Monday, November 28, 2005

Takut Nyer

Jumaat lepas minik gua ada turun darah ckit. Cuak giler dia tepon dari hospital. Iskh..tetiba lak hari tu aku gi keje tumpang orang...kacau tul. Nurse pun takut nak jumpa doktor. Padahal keje kat hospital. Sebab dia tau apa doktor nak buat, sbb tu member malas gi jumpa doktor. Tapi akhirnya dia pergi jugak setelah semua org di sekeliling menyuruhnya pergi. Alamak doktor lelaki cina la plak yg bertugas. Alhamdulillah kandungan ok cuma terancam. Tak aci sbb minik aku dah dpt tgk baby. Nak buat camner aku lmbt smpi hospital. Doktor pesan suruh nurse byk berehat...

Parent minik dari Kluang terus turun ke Kajang. Camner minik gua nak berehat kalu tetamu datang. Hari Sabtu siap pusing Alamanda and Putrajaya. Risau gak aku...tapi nampak dia ok jer. Tak per...keje umah semua abang yang buat. Mana yg termampu je la. Cuma bila buat mee hailam semalam, nurse la yg buat. Aku hanya mampu potong memotong and siang udang.

Semoga semua nyer selamat

Tuesday, November 22, 2005

Update Omar

Korang tukar la link blog Omar.

patut la x de apa2 update kat blog lama dia. rupanya sebelum dia bersatu ngan tunang dia...blog pun dah sama...eee...geli la mamat ni..jiwang kalah aku

Monday, November 21, 2005

Lama Nyer

Lama dah tak blogging. Baru masuk keje minggu lepas. Hari khamis start keje. Masuk keje sibuk kemas tempat lak. Tukar tempat ke depan sikit. Al maklum dah tak geng ngan team support kat opis. Tadi pun sibuk 2 jam tukar extension sendiri. Kalu panggil cina contraktor dia caj RM60. Padahal tukar pair kat DB tu je. Cuma nak trace pair mana je jenuh tadi sbb cina buat keje tak buat label. Pandai dia...so bila setiap kali org nak tukar line/extension, org akan panggil dia balik.

Kenyang
Kul 12 tadi bank islam (depan pintu opis) ajak mkn kat opis diaorg. Open house. Staff diaorg buat pot luck la. Masing2 bwk dari umah. Jiran...kena la jenguk muka. Kul 1 lebih tadi team Group Support Services MRCB lak ajak makan. (padahal secretary CEO je yg ajak aku). lantak la. janji makan free walaupun ada yg memandang serong kat aku (mgkn dgn pandangan...sapa yg jemput mamat ni). Petang ni Semasa Sentral lak buat open house kat stesen sentral. Mungkin nak g ngan minik kot. Kena gi ambik dia la dulu macam ni.

Pindah Umah
Dah berjaya pindah umah setelah merempat di umah abang ipar selama 2 bulan. Alamat umah : K1-26, Kenaria Condominium, Taman Sri Kenari, 43000 Kajang. So sesapa yg tersesat ke Kajang, jemput la dtg umah yek. Raya ada lagi cuma aku je x de kuih raya. Hahaha...
Penat pindah umah ni. Kena la minik tgh pregnant ni. Kesian gak masa dia tlg basuh umah. Tapi bila part mengemas barang2...byk melihat je la dia. X pe...org cakap sayang bini. Letih badan masih terasa. Ada byk benda tak kemas lagi ni. Sabar...

Tuesday, November 08, 2005

Demam Raya

Selamat bekerja kembali. Semalam dah masuk opis balik. Sunyi sepi. Jalan pun tak jem sgt. Best jer rasanya. Nak pergi bank pun senang.

Perjalanan aku dari Kluang - Shah Alam hari ahad malam hari tu pun kira ok. Berjalan lancar. Ketakutan jem teruk kat seremban...terlepas. Mungkin aku lalu kul 11.30 malam punya pasal kot. Kalu lalu awal lagi...mesti sangkut. Abang ipar aku baru sampai dari Kelantan malam tadi. 12 jam...huhu. Bertolak 10 pagi katanya. Kul 10 malam baru smpi Shah Alam.

Macam mana raya tahun ni. Alhamdulillah...pengalaman pertama beraya di rumah mertua. Tak meriah sgt sebab 2 org abg minik takder. Turn minik diaorg. Sorang ke Kelantan, sorang lagi ke Terengganu. Nasib la...tahun depan kalu...aku lak yg tak raya kat Johor. Susah la camni..nak kena fine tune balik bagi semua berkumpul. Paling tak best..raya kedua...aku demam. Nasib ada isteri penyayang. Kul 4 pagi aku kejut dia sebab badan panas sgt tapi rasa sejuk sgt. Adalah org tolong lap kan badan ngan tuala basah. Siap kena paksa mandi time2 tu jugak. Lepas tu minik buat kan bubur..tq sayang...eh...tersalah channel lak. Tengahari nyer pergi klinik...kena cucuk kat bontot. Auww...sakit. Klinik K je yg bukak. Mahal lak tu...RM50. Dah tentu ambik resit untuk claim balik.

Kat opis ni..yg dtg berapa kerat jer. Yg ada kerja...mmg sibuk sbb ada submission hari Khamis. Yg melepak...mmg gaji buta..aku pun gaji buta je. Syarat je dtg keje ni. Smlm pun sbb nak sambut budak trainee sorang2. Kasi tugas sikit kat dia...dah. Siap kasi pinjam PC aku kat team satu lagi. Tak pe lah...berkorban demi company. Lagipun aku nak cuti lak seminggu mulai esok.

Esok teman minik register kat Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan. Kat mana tah...kat area bukit aman. esok redah je la cari jln cenderasari. Selamat menjadi org putrajaya...

* setelah sebulan berpuasa...cuba2 lah pulak kita sambung lagi berpuasa dengan puasa 6

Friday, October 28, 2005

SELAMAT HARI RAYA

..."Hidup seharian tanpa dosa adalah HARI RAYA, melepasi ujian ramadhan adalah HARI RAYA, melepasi siratul mustaqim adalah HARI RAYA, masuk syurga ALLAH adalah HARI RAYA dan kemuncak HARI RAYA adalah bertemu dengan ALLAH di syurga"...

semoga kita mendapat kurniaan dan keberkatan dari ALLAH.... amin yarabbal alamin...

.... mata kadang salah melihat, mulut kadang salah berucap, hati kadang salah menduga, maafkan segala khilaf yang pasti ada...

"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN"
ikhlas daripada saya...



** esok balik kampung sendiri kat Kuala Kurau...balik sorang tapi tumpang kakak..minik kat Kluang...kesian dia. So berjauhan la kami sementara. Insya Allah Deepavali nanti aku balik lak Kluang. Kot masih sempat nak buat persiapan raya. Ahad balik KL. 7/11 masuk keje. 9/11 hantar minik daftar kat Jbtn Kesihatan Wilayah Persekutuan (tak tau lagi hospital mana...tapi kira KL la...eh..putrajaya wilayah jugak kan???) kalu minik tak kena keje terus...esok nyer terus balik perak la pulak. raya cum majlis belah aku....so...dgn ini blog akan bercuti sementara.

Wednesday, October 26, 2005

Rezeki Ramadhan *paling Istimewa

Syukur...Alhamdulillah.

Bulan Ramadhan mengajar kita erti kesabaran. Bulan mulia ini begitu bermakna kepada kita. Paling bermakna buat aku Ramadhan kali ini. Dulu buka posa ngan budak² bujang. Kekadang sorang². Tapi tidak tahun ini. Dikurniakan isteri yang cantik, muda pulak tu. Berseri hidup. Indah belaka di kala waktu berbuka. Waktu sahur pun terjaga. Tidak lagi roti gardenia dan air kosong.

Tapi...yang paling istimewa nyer...bila dapat tahu positif...;) Alhamdulillah..
Ahad malam tu dah test sendiri guna yg murah punyer je. Beli kat pharmacy. Semalam masuk lmbt sikit sbb gi Klinik Baharudin kat seksyen 2. Sekali lagi positif. Tahniah doktor cakap. Rezeki bulan Ramadhan.

Tiada lagi yg gembira selain berita gembira ini. Maka bermula lah kisah baru. Aku ku cuba amalkan segala petua dan amalan yang diturunkan. Saat ini antara waktu terpenting.


