Monday, April 17, 2006

3 minggu

Dah 3 minggu pun aku di tempat baru. Ok rasanya kat sini. Tapi x lama la kot sbb environment kat sini mmg selalu tukar org. Mungkin aku pun nanti kena tukar ke HQ. Mana tau...tp sblm tu aku nak jadikan IT kat sini yg terbaik. So far, aku rasa jauh ketinggalan ngan dunia luar. Tak tahu aku sama ada mmg itu environment gomen atau vendor suka kencing...hehe. Tapi lps ni sori la vendor nak kencing aku sbb aku pun dulu biasa kencing customer...hehe.

One thing kat goverment ni...for sure..politikal issue la. Naik menyampah pun ada. Yang aku sakit hati sgt...network dia la..done by GITN...dah seminggu aku panggil org GITN dtg jumpa aku...hagham tak muncul lagi. FYI...GITN ni subsidiary Telekom. Appoint by Mampu utk network goverment. EGnet...tapi aku rasa fail la. Emel aku pun dah 3 minggu kat sini...aku rasa org luar still tak leh emel ke @ism.gov.my. Best part...staff kat sini x prnh guna pun email @ism.gov.my. Ermm...tugas aku la tu nak bagi kesedaran kat diaorg utk menggunakan sepenuhnya email yg disediakan.

Harapan setinggi gunung....
tetiba rasa nak nyanyi

Tuesday, March 28, 2006

Hari Pertama

Hari ni dgn semangat berkobar2 memulakan kerja baru di Institut Sosial Malaysia. Lapor diri dekat Timbalan Pengarah je. Pengarah buat masa ni ada kat Hong Kong atas urusan kerja. Halamak...TP cha ya nun alif la plak. But he's ok. Dia ajak sembang speaking la plak. Tapi member ada sedikit nada marah pada mulanya sebab aku lambat lapor diri. Nak buat camner. Kejar bonus kat tempat lama la bos...hehe. Tapi aku dah taichi salah tu kat JPA. Aku cakap aku dah inform JPA siap aku tanya org JPA adakah perlu aku inform ISM...diaorg yg suruh aku terus daftar 28/3 je. Nasib bos baru aku memahami and dia marah org JPA...tak professional katanya.

Best part kat sini...Mr Chen panggil aku Ketua Unit IT...keke...memang la. Dah aku sorang je pun IT kat sini. Yang tak best nyer...tak de sapa nak handover apa2 pun kat aku semalam. Jenuh la aku nak study sendiri network kat sini. 2 bulan lepas ada Pekerja Khidmat Singkat (PKS) yang jaga IT Support kat sini. Tapi dia blah begitu je sbb mmg x de org pun. Nasib aku dapat tangkap dia and buat appointment Sabtu ni. At least something untuk aku start balik manage IT requirement kat sini. Mr Chen pun dah suruh aku buat chart utk Unit aku.

So dlm masa 2 minggu ni main task aku nak re-organise Unit aku and kena distribute 20 unit PC baru. Bukan aku la yg tukang bukak kotak...hehe. Apa guna ada vendor...rupa2nya...Apex Comm yg supply..cis...IBM pc lak tu...x pe...pelan2 aku tarik supplier aku...hehe..leh ke camtu..keke. First day ni pun tadi ada mamat mana tah dtg tetiba nak jumpa aku.....introduce diri dia la. Iskh...pala hotak dia. Baru first day keje dah ada supplier jumpa aku...eee..takut aku kang org salah anggap.

Hopefully aku dapat manage Unit IT kat sini and dapat promote dengan kadar yang segera..hehe

Friday, March 17, 2006

TNB

Waaa...x cukup tido. Dah la malam tadi aku tido lambat. Layan Komenwel...hehe. Channel 83, 902 & 903. Pagi tadi leh lak elektrik takde. Kepanasan kami suami isteri..hehe. Tido bogel (ops..pecah rahsia) pun leh panas. Hehe..dh terjaga tu..x tido la kami. Aku nk g keje pn x leh. X de baju n seluar yg dh siap bergosok. Dkt kul 10 baru ada balik elektrik. Terus bersiap g kl sentral.

Apa la TNB ni. Lmbt tul bertindak. Itu baru separa gomen. Kalu gomen mesti cepat kan..hehe

Thursday, March 16, 2006

16 haribulan

Hari ni genap 6 bulan kandungan isteri tercinta. Kalu ikut minggu...dah 26 minggu. Pagi tadi ada appointment ngan Dr kat Hospital Putrajaya. Kali ke-3 aku turut serta. Wife aku dah berkali-kali...hehe. Campur dia bleeding 2x sblm 1st appt yg aku join. Cian minik. Masa bleeding aku not around. Outstation...kui. Nasib ada abang dia kt umah aku masa tu. So..1st appt ms 4 bln, ada buat scan. Just nk make sure baby ok and normal. Masa 5 bln Dr x nk scan just dgr bunyi nadi jantung dia. So tadi buat scan. Hehe..baby aku bersembunyi la plak. Dr bergurau senda la plak ngan kami. Tunggu tanya baru nak cari jantina. Tapi, baby nak buat suprise. Mmg kami pun x tau lagi jantina dia. Aku cakap kat Dr...kami x kisah laki ke pompuan. Cuma x larat nk jwb bila org tanya...kui. Kedudukan baby tadi mmg tidak dpt menjelaskan jantina nyer. Bulan depan ada appt lg. Kat hospital je la. Dah bini keje kat situ...Hehe...aku rasa org yg tgh menunggu kat situ mcm bengang je minik aku trs je masuk bilik Dr nk buat check-up. Padahal kul 7 pg aku dh sampai sama2 wife ambik no siap2. Minik keje pagi...ikut terus la...x kan nak dtg asing lak. Kebetulan ari ni ada 3 tender gov aku nk kena beli...hehe. Masuk opis ptg je la jawabnyer. Ala..saat2 akhir kt opis. Beli tender byk2...tah sapa nak buat. Lantak la. Bukan keje aku dah...

Tak pe lah..ari ni x tau...next month ada lagi...

"****, bln dpn ayah tgk **** lagi yek".

Tuesday, March 14, 2006

Institut Sosial Malaysia

7/3 hari tu, seramai 54 orang Pegawai Sistem Maklumat (PSM) baru register kat JPA. Masing2 berdebar-debar nak tau di posting ke mana. Akhirnya aku di tempatkan kat Institut Sosial Malaysia. Mana tempat ni? Sg Besi? Wah! Punya lama aku dok Sg Besi...x pernah tau pun nama ni. Bila org lain tanya aku pun that day posting mana...nak cakap pun berat je. Bila aku kasi tau...diaorg pun berkerut dahi..tak pernah dengar. Esok nyer bila masuk opis...search kat net...baru tau under kementerian pembangunan wanita, keluarga & masyarakat. Agensi di bawah pimpinan Datuk Seri Shahrizat.

Yang pasti..sbb utama aku dpt kat situ...aku letak address kakak aku masa isi borang maklumat diri. Em..aku pun x follow up ngan org JPA. Mana nak tau dia hantar posting ikut alamat. Tapi kalu request nk Putrajaya...mmg boleh...tapi request awal la. Ni bila dah kena posting situ...kena la menurut perintah. Dah nak jadi orang gomen. Ada 2 je kata2 hikmat org gomen ni

"Saya Yang Menurut Perintah" & "Berkhidmat Untuk Negara"

bukan untuk negeri...so..segala arahan kena la patuh...
Sepatutnya lepas register ari tu terus kena start keje. Tapi saya mintak delay 28/3 ni baru start kat tmpt baru. Alasan kat surat kena notice kat tempat lama. Alasan sebenar...nak kejar bonus kat sini. Hopefully dapat la. Kalu x..sesia je den sanggup ambik risiko masuk keje lambat ni. Dengar nyer tempat baru tu memang memerlukan kepakaran pegawai sistem maklumat dengan kadar segera. Berserah je la...

Friday, March 03, 2006

Minyak Lagi

Minyak napa ko abis. Dah skuter aku mati tepi jalan. Pengalaman tul pagi ni. Dah tu, bateri handphone lak kong. X caj malam tadi. Iskh...bala tul. Nasib ada van tayar pecah seberang jalan. Lintas highway...pinjam handphone ane tu...call minik mintak bantuan.
Cilakak tul stesen minyak petronas kat kajang (sblm uniten). Harga minyak dah naik pun lek je diaorang dah kehabisan minyak. Stesen minyak bukak..tapi x de minyak. Bangang. Dah la minyak aku mmg nak abis. No choice..trs gak la ngan harapan smpi la kat stesen minyak Esso kat LDP tu...hancus. Tiba2 enjin mati..minyak abis la tu. Dah la mak mertua ada kat umah. Ehe..malu je.
Lps ni aku x mo isi kat petronas dah. Padan muka korang. Aku akan isi shell je. Ingat nak beri sumbangan gak pada negara..hehe. Tapi...lantak korang. Aku dah bengang. Kete mmg aku dah isi shell. Tak mo tkr dari dulu...lagipun aku ada bonuslink. That's why skuter nak la pakai petronas. Tapi lps ni...no more PETRONAS.

Wednesday, March 01, 2006

Oh! Minyak

Oh! Mengapa ko naik mendadak. 2 hari lepas bila tgk berita...macam tak percaya. Semalam pagi baca paper...baru la percaya...tapi masih tak terasa. Tapi bila malam aku isi minyak...fuiyo...selalu isi RM30 dah nak menuju Full, tapi semalam...baru lepas tengah dan lebih sikit...aaarrrgggkkk. Terus hari ni naik moto gi keje.
Itu baru kereta kancil. Tahniah la kepada orang lain. Ayat aku kat bos aku smlm..
"Gaji besar, kete besar, maintenance tinggi. Gaji kecik, kete kecik, maintenance sikit". Jangan dia terasa dah la..kah3x. Tapi bos aku smlm pening sbb nak kena repair econ smpi 2 ribu lebih...GM pun leh pening kan nk tukar aircon setakat 2k.
Pagi tadi masa aku isi minyak moto aku...kete Waja isi fulltank..RM97. Fuh...sekali isi. Kalu sebulan 5 kali isi. Itu kalu 5 kali. Kena 10 kali. Tahniah la kerajaan dan orang yg bisnes minyak ni.

Tuesday, February 28, 2006

TGONTG versiku3

Tadi dh submit surat terima kat JPA beserta ngan maklumat diri. Bermakna aku sudah terima jawatan yg ditawarkan. Cuma aku ada tanya by phone last week kat bahagian pengambilan..aku mintak mula lambat sikit. Ari tu memang berkobar-kobar nak start terus. Tapi bila dengar tak sempat dpt bonus...tu yang trs call JPA. Bagus...leh start kat gomen lmbt ckit..alasan kena notice kat tmpt lama..padahal cuti aku setambun...dkt 3 minggu...hehe...best nyer...insya Allah la...bonus pun dpat..gaji 2 tempat jalan...tu semua nak buat bekalan bila gaji makin menurun nanti...

So aku nyer last day kat MRCB ni hopefully 31/3 nanti and start kat tempat baru 3/4 nanti. Harap takde sebarang masalah nanti.

Tuesday, February 21, 2006

TGONTG versiku2

Akhirnya aku ambil keputusan untuk berhenti kerja dengan MRCB. Memang sayang. First job. Macam first love jugak la kan. Orang selalu cakap susah nak lupakan first love. Hehe...macam situasi aku jugak. Sewaktu blog ini ditulis. aku baru je siap print surat resign aku. And dah submit to my GM (superior). What to do. Aku pasrah. Mungkin ini masa depanku.

Tuesday, February 14, 2006

TGONTG versiku

kali ini kali ke-2 dpt offer keje baru. tapi berbeza ngan sebelum ni. dulu keje private, tp kali ni dpt offer gomen. dulu gaji naik sikit, tp kali ni gaji turun sikit. wah! tough decision man. dulu rezeki org nak kawin, kali ni rezeki anak kot...
kalu dulu aku tolak keje baru..habuan...dpt honeymoon free. tapi kali ni?

kali ni hati aku berat nak ke gomen. sbb apa...dkt ngan minik. haha. tapi x official lagi. so..masih baru leh pasang angan2 je. surat dari JPA lum dpt lagi cuma baru dpt surat dari SPA. bos aku dah aku kasi tau supaya dia leh buat perancangan awal kalu nak kena cari new staff. Once dpt surat je...huhuhu...

