Tuesday, May 31, 2005

Ping Pong

Atau pun nama orang putih nyer..table tennis. Aku mula mengenali meja ping pong ni dari umur 5/6 tahun lagi. Kebetulan jiran depan umah ada meja. Selalu gak main petang2 ngan dia orang. Dari situ lah aku mula berjinak sehingga boleh mengalahkan pak cik jiran depan umah aku tu. Malang nyer..setakat tu je la penglibatan aku. Kat sekolah rendah...tak terdedah langsung. Ada la kot darjah 5...Kelab Ping Pong. Tak aktif pun. Takde pun main petang2 mahupun selection utk wakil sekolah. Begitu juga kat sekolah menengah. Meja ping pong pun tak de. Tak musim sukan tu kat sekolah aku. Ragbi, kriket, bola & hoki antara sukan glemer. Ping Pong tak masuk list. Sekali lagi bakat aku tak dapat digilap. Masuk jer matrikulasi...mak aii...power2 beb. Wakil negeri la...wakil sekolah la...wakil daerah la...??emmm..leh wakil apa lagi yek. AKU...seronok tgk diaorang main jer la. Nak join...tahap hikmat terlalu jauh. Hikmat batin tak boleh guna la plak...kalu tak selamba jer aku belasah dia orang.

Tapi masa ni la aku lebih mengenali sukan ni. Nak beli getah dia jer..rupa2 nya makan ratus. Tu belum nak jaga getah tu lagi. Ada gak foam special. Kalu aku...main belasah jer. Janji sedap pegang...sedap smash.

* Letih..baru lepas main ping pong kat bawah tadi. praktis utk sports carnival...
GO GREEN BERET

Monday, May 30, 2005

AF3



Hehe..poyo gile aku. Dapat bergambar ngan Diana..peserta yg tak dapat jadi student AF3...tapi dah gi buat show merata...kebetulan aku ada kat opis hari Sabtu baru ni. Turun Alam Sentral sebab lapar..nampak budak2 ni terus singgah jab. Ada Mawi, Yazer, Rina & Diana...so...Diana je la yg dapat bergambar ngan aku...laga dada tu..kui.

Rina x mo la...laki dia ada kat situ...kui..mmg tak hemsem langsung laki dia. Mesti poket penuh.

Ingat nak gigih borak ngan Diana...modal dah ada...x pe la..lain kali ada peluang..x leh lepaskan

Friday, May 27, 2005

The Contender

Aku antara orang yang dok layan gak realiti tv show ni...best gak tengok orang bertumbuk sesama sendiri ni. tapi sebenarnya...sports ni antara yang terbangang gak sebab mencederakan diri sendiri..haha. mana tak nya...sampai koyak muka. giler. tapi best la tengok kepantasan tumbukan dan gerak geri badan diaorang ni. seni...cuma masa finale contender...tak best la...si peter jr tu penakut la..asyik peluk sergio jer...so..dari awal lagi terus aku pilih si latin snake utk memenangi perlawanan itu. best lagi pertarungan tempat ke 3/4...si jesse mmg power cuma dia terlalu angkuh hingga bukak banyak ruang untuk gomez mendapat peluang melepaskan tumbukan tepat ke muka jesse.

Maklumat lebih lanjut utk Contender

Thursday, May 26, 2005

Happy Birthday

.

Happy Birthday to you.
Happy Birthday to you.
Happy Birthday to ROSLI...
Happy Birthday to you..


yahoo!! dah 28 tahun. apa wish aku utk umur 28 tahun ni...nak kawin..hahaha...aku mmg dah letak target ni dari masa study kat UUM lagi. nampak nya...insya Allah terkabul la hajat aku nak kawin pada umur 28.

Sambutan sempena ulangtahun ke-28....takder...tunang jauh. nasib semalam ada buat company meeting and sambut birthday utk semua bulan 5 dan kebetulan on my birthday. ada la kek...cheese kek lagi...best nyer..yummy...

x sabar nak tunggu ahad..nak sambut birthday bersama si dia.

Saturday, May 21, 2005

Akademi Fantasia

Malam ini Konsert Prelude Akademi Fantasia. Seramai 20 orang peserta akan berentap untuk menjadi 12 peserta Akademi Fantasia 3. Sudah tentu ramai yang 'Dah Terkena" ngan penangan AF3. Malam ni...ramai yang akan kansel segala aktiviti kat luar. Termasuk aku...budak MRCB ada ajak main bowling kat OU..torus tunda ke malam esok kerana semua tidak mahu ketinggalan menyaksikan konsert prelude ini. Sudah tentu akan menjadi bahan bualan di hari Selasa nanti. Sudah tentu seperti satu kerugian jika tidak dapat sama2 memberi pendapat tentang peserta di malam konsert.

Begitu hebat rancangan AF ni. Kenapa realiti show di stesen TV lain tidak dapat menandingi kehebatan AF. di mana silap nyer. Audition...aku pun tak tau psl show ni..tetiba dah ada orang menang. peserta yang memenangi show ini last season pun...tak tau apa hasilnya. di mana salah nya.

AFUNDI CIKLI

Thursday, May 19, 2005

Scandal

Tajuk kali ini terlalu 18SX.

Tapi aku saja nak cite pasal kisah skandal ni. Hehe...sbb apa? Entah. Apa maksud skandal ni. Byk tafsiran nyer. Kita semua dah besar yek. Pandai2 la fikir. Ada gak orang berskandal untuk kebaikan sendiri. Dah tentu benda ni berat kepada kaum perempuan @ wanita. Selalu nyer secretary melayan bos. Atau bos yg mencucuk sekretari nyer. Bermacam jenis lagi skandal yea dak.

Aku???...hehehe.

Monday, May 16, 2005

Tersepit

Adus...apabila berada di situasi ini...pecah kepala nak pikir. Bak kata pepatah, ditelan mati mak..diluah mati bapak. Kadang2...malas nak pikir masalah ni. Tapi mana ada hidup yang tak de masalah. Namun..mana ada masalah yang tidak boleh diselesaikan. Cuma jalan penyelesaian yang berbeza2. Jika jalan A yang diambil..sudah tentu keputusannya A jugak. Begitu lah jika jalan B yang diambil..hasil sudah tentu B jugak. Tak mungkin hasil adalah B jika jalan A yang diambil. Tak de shortcut dalam kehidupan.

Berbalik kepada isu aku sendiri...aku berada di tengah2 antara company sendiri dan company partner. Dua2 kena layan...si management company do mengata partner. tapi selama aku lepak ngan company partner...ok jer rasa. Betul jer keje diaorg...iskh..penin bak kata ezlyn...i really want involve in this project. Broadband wireless..siap leh roaming lagi. Kalu jadi project ni kat Telekom...perkh...masyuk la. Yg best nyer...nanti leh la aku gi US...angan2 jerk

Thursday, May 12, 2005

Amazing Race 7

Semalam kul 2 tido sebab melayan cite ni. Terlepas show kul 8. Ingat kul 10 start. Rupanya kul 10 yang abis. Layan gak Amazing Race ni. Best la dari Explorace. Tak la boleh compare sebab sponsor berbeza2. Budget pun tak sama. Audience pun lain.

Yang puas hati nyer. Rob&Amber kalah. Tak kisah la sapa menang selain diaorg. Cukup lah diaorg menang survivor. Bagi lah can kat org lain sama. Lagipun cara permainan Rob jahat giler. That's why semua org benci kat dia. Sekalung tahniah kepada pemenang.

Tuesday, May 10, 2005

Kemas

Setelah buhsan giler melihat meja aku yang macam tokang pecah...aku berjaya mengemaskan kembali meja aku. Siap mengambil kesempatan di atas ke'teror'an aku menukar PC dari P3 ke P4. Siap ada CCTV lagi...bila meja dah kemas ni, nak buat keje pun semangat la sikit. Kalu tak..serabut jer keje.

Monday, May 09, 2005

Tukar Tayar

Weekend baru ni baru jer tukar tayar depan...waa...nasib ada rezeki lebih sikit...siap servis kete sekali. Set ngan Omaq sbb dia leh kowtim harga kat satu bengkel Tmn Melawati. Jauh2 pun belasah jer la...lepas ambik ehem...ehem..terus ke sana. Sekali sampai sana...mak mertua Omaq pun ada sekali...dia pun buat kete gak. Patut la Omaq ajak gi situ. Mak mertua dia Otai kat situ.

Aku buat servis sekali. Alignment kete pun lari. Siap kena betul kan chamber depan dan belakang. And tukar wiper..semua RM360. Ingat aku dah mahal...tgk Omaq lagi mahal...RM600 mamat tu habis...tukar absober tu...siap mintak bantuan kat FAMA...tak aci tul..

Cite pasal kete ni...mileage kete aku dah 153,000...pergkhh...tak tahan. Tah mana aku gi. Kalau nak bandingkan ngan Sen..dah tentu aku tinggal dia jauh gile...claim mileage kat company average RM600++...nasib pakai kancil...minyak sebulan RM300. Duit tol lagi...nak kena servis kete lagi...claim mileage ni bukan lah untung sgt sebenarnya...

Sebab claim bulan ni cecah RM800...selamba jerk aku zrass beli Smart Tag semalam. Hahaha...Bayam...gua tinggal lu kat tol la lepas ni..



Omar and ehem..ehem...aku.

Thursday, April 28, 2005

Futsal

Adakah satu trend sekarang ni...???

Begitu banyak court futsal sekarang ni. Kat mana2 pun ada...bukan setakat klang valley, dah menular ke negeri2 lain pun. Macam aku...baru jelajah mana jer pun..Segambut...rio d'futsal...x'treme park and sport planet sunway dan juga shah alam. Malam tadi baru lepas main ngan budak opis. Tak cukup orang. 8 orang jer..penat yang amat. Tapi kira ok la sbb aku score byk..hehe.

Antara game yg paling tak best ialah main kat x'treme park. Main secara poyo...buhsan giler. Dah la main ganas. Pastu asyik nak rembat jerk...busan la. Aku ni bukan la terror main bola sgt. Mmg tak terror pun. Tapi boleh la setakat nak main pass sana...pass sini. Rembat mmg tak terror..hehe.

Napa futsal leh naik secara tiba2. Bukan setakat org melayu jerk main...cina and india pun dah main futsal. Dan bukan setakat lelaki jerk...org pompuan pun dah main futsal. Tua muda...kira nya sukan ni dah jadi trend..

Marilah bersukan demi kesihatan bersama.

Saturday, April 23, 2005

Serabut





Meja yang serabut

Ini lah keadaan meja aku ketika blog ini ditulis. Semak...sesemak otak aku melihat keadaan nya. Makin hari makin semak. Nak kemas tak terkemas kemas lagi. Baru gigih nak start kemas. Kat sebelah ada Misha Omar la plak. Terpaksa la tangguh kan dulu niat ku yang murni tu. Kena gi layan awek lama kat Alam Sentral jab. Best wooo sekali sekala mengimbau kisah silam...hehe.

Balik dari Alam Sentral nanti...pasti meja ku akan bertukar wajah....

Thursday, April 14, 2005

Virus

Bermacam-macam jenis virus ada. Virus penyakit, virus komputer pun ada. Yang aku sakit hati...PC aku pun kena virus ni. Tension tul. Dah la aku tengah gigih nak buat keje lak yang kena. Tah apa benda aku pun malas nak layan. Nasib ada notebook. Boleh lak PC aku tak leh on lelama. Tetiba je popup windows pastu nak restart PC aku dlm masa seminit. Iskh...

Macam2 cara virus leh tersebar luas kat network sesebuah company. Kena lak sekarang ni bermacam-macam jenis spyware yang wujud. Spyware lagi ganas. Hanya dengan klik kat popup windows bila kita masuk website yang tah apa2...natang beruk ni dah leh masuk ke PC kita. Sama gak kalu bukak any atttachment email yg pelik2. Dah kena. So...kengkawan, berhati2 lah apabila guna PC tu. Nanti abis semua data hilang.

Friday, April 08, 2005

Snooker

Eheh..hari tu bowling...kali ni snooker lak. Baru la variasi.

Semalam terjebak bermain snooker. Lama dah dah main game ni. Ni antara game yang aku tak terror2 sampai sekarang. Straight ball pun tak leh masuk. Letih tul.

Ramai yang masih memandang serong game ni. Kenapa yek? Mungkin tempat snooker selalunyer tersorok. Gelap...dan sbb itu ramai ibu bapa yang tak kasik anak2 nyer bergiat dgn sukan ini.

Aku..mula terjebak...em..bila yek...lepas SPM la kot...sama ngan bowling dulu la kot. Ngan budak2 part-time hotel. Lepas tu sambung masa matrik. Kompleks Peruda menjadi destinasi setiap kali keluar ke Alor Setaq.

Wah! Ingat nak panjang lebar blogging hari ni...tapi ngantuk la...balik dulu la yek..babai

Thursday, April 07, 2005

TQ Azam

Masih sempat lagi kot nak ucapkan ribuan terima kasih kepada Azam sebab OPTAB hari tu. Sedap gak kan makan kat Vichuda TomYam tu. Kena lak orang BEL. SGT dia memanjang tu.

Dah berkembang maju perniagaan Vichuda TomYam. Dari satu lot dan terus membesar ambik lot sebelah. Corner lot lak tu. Siap leh extend ke luar lagi. Tepi longkang..hehe. Mamak kat sebelah siap tak de orang pun. Mamak tu tak cukup mandrem kot. Vichuda nyer lagi power kot. Hehe..asal perniagaan laris jer..mesti dikaitkan ngan mandrem...gantung sana..celup itu..celup ini..susah. Omar...apak hang hari tu tak gantung apa2 kot. Jangan marah..tapi serius Omar. Konsep Ciciz tu dah ok...food sedap...cuma location je silap sikit. Kalu kena tempat nyer...aku rasa leh gi jauh.

Melalut gak aku ni. Berbalik kepada Azam...lepas tu gi lepak ke Uptown lak. Lama tak jumpa. Borak je la...cerita Arab gak la yang kuar. Best je dengar pengalaman orang. Rezeki memasing...

p/s: tq baju...

Monday, April 04, 2005

Bowling

Sorry guys...masih ada yg main game ni.

Semalam baru jer main bowling. Ada org invite join tournament...terpaksa lah tunjuk skill yang ada walaupun tak la berapa terror. ANSARA nyer tournament. Tah bila masa aku belajar kat MRSM...eee...tak koser. Saya budak sains la. Junior KMKN/UUM yg ajak. Besen@Potet aka Fauzi yg mengajak nyer. Setelah melihat ke'terror'an aku di Alam Sentral Bowl....kui. Not bad...team aku menang kot sbb lps abis 2 game...aku terus belah. Nurse dah menunggu. Tgh merajuk lak tu.

Sebelum tournament, hari sabtu ajak Omar test lane dulu. Saje jerk 'bakar' dia. Ada ajak lawan...kan dah kena. TQ Omar sebab belanja 1 game and belanja makan...best la lobak putih tu. Lepas ni leh la ko masak kat umah yek.

Bowling...aku start menceburkan diri sekitar lepas SPM. Join budak2 part-time hotel aku keje dulu. Biasa nyer lepas cash kan voucher gaji...kami akan ke Federal Bowl. Mula2 tengok org main jer...bila dah start...tak leh tinggal. Bila masuk matrik kat Kuala Nerang dulu..stop kejab..sbb x de bowling kat Alor Setar. Apa nyer bengap dah...kena layan snooker jer kalau nak berhibur pun. Lepas tu baru ada..Sentosa and kat City Plaza. Tapi selalu main kat Sentosa la...murah and...of course dapat kasut n stokin free. TQ Adeq...Zaman kegemilangan bila Haizrul bawak kete...seminggu 3 kali gi main bowling...gigih betul. Tapi gigih lagi main bowling ngan Mat Sen. Pergi Alor Setar naik Kriss jerk. 10 game satu hari.

Dari dulu mmg dah berniat lps blaja nak beli bola sendiri bila dah keje...4 tahun keje baru beli bola sendiri. Itu pun kena racun ngan budak opis sbb nak main utk MRCB nyer sport carnival. Beli pun bola murah. Insya Allah...nanti nak beli bola yg mahal lak. Baru betul2 leh buat bola hook. Siap nak pakai tgn robot. Baru leh jadi the poyost..hehe.

Saturday, April 02, 2005

April Fool

Halamak...lmbt post la...lupa lak semalam is April Fool. Rugi tak kena kan sesapa smlm. Kalu tidak mesti best. Hehe...macam la aku pernah celebrate before. Tapi...ada jugak org celebrate benda2 ni. Radio kat Malaysia pun cuba buat lawak bodoh. Kena kan para pendengar.

Sebenarnya tarikh 1/4 ni ada history kat aku. Susah nak lupa...kena lak kete aku sendiri ada nombor2 ni...WJC1041. Kalu dibaca dari belakang...1st April 2001. Wah! Kenangan manis kau dan aku...usah diragu. Na..na..na..na...alamak..failed la nyanyi. Sori guys...camner nak gi karao ni...Azam nak bel VIP la plak. Omar pun nak bel karao jugak...yahooo...jadi tukang backup singer pun ok lah.