* minik balik kampung. nak selesaikan urusan perlantikan sebagai nurse...sejuk nyer esok...tido peluk bantal

Tuesday, October 25, 2005

Rezeki Ramadhan

1. Dewan Felda Perdana : Frontline Technologies Sdn Bhd - 13/10
2. Hotel Singgahsana : Tegas Tepat Sdn Bhd - 16/10
3. Holiday Inn Glenmarie : MRCB Technologies Sdn Bhd - 19/10
4. Concorde Shah Alam : MRCB Technologies Sdn Bhd - 20/10
5. Mum's Place : ECS Astar Sdn Bhd - 25/10
6. Tropicana Golf & Country Resort : ECS Pericomp Sdn Bhd - 26/10

Yang Terlepas
1. Hotel Nikko : Dancom / Tivoli IBM - 12/10
2. Seri Melayu : TT Frontier Sdn Bhd - 24/10
3. PJ Hilton : Nera - 25/10
4. Boulevard Midvalley : Trans Niaga Sdn Bhd - 26/10

Monday, October 24, 2005

Cepat Nyer Abis

Baru kuar RM500 hari Sabtu. Tadi terus licin. Macam tak percaya je aku. Tapi itu lah realiti kehidupan berumahtangga sekarang..hehe.

Hari Sabtu buka posa kat Chicken Rice Shop KL Sentral. Ngan sapa lagi. Acara tahunan. Lepas tu pusing jalan TAR. Cari baju raya la konon. Tak dapat apa. Dapat tali pinggang wife je. Ahad pusing PKNS...dapat baju kurung. Yang menarik kat kedai tu...sempat borak ngan salesgirl masa bini test baju. Hehe...sewa lot bazar ramadhan kat bawah tu...RM5,000. Teruja aku mendengar nyer. Saje tanya lagi...bos dah balik modal ke. Lek je dia jawab "dah lebih dah pun". Fuiyo...dlm masa 2 minggu leh balik modal. Lagi 2 minggu kaut untung. Patut la last minute para peniaga leh buang price smpi 50%. Tapi yg tak best...ada baju hilang. Aku smlm bukan kat tmpt yg ramai. Kat tingkat 2..sewa situ RM600 je. Kat situ pun baju hilang 3 pasang. Ini kan plak kat tmpt ramai org yg kat bawah tu. Mmg tiap2 hari ada hilang...heran kan. Tak sangka aku ada gak org pnjg tangan dlm bulan ni.

Lepas buka posa kat opis, gi Giant lak shopping barang dapur ngan wife. Maklum lah...menumpang umah orang. Tak kan nak makan free je. Kat situ terjumpa lak baju raya aku yg sedondon kaler. Terus angkut walaupun mintak diskaun x dpt. Tension gak aku...sbb dia tau mmg aku nak kot.

Pagi tadi dtg opis awal...siap kan tender. Dah selamat submit semua. Nak balik terus kang ada meeting lak kul 3. Esok lah MIA...leh bayar utang. Gaji masuk awal sikit bulan ni.

Wednesday, October 19, 2005

Sibuk Pulak

Ingat kan sepanjang bulan posa ni leh la relaks. Rupanya sangkaan ku meleset belaka. Esok ada submission satu SebutHarga. Malam ni plak ada UAT kat tempat customer. Hopefully aku dapat siapkan SebutHarga before 11pm sbb UAT tu akan start that time. Dan aku rasa aku terpaksa cancel berbuka posa di Cititel, Midvalley mlm ni. Sori STJrians...lagipun agenda tersembunyi aku bersama korang tak sempat nak buat. Kad 'raya' x siap lagi.

Alamak...latest update..

Malam ni nampak nyer kena berbuka di Holiday Inn, Glenmarie. Atas arahan bos besar suruh pergi...adus...lagi pening. Tambah lak koleksi makan free aku. Esok kat Concorde Shah Alam...yummy.

Weekend ni lak ingat nak rest panjang...ingat nak balik kampung. Rindu masakan mak di waktu berbuka....tapi ada tender MIMOS lak closing ari Isnin...Jumaat dah la cuti. huhu..rugi tu tak balik kampung...minik nak balik kluang...lek jer aku cakap tak leh. Segan nak dok umah abg dia sorang².

Marilah bekerja.