Thursday, February 02, 2006

Cuti Panjang

Wah...best nyer cuti panjang kan. Org KL cuti smpi 9 hari (sapa yg sambung cuti hari jumaat la). Em...aku...khamis lps dah cuti. Lps ambik minik dr hospital (keje mlm), trs balik Kluang. Best tul balik kg awal...x jammed. Aku kn ambik cuti awal sbb kebetulan my wife x keje khamis, jumaat & sabtu lps. Hari Ahad dia mntk tkr cuti ngan staf lain. Isnin, Selasa & Rabu dia apply cuti. Yang sedih nya...cuti dia x approve. Kena la balik awal...balik awal ke kl pun x jammed gak..;)

Yg paling x best...tercongot la aku kat umah 3 hr x tau nak buat apa. Jd la surirumah sepenuh masa. Siap hantar ambik bini keje...Bagus nyer encikli ni...
Cian my wife. Dah la cuti x approve..siap ada org potong trip cuti dia. Naik keje...ada staf nurse syif dia EL lak..keje 2 org satu wad. 2 hari lak tu...teruk la management hospital putrajaya...eeemmm

Wednesday, January 18, 2006

Skype

Alamak...aku dah terpengaruh ngan benda chatting ni. Start isnin ari tu aku download and install benda ni. Ni gara2 YM x lepas kat opis la ni. So, kengkawan...sesapa yg ada skype gak...sila lah add id aku...ulik94. senand nak online selalu..muahaha.

Apa baguih nyer sentiasa online ni? bukan apa...senang nak dihubungi selain guna telekomunikasi. jimat pun jimat. no cost...kalu pakai company punya la...sapa yg guna broadband sendiri tu...byr je la tiap2 bulan yek.

Wednesday, January 11, 2006

Pengorbanan

Semua ingin melakukan ibadah korban sempena Hari Raya Korban. (Jika mampu). Aku...tahun ni belum lagi. Insya Allah tahun depan...eh...tahun ni gak, akhir tahun nanti, kalu x de aral melintang, akan turut serta jugak. Tapi tahun ini...sempena Aidil Adha...aku hanya dok umah sorang² layan Astro..hehe. Lps smbhyg raya..balik masuk umah, kunci pintu rapat²..takut org dtg umah..aku jamu air sejuk je la kang gamak nyer. Minik keje pagi. Itu lah pengorbanan aku tahun ni. Lps wife balik baru gi ambik dia and terus gi umah kakak aku. Baru la aku merasa mkn nasi impit and rendang daging. Nasib Raya Haji je...kalu Raya Puasa...huhu...mmg shahdu. Tapi aku kena tabahkan diri kerana itu mmg bakal aku tempuhi.


* kahwin bukan dgn dirinya sahaja..malah keluarga & kerjaya sekali.

Monday, January 09, 2006

Salam AidilAdha

Kepada semua sahabat dan rakan taulan, SELAMAT MENYAMBUT AIDILADHA

In a hadith narrated by Anas bin Malik,
the Prophet Muhammad said :

“whoever slaughtered the sacrifice before
prayer, he slaughtered it for himself,
and whoever slaughtered it after prayer,
he slaughtered it at ther right time and
followed the tradition of the muslims”


-Bukhari-

Wednesday, January 04, 2006

Good Bye 2005, Welcome 2006

Berlalu lah sudah tahun 2005 yang pasti tidak dapat aku lupakan. Antara yang menarik, semestinya sudah bergelar suami pada tahun ini. Seperti yang aku pernah rancangkan semasa zaman study dulu, nak kahwin pada umur 28..so mmg impian menjadi kenyataan. Target 2006 pulak, sudah tentu utk menjadi bapa la plak...hehe. Insya Allah.

Malam New Year hari tu...sempat jugak aku berada di Alamanda. Bosan nak duduk umah sorang2. Lepas hantar minik gi kerja terus menuju ke sana. Kebetulan lak ada konsert, leh la layan gak. Sampai2...sepupu aku tgh nyanyi la plak...sian dia..ramai org tak layan sgt lagu dia. Maklumlah...irama Malaysia. Lagipun ramai anak muda jer yg ada kat kawasan padang tu. Tapi meriah la gak pentas bila penuh dgn penari dari Taman Mini Malaysia. Antara artis lain yg ada...Mirwana, Amy Mastura, Siti Sarah, VE. Lepas countdown...bapak nabila kuar...pewittt..first lagu dia mmg evergreen tul. belum sempat Amy kuar suara...semua org dah nyanyi ramai2. Leh lak mic spoil..30 saat kemudian baru kuar suara Amy. Kemuncak nyer...Spider menghangatkan suasana. Sama gak...sound system bikin problem. Aku blah awal takut jammed. Keseluruhan nyer tak best sbb x dapat ngorat awek...opss!!

Friday, December 30, 2005

Interview

Huh...lemah lutut tul bila aku kena interview. Bila cakap ngan awek...ayat bukan main lagi. Bila sembang deras...cakap tak nak jatuh, macam bu***. Padan muka aku. Self confidence masih di takuk lama. Camner ni. Ni nak kena masuk Fitness First ni sbb salah satu kebaikan dia...leh tambah kan self confidence...hehehe. Terpoyo lak aku.

Semalam melayan perasaan pergi interview position SE kat MMU Cyber. Walaupun hujan, ku redah jua. Smpi lambat...tulis kat dlm email 9.30am. Sampai2...jenuh carik. Kata tingkat 1, puas carik..tanya org...kata ting 3 lak...carik lagi...takde apa2 pun...kebetulan ada org kat situ...ckp ting 4 lak...iskh...nasib aku nak gi interview. Dan nasib gak terserempak ngan student MMU yg cun. Dressing mcm nak g clubbing pun ada budak2 ni. Terus reda kemarahan aku. Nak masuk bilik menunggu...mak aii...ramai nyer org. Ada dlm 11 orang...sofa x de kosong lak tu. Kena la aku lepak kat luar. Tunggu punya tunggu...interview tak start lagi pun. Bila start...rupanya position letchurer jalan dulu. ceh...yg HR MMU panggil kitaorg sekali time ngan letchurer nyer interview buat apa. Punai...kul 12.30 baru start interview utk SE. Menggelabah aku tgk muka Madam Lee. Tapi President MMU sempoi...siap leh hulur kuih raya masa interview...camner saya nak ambik makan President...mulut tgh melayan soalan Madam Lee...hehe...apa2 pun result nyer...macam tak yakin jer aku sebab aku tak suka kencing masa interview..

Wednesday, December 28, 2005

Fitness First

Setelah berkali-kali appointment aku ngan Muzaffar terpaksa ditunda (malas nyer nak ke area Damansara dari Kajang), akhirnya aku mengalah dan munculkan diri di Fitness First, the Curve semalam. Kul 8 aku dah smpi walaupun appt kul 8.30pm. Saje nak cuci mata dulu kat situ. First time sebenarnya aku smpi the Curve ni.

TQ to kawan kita yg memperkenalkan nama aku kat Fitness First ni. Mmg best tmpt ni. Puas si mamat Muzaffar ni memujuk aku utk sign up kat situ. Macam MLM lak cara dia memujuk aku. Bayangkan harga registration fee dari RM500 leh turun ke RM50 jer. Akhirnya dia tewas jugak ngan aku. Bengang je member sebab kawan dia kat table depan berjaya menarik ahli baru. 2 orang lagi. Alasan aku cukup kukuh. Jauh banget aku nak beraksesis. Aku tunggu Fitness First Alamanda bukak...alasan aku.

Kepada kengkawan yang nak menjaga badan, mmg aku pun nak saran kan kat korang...fitness first mmg antara tmpt yg sesuai. Best tmpt ni. Harga pun berpatutan cuma aku lum lagi la sbb jauh sgt. Kalu ada kat Alamanda...tertarik menarik dan da boom jugak aku...hehe

