Monday, July 16, 2007

Dulu 5 kini 3

Huh! Credit card ku sudah menurun bilangan nyer. Mungkin sudah insaf..hehe. Dulu berbelanja x ingat dunia. Kini kena la berjimat cermat.

Ingat lagi masa lum pakai cc ni. Ah..aku nak guna untuk minyak jer. Ah..lps pakai aku bayar la.
karut je semua tu. Bila benda ada depan mata...sebat je la. Hehe. Hangat² taik ayam je.
Ni si Syed Jefri la suruh sgt aku pakai cc ni...tulun kawan...nasib dia belanja makan McD.
Dari satu...trs beranak jadi 3 cc. Lps tu ctbank hantar satu lg. dah jadi 4. Lps tu gatal nak free DVD kalu subscribe Ambank...approve lak...jadi 5. Hantu raya tul. Last 2 years..dapat tutup 1 kad. Last month pun berjaya tutup satu lagi. Target nak tinggal 2 je. Visa 1 master 1. Dan target utama...nak make sure hutang <1000. huhu

Tuesday, July 03, 2007

Seminar giler

Semalam di Penang
Hari ni di opis
Esok di JB

Half day seminar. 3 hari berturut². Aku jd penyibuk gak. Sy yg menurut perintah.
Hari sabtu dah ke penang. Ada bwk pakar dari Uni California. Same seminar...cuma 3 tmpt berbeza. Penat badan...x pe la...demi tugas yg diamanahkan...huhu.

Friday, June 29, 2007

Tender

Jika suatu ketika dulu...aku bertungkus lumus menyiapkan sebuah tender
Tak balik malam. Itu baru tender yang simple². Ada gak masuk tender yg complicated
Tapi selalu itu aku menyibuk ajer...tulun tender org. Yang aku involve semua...biasa simple je

Smlm...aku jadi Jkuasa Penilai Teknikal untuk tender kementerian. Fuh...rasa mcm hebat je
Hahaha. Buat Data Centre utk jbtn bwh kementerian. Ada 26 submission. Smlm...tugas utama hanya nak mengurangkan utk di evaluate. First agenda meeting, set kan tahap mana yg patut ada mengikut tender dokumen. Dari 26..berjaya membuang 14....haha. Tinggal 12 lg untuk di evaluate secara details next week....next meeting. Penat nyer buat tender kan...tetiba jkuasa buang tender kita mcm tu je. Abis...apa yg tender dokumen nak...korg submit tak lengkap. Submit main²...lain kali jgn masuk tender. Fuh...dulu sy buat tender gak bang...keke.
Pengajaran tu. Mcm² karenah gak tender ni. Patut la lambat. Bukan senang nak evaluate tau. Bila dah buat baru tau. Tapi kelakar tgk submission vendor ni. Yang bersungguh² tu...mmg salute...yg merapu pun ada gak. Mengong la diaorg ni. Tender pun nak main² submit. Ni mesti nak mencukup kan syarat je. Sbb dah terbeli tender...lps tu submit je la. Dah tau x menang...nanti bos marah la kalu x submit. Tapi yg sakit hati org yg nak evaluate la...nsb x tau nama company. Kalu tau dah lama aku blacklist....

Wednesday, June 27, 2007

Cian Iman

Malam kelmarin...badan Iman panas semacam. Pagi2 dah siap nak pakai baju keje...minik kata nk bwk Iman g klinik...trs called TP kata nk cuti. Siap smbg tido balik...ingt nak g klinik k'jaan je tp btukar fikiran...g Azharah, bangi. Dr siap suruh Iman sedut gas. risau tul. Dr ckp lum asma atau lelah lg. Harap2 x de la apa2. Ikut sejarah...abg aku mmg lelah...mintak2 la x de apa. Mlm dr ada tanya nak ulang buat sedut gas tu...tp tgk Iman mcm ok jer...x yah la rasanya. Iman mkn ubat biar baik ye..sayang anak ayah...Abang nak jadi anak yg hebat...yea...

Thursday, June 21, 2007

Team Enhancement

Pemandangan dr rumah Tuan Tanah
Sempat posing lak pemandu kami ni


Ok gak sungai dier

Cuba makro sekali


Inilah peserta kursus...
Ujung minggu lepas...telah berlangsung kesinambungan team building pada bln 3 yg lepas. Kali ni team enhancement diadakan di MS Chemerkau Chekas, Ulu Dong, Raub. Fuh..ulu tu. 2 jam lebih gak dari Sg Besi. Tmpt not bad la...tido dlm dorm tu. Pengarah aku kan suka tmpt2 gitu. Dia kan orang BTN. Chalet ada dlm 13 unit kat situ. Tp kami bagi Timb Pengarah & Fasilitator je tido situ. Aku pun ada dpt chalet sbb urusetia..tp kn la tido sama staff yg lain...hehe. Best gak aktiviti...masuk utan. Nasib group aku no4 gerak. Sorg pun x de kena pacat. Yang depan² 3-4 ekor kena. Ada smpi kat dada...huhu. Tp xtvt ni paling sakit hati gak ms ujung tu..kami diberi sampul sebagai amanah kn serahkan di check point yg terakhir. Dlm perjalanan jumpa fasilitator yg jadi tok bomoh mintak sampul tu sebagai cagaran untuk soalan. Aku ketua kumpulan lak tu. Mmg teragak2 nak ks mula nyer...tp dia ckp x per. Aku pun ks trs ke group aku utk diskas soalan. Rupanyer...ms tu tok bomoh buat keje tkr sampul...hantu tul. Bila smpi...bila bukak sampul tu...eh...isik dah lain. Dah x de signature aku...kena tembak la semua org. Amanah la...x jaga la...sedey je semua. Surat asal...MENARA BANGSA. Last2 jadi MERANA BANGSA. Hahaha. Nasib 5 group semua kena tipu gak....kalu aku sorg...rs nak tembak diri sendiri dah. Gagal dlm melaksanakan tugas..huhu.

Tuesday, June 19, 2007

16/06/06

Happy Birthday to Iman.
Semoga anak ayah menjadi seorang insan yang hebat.
Sori Iman...ayah x dpt celebrate tahun ni.
Ayah kena bertugas...masuk hutan.

MyKid Iman : 060616-16-0059
* Nono...nk mintak adjust yg ujung tu jadi 0061...x leh ker?

Thursday, June 14, 2007

Beli tp x guna

Huh...padan muka ko.
Lepas satu..satu...kete ku ini mmg merajuk abis.
Kelmarin bateri lak buat hal. Padahal masa beli stopper ari tu dah siap beli air bateri.
Tp gatal x gi isik air bateri tu.
Tetiba minik nak g keje malam...dia ckp x leh start enjin. Adus...srh g naik moto la...
Blank gak aku....nsb ada member kl sentral dok blok sebelah (minik dia org gomen)
Mlm td buat jumper start. Dah siap² buh air bateri. Ok kot dulu buat sementara.
Tp nk kena gak tukar bateri sbb minik nak pakai kete ujung minggu ni aku tak de. Nak g team building ke Ulu Dong, Pahang.
Pagi td lega leh start enjin. Tp gear lak buat hal. X leh masuk gear 1, 3 & 5. Sudah....nak kena kuar g repair kete la ni...

