Tuesday, August 29, 2006

Stesen TV

Giler agak nyer stesen TV sekarang. Berlumba-lumba untuk menambah rating siaran masing2. Sampai media pulak yang melaga-laga kan penonton untuk mengikuti program yang mana satu. Tapi yang pasti...semalam one of ISM staff jadi glamer kejab sebab masuk tv gara2 di interview oleh wartawan tanya soalan nak tgv siaran mana mlm tadi. Semalam ISM dengan kerjasama YPC telah mengadakan Seminar Kebangsaan "Masyarakat Bandar dan Isu-isu Kebajikan" di Park Royal Hotel. Media dah tentu dijemput sebab Menteri datang rasmi. Tapi yg kelakar sempat gak diaorg interview orang ramai pasal Siti & Dato K dan juga Mawi & Ina. Ada la 5-6 orang staff ISM kena interview tapi 1 org je kuar TV..hehe. Tapi aku x lak kena interview..kui. Mana tak nyer...aku sibuk dalam ballroom. Budak2 ni sibuk kt luar jaga kaunter registration.

Komen aku...
Tak patut Astro n RTM1 last minute guna kan Mawi & Ina untuk meraih penonton beralih siaran ke rancangan mereka. Memang dah Siti pilih TV3 untuk siarkan live persandingan mereka. Kenapa Astro n RTM1 takut kehilangan penonton semalam. Tetiba je buat temubual Mawi & Ina. Cit Cat Azwan juga dirakam last minute. Hanya aura Mawi sahaja yang dapat menandingi kehebatan Siti agaknya. Kesian Mawi dipergunakan. Tapi sapa pulak Siti nak buat live utk persandingan mereka.

Walau macam mana pun...aku tetap tgk tv gak semalam. Tengok dua2...keke. Nak buat camner. Tapi dalam kul 10 lebih dah tutup tv. Boring la...lagipun aku dah ngantuk. Minik ajak masuk tido...

No comments: