Tuesday, March 14, 2006

Institut Sosial Malaysia

7/3 hari tu, seramai 54 orang Pegawai Sistem Maklumat (PSM) baru register kat JPA. Masing2 berdebar-debar nak tau di posting ke mana. Akhirnya aku di tempatkan kat Institut Sosial Malaysia. Mana tempat ni? Sg Besi? Wah! Punya lama aku dok Sg Besi...x pernah tau pun nama ni. Bila org lain tanya aku pun that day posting mana...nak cakap pun berat je. Bila aku kasi tau...diaorg pun berkerut dahi..tak pernah dengar. Esok nyer bila masuk opis...search kat net...baru tau under kementerian pembangunan wanita, keluarga & masyarakat. Agensi di bawah pimpinan Datuk Seri Shahrizat.

Yang pasti..sbb utama aku dpt kat situ...aku letak address kakak aku masa isi borang maklumat diri. Em..aku pun x follow up ngan org JPA. Mana nak tau dia hantar posting ikut alamat. Tapi kalu request nk Putrajaya...mmg boleh...tapi request awal la. Ni bila dah kena posting situ...kena la menurut perintah. Dah nak jadi orang gomen. Ada 2 je kata2 hikmat org gomen ni

"Saya Yang Menurut Perintah" & "Berkhidmat Untuk Negara"

bukan untuk negeri...so..segala arahan kena la patuh...
Sepatutnya lepas register ari tu terus kena start keje. Tapi saya mintak delay 28/3 ni baru start kat tmpt baru. Alasan kat surat kena notice kat tempat lama. Alasan sebenar...nak kejar bonus kat sini. Hopefully dapat la. Kalu x..sesia je den sanggup ambik risiko masuk keje lambat ni. Dengar nyer tempat baru tu memang memerlukan kepakaran pegawai sistem maklumat dengan kadar segera. Berserah je la...

2 comments:

salman ® said...

pehh..sosial giler la lps ni en. rosli kita. cucukkk langitttttttt !!!!

akr4m said...

institut sosial negara ni yang kat sebelah esso/shell dan sebelah kedai dunia perabot tu kan?