* ini lah rupanya rahsia kekurusan ko yek Fauzi

Tuesday, December 27, 2005

Aquaria KLCC

Akhirnya berjaya jugak kami berdua sampai ke Aquaria KLCC setelah gagal pada cubaan pertama akhir Ogos lepas. Kali beratur hanya 15 meter dari kaunter compare dulu...aku ingat ada 300 meter ada jugak kot. RM28 seorang. Kali kan 2...RM56. Takper la...minik nak tgk sgt ikan jaws kat dalam tu. Aku biasa2 jer. Tapi view dia kat dalam mmg superb. Kepada pecinta hidupan laut...mmg best la layan. Dok je kat dalam tu 5 jam...x de sapa nak marah. Ingat...bwk MyKad anda...kalu x, kena RM38 seorang. Kepada kengkawan yg masih belum buat MyKad tu...insaf lah sikit. Jadilah warganegara yg bertanggungjawab. Eheh...ada lak selingan di situ.

Gambar dari kamera kami...tak berapa superb la. Kalu ikut rules & regulations, x leh pakai flash ambik gmbr. Tapi sekali sekala aku tersasul gak pakai flash..hehe. Biasa la tu. Minik byk ambik movie. Teruja dgn jerung yg lalu atas kepala kita...hehe.

Wednesday, December 21, 2005

Lama Nyer

Sungguh lama aku tidak ber blogging. Adakah kerana aku tiada idea. Atau tak de mood. Atau lebih mudah...tgh malas. Apa nak jadi ni...semua benda nak malas. Dok umah kemas umah lagi best. Hehe..sejak dok berdua ni...asyik nak mengemas umah je rasanya. Ada lagi barang yg tak kuar dari kotak n plastik. Walaupun mmg umah aku tak de brg byk pun. Kosong jerk. Lain lah kalu dapat set home teater masa lucky draw ari tu. Last weekend MRCB buat annual dinner kat Crown Plaza Hotel (Hlton KL lama). Ehehe...tmpt aku berak, kencing, tido n mcm2 lagi dulu2...yg best nyer malam tu...org semua minum orange n sirap jerk...aku leh minum mango juice. Free lak tu. Kenal budak banquet kat situ...dah org offer...aku terima je la.

Aku dapat apa malam tu...hampeh...dapat dish drainer jer...tapi IKEA nyer..product koro je tapi RM90 tu..mcm aku tak caya jer...tapi ttp aku tak guna sbb benda aku dah ada walaupun beli ngan harga RM12 je. so yg dpt free simpan bwh katil jer. Jeles gak tgk org ada dpt hadiah best2.

Top 5 Lucky draw:
1. Set home teater (Pioneer) + 26" LCD TV (LG)
2. PC
3. Voucher IKEA RM1,500
4. Sony Digital Camera
5. Lupa dah....

Lepas umum je 1st tp bukan nama aku, terus balik. Singgah jab kat kaunter Adibah Noor beli CD. (yg dpt 1st prize baru 4 bulan keje - rezeki namanya). Kuar jer hotel...perghh....jammed yg amat..tau2 je la jln bukit bintang. One way nak lalu jalan p.ramlee. minik kat sebelah dah turun seat...ngantuk...keje pagi. esok pun keje pagi...kena la kasi can dia tido. Nasib masuk je jln tun razak...jalan dah clear trs smpi umah.

Sunday, December 04, 2005

Macam²

Tender
Tension betul menunggu pricing masuk. Semalam dtg opis x berguna je rasanya. Hari ni buat langkah bijak. Gi cc kat umah jer. Ni yg buat nak masuk streamyx je rasanya kat umah. Kalu ada internet kat umah, jawabnyer mmg masuk opis lmbt la sbb leh keje kat umah je...hehehe. Tadi baru je installer astro datang pasang astro kat umah. Lek je terminate yg lama dan apply yg baru. Senang cite...sapa nak beli dekoder lama aku...ada org nak beli RM100.

Sate Kajang
Semenjak² jadi orang kajang....dah 3 minggu berturut² aku makan sate hj samuri. Apa la jampi yg diaorg pakai. Hehe...nampaknyer sampai muak kot baru nak berhenti jadi pelanggan hj samuri tu. Nasib dah kenyang baru jalan gi open house umah bos. Tak best langsung sebab makanan dah abis. Sia² je kuar masuk umah tunggu ayam goreng. Tu la..sapa suruh dtg lambat. Padan la muka aku...hehe..Apa² pun...bos....selamat pergi dan kembali...