Friday, August 25, 2006

Genting Lagi

Wah! Tension. Semalam aku dah taip half cite ni. Tapi tak sempat nak bg abis. Just biar PC mcm tu je. Ari ni dtg opis...UPS kt lab power trip. Abis semua pc shut down. Kuat tul kilat smlm. X pe la...alasan je semua tu kalu malas update blog..hehe.

Back to my topic. Rabu lepas sekali lagi aku jadi tourist guide. Kali ni bawak participant dari NAM Institute the Empowerment of Women (NIEW). Sorang dari Chile and sorang lagi dari Mauritius. Orang mintak tolong...kesian...pemurah la katakan. Lagipun org bayar semua. So nak tak nak dah terjanji nak bawak jalan ke Genting. Padahal last three week baru je bawak sedara dari Mekah...

Walau hujan lebat rabu baru ni...lepas keje terus aku ambik diaorg kat Quality Hotel and terus ke sana. Sampai dalam 6.45pm..terus beli tiket outdoor theme park. Untung gak beli tiket petang ni. Ada special rate. RM19 je. Lagipun org tak ramai sgt petang. Leh suka hati nak naik 2-3 kali. Selepas puas di outdoor....kami bergerak ke Snow World. Tetiba 2 org warga asing ni jadi kanak-kanak rebina lak. Main baling2 salji. Sampai aku pun terjebak. Kena tepek salji kat muka. Sabar je la.

Lepas makan terus balik. Sampai balik hotel dlm 12.30am. Aku sampai umah dlm kul 1 pagi. Anak minik dah tido. minik muncung je aku g sana...sabar je la...hehehe.

No comments: