Thursday, August 10, 2006

Kasihan Iman

Minggu ni, first time kami baru nak hidup bertiga. Aku ambik minik n anak hari Ahad yang lepas. Setelah settle orang Mekah naik flight...baru lah senang hati nak bawak balik mereka kat umah. Kalu tak, umah ibarat tongkang pecah. Isnin pagi, mak n bapak aku masih ada di rumah. Setelah abis urusan baru mereka pulang ke Perak. Bermakna...malam Selasa...first time kami tido bertiga dalam satu rumah. Tapi kesian Iman...meragam sepanjang malam. Pagi Selasa..aku ada rasa badan Iman panas sikit. Dah cakap kat minik nak bawak ke Klinik tapi lepas mandi kan Iman...wife aku kata...ok kot. So aku pun ke opis je la walaupun tahu dah lambat n punch kad memang akan merah kalu aku punch...kesimpulan...jgn punch kad kalu lambat...hehe. Tgh hari...minik called, suara Iman jelas kedengaran tengah menangis. Terus balik umah ambik half day and bwk Iman ke Klinik Azharah, Bangi. Parent minik terus dtg naik bas kul 2.30 dr Kluang.

Kesian Iman. Tukar cuaca agaknyer. Atau berjangkit dr anak kakak aku. Tak tahu la. Malam Rabu...bila ambik suhu badan Iman...39.5 darjah Celsius...terus ibu n ayah mertua ku suruh bwk ke hospital. Tak sempat abis makan, kalut minik aku sbb effect baby demam ni macam2 katanya. Lepas register semua...aku gegas lak hantar bapak mertua ku ke stesen keratapi sbb esok nyer dia kena kerja. Balik hospital...kebetulan Iman dah abis kena periksa...Alhamdulillah demam biasa je. Malam tu la...sedih tengok Iman. Minik aku...3 tuala kecik...penuh badan Iman. menangis tak ingat nyer. Sampai serak suara dia. Tapi nak buat camner...itu antara cara nak turun kan suhu badan dia. Semalam Iman dah kebah sikit. Malam tadi pun tido tak de la meragam sangat. Bangun tukar lampin pakai buang tu standard la kan...cuma terlambat kasi ubat je la...patut kul 3pg tp td bg kul 5pg. Moga2 Iman sihat sepenuhnya hari ni.

* mak mertua masih di rumah kat kajang.
** pengasuh Iman lum cari. Minggu depan minik dah start keje.

2 comments:

Anonymous said...

Camtu la jadi mak bapak.. tu pun baru sikit tu.. banyak lagi yg menanti anda.. anyway bersabar la bebanyak.. banyak pahala tu..

Anonymous said...

ehh kak amal dah bersuara.. hehe