Tarikh keramat yg sudah melekat kat aku. Slowly nak lupa kan. Susah kan selagi dok pakai kete plat 1041. Emmm....sapa nak beli kete aku.


* cite pasal April Fool

Friday, April 01, 2005

Free Seminar

Benda yang paling best dalam dunia ni....benda FREE. Seminar pun ada yang free gak. Lagik best..bila lak dapat barang free kat seminar tu.

Tadi baru jer pergi Seminar VADS IPBX...bohsan giler...siap leh tido. Bos aku pun siap sms kata boring. Dia pun ada terlentok gak. Apa lagi...aku pun lentok dgn lebih hebat nyer la..nasib ada M&M...tq hotel hilton kl...leh gak layan hilang boring. Cair di mulut tidak di tangan. Yang best lagi tadi...lepas submit evaluation form, dapat handy drive 128MB. Ok la...benda free...hehehe.

Bukan seminar ni jerk yang aku pernah dapat barang2...macam seminar/training yg dah aku attend. Kena lak yang ada lucky draw. Nasib aku selalu nya baik la. Lucky draw aku pernah dapat jam, Linksys Media Adapter, Voucher Jusco RM100 dan macam2 lagi. Itu belum yang mmg semua org dapat bila attend seminar macam T-shirt, Beg, USB wireless adapter dan tah apa2 nyer barang lagi...

* Sapa nak handy drive 128MB...RM40

Tuesday, March 29, 2005

Gegaran

Wah! Topik hangat hari ni. Ni versi aku...

Aku kat lobby kelaput masa gegaran tu...mmg aku sendiri tak rasa apa2...tapi tetiba ada budak lelaki 2 orang turun lari guna tangga...pastu jerit kat kawan dia yg memang sedia ada kat bwh...penin..penin...siap guling2 kat lantai. I though it was a joke...tapi bila tengok satu kondo turun beramai2...ini bukan lawak dah bang...yg ada dukung anak pun yea...penuh orang kat pool and area pondok pak guard tu.

Terus call budak umah...lek je Omaq cakap aku gurau...tingkat 3 tak rasa apa2. Aku suruh dia turun dan lihat sendiri. Mmg kalut...budak opis yg duduk Tiara Kelana pun call aku ckp kat kondo dia semua org turun...wah...hebat...

Aku kuar jab..lalu kawasan MAS training center tu pun orang ramai kat luar...dengar radio mmg ada gegaran kuat. Balik umah try pasang radio...channel CNN tak de la plak. Sekali bukak channel 15...rileks jer chatter ckp bukak ntv7. Baguih dok ada la ntv7 ni..nak harap kan RTM...mampuih dah semua orang tak tau...

* Alhamdulillah takde Tsunami...cuma ada minor je la...bangunan runtuh kat Pulau apa tah tadi...ni semua petunjuk daripada-Nya

Monday, March 28, 2005

PC Fair

Semalam aku ke PWTC...sebenarnya...ni lah first time aku ke PC Fair.

Meriah tul rupanya. Mmg murah harga...sapa tengah banyak duit and memang nak shopping..ini lah masa yg sesuai. Aku nak cari digital camera...usha jer dulu...mmg murah. Nanti PC Fair bulan 8...terus beli...

Niat aku nak jalan2 usha kamera and tgk keadaan PC Fair. Tapi bos aku dah awal2 lagi kirim HP OfficeJet 5510. Ok la...tolong beli. Tapi sebelum beli, aku tersinggah gerai majalah. Menarik gak promotion dia...terus subscribe setahun majalah 'PC Magazine'. Aku jugak nak tanamkan minat membaca. Hehe..nak tambah ilmu pasal dunia IT ni. Maklum lah..nak kena tahu gak new product in the market. RM90 jerk...yang best nye...masa subscribe jerk...dah dapat speaker...game pad (USB)...dan barangan kecil yg lain. Dan juga layak utk lucky draw...siap cabut 2 kali. Yg first dapat set pen & pensil...dia suruh cabut lagi...terus dpt thumb drive 256MB. Wah! itu je dah RM70...campur barang lain tadi....macam aku subscribe majalah tu..FREE je..rezeki first time datang PC Fair ni..siap gambar kena ambik lak lepas tu...tunggu la masuk majalah PC Magazine...nasib dah subscribe..

* sampai umah...Omaq terus curik thumb drive aku...nak beli ngan harga RM50...ciss...kedek tul mamat ni.