Thursday, January 18, 2007

Pusat Bekalan Banjir

Fuh...mcm² pusat ada bila banjir ni..dengan bilik gerakan nyer...bersepah agensi kerajaan bukak bilik gerakan. Kumpul barang...kumpul org...cian kan mangsa banjir. KPWKM pun setup pusat bekalan banjir kat kg parit raja, muar. Pengarah aku pun involve sama. Dia ngan pengaruh nyer di UPM membawa ramai student menjadi sukarelawan untuk turut membantu mengangkat barang dan menolong org ramai di pusat pemindahan.

Ahad lepas...pengarah call...dia kasi ayat bunga...puji melambung...lepas tu dia suruh aku datang g pusat bekalan kat muar tu. Nak menolak dah tak leh...mmg skill seorg kaunselor tul la pengarah aku ni. Nak tak nak...bwk minik n Iman sekali g Muar. Situ x banjir pun. Panas ada la. Situ jadi stor je. Kena jaga sistem inventori la kunun nyer. Dok lepak mcm balik kg jer 2 hari. Makan siap...baju free ada. Towel free ada. Toto pun byk..kui. Kebetulan masa aku gi sana x de barang kuar n masuk. Tak de la letih sgt.

Malam Isnin ms aku br smpi tu...dpt berita Menteri n rombongan nak singgah situ. Makan malam...kelam kabut kemas tmpt mkn je la...almaklum la..tu rumah peninggalan. Rumah dah lama terbiar. Apa yang ada je la. Bila diaorg smpi...gamat tul rumah tu. Kecoh psl diaorg hampir hanyut. Semua dah insaf kejab. Masih dipanjangkan nyawa. Polis yg iring diaorg semua cabut. Polis naik kete Waja n Kancil...diaorg naik Ford Everest 4WD...kat kwsn banjir...polis tinggal la. Nasib ada 2 org tempatan guide diaorg kuar dr kwsn banjir. Siap tunjuk gmbr tembak kat projektor la mlm tu.

No comments: