin...dia approve. Memang magik...dgn pertolongan CC dan sumber wang dari supplier, sehari je t-shirt siap. Kos pun x melampau. RM12 je selai. PA Pengarah carik harga RM30. Receiption mintak laki dia carik harga..RM22. Semua jenis nak makan besar...aku malas nk carik supplier...biar la org lama yg buat keje. Tapi lega bila dah siap and dapat pakai masa karnival sbb agensi lain mmg semua ada t-shirt masing-masing.

Secara keseluruhannya, karnival ini berjalan lancar walaupun ada sikit cacat cela di sana sini. Team ISM ada la dapt nombor walaupun bukan Johan. Ping pong dapat no3. Team no1 & no2 mmg bukan tahap aku. Semua stok Madeq. Geng pompuan dia pun bagus. Camner nak menang. Aku main pakai bed ping pong RM7.50 je...

Yang pasti...bebudak ISM semua enjoy dan Timbalan Pengarah siap cakap terima kasih kat aku sebab menguruskan Team ISM ni...bravo. Minggu depan terus cuti Isnin dan Jumaat. Assistant pun dapat and start keje 1/8...yahoooo

2 comments:

salman ® said...

bat 7.50 tu..baikk punya lantun. apa tak habaq, wa ada stock bat utk top spin..eheheh

EnCikLi said...

mana nak tau...ingat penganjur sedia kan...