Tuesday, October 18, 2005

Gambar Makan² II

Keluarga Naim

Pasangan Diet

Pasangan Hitam Putih Kehidupan

All Together (kecuali cameraman)

Artis Jemputan


Venue : Hotel Singgahsana
Date : 16/10/2005
Organizer : Tegas Tepat Sdn Bhd

Gambar Makan² 1

Sesi makan² org pompuan

Sesi Melihat Album Pengantin

Sesi beramas mesra di luar

Selamat Berpuasa & ...

Memotong kek

Naim...selak sikit...



Venue : Rumah Dila & Husband, Seksyen 7 Shah Alam
Date : 15/10/2005
Co-organizer : Salman & Nono
Event : Majlis Berbuka Puasa KMKN95/96 (pot luck)

Monday, October 17, 2005

Makan Free

Berlumba-lumba org nak citer kemeriahan weekends kat dalam blog. Sori lah...aku lmbt cikit sbb lmbt masuk opis. Saje je set appointment kat luar supaya aku leh masuk lmbt opis. Monday maa...malas bangun pagi. Padahal meeting ngan supplier...patut dia yg dtg opis aku, ni terbalik...aku yg sanggup gi opis dia. Leh tambah mileage claim..hehe.

Pasal makan free di bulan Ramadan. Sejak last week lagi rezeki murah. Hari Rabu lepas suppose aku berbuka di Hotel Nikko (IBM Tivoli - Dancom) tapi aku choose buka ngan minik kat KLCC. Siap tgk wayang dulu sblm buka. Hari Khamis aku join Frontline nyer majlis di Dewan Felda. Best nyer kambing...Jumaat biasa jer...di rumah. Hari Sabtu acara Pot Luck di rumah Dila kat Seksyen 7 Shah Alam. Gathering KMKN95/96. Aku bawak Rendang Ayam + nasi impit yg di buat special oleh minik (first time buat)...aku tolong perah santan jerk. Overall ok event ni. Tak lah membazir seperti 2 tahun lepas di BBP. Nasib baik umah x byk furniture lagi...biasa la...KMKN jr...leh tahan gak ramai nyer. Tapi yg jaki aku tgk...tuan umah giler IKEA. huhu...baru jerk aku tutup kad IKEA aku...nyesal pun yea. Ptg before event sempat sms ngan azam...teringat dia tak ckp nak bwk apa, setting ngan dia suruh bwk kek sbb same day...birthday my beloved wife. Happy Birthday cayang. TQ azam sbb sponsor separuh kek tu. Ingat nak sponsor terus...hehe.

Ahad lak...buka di Hotel Singgahsana. First, Salman yg ajak joint invitation under MMU. Tapi bila dgr Tegas Tepat yg buat event, terus sms 'bos tak jadi'. Terus dpt invitation on the spot..haha. Tak malu nyer orang. Janji dapat join geng memeriahkan Majlis. Rugi lak x ambik gmbr ngan Adam AF2 kan. Kalu x leh tambah koleksi gambar ngan artis. (Rabbani tak lak terpikir nak ambik gambar...huhu).

GAMBAR...akan di update kan esok...so still ada modal untuk next posting.

Minggu ni still ada Gathering berbuka...lagho...abis terawih aku...

Friday, October 14, 2005

Kelebihan

Bukan kelebihan berpuasa...kelebihan berumahtangga..keke.

1. Tido berteman...paling utama
2. Makan berjaga....buat masa ni....minik x keje lagi
3. Pakaian kotor bersih sendiri
4. Baju keje bergosok
5. pergi/balik ada org hantar/sambut
6. macam2 lagi la...tak larat nak citer

tapi buat masa ni yg tak best
1. tak privacy lagi...dok menumpang umah abg ipar (ada 3 org anak)
2. minik x keje lagi...cian dia...boring kat umah
3. minik tak tau posting mana...tak leh plan nak dok mana

Sesungguh nya bulan ramadhan mengajar kita erti kesabaran

Tuesday, October 11, 2005

Menu Berbuka

Apa yg korang makan waktu berbuka yek?

Dah dekat seminggu kita berpuasa, aku belum berbuka kat luar lagi. Kat umah abang ipar aku di Kota Kemuning je la. Tapi cuma hari Sabtu hari tu je mmg tak masak langsung. Semua beli kat PARAM di Presint 2, Putrajaya. Kebetulan kami lepas jalan di Alamanda. Sempat la aku membeli Microwave Oven LG RM195. Murah nyer je. Duit sumbangan budak opis. Aku mintak barang...tapi dpt duit. So...sebelum duit tu abis, aku jadikan la barang dulu.