Friday, June 08, 2007

Kete Majuk

Adus...pandai gak kete majuk yek. Jgn sebarang cakap dalam kete.
Smlm otw nak ke Kajang..sembang ngan minik..nak ambik kete lain lps abis bayar kete bln 3 nanti. 2 tahun lg nak ambik kete lain lak.
"Abis...kete ni nak buat apa?" Tanya minik aku..
"Mana leh cakap"
Tapi kete ku ittew leh memahami. Dia kasi buah keras time² tu gak...
Tetiba mati enjin dkt Court Mamoth. Ingt kan bateri. Siap ada org tolong buat jumper ke kete dia. Mmg idup enjin. Aku pun bergegas cari kedai walaupun dah tau kedai mmg tutup. Kat depan econsave...baru aku perasan temperature kete naik maksimum dah. Aku siap biar kan enjin hidup sbb takut nanti susah start lak. Tapi same time g berlari ke Esso cari air. Bila dah berasap baru aku matikan enjin. Bangang....
Lps isik air...bhenti gak makan Mee Bandung Muar...lps 2 baru balik. Itu pun 2x berhenti kena isik air. Rupanyer stopper piping mcm dah bocor. Itu mmg aku prnh kena sebelum ni. Dulu langsung pecah. Ari ni kelam kabut la. Nak kena hntr minik keje pg naik moto. Tgk la camner. Gigih...rehat kang aku gi carik stopper tu n tukar. Kalu tak...ptg ni ajer.

Thursday, June 07, 2007

Half Day

Semalam nak tak nak terpaksa ambik half day. Pengasuh baru Iman cuti balik kampung dari weekend sampai semalam. Isnin Selasa mmg kebetulan minik cuti lg. Smlm dia keje ptg. So..tghari aku la kena balik. Iskh....mmg x selesa aku ni nak ambik half day. Mana ada istilah tu dalam kerajaan. Tapi keadaan memaksa. Ingat nak bwk Iman dtg opis. Tapi mcm dah penat sgt. Smlm pun aku bantai tido jer...biar kan Iman keseorangan kjb. Nasib bila dia nangis...rupanya dia pun nak tido. Dpt aku sambung tido lps tu...huhu. Pagi smlm pun masa perhimpunan bulanan, Pengarah ada kasi 5 amanat. Antaranya...kena keje lebih bila dah gaji naik ni. Lps tu dia ingt kan staff untuk menghadirkan diri utk team building kat Ulu Dong 15, 16 & 17 hb ni. Adus....birthday Iman tu...masalah..problem ni. Dr Fadzil siap dah ckp x nak dgr alasan x de org jaga anak ker...apa ker...dia dah suruh urus kan dari awal....adus...Iman umur setahun sekali jer...tu smlm ms aku nak ckp nak balik umah ambik Iman mcm x besh jer...kalu kat Timb Pengarah...senang ckit. Walaupun dia x kawin lg n bujang terlajak..tp dia amat memahami benda2 camni. Bab ni je la aku puji dia....bab keje...slow ckit dia..haha. Nsb TP x de smlm. Last²..aku sms PA pengarah jer kata aku x larat nak patah balik opis...hehe.

Tuesday, June 05, 2007

US Budus...

Hehe...ni x de kena mengena ngan Palestin...


Aku cuma nak tergelak bila tgk Miss Universe last week. X sempat nk blogging last week sbb dah cuti. Terlayan chanel 70 selepas tgk cite cina kat ntv7. Sambil tido kan Iman. So..miss universe tu pun ujung2. Bila top 10 memperagakan evening dress, boleh si Miss USA tergolek dog kat pentas tu...kakakakaka. Kain dia panjang sgt kat blkg..tersadung selalu. Bangang tul. Mesti masa tu dia rasa nak bunuh diri. Malu tebal yg amat. Ke mmg org US ni x tau malu. Apa pun..tahniah org Jepun kerana berjaya memenangi pertandingan ini.

