Tuesday, July 04, 2006

Terlerai Sudah

Hilang sudah rindu dendam
Bila berjumpa anak isteri
Terlerai sudah kekusutan di hati
Melihat senyuman manis permata hati

Namun apa kan daya
Hanya 2 hari sahaja
Masa yang ada bersama
Kini hidup harus diteruskan
Kerja mesti diutamakan
Kalu tidak...makan pasir jawab nyer

Rindu pasti kembali
Kali ini lebih lama
Tidak dapat pulang hujung minggu ini
Kerana pergi ke Langkawi
Pergi bujang seorang diri
Bersama satu office atas tiket team building
Tak pe lah
Cuti 2 hari sebagai ganti...
Ubat rindu di minggu hadapan

4 comments:

bayam said...

perghh cikli skrang dah pandai berbahasa.. kui!

EnCikLi said...

bahasa jiwa bangsa

salman ® said...

padu tu sajak ciklee...kena pindah kementerian Rais Yatim camni ni

Anonymous said...

karaaaat....