Berbalik kepada tajuk, aku lepas dgr azan je...baca doa berbuka...ambik kurma iran(dapat free...dr shaharizuan bagi kat semua kapten)...lepas tu minum air setengah cawan. Makan kuih barang seketul dua...ambik nafas jab...bukan nyer terus buat Maghrib..kui. Makan nasi la plak...abis nasi...buah tembikai lak sebagai pencuci mulut. Huhu...menu lauk bergantung kepada minik n abg ipar...(terror tu abg ipar aku masak). Tugas aku potong buah tembikai jerk..kah3x. And kadang2 masak nasik. Semalam kuih terlebih...abg ipar aku pun beli...aku pun nafsu serakah gi beli. Padahal minik suruh turun beli limau kasturi jerk.

Monday, October 10, 2005

Gegar



Subhanallah...takut aku tgk berita ni. Dekat 20,000 org dah terkorban. Penduduk kat sana dah rasa macam nak hari kiamat. Itu yang bergetar gak jiwa ku ini. Kita yg di sini Alhamdulillah tidak merasa kepahitan yg mereka lalui. Macam2 peristiwa berlaku di dunia ni. Katrina la..Rita la...Stan la...uish...takut kan. Itu belum Iraq...Palestin kini. Sempena bulan Ramadhan ni, byk2 la kita mohon kepada-Nya. Semoga negara kita selamat dari malapeta seperti berlaku di negara orang lain.

Aku ni bukan la pandai sgt...tapi aku rasa...itu lah musibah yg di turunkan. Itulah pengajaran bagi kita yg alpa. Namun...masih banyak di luar sana yg terlalu lalai dan lupa dengan tanggungjawab kita.

Friday, October 07, 2005

Shahdu nyer

Semalam ada management meeting. Biz review la..sbb finance manager kena buat biz plan sampai Y2010. MRCB plan nak jadi big player dlm bidang property. berikut petikan email CFO...

"We wish to inform that the Group is currently working on a business plan to reposition itself as one of the major property player in the industry. In preparation of this plan which will be submitted to the Securities Commission (SC) tentatively before year end for approval, we are required to prepare a 5 year profit & cashflow projections from 2006 - 2010."


Huh...gempak gak company aku nyer target business next year. Projek juta2 masuk. Tapi semua telco project la. Kalu ada kena mengena ngan aku pun project Telekom la kalu jalan. Broadband wireless...Pilot project dah siap pasang...tp...lembab nyer management telekom...sendiri mau ingat la..kena lak baru ni diaorg ada re-structuring...target tahun ni...kena bwk tahun depan. Department aku nyer target...hehe...ciput..100k jer. Hah...sapa nak kasi project kat aku ni tahun depan.

Berbalik pada tajuk post aku, penghujung meeting tu bos aku...leh merah mata dia sampai kuar la air mata. huhu...1st time gua tgk dia sedih...aku kontrol jerk masa tu. sedih mmg sedih bila tgk bos kita kena tembak bertalu2 ngan staff sendiri. staff yg tembak tu...mcm la tak sedar diri..padahal bos kita tu dah tolong dia kekal berada dlm company..

PUNCA...bos aku panggil sorg staff...story dia...notebook BARU hilang...kat KL Sentral. budak opis aku tinggal kan notebook tu dlm bilik MDF telekom kat plaza sentral, dlm 20 minit turun balik...notebook dah tak de. Pintu tak kena kopak pun. Meaning pencuri ada master key. Siap polis mcm cite CSI la cari finger print kat tombol pintu...cite member aku tu la.

Masalah nyer..bos aku ttp nak mengenakan denda kat staff tu...bukan ganti la..rm6 ribu lebih tu...denda tu siap kena tempias kat staff admin and manager dia sbb x insurans kan notebook tu. itu yg start tak puas hati tu. mula la sesi berperang mulut. mulut org pompuan...mana tahan bos aku (lelaki). air mata jer la penamat dia.