Monday, June 04, 2007

Jammed giler

Fuh! Penat nyer jem semalam. Bukan nyer ada xcident pun. Jalan dah ada yg 3 lorong. Tapi still jem. Bila dah 3 lorong...org masih buat 4 lorong. Jgn cakap bila 2 lorong...dah tentu jadi 3. Sabar Rosli...kena jadi minda kelas pertama. Semalam bertolak dari Kluang pukul 2. Tujuan utama balik kg ni pun...nak g kenduri kahwin member baik minik kat Muar. So...singgah kat muar. Smpi dalam kul 3. Terlepas tgk bersanding. Pak mertua nak ikut nyer pasai la...ckp nak ikut last minit..minik gua pun...lek jer...nasib bukan kawan aku. Kalu tak dah tentu aku bising semlm. Rupanya sbb mertua ikut...dia nak ajak g umah Pak Uda kat Bandar Muar. Kul 6 baru aku gerak balik ptjaya. Nak carik jln kuar tol pun menggelabah aku...hehe. Tup2 kuar tol jasin. Smpi alor gajah jer dah start jem. Adusss....sabar je la. Kul 10.15 baru smpi. Lapar yg amat. Nk berhenti kat seremban pun x gamak. Penuh tu...Iman lak dah nangis..susu dah abis. Ngam2 lak aku bawak susu Iman. Gatal x bwk tin besar...dekat 1/2 jam dia nangis sblm smpi tu...smpi trs naik buat susu...terus tido...cian Iman

Monday, May 28, 2007

Back To Normal

Lega...semua dah kembali to normal. Birthday aku kali ni ada sejarah sendiri...

Sabtu ada gotong royong kat opis. Malas rasa nyer nak pergi. Tapi tanggungjawab sebagai pengerusi kelab sukan dan kebajikan, kena la gi..baru kuar tol serdang...pengarah called...
"tuan...mana tuan?"
"Hehe...on d way Dr..."
Terus pecut. Nasib x jauh lg. Sampai jer...trs mula kan acara. Ucapan dr Pengarah...
Kena tembak aku...hampeh tul. Org x ramai dtg sbb memo kuar lmbt.
nak buat camner..bkn salah aku. Timb Pengarah x ks kelab kuar memo...dia srh Pentadbiran yang kuar memo. Dah pentadbiran slow nak buat camner. Dari Isnin lepas aku srh kuar memo. Ari jumaat baru Pen Pegawai Tadbir tu kasi memo ke semua org. Tp Dr x tau apa terjadi. Ada masa terluang...aku g terangkan kan dia. Nama baik nak kena jaga beb. bukan bodek....
Tapi aku rasa ok la...hampir separuh yg dtg. Gotong royong ni lebih kepada keje mengecat. Cat tiang-tiang papan tanda dan pili bomba. Ok la...
Masa lunch baru aku lak buat ucapan penutup. Abis je ucapan..bdk² ni leh lak nyanyi lagu happy birthday...TQ.

Friday, May 25, 2007

Jiwa kacau

Aduh..kacau
Nak keje x der mood camni
Baru je bermotivasi tinggi slps pengumuman kenaikan gaji
Tapi..ini kes lain
Arrrrrrrrrrrrgggggggggghhhhhhhhh
Rasa nak jumpa pengarah jer...dia kaunselor
Mintak nasihat. Tp x besh lak sbb dia ketua jabatan
Nak luah kat sini...x leh la plak...
Telan sendiri...jd penyakit nanti.
ROSLI....sabar ROSLI...

Wednesday, May 23, 2007

Penyelarasan Gaji

Smlm lagik aku nak buat post ni ingat..tapi gumbira tu nak simpan ari ni. Tapi lmbt ckit update sebab tadi ada meeting. Smlm saje called SPA tanya status permohonan aku...tup..tup.. Armawati kata..dtg la ambik surat...dah siap. Fuiyoo...magik. DAH SIAP!! Rasa baru je aku bagi salinan degree aku. Hebat tul SPA ni. Ni gara² ada mintak pertolongan org dalam la ni. Apa² hal..ini berita sgt gumbira. Dkt kul 11 trs ke SPA ambik surat. Lama lak tunggu Armawati abis discussion ngan bos dia. Ambik la hati dia layan borak jab. Sebaya rupanya. PTD..dah 44 dia. Lg 2 bln nak buat Masters lak. Tapi buat kat local jerk sbb laki dia dpt local. Kalu x g Australia dia. Laki pun org gomen. Mmmm...camni aku pun bercita-cita nak sambung gak la...free...gaji jln lak tu kan ms study. Best nyer keje gomen. Penyelarasan dah ok..gaji lak naik. Fuh...tak sia² ambik keputusan bertukar angin. Mmg itu antara soalan killer yg mmg sukar aku nk jwb setiap kali org tanya aku. Tapi aku rasa...pengorbanan aku tu berbaloi...mmg suffer dlm 1 tahun ni. InsyaAllah lps 2 bln ni...lega la. Dua2 masuk serentak. Patut aku naik T6 start next month tapi ketua kerani pepagi tadi dah inform kat aku...dia nak buat lmbt ckit sbb dia nak clear kan dulu aku naik T2 lps tu br buat penyelarasan. So by August nanti...aku dah jadi P1T7. Kepada org bukan gomen...blaja² la term ni...kalu aku dulu pun...mmg tak tau apa...ahaha.

Tuesday, May 22, 2007

Kenaikan Gaji

Yahoooooooooooooooooooooooooooo!!!

Alhamdulillah...
Kepada penjawat awam semua, semalam merupakan tarikh keramat kerana pengumuman yang dilakukan Pak Lah. Tapi ingat..bukan pengumuman kenaikan gaji je yang kita harus dengar. Ucapan Pak Lah supaya kita lebih bermotivasi dan komited terhadap kerja juga harus diingat dan diamalkan. InsyaAllah...Amaran kepada para peniaga lak...jgn sesekali menaikkan harga sesuka hati. Datuk Shafie diarah memantapkan pemantauan mereka. Hidup BN...huhu.

Tapi...dua bulan lagi la baru merasa semua ni. Kenaikan dari 7.5% ke 35%. Fuh...Kenaikan aku rasa dari RM250 - RM350 setiap gred. Minik naik 25%...aku naik 15% jer. Gaji minik aku naik jadi lebih byk dr gaji aku skrg...huhu...hebat. Gaji kumpulan sokongan pun dan jadi gaji kumpulan pengurusan dan professional. Harap2 mutu keje pun semua bertambah kan.. Gaji aku...ceh..dah siap tekan calculator malam tadi...hahaha...kalu kira sekali ngan pelarasan... alhamdulillah...tinggi lagi dari masa aku blah tinggalkan mrcb. Opss..gaji + semua elaun la...elaun sara diri naik 100%...skrg RM150...so jadi RM300. Cian org yg elaun nyer RM50 jer...x pe la..itu yg dok kat pedalaman jer. Semua ni rezeki dari-Nya. Bagi kami sekeluarga...rezeki anak. Terima kasih adik Iman...

Monday, May 21, 2007

Makan Free

Hari Sabtu ari tu...kebetulan minik cuti. Dia ada jemputan mkn free kt umah kawan dia...bukan jauh pun. Kuarters blkg klinik jer...dkt sesgt..huhu. Lps je aku habis mkn...satu gerombolan kengkawan wad dia smpi...punya la meriah. Aku je la yg boring..huhu. Diaorg dok ngumpat sister diaorg la tu. Aku dok layan Iman je la...nk ks join anak-anak lain..x per la...Iman kecik lg..huhu. Tp tak dok diam budak2 tu aku tgk. Kalu aku tuan rumah...fuh...fenin. Abis semua diaorg selongkar nyer. Ari tu ms aku buat kenduri pun, ada sorg budak tu...masyaAllah..sabr je la...nasib aku tgh baca yasin. Abis buku Iman dia ks sepah. Dah la br je byr 4 bln..huhu. Ada lg 20 bln...susah gak nk latih anak jgn buas kat umah org kan...huhu.

4.30pm kena balik umah. Ada majlis tahlil blok kami. Slow la ajk blok aku ni. Blok sebelah dah sebulan lps buat. Blok sebelah siap baca yasin lagik. Kebetulan aku ter'join' majlis diaorg last month. So..aku pun siap tlg edar yasin ari tu...tup..tup tahlil jer...malu aku..kaka. Lps solat jemaah asar n tahlil...trn kat dewan bwh...ada mkn2...bkn free tau...dah bayar RM10 ari tu. Ajk pusing blok kutip setiap umah. Baguih gak dia buat gathering camtu...kebetulan ada akak tu berkenan nak jaga Iman...huhu...Comel Iman ni...ramai yg berkenan...huhu. Dalam pertimbangan ni nak tukar pengasuh. Cian lak kat mak Iman yg kat sg besi tu. X kan sebulan je nak jaga Iman. Tapi kalu dkt blok jer...senang nak hntr n ambik...mm..kena diskas la ngan Kak Kathi nanti camner...tgh borak2 ari tu...aku tgk ramai dah berbungkus plastik merah...apalaga..aku pun nk bgks gak...kuah lontong...mmm...trs naik atas..ambik tupperware...haha. x de nak malu nyer...dari membazir..yea dak. Diaorg target 300 org tp yg dtg dlm 100++ jer...tu yg byk lebih. Padahal blok 8A tu...ada 3oo lebih umah...mana g semua org..huhu. Anti-sosial tul la diaorg ni.

Tuesday, May 15, 2007

Selamat Hari

Macam² hari ada bulan 5 ni yek
Nak senarai kan ker..
X yah la..semua org tau
Selamat Hari Nurse n Hari Ibu utk isteri tercinta
Selamat Hari Ibu kpd mami dan mak
Selamat Hari Guru kpd semua tenaga pengajar yg prnh mengajar ku

* lastly...Selamat Harijadi Rosli...eh lmbt lg..26hb

Monday, May 14, 2007

fuh...penat nyer

kalu dapat g spa ni...rasanya nak g dah. merehatkan badan yg kesakitan. kelenguhan. tak cukup rehat. dari kk lg. keje..keje..dan hujung minggu..enjoy...kejab aje. balik dr kk jumaat malam...smpi umah kul 12 lebih dah. jln kaki jer dr erl..rupanya jauh gak..keke. x de sapa nak ambik. minik kt kg kan..kul 5 pg dah bgn. bersipa nak g tresure hunt ke melaka lak.
janji kena ada di kementerian kul 6.30 pg. 6.10 br aku smpi kt opis. 6.25 br kami gerak ke kementerian. Tresure Hunt anjuran YKN dan si sponsor besar oleh Ambank. Baju free cantik la plak. Sayang nyer...budak group aku terpakai baju saiz L..x pasal aku kena pakai saiz XL. X mo aku tukar baju...dia dah pakai..sorry la uncle. Kalu aweks ok la gak...ini uncle...hehe.

7.30am berlepas ke Melaka. Awal2 lg kami singgah bfast. Biar lambat asal selamat. Janji perut kena isi. Baru leh pk kata ahli group aku. Leh tahan gak tough soalan dia. Almaklum la..pakai consultant yang buat soalan. In english lak tu. Nasib group aku ada sorg officer K. Dia la kamus bergerak. Ramai group lain bwk kamus. Aku mana dan prepare. Baru je balik dr KK. lps area jln kelang lama...masuk highway...kuar nilai. Ikut area nk g sepang..lps tu masuk highway balik..kuar Alor Gajah. 7 jam dia kasi masa. Gile..lain kali nak g melaka jgn gatal ikut jln tu lak..hehe. Smpi kul 3. Lps mandi2...trs mintak group aku hntr aku ke Melaka Sentral. Besar gak tmpt tu..x sempat nak jalan2 sbb smpi kul 4.25..g kaunter trs ada bas nak ke Kluang. Rindu kat Iman la. Iman sampai demam...fuh...ke kluang ikut jln lama rupanya. mmg x de bas direct. jenuh dok dlm bas. Kul 8 br smpi..ms kat KK..iman demam panas..smpi 39.5 darjah celcius. Ayah dia ada kt kluang...baik semua..huhu. Smlm balik putrajaya..kul 11 mlm br smpi umah. Ngantuk banget drive smlm. Br smpi pagoh..dah bhenti layan tido 1/2 jam. lps tu baru drive direct..bekal maruku ikan...mlm td minik x mo bgn..aku la kena bgn 2x anak nangis nak susu. terus pagi td lmbt...

Wednesday, May 09, 2007

Kelam Kabut di Airport

On the way nak ke KLIA...dlm ERL..aku leh teringat lak...EH..mana IC aku..mmg dah x de sejak seminggu lebih (hehe..rasanya dah dkt 2 minggu). Alamak. Nak naik flight ke KK ni...mesti nak pakai IC. Adus..apahal la ko ni..adus..aku mmg lupa nak settle kan benda ni..sbb aku rasa mcm tinggal kat Maybank KJ jer. Nak aktif kan balik akaun Maybank aku. Bukak kat sana dulu..tp x prnh guna. Rasa sejak ari tu aku dah misplace IC aku. So..sms urusetia opis...camner ni. Dia pun blank. Aku smpi KLIA dulu...saje tanya kaunter...nak pakai IC gak. Trs la g buat repot polis kat sana. Ceh..tulis repot pakai form lagi...malu tul la. Asal nyer ada dulu canggih kat bawah tp bila diaorg kena pindah...MAB x nak tanggung kos...tu yg x de komputer tu. sedey tul opis x de komputer ni. Zaman batu tul la. So settle la aku nak check-in. Problem ms kat Imigresen kat KK. X lepas aku kat situ. Officer yg dtg. Dia tgk aku atas bawah. Kasi lesen..kasi name kad...baru lepas...kui..gatai kasi ilang IC. Sudah 2x ni...denda tentu semakin mahal.

Berbalik pasal di airport ms kt KLIA...lps buat repot...aku pun join group opis yg br smpi. Jadi la kami berlima campur aku. Ada 23 kotak...bayang kan..total berat smpi 300kg...bangang tul..hehe. Patut leh bawak 100kg jer utk 5org. Itu pun mamat tu dah tambah lg jd 125kg...hehe. Kena la bayar extra charge tu. Nasib la officer yg uruskan benda ni. Sapa suruh folder x order kat KK je. Pakai la mover dari awal lg. Ni semua buat last minit la ni. Nasib dia la. Mmg kalut la seminar ni. Buat kat KL pun x sekalut mcm ni. Layan je la...hehe..officer tu tido sebilik ngan aku lak tu. Tu..dah tido dah tu...aku je sibuk berinternet free...

Monday, May 07, 2007

Seminar di KK

Esok...kena g sabah. ISM Buat seminar di KK. Badan x sihat sgt ni sejak weekend baru ni. Pala nyut-nyut jer rasa. Dok tibai panadol yg minik bawak balik jer. Tension ngan management ISM last week kot. Jumaat ari tu la...dari awal lg officer yg arrange seminar ni cakap nama aku ada dlm list g sabah ni. Pastu last friday...pagi...tetiba nama aku pengarah kuarkan lak. Aku x de la nak melenting...lg baguih aku rasa. Wang pun bukan byk sgt skrg ni nak out-station..hehe. Trs sms minik ckp x jadik g sabah. Minik suruh aku cuti jer sbb dia dah mintak cuti. Aku suruh jer dia cancel cuti dia. Tup-tup-...petang lak...officer tu cakap nama aku ada balik. Adus...pening pala aku. Bila sms minik...member bengang semacam jer...

Hari sabtu ari tu...nasib minik ok bila dipujuk. Mana tak nyer...dia kena kol balik sister dia mintak balik cuti tu. Dah la sister tu bkn nyer ngam sgt dgn dia. Ngan parent dia pun kena arrange balik. Sbb minik aku nk balik kg esok. Bapak mertua dtg sini naik bas n drive kete balik ke Kluang. Apa la diaorg ni. Main2 dlm buat keputusan. Tadi pun meeting psl seminar ni...kelam kabut tul. Byk menda tak arrange lg. Ingt seminar kat KL ker..lantak la...aku layan kan aje la