Moral of the story : bersyukur la ngan apa yg ada. tak puas hati ngan management kalu. blah la...gua pun tak ingin tgk muka korang

Tuesday, October 04, 2005

Selamat Berpuasa

Kepada semua kengkawan yang membaca blog ini, diucapkan selamat berpuasa. Puasa jgn x puasa...

Hopefully ada lah gathering2 yg dianjurkan untuk kita beramas mesra di sepanjang bulan Ramadhan nanti.

Aku tahun ni buat pertama kali menyambut bulan ramadhan bersama isteri tercinta...kui. Insya Allah...raya nanti ada org cium tangan..hehe...tapi masih dlm suasana bercelaru...umah pun x de lagi...bini masih tak tau posting mana. Malam ni terawih kat Kota Kemuning. Penuh ngan PATI la gamak nyer. Cabaran getir aku Ramadhan ni....pindah umah dlm bulan posa...huhu...agak2...leh kira kerja berat tak?

Friday, September 30, 2005

New Environment

Aku memang dah tau sebab aku tgh tak de mood kat opis. I need something different. At least tukar la tempat duduk aku ni. Sebab aku masih di pulau budak2 IT Support walaupun aku dah tinggalkan keje ni secara official lama dah. Keadaan sekeliling yang menyebabkan aku makin malas. Nak kemas meja sekarang pun tak de mood sbb mmg ada ura2 nak tukar tmpt tapi dah makan sebulan tak tukar2 gak. Nak marah kat org yg in charge pun...rasa tak guna. End up..tmpt aku ni mmg macam tongkang pecah. Nanti bila dah tukar tmpt baru...hah..kemas la meja aku balik...tapi...tah berapa lama yek...tgk2 tak sampai sebulan, tmpt baru lak bersepah. Tak per, bersepah sebab aku buat keje...kui.

Thursday, September 29, 2005

Minggu Seminar

Minggu ni penuh ngan seminar and training. Cuma ari ni terpaksa aku lepas kan makanan lazat di Golden Palace Hotel sbb bos buat management meeting and company gathering. Hehe...dah masuk management meeting la plak. Poyo la bos aku ni. Lepas ni tukar tmpt duduk lak. Duduk kat kiubikal besar tu...huhu...acting head of department. Dlm meeting tadi...bos terangkan situasi sbb apa ada yg tak dpt naik pangkat. MRCB nyer environment menjadi alasan. HR MRCB mmg sucks giler...emosi lak aku walaupun mmg nama aku takde dlm senarai utk naik pangkat tahun ni. Dah lah keluar dari tajuk...tak per...tadi masa meeting pun..bos suruh aku bentang kan project yg aku handle...hehehe...apa lah sgt. Attend training and seminar free byk la. Mcm tak tau lak org tgh malas keje.

Friday, September 23, 2005

Bapa Mertuaku

Rabu lepas...selepas ke Uniten (hantar barang), terus MIA. Ambik minik kat Seremban, terus balik Kluang. Minik ajak balik. Sebagai pasangan yg baru baru berumahtangga...isu2 yg sensitif...mcm pak mertua jatuh sakit. Macam kena strok...wah...kena la balik sekali. Walaupun hakikat nya...tak kritikal lagi. Alhamdulillah...pak mertua ku ok. Rindu kat bini dia kot. Mak mertua aku kebetulan ada kat Shah Alam sbb jaga kakak ipar aku yg baru bersalin. Akak ipar aku pun ikut balik sekali walaupun sakit lepas beranak, tak kan aku yg sihat ni nak suruh minik balik kg sendiri...hehe.

Pak Mertua ku kena mild strok. Sebelah badan je...belah kiri. Tapi dia tak mau ke hospital. Ikhtiar cara berurut. Masa berurut tu, adik ipar aku cita...nmpk darah membuak2 mengalir lps kena urut. Tukang urut tu tak kasi bapak mertua aku tgk...
Sebab kan keadaan rasanya ok...lagipun mak mertua aku dah abis mengurut kakak ipar...kami semua balik ke shah alam semalam. So..rasmi nyer aku EL sehari je la. Rabu tu kira MIA...hehe.

Lupa lak...yg mengherankan...apak mertua ku tak de darah tinggi...ada kencing manis jer..macam mana la...leh kena strok. Emmm...tak pe...semlm aku dah pesan suruh jaga makan. Siap salam cium pipi..kui. Sblm ni smpi cium tangan jer...ahaks